Malam kian larut, namun matanya enggan terlelap. Sejak jam sembilan malam dia menonton sebuah filem yang sangat membosankan. Hampir tiga jam dia membuang masa menonton filem yang tidak terkesan langsung di hatinya.
Kini dia berbaring tanpa selimut walaupun malam itu terasa dingin. Guruh terdengar sayup diikuti dengan kilat yang saling menyambar. Itu petanda bumi akan dibasahi hujan.
Hati Kharlissa dicengkam sepi tiba-tiba. Dia perlukan seorang teman. Tetapi siapakah yang sudi menemani Hati kecilnya dibungai rasa takut. Kenapa rasa sepi harus datang menyapa diri Dulu perasaan sepi dan takut itu tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.
Semasa dia memasuki rumah agam Musa Martin dahulu, dia terlalu berani. Perlahan-lahan mindanya mulai mengembara, mengingat kisah tragis malam kematian Martin.
Lelaki itu berada di meja belajar, di perpustakaan rumah agamnya. Dia duduk menghadap komputer ribanya sambil menaip sesuatu. Kharlissa masuk perlahan-lahan melalui pintu, setelah dia mematikan sistem penggera. Dia amat pakar dalam soal itu.
Kharlissa berjalan perlahan mendekati meja. Lelaki itu terlalu asyik dengan kerjanya sehingga tidak sedar ruang bilik itu sudah dicerobohi. Kharlissa berjalan dengan senyap seperti kucing yang bijak mengendap mangsa, walaupun mangsanya itu lebih besar dan kuat daripadanya. Kucing itu tidak akan mengalah!
Siapa kau Ada getar dalam suara Martin.
Kharlissa tidak menjawab. Hanya tangannya sahaja yang pantas mengeluarkan senjata yang tersisip di pinggang.
Mata Martin memandang tajam ke arah Kharlissa yang berdiri gagah di hadapannya. Wajah yang merah bagaikan udang dibakar, serta merta jadi pucat apabila terlihat sepucuk pistol di tangan Kharlissa.
Telinganya menangkap bunyi klik yang datang dari pistol Kharlissa. Hujung pistol itu sudah dipasang alat penyenyap. Bila tembakan dilepaskan dalam jarak yang kurang daripada dua meter, bunyi dentuman peluru itu tidak akan kedengaran. Tidak akan membangunkan seisi rumah.
Dalam masa tak sampai sesaat terdengar bunyi berdesus perlahan. Kemudian semuanya senyap kembali. Dahi Martin sudah ditembusi peluru, tidak sempat mengelak langsung. Matanya separuh terbuka. Dan sebutir lagi menembusi dada Martin. Dia terus lemah terkulai bagai bunga yang layu dalam jambangan.
Darah berselerakan di kerusi dan karpet. Kharlissa mengeluarkan secebis sketsa. Gambar bunga dandelion diselitkan dicelah-celah buku di atas meja Martin. Asap pistolnya masih berkepulan kala Kharlissa mencari jalan keluar. Jua dalam keadaan senyap. Saat yang mendebarkan itu berlalu, sepantas kilat.
Tiba-tiba Kharlissa bingkas, duduk di tepi tebing katil. Segalanya seperti mimpi bagi Kharlissa. Bagaikan tidak percaya dia adalah pembunuh Martin. Ia bagaikan mimpi yang berulang kembali. Tetapi apabila teringatkan upah yang tersimpan di akaun banknya, sedarlah Kharlissa yang itu bukanlah mimpi.
Entah mengapa, sekelumit penyesalan menyelinap perlahan-lahan ke sudut hati yang paling dalam.
BERTUTUP RAPAT! Bisik hati Khairul Rasheed semasa matanya memandang ke arah rumah Kharlissa. Sudah seminggu dia tidak melihat wajah jirannya yang jelita itu. Selepas pertemuan pertama dahulu, dia sentiasa mengintai peluang untuk bertemu tetapi wanita itu terlalu misteri. Sukar untuk didekati.
