Pemuda itu terus memandang Suhaili dan Ramlan aslani dari tingkat atas banglo. Sesekali dia mencebik. Mungkin dia tidak sukakan mereka atau boleh jadi juga dia tidak gemarkan perbincangan yang diadakan.
Pinggangnya diraba. ada sesuatu yang membonjol pada pinggangnya. ada sesuatu yang menggesa dia untuk mening galkan ruang itu.
Dia melangkah pantas. Memasuki sebuah bilik berhampiran tangga ke tingkat dua banglo. Langkahnya pantas. Sebaikbaik sahaja dia berada di dalam bilik, pintunya ditutup dan dikunci dari dalam.
Wajahnya didekatkan ke dinding. cuba memperlihatkan kegarangan pada wajah yang penuh jerawat dan jeragat. Kemarahan bertuntas di dalam hati, berketul dan akhir membeku keras.
Kau tak tahu aku siapa lagi. Kalau kau tahu, dah tentu kau akan menghormati aku lebih daripada kau menghormati seorang Perdana Menteri, dia bersuara perlahan. nadanya penuh kegeraman. Tutur katanya memperdengarkan alunan perasaan yang terpendam dan berkarat.
Dia menghidupkan lampu di tepi dinding. Sebaik sahaja lampu tersebut dinyalakan, terpampang gambargambar wanita yang sedang tersenyum. Dia juga turut tersenyum.
ah! Rasanya dia perlu berasa bagaimana nikmatnya berada di syurga!
Laci meja di tepi dinding tersebut ditarik. Sebilah pisau besar dan bergerigis dikeluarkan.
cahaya lampu dinding memantul pada permukaan mata pisau tersebut. Dia tersenyum lagi. Rasa puas terpa mer pada wajahnya. Tetapi tibatiba sahaja air mukanya bertukar.
Kau semua pemusnah hidup aku! Pekikannya tidak akan terlepas keluar walau sekuat mana pun. bilik itu kalis suara; ciriciri penting bagi sebuah bilik di banglo ternama.
Mata pisau berkilat dan bergerigis itu, dihalakan ke arah gambar yang melekat di dinding. Satu demi satu wajahwajah yang tertera pada dinding tersebut dirobakrabikkan.
agak lama dia melepaskan perasaannya pada gambargambar di dinding. Hayunan pisau dilakukan dengan sepenuh tenaga dan perasaan. Kemarahan disalurkan ke perbuatan. Kemudian, apabila penat menyerang otototot lengan dan jari, dia berhenti. Peluh yang mula merenek di dahi, dikesat dengan belakang tangan sahaja.
aku akan musnahkan mereka walau dengan apa cara sekalipun.
Lampu bilik itu dipadamkan. Tetapi dia masih tidak keluar. Tiada niat langsung untuk dia keluar dari situ. ada sesuatu yang harus dilakukannya. ada sesuatu yang harus ditunjukkan kepada dunia yang telah dihuninya.
Di dalam kegelapan yang menyerkup, dia mencari lubang pada dinding biliknya. Tetapi seketika kemudian dia memanggungkan kepalanya kembali dan berlalu ke jendela.
Daun jendela ditolak. Kesuraman malam yang hanya ber temankan cahaya pelita dari rumahrumah kecil berdinding kayu, menerpa ke pemandangannya. Pada masa yang sama, suara unggasunggas malam bercempera dan bersimpangsiur melagukan irama tanpa senikata. Sayupsayup kedengaran bunyi ngauman harimau dari arah hutan tebal di belakang perkampungan itu. entah mengapa dan entah apa sebabnya, dia
menguntumkan senyuman.
Mereka akan tahu siapa aku. Mereka sengaja menem pah bahaya ke mari. Mereka akan berasa bagaimana hebatnya permainan aku kalau dibandingkan dengan kristal berdarah, dia bersuara perlahan. benarbenar perlahan.
Daun jendela ditutup kembali. Dia melangkah perla han. Mematikan lampu dan sekali gus mengangkangkan daun pintu. Dia melangkah keluar tanpa sedikit pun menoleh.
Di tingkat bawah, dia masih terdengar suara orang sedang berbual.