Grill kedai dibuka kasar oleh Hafez. Mangga disimpan cermat di dalam raga kunci. Bungkusan besar yang diikat dengan tali rafia merah dibuka. Di dalamnya terdapat beberapa jilid akhbar harian dan majalah terkini yang disusun mengikut jumlah yang tertera pada resit. Dia mengira satu persatu lantas membuat bulatan pada ruang amount.
Sikit pula Mamu hantar paper dengan majalah hari ni.
Selamat pagi, Pak Hafez.
Eh, kamu Siti. Tak berniaga nasi lemak ke hari ni Ada. Tunggu mak bawakan sambal. Lambat pula bangun hari ni. Awal Pak Hafez buka kedai
Biasalah, penduduk Les Chateau ni karang mengamuk kalau tak dapat paper diorang. Dengar cerita pengusaha nak naikkan sewa kedai-kedai kat sini
Entahlah. Dengarnya macam tu lah. Tapi, Pak Hafez kan Ahli Tertinggi Chateau
Aku menanya bagi pihak kamu la ni. Siti cuma tersenyum. Dia menolong Hafez menyusun akhbar harian mengikut jenis publisher dan harga. Hafez masuk ke dalam untuk membuka lampu gerai dan memasang suis televisyen. Selalunya berita pagi menjadi santapan utama Hafez selain sarapan daripada Dynah. Mak dah sampai. Siti pergi dulu. Ni Siti ambil paper satu, ya
Ha, yelah. Pergi cepat. Beratur dah tu pelanggan kamu.
Ni Mak Dynah bagi sikit bubur lambuk.
Siti mengambil bungkusan bubur lambuk dan terkedekkedek mendapatkan bekas sambal nasi lemak di dalam raga motor ibunya. Seorang lelaki yang agak boroi menghampiri Hafez.
Awal kau harini Sapa Majid.
Kau bukan tak tahu, aku tutup kedai pun customer bising.
Ni duit aku ambil paper. Aku gerak dulu. Nanti jem pulak depan pagar Les Chateau ni. Sekarang makin banyak pula penduduk yang mampu masuk sini. Dulu masa kerajaan Bersepadu Jaya Hijau nak buat, masing-masing sibuk nak bangkang sebab depa dah buat Jalan Mawar tempat pelacur maksiat tu. Dah nampak ekslusif sikit Les Chateau ni, yang berak tepi jalan pun sanggup jilat balik nak apply loan. Hafez ketawa besar. Sembang politik begitu sudah sebati antara diri dan pelanggan.
Sedang Hafez leka menyapu sampah, bunyi montaj berita kedengaran. Laju dia mencapai remote dan menguatkan volume tv. Pihak polis masih lagi menyiasat perihal kehilangan dua orang remaja perempuan, Salmah binti Tukiman dan Sarah binti Saliman masing-masing berumur 15 dan 17 tahun yang telah hilang dari tapak pesta Jalan Mawar. Dato Bandar Jalan Mawar, Dato Aaron Aziz masih lagi menafikan yang dirinya terbabit dengan kes kehilangan kedua remaja tersebut tetapi berjanji memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memudahkan urusan pihak polis. Kaca televisyen menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam sedang memberikan keterangan kepada wartawan yang menanyakan soalan.
Saya membuka seluas-luasnya pintu masuk Jalan Mawar supaya pihak polis boleh menyiasat tentang perkara ini.
Hafez menggelengkan kepala. Dia menyimpan penyapu dan penyodok sampah ke dalam stor dan mengutip sampah yang tertinggal.
Hoi! Yop tersengih memandang Hafez. Kau cuti ke, Yop Selalu mengendong senapang pergi
bank.
Aku MC hari ni. Badan aku rasa tak berapa sedap. Semalam ada tapak kaki binatang kat belakang rumah aku. Sekali tengok macam seladang. Dua kali tengok macam tapak kaki gorilla. Habis pokok pisang aku yang lebat tu dicabutnya. Celaka betul. Hari tu guest house belakang rumah si Mary habis roboh. Macam ada orang khianat. Macam-macam hal. Aku takut dinosaur je yang ada kat semak samun tu, bebel Yop. Wajahnya penuh dengan tanda tanya.
Hafez, bagi aku panadol sepapan. Kau dah tahu ke ada orang baru nak masuk Les Chateau Tapi, aku tak pasti bila. Hujung minggu ni kot.
Hmm.. Makin ramai la penduduk kat sini. Baguslah. Duduk sini teratur. Bayar mahal tapi puas hati. Hafez mencapai Panadol dan diberikan kepada Yop.
Dynah rindu sangat nak jumpa kau. Ambil sekali bubur lambuk ni. Dia masak pagi tadi. Hafez menyerahkan sebekas bubur lambuk kepada Yop.