Khairul Rasheed menguap beberapa kali. Matanya terasa berat. Dia kepenatan setelah dihambat tugas yang panjang. Pulang lewat malam sudah jadi kebiasaan. Namun esok dan lusa, dia cuti sementara menunggu tugasan lain. Dia akan berada di rumah. Biarpun keletihan, satu keinginan lain muncul dari dalam relung otaknya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia terus bergerak ke meja tulis di sudut ruang tamu rumahnya lalu terus duduk. Komputer riba yang terletak di situ segera dihidupkan.
Sebaik sahaja laptop itu dihidupkan, tertera perkataan besar HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA. Kata-kata itu bagaikan satu amaran bahawa dia tidak berhak menggunakan laptop itu untuk tujuan peribadi. Namun hatinya begitu kuat mendesak. Jari-jemarinya pantas menari-nari di atas papan kekunci. Dia memasuki laman sosial Facebook untuk mencari profile milik Kharlissa, tetapi dia hampa. Kharlissa yang ada bukanlah Kharlissa yang sering bermain di mindanya sekarang. Ah, dia tidak boleh mengaku kalah.
Kali ini, dia memasuki laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara. Dia mempunyai akses ke mana-mana laman sesawang kerajaan atas faktor kerjanya. Sepatutnya Khairul Rasheed tidak boleh menggunakan akses tersebut untuk tujuan peribadi. Tapi, dia terpaksa juga. Ini soal hidup dan mati. Hati kalau terluka, boleh menyebabkan kematian, bukan
Nama itu ditaip melalui kotak carian. Dia menanti beberapa saat yang terasa lama. Akhirnya keputusan pencarian keluar. Dahinya berkerut.
Rekod nama Kharlissa tidak ditemui!
KEESOKAN hari sekitar jam sepuluh pagi, Khairul Rasheed melihat Kharlissa keluar dari rumah. Sejak pukul lapan tadi, dia mengintai di tingkap dan berharap wanita muda itu akan keluar. Dia sudah pun bersiap awalawal. Tiada tuntutan tugas menunggu sepanjang dua hari ini. Jadi dia ingin menggunakan kesempatan itu untuk mendekati Kharlissa. Entah mengapa dia berasa selalu ingin dekat dan mengenali wanita yang menawan itu.
Nak pergi kerja tegur Khairul Rasheed semasa mereka sama-sama berdiri di hadapan lif.
Kharlissa menggeleng.
Shopping, jawab Kharlissa tanpa memandang Khairul Rasheed di sebelahnya.
Mereka sama-sama melompat ke dalam gawang lif yang terbuka. Mereka berdiri bersebelahan. Kharlissa amat senang dengan bau wangian Khairul Rasheed. Bauan yang semakin sebati dengannya.
Belum dapat kerja Khairul Rasheed terus bertanya.
Kharlissa menggeleng lagi.
Di KL banyak peluang kerja. Tapi saya rasa di Singapura tu kehidupannya lebih liar, mencabar. Terkadang menakutkan bagi seorang wanita.
Agh! Tak payah nak ingatkan saya. Saya dah cukup dewasa. Tak ada apa yang menakutkan saya jika saya terus berada di atas landasan yang betul, jawab Kharlissa.
Khairul Rasheed tertawa pendek. Terasa jawapan Kharlissa agak sinis.
Oh ya Awak seorang wanita yang berani.
Lelaki ini tak tahu yang keberanian Kharlissa yang dulunya menebal kini semakin terhakis. Entah mengapa dia jadi takut pada hari-hari esok yang bakal mendatang. Kata orang, kalau kita masih berada di hari semalam, bagaimana mahu melangkah ke hari esok Tanpa sedar Kharlissa merenung sahaja wajah Khairul Rasheed sambil berkhayal.
Hei! Hei! Khairul Rasheed menggoyangkan tangannya di hadapan wajah Kharlissa, Kenapa awak renung saya
Sorry, mohon Kharlissa dengan cepat. Malu pun ada juga.
Bila hidup bersendirian, kita harus berani hadapi apa saja kan kata Kharlissa.
Maksudnya awak tak ada keluarga Tak ada
sesiapa
Kharlissa terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
Ya, jawabnya lemah.
Sebenarnya Kharlissa masih ada ibu di sini. Tetapi dia sendiri tak tahu sama ada dia masih hidup ataupun tidak. Bagaimanakah keadaan dia sekarang Wajahnya muram, tidak keruan.
