SELESTIAL - 4
Aku sedang menatap jari-jemari kananku yang aku suakan ke siling. Ia sudah mengecil. Aku takkan lupa apa yang terjadi pada jasadku sebelum ini. Ia telah dijajah oleh makhluk Marikh. Mereka telah mengubah struktur tubuh aku. Mereka telah menjadikan aku selaku bahan kajian mereka dengan kaedah parasitik yang menakutkan. Amat sukar untuk menerima hakikat, Marikh yang gersang dan tampak mati itu masih punya kehidupan sebegini kompleks. Namun begitu, aku harus hadapi apa yang aku tempuhi kini.

Kedengaran bunyi derap kaki dari luar. Lantas aku bingkas bangun dari perbaringan. Aku kini berada di dalam sebuah bilik yang cukup aku kenali suatu ketika dahulu.

Ia merupakan rumahku semasa aku masih kecil.Aku teliti setiap satu objek yang berada dalam bilik ini dan ia minimalis. Tidak, aku percaya makhluk itu telah menggarap sebuah bilik berdasarkan memoriku sahaja. Dan apa yang aku dapat ingati adalah apa yang aku lihat sekarang.

Ini adalah satu proses simulasi dengan matlamat yang tidak aku ketahui lagi. Hatiku berdebar-debar.

Pintu dikuak perlahan. Kelihatan ayah dengan mukanya yang tak berapa mesra sedang berdiri di balik pintu. Pada tangan kanannya ada beg yang berisi buku-buku bacaan yang banyak. Aku cuba mengingati sesuatu. Aku menoleh ke arah kalendar.

26hb April 2043.

Ah, betapa melihat tarikh silam itu menjadi tarikh hari ini membangkitkan rasa gerun dalam hati. Aku bernafas tenang dan mula teringat, hari ini kami akan memulangkan buku ke perpustakaan berhampiran. Amat sukar untuk melakonkan situasi ini. Aku harus bertindak sepertimana ketika aku berada dalam tubuh aku ketika berumur 13 tahun. Sukar benar! Ayah melihatku dengan reaksi wajah yang kurang menyenangkan. Adakah aku telah berbuat salah Serasanya, ayah tidak pernah buat mimik wajah sebegitu sepanjang hayat aku.

Belum bersiap lagi Lekas sikit, Abah ada kerja ni

Tanpa berlengah, aku terus bergegas ke almari pakaian dan mencapai pakaian elok untuk dikenakan semasa dalam perjalanan ke perpustakaan. Ayah menggeleng lalu bergerak kembali ke ruang tamu. Seluar pendek melepasi paras lutut berwarna perang, dan baju T-Shirt tanpa kolar dengan tiga jalur warna di dada, yakni, merah, jambu dan juga kuning cukup nostalgik serasanya apabila membalut tubuh kecil ini. Aku rasa kelakar. Inilah pemakaianku ketika aku masih kanak-kanak. Aku jadi girang tiba-tiba.

Aku berlari keluar dari bilik. Aku harus menghayati apa sahaja simulasi yang menarik ini. Aku harap aku tak hanyut dengan permainan makhluk Marikh ini. Aku tak boleh lupakan situasi sebenar yang berlaku kepadaku. Aku masih berada di Marikh. Aku bukan berada di bumi apatah lagi zaman silam.

Sedikit sebanyak gembiraku mengendur.

Ini hanya satu permainan. Tidak lebih dari itu. Aku harus lebih berwaspada.

Toyota putih krim. Bau kusyen kulitnya yang sedikit hapak cukup membangkitkan rasa sayu. Ayah tenang memasukkan gear dan kereta terpacu ke depan. Rumah kami berada di atas bukit, perlahan susurnya menuruni jalanan yang bertar. Cuma aku sedikit ralat. Ada seseorang yang tidak berada di sini.

Abah tahu, Razali nakkan binokular yang baru kan Tapi Razali kena tunggu dulu. Abah nak Razali baca dalam 10 buku mengenai astronomi dan ceritakan dekat abah, apa yang Razali faham. Kalau Razali boleh kuasai ilmu yang cukup, barulah abah hadiahkan Razali binokular tu

Aku mengangguk. Benarkah begitu Seingat aku, tiada dialog ini semasa aku kecil lagi. Boleh jadi makhluk Marikh itu adalah orang di sebelahku ini, menyamar selaku ayah. Dengan sedikit waspada, aku layankan sahaja perbualan itu.

Saya dah baca banyak buku tentang astronomi. Saya dah tahu bagaimana nak buat kapal angkasa berfungsi. Abah tahu tak, Marikh boleh didiami. Tapi kena pastikan tanahnya dan atmosferanya dirawat dahulu.

Teknologi sentiasa berkembang

Tercengang-cengang ayah mendengar kata-kataku itu. Aku mengerti aku tidak berada dalam kotak pemikiran aku semasa aku berusia 13 tahun. Aku masih seorang angkasawan dengan pemahamaman ke atas astrofizik yang rasanya jauh ke depan dari apa yang ayah aku tahu. Aku takkan berpurapura dalam realiti yang disimulasikan ini.

