Ini lagu aku. Aku yang cipta dan lirik pun dari aku juga. Kau tak berhak nak mengarah. Album pun album aku juga. Segalagalanya aku. Norman menyembur tepat di hadapan muka Daud.
Ya, betul kau punya semuanya tapi kau mesti ingat tanpa aku kau tak dapat berjaya seperti hari ni. Daud mengawal suaranya. Dia tidak mahu mencari jalan berselisih dengan Norman. Wajah Encik Yusuf terbayang di matanya. Dia ada tanggungjawab yang lebih besar selain mengurus karier Norman.
Jadi ikut cara aku. Aku tak minat lagu re-mix. Buang saja.
Tapiii....
Yang nak menyanyi aku! Bentak Norman sekeras-kerasnya.
Kau nak teruskan juga Daud masih menahan geram dan marah.
Aku nak mantapkan susunan muzik lagu Kirmizi itu. Aku nak masukkan unsur klasik dan muzik orkestra pada intro. Aku nak gunakan gelenang, masa korus. Biar ada rap, pop, dan R&B. Aku yang seniman di sini. Bukan kauuu! Norman terus marahmarah.
Tapi kan lebih baik disimpan Kirmizi ni untuk album akan datang. Kita dah cukup lagu sebenarnya. Heehhh, kau tetap degil nak muatkan kali ni. Dah banyak lagu-lagu killer. Daud bersuara perlahan dan rendah. Malas menengking-nengking.
Kan dah aku katakan tadi. Ini album akuuu.
Daud terdiam. Dia berfikir-fikir.
Baiklah. Buat saja cara kau. Aku harap berjaya. Lagipun kau juga penerbitnya.
Baggusss. Norman berwajah selamba.
Errr, berkenaan konsert bergerak tuuu.
Batalkannn. Norman berdiri untuk keluar.
Nanti dulu. Mana boleh batal saja Penaja dah ada. Daud kembali cemas.
Kenapa kau tak bincang dengan aku dulu Norman membatalkan niatnya untuk ke tandas. Dia memandang wajah pengurusnya penuh benci.
Ini promosi. Publisiti... benda-benda biasa Norman. Daud mengawal rasa tidak menentunya.
Tak perlu. Norman ingin pergi.
Sebab Daud kini radang. Sabar itu bersempadan.
Sebabnya aku tak mahu. Norman meninggalkan Daud. Pengurus itu tidak berputus asa. Dia menurut Norman.
Sebab J.C
Norman berhenti lalu memandang wajah Daud. Tepat.
Kenapa J.C dilibatkan pula
Sepatutnya aku yang tanya kau begitu. Daud membalas tenungan Norman. Kau fikir aku tak tahu
Apa yang kau tahu Norman separuh menjerit.
Kau fikir wartawan hiburan tak tahu
Apa yang mereka tahu Cakappp!
Daud merenung tepat wajah Norman. Penyanyi paling laris masa kini. Dia berasa terlanjur tetapi dia juga berasakan sudah masanya untuk diluahkan pe-rasaan yang terpendam di dalam hati.
Hubungan sebenar kau dan J.C.
Norman membeliakkan matanya. Tidak percaya rahsianya telah terungkai. Bibir seulasnya digetapkan. Dia cuba menstabilkan resahnya.
Bukan setakat itu saja. Aku tahu kau masih ambil kanabis. Kau juga ambil L.S.D bukan.
Norman kini hilang kata-kata. Lama dia terdiam sebelum ketawa terbahak-bahak secara tiba-tiba. Daud tertanya-tanya. Lucukah ancamannya itu.
Habis kalau kau tahu
Ya, aku tahu kau tentu sedar yang aku bukan sekadar pengurus kau. Aku juga pengawal peribadi kau, itu perintah Encik Yusuf. Daud terus merenung tepat mata bundar Norman. Dia tidak penat mendongak memerhati anak muda yang tinggi lampai di hadapannya itu. Anak muda yang menyimpang jauh dari fitrah kehidupan yang sebenar.
Ooooo, barua ayah aku. Ya, aku sedar tuuu.
Norman menghampiri Daud. Jari telunjuknya ditekan-tekan ke atas dada Daud Bakar yang berbadan besar dan berperut buncit itu.
Kau dengar sini. Cara hidup aku tidak ada kena mengena dengan kau. Dan tolong jangan libatkan J.C dalam hal ni. Perselisihan faham antara aku dan ayah sebenarnya tidak berhak dicampur. Kau memang melampau. Aku sudah banyak bersabarrr...