Maaf, saya tak tahu awak sebatang kara. Apa kata mulai hari ni kita jadi kawan baik pinta Khairul Rasheed tanpa rasa malu.
Why not, balas Kharlissa, tersenyum.
Lif sudah pun tiba di tingkat bawah. Mereka samasama bergerak keluar.
Jom saya belanja makan pagi. Tentu awak belum sarapan, pelawa Khairul Rasheed.
Tapi, bukankah awak harus pergi kerja Setiap
pagi awak bangun awal untuk pergi kerja dan balik lewat malam kan
Khairul Rasheed sedikit kagum. Jadi, Kharlissa tahu dia selalu pergi kerja di awal pagi dan pulang lewat.
Saya cuti dua hari, jawab Khairul Rasheed ringkas.
Kharlissa diam. Namun otaknya ligat memikirkan jenis pekerjaan lelaki di sisinya itu. Bekerja penuh dalam seminggu kemudian cuti dua hari pada hari Isnin dan Selasa Bukankah pelik Bermakna dia bukanlah pekerja di pejabat kerajaan ataupun swasta. Mungkin kerja kilang Hmm, tak mungkin.
Macam mana dengan pelawaan saya tadi Atau awak dah minum di rumah
Kharlissa menggeleng.
Buat masa sekarang di rumah saya belum ada cerek, jawabnya sambil melepaskan ketawa geli hati. Dia benar-benar lupa membeli cerek.
Awak ada kereta sendiri tanya Khairul Rasheed apabila mereka berada di ruang parkir di hadapan kondominium.
Kharlissa menggeleng untuk kesekian kalinya. Otak Kharlissa ligat memikirkan duitnya di dalam Swiss Bank. Ada lebih kurang lima juta Euro. Di dalam beg tangannya pula sekarang ada lebih kurang sepuluh ribu Euro. Dia perlu pergi ke pengurup wang untuk menukar mata wang Malaysia. Apabila ditukar kelak akan cukuplah untuk membeli sebuah kereta baru keluaran tempatan.
Naik kereta saya saja. Lepas sarapan saya akan hantar awak ke mana saja yang awak mahu.
Kharlissa memandang tajam wajah Khairul Rasheed. Dia diam, masih tiada jawapan.
Percaya pada saya. Saya bukannya nak bawa awak lari. Lagipun rumah kita saling berhadapan. Ingat! Kita berjiran. Saya orangnya sangat baik, Khairul Rasheed memuji diri sendiri.
Kharlissa tertawa kecil.
Saya tak kata pun awak orang jahat, balas Kharlissa dengan tawa yang masih bersisa.
Kharlissa tahu caranya bagaimana menangani orang jahat. Dia bukan kosong dada dengan ilmu mempertahankan diri. Masalahnya, dia tidak pandai berkawan dengan orang yang baik macam Khairul Rasheed ini!
Tapi cara awak pandang saya macam saya ni orang jahat yang tak boleh dipercayai. Yang jelas saya bukan perompak, kata Khairul Rasheed sambil mengangkat tangannya yang bersih.
Kharlissa tertawa kecil. Seorang penjahat takkan mengaku dirinya orang jahat.
Sebenarnya Kharlissa tidak biasa berkawan dengan lelaki. Sebelum ini dia tidak pernah takut pada sesiapa. Namun bersama jiran barunya ini ada sedikit rasa sangsi bertapak di hati. Pun dia tidak dapat menjauhkan diri dari lelaki ini. Entah mengapa dadanya berombak kala mereka berbalas pandang. Sejak berkenalan minggu lepas, fikirannya agak terganggu apabila mengenangkan jejaka di hadapannya itu.
Tidak lama kemudian, kereta Toyota Camry Khairul Rasheed membelah laju dalam hiruk pikuk kenderaan menghala ke Jalan Pahang. Kharlissa di sisinya bersandar damai. Khairul Rasheed membawa Kharlissa ke Restoran Haslam yang terletak di belakang Hospital Tawakal.
Cubalah laksa penang di sini. Memang sedap, cadang Khairul Rasheed.
