SEOUL LOVE STORY - 4
Esoknya, temannya Yoonmi mengajak Abriel menonton konsert musim panas yang diadakan oleh sebuah syarikat rakaman paling terkenal di Korea Selatan. Kumpulan boyband kegemaran Yoonmi akan membuat persembahan di konsert itu.

Semua anggotanya sangat hansdsome dan baik hati. Mereka baru balik dari Jepun dua minggu lepas. Sangat terkenal di Jepun. Sudahlah tampan, suara pun sedap. Lagilagi si Jaejoong. Mereka kata dia penyanyi terbaik di Korea Selatan. Temankan aku, boleh pujuk Yoonmi.

Yoonmi, aku tak kenal pun band tu, ujar Abriel sambil menyuap kimbab yang diberi oleh Nenek Kim.

Nanti kau kenal lah. Come on, Abriel. Tolonglah aku. Ibu aku mesti setuju kalau aku pergi dengan kau walaupun mungkin kita akan balik lewat. Dia sangat suka dan percayakan kau. Pleaseeee

Abriel merenung seketika teman pertamanya di Seoul itu dengan perasaan kasihan. Yoonmi menyatukan kedua tapak tangannya sambil membuat riak wajah memohon pada Abriel, sehingga akhirnya gadis itu mengalah. Okaylah.

jjj

Sabtu itu, Yoonmi menjemput Abriel di apartmennya. Solekan dan gaya Yoonmi yang dilihatnya agak keterlaluan itu membuat Abriel sedikit terkejut.

Betul kau nak pergi konsert pakai macam ni soal Abriel sambil menuding ke arah hot pants dan singlet ketat yang dipakai oleh Yoonmi.

Sekarang kan musim panas. Tak ada orang yang kisah pun kalau aku pakai macam ni. Lagi pun siapa tahu kalau nanti ada yang jatuh hati bila nampak aku. Jaejoong ke, Yoohwan ke.. ujar Yoonmi dengan renungan mata yang penuh dengan angan-angan.

Tak kenallah, omel Abriel. Tapi kita kan naik bas, nanti orang akan pandang-pandang kau sebab pakai macam ni. Kau tak kisah

Tak kisahlah. Jom

Dua jam kemudian, mereka sudah berada di stadium tempat konsert itu akan diadakan. Untungnya tempat mereka tidak jauh dari pentas. Tiket mereka dibelikan oleh abang Yoonmi. Itu pun selepas Yoonmi memujuknya hampir seminggu lamanya.

Di sekeliling mereka ramai sekali orang. Masing-masing mengenakan pakaian yang ada nama atau wajah artisartis kegemaran mereka. Ada yang membawa belon dan sepanduk. Abriel memerhatikan suasana di sekelilingnya dengan separuh berminat.

Tiba-tiba matanya terhenti pada salah satu poster yang dilekatkan di belakang sebuah kerusi tidak jauh dari tempat duduk mereka. Dia mencuit Yoonmi. Yoonmi, yang itu siapa soalnya sambil menuding ke poster bergambar lima anak muda. Yang di tengah-tengah tu.

Yoonmi menoleh ke arah poster yang dimaksudkan sebelum mengukir senyum riang. Oh, yang tu. Itulah Jaejoong. Handsome kan Hes my oppa, ujarnya sambil tersengih.

Abriel cuma mengangguk. Nampaknya si bodoh itu memang benar-benar terkenal. Belum sempat dia menyahut, muzik mula bergema. Menggegar. Tanda konsert sudah bermula. Persembahan pertama adalah dari sekumpulan remaja berusia sekitar 15-17 tahun. Diteruskan dengan persembahan satu kumpulan penyanyi wanita yang memakai skirt yang sangat pendek, disusuli dengan persembahan satu trio yang lagu-lagunya pernah didengar Abriel sebelum ini. Disambung beberapa orang penyanyi lagi sehingga Abriel sudah terlupa berapa bilangannya.

Yeahhh!! Finally!!!! jerit Yoonmi riang. Suasana benarbenar meriah. Penonton-penonton semakin histeria, menjeritkan nama-nama yang asing di telinga Abriel.

Kecuali Jaejoong.

Kumpulan bernama Blue akhirnya muncul di pentas disambut jeritan peminat-peminat yang seakan tidak akan pernah berhenti. Kumpulan yang sedang sangat popular itu memulakan persembahan mereka. Jaejoong di tengahtengah dengan baju yang terbuka di dada dan gaya menari yang hebat.