Aku tak akan biarkan kau hancurkan hidup dan karier kau sekarang. Ehhh, kau ketagihan dan kau juga mengamalkan seks songsang. Aku cuma mahu menyelamatkan kau. Cuba kau kasihankan Lis. Cuba kau fikirkan tentang kesudahan hidup....
Aaaahh, jangan kau nak berkhutbah. Dengar sini. Norman mencekak leher baju Daud.
Lepaskannn. Kau fikir aku ni siapa Daud menepis kuat tangan Norman. Kesabarannya berakhir.
Norman melonggarkan cekak. Kemudian perlahan-lahan melepaskan. Aku percaya kau tak akan mengkhianati aku. Aku percaya kau tak akan membuka keaiban aku. Dan dengar sini, aku tak perlukan khidmat kau lagi. Aku boleh berdiri sendiri. Terima kasih kerana banyak membantu aku sebelum ini. Tapi ingat aku percayakan kau. Kita saling begitu bukan Norman bersuara keras dan tegas merenung tajam sepasang mata Daud.
Kau mengenali aku. Tapi aku harap kau tinggalkan kanabis. Kau dalam perhatian polis sebenarnya. Tinggalkan juga cara hidup kau yang sesat itu. Daud membalas kata-kata Norman perlahan. Dia berasa gagal menyedarkan Norman. Kecewa sebenarnya.
Dan untuk pengetahuan kau. Aku ada sesuatu tentang J.C.
Norman membulatkan matanya. Daud berkejar ke dalam pejabat. Dia menarik keluar sesuatu dari dalam laci. Lantas kembali ke sisi Norman. Dia membelek-belek sampul surat putih itu sebelum menghulurkan kepada Norman.
Tolong kasihankan ayah kau, tunang kau dan kenangkan juga arwah mak kau. Isi dalam sampul ni pengajaran. Cara hidup kau itu tidak selamat. Terpulang untuk kau menimbangkan.
Norman menyambut sampul tersebut. Benaknya mendandan tanda tanya dan persoalan. Tentang J.C Satu pengajaran untukku
Aku pergi dulu. Selamat berjaya.
Mata Norman memerhatikan pemergian Daud. Susuk tubuh yang besar itu hilang di sebalik dinding.
Tanpa lengah dia mengoyakkan tutup sampul. Dia berdebardebar ketika menarik kandungan sampul. Beberapa keping gambar. Gambar-gambar J.C bersama seorang lelaki asing di kelab. Norman memastikan pasangan J.C. Dia kurang ingat. Barangkali Ralph. Dia pantas melihat gambar-gambar lain. Kemesraan yang jitu antara J.C dan lelaki yang tidak dapat dipastikannya itu.
Apa maksud Daud J.C tidak setia
***
Norman Yusuf tidak pernah mencintai kerjaya sebagai penyanyi. Dia memilih untuk menyanyi kerana mahu mencabar ayahnya.
Orang kaya Singapura yang dianggapnya tidak jujur. Pengkhianat. Lelaki itu menipu ibunya. Dan mendera jiwa wanita malang itu sehingga ibunya kembali ke alam barzakh. Ayahnya membela perempuan simpanan. Sentiasa mengabaikan mereka anak beranak.
Sikap ayahnya itu mendatangkan dendam di hati Norman. Harapan ayahnya untuk melihat Norman mengganti diri dalam bidang perniagaan sengaja diketuk berderai. Pemuda tinggi lampai, berkening lebat dan berkumis nipis ini memilih hidup sebagai penyanyi semata-mata untuk menyakitkan hati ayahnya. Berbekalkan wajah kacak dia naik mendadak. Kini merupakan seorang penyanyi paling terkenal.
Daud Bakar hanya muncul selepas itu. Seorang pengurus yang bertanggungjawab mengatur jadual Norman. Tanpa pengetahuan Norman, beliau adalah seorang pengawal peribadinya yang diupah oleh ayahnya. Lebih dari itu Daud juga membuat penyiasatan darihal hidup Norman dengan membuat laporan untuk diserahkan kepada majikan sebenarnya. Namun Daud tidak pernah tergamak untuk memaklumkan apa yang diketahuinya.
Dia tidak sanggup mencari kata-kata untuk menerangkan betapa Norman seorang gay. Lebih dahsyat Norman juga penagih. Cara hidup tanpa batasan mungkin menyebabkan dia jadi begitu.
Kini Norman ditinggalkan. Dia sudah tidak berupaya menunjukkan jalan hidup sebenar. Segala-galanya diserahkan kepada Norman untuk menentukan.
Petang itu Norman pulang dalam keadaan bingung. Ketika itulah dia menangis teresak-esak dalam dakapan J.C tanpa mahu memberitahu punca.