Restoran Haslam sentiasa penuh dengan pelanggan. Namun Khairul Rasheed duduk tanpa rasa terganggu. Kharlissa rasa macam tidak selesa. Suasana di situ menggamit memori silam. Dia memerhati ke arah meja tidak jauh darinya. Sebuah keluarga bahagia sedang menikmati makanan sambil berbual mesra.
Pelayan datang mengambil pesanan. Kharlissa membiarkan Khairul Rasheed memilih makanan untuknya. Dia ingin merasa keenakan laksa penang seperti yang dikatakan oleh Khairul Rasheed.
Selepas menikmati sarapan, Khairul Rasheed menghantar Kharlissa untuk membeli belah. Kharlissa menyangka mereka akan berpisah di hadapan Berjaya Times Square nanti. Namun Khairul Rasheed enggan membiarkan dia bersendirian.
Kalau makin dibiarkan, akan ada sesuatu bakal terjalin antara Kharlissa dan lelaki ini nanti, bisik hati Kharlissa. Dia yakin dan percaya pada kata hatinya yang tidak pernah berbohong. Ya, Kharlissa sudah sukakan dia! Matanya memandang Khairul Rasheed yang setia berjalan di sisinya.
Tapi adakah lelaki itu memiliki perasaan yang sama
Tiba-tiba telefon bimbit Khairul Rasheed berbunyi. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Kharlissa mendengar Khairul Rasheed bercakap dengan seseorang. Nadanya kedengaran tergesa-gesa.
Oh, aku cuti hari ni. Kenapa
Tolong jangan kacau aku dengan urusan kerja, suaranya kedengaran sedikit tegas.
No... no. Tak boleh. Aku tengah busy ni. Sorry, katanya sambil terus menutup panggilan itu.
Awak nak shopping apa hari ni Dia berpaling pada Kharlissa.
Sebenarnya saya nak beli laptop, beritahu Kharlissa.
Kalau macam tu, saya temankan awak pergi ke Plaza Low Yat. Dekat je dari sini. Jom, Spontan Khairul Rasheed menarik tangan Kharlissa.
Anehnya, Kharlissa membiarkan sahaja tangannya diheret. Ada satu perkara yang dia perasan. Dadanya berdebar kencang.
TAMAN SETIA, GOMBAK.
TERLALU banyak kesilapan dalam hidupku.
Dia mengeluh seorang diri sambil merenung kolam ikan emas yang beriak perlahan. Ikan-ikan emas di dalamnya berenang bebas. Namun hatinya tetap rasa gundah gulana biarpun angin bertiup perlahan membelai wajah.
Sejak pulang ke Malaysia, tiada keceriaan di wajahnya lagi. Semua itu sudah sirna. Dia masih terkenangkan peristiwa tragis yang berlaku dua minggu lalu. Walaupun dia terselamat daripada tuduhan membunuh suaminya sendiri, namun dia merasakan tiada kegembiraan lagi yang bakal menyapa. Hidupnya tidak mungkin dapat mengecap semual kebahagiaan yang telah hilang.
Dia melepaskan keluhan. Rambutnya yang jatuh di pipi dikuak perlahan. Matanya memandang jauh ke langit membiru. Pagi ini langit cerah dan matahari baru muncul.
Linda! Jom kita sarapan, laung wanita berusia awal enam puluhan dari arah pintu sisi banglo dua tingkat itu.
Linda bangun tanpa suara. Dia mendekati wanita yang dipanggilnya mami itu. Pembantu rumah sedang menghidang minuman. Di atas meja terdapat roti, mentega dan jem. Sarapan tipikal orang-orang kota. Kalau di kampung pasti lain keadaannya. Sebelum turun ke sawah ladang, pasti akan dijamah nasi goreng, pulut dengan ikan kering ataupun lempeng kelapa.
Linda teringat pada kampung halamannya. Sudah lama dia lupa pada asal usulnya. Dan dia berpura-pura bahagia menjadi orang kota besar. Sudah hampir sepuluh tahun dia berada di luar negara.
Apa yang dimenungkan sejak pagi tadi, Lin tanya Datin Zora sambil tersenyum memandang wajah wanita yang dianggapnya bagaikan anak sendiri.