Ish, rajin bini kau tu! Terima kasih la. Nanti lusa aku buat makan-makan. Jangan lupa bawa anak-anak. Selesai membayar, Yop menuju ke kedai nasi lemak Siti. Seorang perempuan berambut merah ikal masuk ke dalam kedai.
Hai, Daddy. Sam menyapa mesra. Matanya memandang tepat ke muka Hafez.
Eh, Sam! Lama betul aku tak jumpa kau. Jom duduk kat sini, Hafez menolak kerusi plastik ke arah Sam. Dah lama betul kau tak datang sini. Kau sihat Mak kat
kampung
Sihat. Mak pun sihat. Lama sangat Sam tak datang sini. Rindu pula. Mummy sihat Lina dengan Iman
Mummy kau tu biasalah, kadang-kadang sakit dia datang. Lina dengan Iman sihat. Pagi tadi gaduh lagi. Dia dah letak tangan kanan dia kat muka Lina dah. Nasib baik aku cepat.
Gila budak-budak tu. Daddy nak Sam nasihatkan
diorang
Tak payahlah. Pandai-pandai aku uruskan. Kau datang
dengan siapa
Dengan adik Sam, Atan. Atan! Sam menjerit memanggil adiknya. Di sebalik rak berwarna coklat kelihatan seorang remaja lelaki yang berfizikal agak gempal. Wajahnya mencuka dan sedikit sembab.
Salam dengan Daddy. Remaja lelaki tersebut menghulurkan tangan dan mencium tangan Hafez. Dia kemudian berlalu pergi.
Itu ke budaknya yang kau cerita kat aku
Aah. Sejak kekasih dia kena bunuh, dia murung je. Sam bawa dia kat sini nak bagi dia relax sikit daripada kegilaan Jalan Mawar tu. Sam mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu dengan pantas dan menyimpannya kembali ke dalam poket seluar jeans.
Kau tak nak duduk sini ke Duduk sini selamat. Daddy tahulah nak uruskan kamu. Tukar kerja tu. Banyak sangat dah darah tumpah dekat sana. Kau bunuh orang kan Sam terdiam. Dia tidak terkejut langsung dengan pertanyaan tersebut.
Sumpah Sam tak buat. Sam cuma bagi dadah and the rest
Frank yang buat. Sam tak sampai tahap Frank lagi. Jangan risau.
Kes budak perempuan dua orang yang hilang tu Sam tak ada kena mengena langsung. Masa tu Sam sibuk uruskan hal Fuad. Nak harap abang dia, haram. Daddy masih simpan lagi kunci tu Sam ingat nak rehat kat sini kejap. Sam kena selamatkan Atan sebab tak nak kehilangan adik-beradik Sam lagi. Sejak kemalangan malam tu.. Sam tidak sempat menghabiskan ayatnya.
Kau tunggu sini. Hafez mencelah lalu menuju ke kaunter. Dia membuka laci paling bawah. Di dalamnya terdapat kotak kayu. Tangannya mencapai sebatang kunci yang diperbuat dari batu zamrud dan dikeluarkan dari kotak tersebut.
Nah. Masih ingat lagi cara-cara nak pakai
Ingat lagi. Niat kena penting.
Bagus. Kamu ikut simpang depan kedai ni. Jalan terus sampai jumpa rumah kosong dekat dengan pinggir hutan berpagar. Kamu pakai kunci tu dekat rumah kosong tu. Jangan risau, tahulah orang kat sini tak ganggu kamu nanti. kalau ada apa-apa bagitahu Daddy okay
Okay. Sam pergi dulu. Mata Sam melilau memandang sekeliling kedai mencari Atan. Dia menarik nafas lega sebaik sahaja melihat kelibat Atan bersama dengan dengan seekor kucing yang buta mata kanannya.
Kak, kita bela
Sam mengangguk dan tersenyum.
Lain kali jangan buat macam tu lagi. Risau akak. Angkat
kucing tu.
Nama dia Midnight.
Okay. Bawa Midnight masuk kereta. Jom kita pergi beli sangkar. Remaja lelaki berbadan gempal itu tersenyum. Mereka berdua bangun dan bergerak ke arah kereta berwarna kuning. Hafez melihat gelagat dua-beradik itu dari dalam kedai. Dia berpusing dan menuju ke arah pantri kedai di belakang stor. Dia mengambil tiga sisir pisang berwarna kuning keemasan yang masih lagi melekat ditandannya. Dia mengopek kemas kulit pisang dan menikmati setiap kunyahan.
Sedapnya. Kena bawa balik rumah ni minta Dynah buatkan cekodok.