Kau bukan Razali ujar ayah tiba-tiba. Kereta diberhentikan di tepi jalan. Aku mendapati kami berada di sisi jalan yang dikelilingi hutan belukar. Aku tak mengingati jalan ini. Kelihatan jua beberapa buah rumah berderetan di kiri dan kanan jalan. Rumah agam dengan bumbung genting merah, taman bunga yang berseliratan tumbuhnya menenggelamkan pagar-pagar besi berkarat. Ia begitu terpencil dan suasana begitu sepi tanpa sebarang kicau burung mahupun deru enjin kenderaan lain. Seolah dimensi ini hanya milik kami sahaja.

Baik kau keluar, sebelum aku tembak kau

Hah, bila masa pula ayah ada pistol untuk menembak Seingat aku ayah adalah seorang yang aman dan bencikan keganasan. Namun ini hanya simulasi maka aku harus layankan sahaja. Entah apa yang makhluk Marikh itu mahu capai dari perbuatannya ini.

Benar seperti apa yang diugutnya itu. Selaras pistol dikeluarkan dari sisi sebelah bahagian pemandu. Aku cuba meneka jenisan pistol itu. Ia Colt kalau aku tak silap. Aku bergegas keluar dari kereta kerana aku rasa sistem saraf aku masih berfungsi dalam simulasi realiti ini. Ditembak dengan Colt tetap sakit. Bahkan aku boleh mati.

Aku ingatkan ayah akan berhenti di situ sahaja lalu memecut meninggalkan aku keseorangan di bahu jalan. Namun ayah keluar pula dari kereta itu. Ada perhitungan yang mahu diselesaikan. Dan ia barangkali melibatkan hidup mati kami hari ini.

Aku tahu kau penyamar. Kau bukan Razali. Kau.. The Things

The Things

Jangan pura-pura buat tak tahu! Mana anak aku!

Saya anak abah. Saya bukan The Things!

Satu tembakan dilepaskan dan ia buatkan aku melompat. Hampir-hampir peluru itu mengena kaki kiriku. Ia tembakan bersifat ugutan. Satu sesi soal siasat yang ganas, setepatnya.

Sejak dulu lagi. The Things dah buatkan hidup kita kacaubilau. Mana satu realiti Aku tak nak hidup dalam simulasi realiti ini lagi! Kau bukan anak aku! Kau.. The Things

Kali ini ayah nekad. Tembakan dilepaskan tepat ke arahku dan ia pantas. Aku dapat rasa satu kesakitan mengigit bahagian dada sebelum ia menjalar ke segenap pelusuk jasad ini. Dirianku longlai, kudratku musnah. Aku masih seorang kanak-kanak. Aku akan mati begini. Kesakitan ini, begitu tulen pedihnya. Adakah ini simulasi realiti yang dimaksudkan ayah

Namun kesakitan itu tidak lama. Bahkan butir peluru yang menerjah masuk ditolak keluar oleh dagingku sendiri. Kecederaan segera pulih. Ayah menggeletar melihatku. Apabila aku bangkit kembali, ayah lekas-lekas masuk ke dalam kereta. Pistol tadi dicampaknya begitu sahaja ke atas hamparan rumput.

Bunyi deruan enjin kereta kuat memecah keheningan tempat yang kelihatan terpencil ini. Tidaklah pula kereta itu meluru pantas ke depan. Bahkan enjinnya mati tiba-tiba. Aku yang tadinya buntu kini berjaya beroleh keyakinan dan ketenangan untuk berfikir strategi seterusnya. Jika ayah adalah orang Marikh, maka siapakah aku ini sebenarnya

Aku capai pistol lalu aku masuk ke dalam kereta. Ayah tampak panik benar. Peluh membasahi setiap rengkuh urat yang ada.

Abah jangan bergerak aku acukan pistol itu ke arah ayah. Dia berhenti dengan apa sahaja perbuatannya dan lirikan matanya ketika itu penuh dibaur perasaan takut yang tak berkesudahan.

Kau.. kau.. jangan bunuh aku! ujarnya.

Bagaimanalah tergamak aku hendak membunuhnya Aku sendiri menggeletar dengan pistol itu. Tambahan pula aku sedang mengacukan pistol itu ke arah ayah. Ayah. Orang yang membesarkan aku satu ketika dahulu dan menyayangiku sepenuh hati. Aku tiada bukti untuk mengatakan dia yang berada di depanku ini hanya sekadar penyamar. Boleh jadi dia bukan makhluk Marikh yang menjengkelkan itu.

Jadi cara terbaik untuk membuktikannya adalah melalui menyoal siasatnya dengan kekerasan. Sesi soal siasat bersenjata seperti apa yang aku buat sekarang.

Jadi, abah. Apa itu The Things

Ketika itulah aku lihat mimik wajahnya berubah.

Kau bukan The Things rupanya ujarnya seolah mendapat ilham yang begitu besar gagasannya.

Dia belum tamat di situ. Menyedari aku bukan The Things buatkan sikapnya berubah serta-merta. Dia tidak lagi takut dengan pistol di tanganku. Bahkan dia mendekatiku dengan wajah teruja. Seolah baru sahaja melihat suatu benda baru.