Linda berusia empat puluh empat tahun, namun masih cantik. Tapi, kebelakangan ini dia jarang bersolek. Selepas dia kehilangan suami dengan cara yang paling mengejutkan dia seperti hilang semangat untuk meneruskan hidup.
Entahlah mami...
Lupakanlah cerita pahit tu, Lin. Kau perlu teruskan hidup kau. Kau masih muda.
Linda melepaskan keluhan, Tiba-tiba pagi ni saya teringatkan anak saya, mami.
Anak Datin Zora mengerutkan keningnya.
Dia benar-benar kehairanan dan terkejut. Selama ini tidak pernah Linda menyebut soal anak. Memang dia tahu Linda pernah menikah sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya menemui kegagalan. Suami wanita itu pulang ke tanah airnya, tetapi tidak pernah kembali ke pangkuan Linda. Dia melayan rasa kecewa dan pernah cuba membunuh diri tetapi diselamatkan oleh Dato Salihin. Sejak itu mereka mengganggap wanita itu sebagai anak.
Kebetulan pula mereka hanya ada seorang anak lelaki. Beza usia antara anak lelaki tunggal Dato Salihin dan Datin Zora dengan Linda memang jauh jaraknya, tetapi hubungan antara mereka cukup mesra. Semasa pertama kali Linda datang ke rumah itu, anak lelakinya berusia dua belas tahun.
Linda sering kali mengikut Datin Zora ke luar negara. Akhirnya dia bertemu jodoh dengan Martin, salah seorang rakan perniagaan Dato Salihin.
Saya pernah ada anak, beritahu Linda dengan suara yang tersekat-sekat.
Tapi kau tak pernah sebut pasal dia sebelum ni. Perempuan atau lelaki anak kau tu tanya Datin Zora.
Perempuan. Masa saya tinggalkan dia, umurnya 10 tahun lebih kurang, beritahu Linda, Mungkin ni satu sumpahan pada saya, mami. Sebab saya tinggalkan dia macam tu je. Sumpahan tu sentiasa mengikut saya ke mana saja sehingga saya tak boleh hidup aman dan bahagia, buat selama-lamanya.
Jangan cakap begitu, Lin. Mana ada sumpahan. Kita takkan mati kerana sumpahan tu. Dan bukan sumpahan itu yang mengawal ataupun menentukan hidup kita. Segalanya sudah ditentukan Allah.
Linda menarik nafas perlahan-lahan. Kata-kata Datin Zora cuba dihadam.
Mami, saya nak keluar sekejap, katanya meminta izin dengan lembut sambil bangun.
Kau nak ke mana tanya Datin Zora kerisauan. Kelihatan kerut yang jelas di dahinya.
Mami! Jangan risau. Saya takkan bunuh diri lagi macam dulu! kata Linda separa bergurau.
Datin Zora jadi bertambah risau. Orang sedang berkabung ini bukan boleh buat main. Emosinya tak kuat.
Jangan bergurau soal hidup dan mati, Lin!
Beri saya kunci kereta mami, pinta Linda bersungguh-sungguh.
Ok, tapi pandu elok-elok ya! Kau dah lama tak memandu sendiri di KL ni. Tak pun minta pemandu yang hantar, kata Datin Zora tidak dapat menghapus rasa bimbang.
Tak payahlah. Saya yakin masih boleh memandu sendiri, balasnya sambil berlalu.
Empat puluh minit kemudian Linda sudah berada di Jalan Silang, kemudian meneruskan perjalanan melalui bulatan Puduraya. Dia memandang ke arah bangunan Puduraya. Suasana di situ jauh sekali perubahan dengan enam belas tahun yang lalu. Dia seakan-akan terkejut melihat pembangunan yang begitu pesat. Sudah lama sekali dia tidak datang ke situ.
Linda mencari tempat untuk meletak kereta. Akhirnya menemui petak kereta kosong. Tidak lama kemudian dia menyusuri jalan menghala ke bangunan puduraya. Matanya memerhati sekeliling. Suasana benarbenar diluar jangkauan fikirannya.
Suatu masa dahulu tempat ini sesak dengan orang ramai. Bukan hanya sesak, tetapi juga kotor. Tetapi kini suasana begitu menyenangkan. Dia berdiri di satu sudut, memerhati sekeliling. Mencari jejak yang hilang. Mencari seseorang yang tak mungkin akan ditemui lagi di situ.