***
J.C melangkah pantas tanpa menoleh ke kiri ke kanan. Suarasuara berbisik galak kedengaran. Peduli apa. Dia melepasi mejameja rakan setugasnya. Dan tiba di pintu lif. Pauletta tercegat berdiri di situ.
Nanti. Fikir lagi panjang-panjang. Terima saja!
J.C menarik muka masam. Bagaikan pekak dia meluru masuk ke dalam lif apabila ia terbuka.
J.C mood Zhi Cheng tak baik ketika ni. J.C dengar du....
Pintu lif terkatup. Rapat.
Apabila ia terbuka semula di tingkat lapan. J.C bergegas melangkah keluar. Dia dihalang setiausaha sulit Zhi Cheng. Kau ada keperluan apa Tinggalkan saja di sini. Zhi Cheng tak mahu jumpa sesiapa.
J.C merempuh. Dia menolak kasar setiausaha itu. Dan seperti kilat menyerbu masuk ke dalam pejabat ketuanya.
Zhi Cheng yang sedang berbual-bual melalui telefon tersentak.
Aku nak cakap si...
Miss Zhi Cheng, saya dah cuba halang tapiii.... Setiausaha cemas.
Tak apa. Zhi Cheng segera menamatkan perbualan. Gagang diletakkan.
Aku nak cakap....
Awak boleh keluar dulu. Kata Zhi Cheng kepada setiausahanya sebelum menoleh menikam pandang wajah J.C.
Aku nakkan penjelasan. Kenapa kau potong nama aku dan Paul untuk tugasan di sempadan Afghanistan minggu depan
Aku cuma nak panjangkan cuti kau. Kata Zhi Cheng lembut.
Gayanya menyakitkan hati J.C.
Aku dah tak perlu lagi cuti.
Tapi aku nak gilirkan dengan orang lain pula. Cawangan di Karachi lebih hampir. Biar mereka sajaaa...
Tapi ibu pejabat dah keluarkan nama kami. Kau sengaja. Ya, kau tolak tugasan itu dan kau terus tambah cuti aku. Kau sengaja tak mahu aku ambil assignment menarik ni.
Dan paling tidak wajar. Selain menentukan kerja-kerja aku, kau semakin berani menokok tambah berita. Kenapa kau sunting dan tokok sesuka hati laporan dari Rwanda itu Tambah J.C lagi dengan mata merah menahan marah.
Kau terima saja cuti ni dan selepas dua minggu lagi, pasangan kerja kau berubah. Paul akan transfer ke cawangan di New York. Mereka perlu orang di sana. Zhi Cheng bersahaja.
Apa
Zhi Cheng memandang wajah J.C dengan air muka penuh jaya.
Sekarang aku faham. Kau tawarkan kerja sebagai timbalan kau supaya aku tidak buat kerja-kerja luar lagi. Dan kau boleh pisahkan aku dengan Paul secara lebih mudah.
J.C, aku ada meeting penting lepas ni. Tolong keluarrr.
Kau belum menang lagi Zhi Cheng. Belummm....
J.C melangkah keluar tanpa memandang wajah Zhi Cheng. Dia berjalan lemah menuju ke lif. Dia berasa hampa. Kejayaan dan kepuasan seorang wartawan adalah kebolehan dan kemampuannya menangani penyiasatan dan laporan di luar. Dia nampak itu. Zhi Cheng sedang membunuh kerjayanya.
Tapi aku masih teguh lagi nenek! Getus hati J.C lantang.
J.C kembali ke meja kerjanya dan seperti biasa, Pauletta berada di sana. Tidak di bilik gelap.
Tak bergunakan Aku dah kata. Kau tu tak mahu dengar. Keras kepala. Pauletta seperti melihatkan simpati.
Entahlah Paul.
Kau kelihatan lemah J.C. Bagus juga kalau kau teruskan cuti kau. Cuti kau ditambah sampai bila
Tahun hadapan.
Mulut Pauletta menganga besar.
Tahun hadapan J.C angguk.
Kau dah tahu mulai dua minggu lagi kau diutuskan ke New York
Pauletta pula angguk.
Pinjam untuk satu tugasan sementara mereka dapat ganti jurufoto Jane Braun yang mati membunuh diri Khamis lepas.
Emmm, kalau begitu aku sempat jumpa kau selepas habis cutiku nanti. J.C bersuara kian lemah.
Harap begitulah J.C.
Biar aku berkemas barang-barang aku dulu.
Ya, biar aku tolong. Kau nak bercuti panjang. Pauletta cuba berwajah riang. Dia gagal.