Aku tak boleh terima ayahku dalam keadaan ini. Ia seolah sekadar tempelan. Lapik kulit yang membalut wajahnya itu, hanyalah tempelan dari wajah ayah. Mana mungkin ayah membuat mimik sebegitu rupa. Dengan bibirnya yang terbuka, menampakkan deretan giginya yang tidak sekata, dan juga mata yang dibeliakkan, dia menghampiriku. Aku jadi takut. Aku mahu menembaknya tetapi aku tak ada keberanian itu.

Jika kau bukan The Things, maka kau manusia! kali ini nadanya agak lantang.

Dia berpusing-pusing mengelilingiku dan melihat tubuhku dari atas hingga ke bawah. Dari kiri ke kanan. Diagonal dan horizontal. Gila. Itu kesimpulannya. Aku jadi berang. Aku mahu percaya bahawa aku tiada masalah untuk meletupkan kepalanya. Dia bukan ayahku. Dia adalah makhluk asing. Makhluk asing yang begitu berbahaya dan hanya mahu memanipulasi kami.

Ah, hanya ada aku. Tiada lagi kami. Bagaimana aku boleh terlupa akan hal yang penting ini

Aku acukan pistol tatkala dia berada di depanku lalu membidik tepat dan menekan picu. Berdentuman bunyinya. Lalu ayah rebah. Biarpun rebah, dia tetap tersenyum. Dia tidak mati. Dia seolah takkan mati dengan senyuman sebegitu bergulir di wajahnya. Aku melepaskan tembakan sekali lagi. Kali ini tersasar. Aku membidik kepalanya dan aku sedar aku takkan dapat meletupkan kepalanya dengan tembakan demi tembakan yang dilepaskan. Ada sesuatu pada wajahnya itu yang menghalang aku dari membidik. Barangkali medan listrik. Ataupun imitasi atmosfera yang meleburkan setiap meteorit dari angkasa.

Kau Martian getus hatiku.

Baru kini aku meyakini akan identiti yang berselindung di sebalik jasad ayahku itu.

Baguslah kau tahu. Jadi The Things tak ada dalam ruang ini. Kau takkan dapat bunuh aku

Dia tidak perlu memberitahuku berkenaan kegagalanku untuk membunuhnya. Aku sendiri juga tidak berminat untuk membunuhnya. Tambahan pula aku hanya seorang budak kecil di sini. Aku bukan sesiapa. Jika ada orang yang lalu-lalang di sini, pastinya ada yang menggaru kepala; keanehan. Seorang budak sedang mengacukan pistol tulen ke atas seorang lelaki dewasa yang janggal pergerakannya.

Aku campakkan pistol itu ke tanah.

Aku berlari dan meninggalkannya. Itu lebih baik dan lebih rasional. Aku dengar dia tertawa lantang. Dia girang. Terdapat sesuatu pada tawanya itu yang tidak tepat. Sesuatu yang artifisial. Aku harus mengelak jauh.

Namun ia tidak lama. Kedengaran bunyi tembakan menyusul dan aku hilang kekuatan. Aku rebah. Darah memancut keluar dari dada. Nafasku sesak. Pandanganku kabur-kabur. Ketika aku hampir-hampir mahu mati, aku dapat lihat sesuatu yang menyerupai ayahku tetapi ia sekilas sahaja. Ia berubah pantas menjadi satu bentuk yang tidak humanoidal langsung kini. Tangan dan kaki dirapatkan ke tubuh lalu ia bertukar perlahan-lahan menjadi sejenis makhluk seperti ular. Saiznya bertambah panjang. Ah, aku sedar, ia adalah The Martian. Ataupun nama yang lebih sinonim yakni, The Phosphorus. Bau fosforusnya begitu kuat menusuk hidung ini.

Makhluk itu menjalar liar, membelit kereta ayah dan memusnahkannya dalam masa singkat. Semakin lama, belitannya semakin kuat. Jalarnya semakin liar. Bahkan ia mula menegakkan tubuhnya di udara dan seraya itu ekornya mula berpecah kepada beberapa bahagian. Laksana akar kayu ia menjalar.

Aku tidak tahu apakah makhluk itu memang begitu sifatnya. Aku tidak pasti adakah aku pernah melihat makhluk ini dalam bentuk begitu sebelum ini. Atas dasar apa dia menjajah memoriku yang dahulu

Fikir dalam keadaan tubuh mengeras dan mereput. Otak aku giat aktif cuba menghadam apa yang aku tafsirkan.

Makhluk itu, The Phosphorus, dan juga The Martian, kini dalam bentuk ular yang melekit-lekit kulitnya, pantas menjalarkan ekor-ekornya yang meliar, dari induknya yang kini menjulang tinggi laksana pohon.

Bebola mataku yang bergerak mengesan kehadirannya. Satu dengusan yang berat. Busuk nafasnya. Ia adalah imej yang terakhir aku nampak sebelum mulutnya ternganga luas dan menerpa ke arahku.

Oh, Tuhan. Kegelapan apakah ini