Di mana kau anakku Bahagiakah hidup kau sekarang Ibu harap hidup kau bahagia dan gembira. Ibu amat berharap kau tidak menyalahkan ibu kerana meninggalkan kau. Air mata Linda bergenang. Dia cuba menahan air matanya daripada berguguran tetapi gagal.
Linda tidak sanggup untuk berada lebih lama di situ. Dia terus membuka langkah meninggalkan tempat itu, tanpa menoleh ke belakang lagi.
LAPTOP dah dapat. Apa lagi yang awak nak beli
Eh, awak nak terus ikut saya tanya Kharlissa hairan dengan sikap Khairul Rasheed.
Yalah. Saya nak temankan awak sepanjang hari ni. Boleh
Kharlissa diam dan menggigit bibir. Dia ingin pergi ke suatu tempat, tetapi dia lebih suka pergi seorang diri.
Awak tak ada girlfriend ke
Hmm, saya ada ramai kawan perempuan tapi yang special tak ada, jawab Khairul Rasheed jujur.
Saya tak percaya. Awak seorang lelaki yang baik hati, kacak dan menarik. Takkanlah tak teman wanita.
Apa dia Cuba ulang sekali lagi kata-kata tadi, kata Khairul Rasheed sambil tertawa kecil.
Kenapa saya perlu ulang Kan awak dah dengar dengan jelas maksud saya.
Saya suka dengar awak kata saya baik hati, kacak dan menarik. Sebenarnya saya pun rasa awak seorang yang istimewa dan menarik.
Wajah Kharlissa merah padam. Dia tidak sedar bahawa dia telah mengungkap pujian yang membuat Khairul Rasheed teruja. Lalu lelaki itu juga mula memuji dirinya dengan melambung tinggi. Aduh! Apa yang aku dah buat ni
Biar saya berterus-terang. Saya bukan berniat nak puji awak pun. Saya macam tak percaya awak tak ada kekasih.
Saya juga tak percaya awak tak ada kekasih.
Siapa kata saya tak ada kekasih balas Kharlissa dengan pantas.
Dia tidak ingin Khairul Rasheed menyimpan harapan terhadapnya. Sama seperti dirinya yang tidak ingin menggantung sebarang harapan kepada lelaki itu. Dia tidak inginkan sebarang hubungan akrab biarpun hati meronta-ronta menginginkan yang sebaliknya.
Jadi, awak ada kekasih di Singapura sana
Kharlissa menggigit bibir kemudian berkata, Tak. Tak ada sesiapa di hati saya. Saya cuma tak selesa bila bersama dengan awak. Tu saja.
Kenapa
Saya tak tahu kenapa... Saya tak ada jawapannya, jawab Kharlissa.
Okey, Khairul Rasheed mengangguk cuba untuk mengerti mengapa Kharlissa berperasaan begitu bila bersamanya.
Biarkan Khairul Rasheed pergi meninggalkannya, bisik hati Kharlissa. Mereka hanya boleh berhubung sebagai kawan. Tidak perlu terlalu rapat.
Saya pergi dulu. Maaf kalau sikap saya kurang menyenangkan.
Wajah lelaki disaluti rasa kecewa. Kharlissa diam sahaja, lidahnya kelu. Dia langsung tidak menahan lelaki itu daripada berlalu pergi.
Kharlissa meneruskan langkahnya sendirian, masuk dari satu kedai ke satu kedai. Namun dia sendiri tidak pasti apa yang mahu dicari.
Biarpun Khairul Rasheed berlalu pergi dari sisi Kharlissa, namun dari kejauhan dia mengawasi setiap langkah wanita muda itu. Akhirnya sekitar jam dua petang, Kharlissa pulang dengan menaiki teksi setelah membeli beberapa pasang baju baru di Berjaya Times Square. Satu kepuasan baginya setelah berjaya menghabiskan ratusan ringgit untuk baju-baju tersebut.
Kala tiba di hadapan pintu rumah, matanya sempat menjeling ke arah rumah Khairul Rasheed yang bertutup rapat. Dia masih belum pulang. Entah ke mana dia pergi. Kesalkah dia kerana bersikap dingin dengan lelaki itu Mungkin ada sedikit...