Aku harap dapat bertahan sehingga hujung tahun depan.
J.C kenapa kau cakap begitu. Kau seorang yang tak mudah mengalahhh. Pauletta separuh terkejut.
Aku kan menanti masa ajal saja.
Ya tapi kau tak boleh mulakan buku takziah lagi. Kau belum mati. Kau masih hidup. Pulang ke New York, hadapi keluarga, hadapi Norman, hadapi Zhi Cheng. Tapi kau mensia-siakan waktu menentang Zhi Cheng. Lebih baik kau berhenti saja. Aku risaukan kesihatan kau. Entah-entah Zhi Cheng dah syak
J.C memandang muka Pauletta. Dia tidak berasa takut lagi dengan kenyataan itu. Dia sudah bersedia.
Aku tak kisahkan yang lain. Aku dah bersedia. Tapi Norman...
Telefon berdering. J.C menyambutnya.
Hello
J.C tersenyum segar. Pauletta berkerut. Ternanti-nanti.
Baizura!
***
TIBA-TIBA sahaja Norman berasa terpanggil untuk melihat tasik biru. Tasik biru yang cantik dan permai sekali. Tasik biru yang segar dan nyaman. Malangnya jauh tidak tercapai. Norman menggeliat. Dia meronta-ronta ke kiri sekejap kemudian ke kanan. Menggelupur ingin lepas. Bagaikan ikan terperangkap di jaring nelayan. Berusaha untuk lepas kembali ke laut. Bukan. Bukan ke laut. Tetapi ke tasik. Ke tasik biru semula. Ah, cantik.
Norman berdiri di beranda dengan wajah nikmat. Dia berasa bodoh. Dia ingin ke tasik. Tidak berupaya. Kujur tubuhnya semakin nikmat. Dia berasa gatal di belakang.
Semakin gatal. Semakin tumbuh. Semakin zahir.
Aku bersayap! Laung Norman girang. Sayap untuk terbang. Untuk bebas. Untuk meninjau-ninjau ke serata tempat. Jadi aku akan terbang. Terbang tinggi dan jauh.
Norman berasa nikmat. Dia mengibas-ngibas sayap kiri. Kemudian mengepak sayap kanan. Dan dia rasa tinggi. Kian tinggi ke atas. Aku sedang terbang! Jerit Norman gembira.
Erang-erot Norman terbang.
Awan gemawan cantik. Biru dengan busar-busar putih. Kekuningan. Norman mendarat. Jatuh melantun-lantun di atas awan. Seronok emak. Seronok.
Emakkk. Seronokkk.
Anakku mari kita terbang ke sana.
Norman membuka matanya. Ya, itu emak. Emak yang sedang bersuara. Emak memakai jubah putih semerdanta di atas kepulan awan kumulus, emak sungguh jelita. Rambutnya tersanggul kemas. Hitam pekat berkilat-kilat. Wajah pucat tetapi mata bercahaya. Emak tersenyum.
Nanti mak. Nantii. Saya ke sanaaa.
Cepaaatt.
Norman terbang semula. Rendah terbangnya menuju kepada emak. Dari kejauhan emak tersenyum nipis kemudian lebar.
Ikut emak ke sana.
Norman melayang. Ringan. Seperti kapas. Seperti kertas. Ditarik graviti menjunam ke bawah.
Emaaaakkk!
Bussshhh. Norman terpelanting ke dalam air. Dan dia terjerumus ke dalam. Makin dalam dan kian dalam. Terus ke dasarnya. Batu-batu karang biru, merah perang, hijau muda dan ungu berkilauan di sini. Cantik. Sangat cantik.
Emakkk. Seronokk.
Tenggelam dan terus tenggelam. Disambut rumpai laut, ikanikan halus dan lumpur mendak. Norman tergapai-gapai. Ah, nikmat. Semakin dalam semakin nikmat. Tidak terucap. Tiada kata-kata menyamainya.
Dia nampak J.C. Jauh. Menjauh.
Sayannngg, ke mana Tunggguu!
J.C tidak cerap. Tidak menoleh pun. Terus berlalu. Terus pergi jauh. Dia rasa lemah. Air makin banyak masuk ke rongga hidungnya, tersedak-sedak dia. Air menerpa masuk ke dalam lubang telinga. Lubang hidung. Lubang dubur. Dan mulut pula menelan air. Tutup tidak boleh. Ternganga begitu.
Sesak. Padat. Norman rasa terhimpit. Tertekan dengan mampatan.
Norman membuka matanya. Lesu. Namun kepuasan.