DUA MINGGU KEMUDIAN
Setiap hari Kharlissa memerhati ke arah rumah Khairul Rasheed yang sentiasa bertutup rapat. Sejak dua minggu lepas jua lelaki itu tidak pulang-pulang. Ke manakah dia pergi Mengapa aku tidak pernah nampak dia keluar bekerja ataupun pulang ke rumah meskipun pada lewat malam Hati Kharlissa sentiasa dipenuhi dengan rasa ingin tahu.
Kharlissa masih belum punya pekerjaan. Dia sendiri tidak tahu kerja apakah yang sesuai dengannya. Dia tiada kemahiran lain selain daripada kemahiran menggunakan senjata api. Lalu dia menghabiskan masa dengan melukis. Dia agak berbakat dalam bidang seni lukis. Mulanya dia hanya melukis sketsa bunga kesayangannya, bunga dandelion. Sesetengah orang menganggap bunga dandelion adalah satu anugerah cinta yang akan memberi kebahagiaan berpanjangan serta janji setia buat selamanya. Namun bagi Kharlissa, bunga dandelion bermaksud keindahan yang sementara, apabila musim berganti ia akan menemui kehancuran. Tiada nilai kasih sayang apabila bunga kuning yang indah itu akan cepat layu, yang akan hilang apabila ditiup angin.
Dari sketsa lukisan pensil, Kharlissa mulai berjinakjinak dengan kanvas dan warna-warna akrilik. Semakin lama, Kharlissa semakin asyik dengan hobi barunya, mencalit warna di kanvas putih. Namun dia tidak pernah melukis subjek lain selain daripada bunga dandelion.
Suatu pagi semasa dia sedang asyik dengan lukisannya, dia terdengar bunyi gril yang menjerit apabila ditolak. Dia tersentap. Spontan matanya memandang ke arah rumah Khairul Rasheed.
Dia dah balik Ke mana dia menghilang selama dua minggu Bertugas di luar daerah ataupun sengaja mahu menjauhkan diri Kharlissa bergegas,menghala ke tingkap hadapan dan mengintai sedikit dari celah langsir.
Khairul Rasheed sedang membuka pintu. Beg pakaian sederhana besar diletakkan di sisi. Dia terus membawa beg pakaiannya masuk ke dalam, menutup pintu serapat-rapatnya tanpa sekilas pun menoleh ke arah rumah Kharlissa. Kharlissa merengus kesal.
Eh, kenapa aku pula yang rasa tidak senang Bukankah baik begitu Dia telah pun menjauhkan diri. Tugasan menjadi alasan paling logik, fikir Kharlissa.
Kharlissa berjalan longlai menghala ke bilik belakang yang dijadikan studio tempat dia melukis. Dia baru sahaja duduk di kerusi, kemudian terdengar bunyi ketukan di pintu. Dalam kepalanya, sudah melantun nama Khairul Rasheed. Bergegas dia ke pintu dan membukanya dengan agak rakus.
Kay... serunya tanpa sedar, tetapi di luar bukan Khairul Rasheed.
Seorang anak muda berdiri di hadapan pintu sambil memegang sebuah bungkusan.
Dari kurier servis. Ada bungkusan untuk Cik Kharlissa Yusuf. Tandatangan di sini, pintanya sambil menunjuk ke arah tempat yang perlu ditandatangan.
Kharlissa tertanya-tanya bungkusan itu daripada siapa dan mengapa Dengan terburu-buru Kharlissa membuka bungkusan itu, kerana terlalu ingin tahu isi di dalamnya.
Assignment Dia meneguk air liur pahit.
Oh my god! Kenapa harus ada assignment lagi apabila aku dah berhenti! Kharlissa hampir-hampir menjerit seorang diri.
Dia merenung sampul surat coklat di hadapannya. Di atas sampul itu tercatat nama Maxy. Maxy berjaya menjejakinya walaupun ke mana dia pergi.
I dont believe it! Kau dah janji Maxy! Kau dah janji yang kau benarkan aku berhenti, Kharlissa bercakap sendiri sambil menggelengkan kepalanya.
Damn you Maxy!