Patutlah kumpulan ini banyak sekali peminatnya. Mereka memang boleh menyanyi dan menari secara langsung dengan baik. Malah tidak keterlaluan kalau Abriel katakan merekalah penghibur yang terbaik malam itu.

Setelah menyanyikan dua lagu, pengacara mengumumkan akan ada acara selingan. Kumpulan Blue akan mengadakan satu permainan. Pemenangnya akan dapat cenderamata khas daripada mereka dan akan mendapat backstage pass untuk bersama mereka selepas tamat konsert nanti. Peminat yang bertuah ini akan dipilih berdasarkan nombor tiket mereka.

Jeritan histeria semakin nyaring. Abriel bersandar di kerusi tanpa minat. Tidak sekelumit pun keinginan untuk menjadi salah seorang daripada peminat yang akan dapat berpelukan dan bergambar dengan ahli kumpulan Blue. Yoonmi di sebelahnya kelihatan teruja. Dia menggenggam erat-erat tiket di tangannya, berharap agar nombor yang disebut nanti adalah nombor tiketnya.

Setiap kali nombor disebut, akan ada peminat histeria yang akan naik ke atas pentas sambil melompat-lompat kegirangan. Selepas empat nombor dipanggil, tiba masa untuk pengacara majlis mencabut tiket kelima. Mulut Yoonmi terkumat-kamit, berharap agar nombor yang akan disebut seterusnya adalah nombor tiket miliknya.

Peserta bertuah yang kelima.pemegang tiket nombor. Pengacara majlis itu berjeda sejenak. 35475!!!

Yoonmi melihat nombor tiketnya betul betul. Nombornya 35474. Tersilap satu nombor saja. Sial! Eh tapi..ini maksudnya.

35475! laung pengacara majlis itu lagi. Tiada yang melompat atau menjerit. Hanya ada keluhan kecewa daripada penonton-penonton sambil memandang sekeliling.

Abriel! Tiket kau! jerit Yoonmi. Nombor tiketnya dan nombor tiket Abriel memang berturutan. Tiket di tangan Abriel diambil dan diperiksa. Memang itu nombor tiketnya. Hah Abriel terpinga-pinga. Yoonmi melompat-lompat sambil menarik-narik lengan Abriel.

Nombor tiket kau! Cepat! Pergi!!! jerit Yoonmi lagi.

Abriel masih kebingungan. Tiket di tangan dihulurkan kepada Yoonmi. Tak nak lah! Kau je lah naik!

Yoonmi tidak peduli apa yang dikatakan Abriel. Dia melompat-lompat sambil menunjuk pada Abriel.

Menyuruh Abriel untuk segera naik. Ini hari bertuah kau!

Naik cepat!

Sekali lagi nombor tiket Abriel dipanggil. Kalau tak ada, kita panggil nombor yang lain, ujar pengacara majlis.

Ada! Ada! pekik Yoonmi. Dia melambai-lambai kepada salah seorang petugas penganjur yang berdiri tidak jauh darinya. Petugas itu datang menghampirinya, memeriksa tiket Abriel sebelum mempersilakan Abriel naik ke atas pentas. Dengan berat hati, Abriel menurut. Dalam hatinya dia mengutuk-ngutuk Yoonmi yang telah mengajaknya ke sini.

Saat memijak kaki ke atas pentas, dia mendengar komen pengacara majlis yang mengatakan dia satu-satunya orang dari luar negara yang bertuah malam ini. Pandangan mata Abriel bertemu dengan mata Jaejoon yang menatapnya tajam dengan senyuman di bibir yang tidak dia ketahui apa maknanya. Abriel mengalihkan pandangan ke arah lain, pipinya terasa memerah dan panas.

Baik! Sekarang kita mulakan permainan ini, ujar pengacara majlis. Mula-mula setiap anggota kumpulan Blue kena menjawab soalan yang saya berikan dan kemudian mereka boleh pilih siapa peserta yang akan jadi pasangan mereka. Sedia

Anggota kumpulan Blue mengangguk. Siap sedia.

Bila fan club Starlight diasaskan

Laju Jaejoong mengangkat tangan, nampaknya dia yang terawal. 23 Mac 2008! sahutnya dengan suara jelas dan wajah tenang.

Betul! kata pengacara majlis itu. Sekarang kamu boleh pilih siapa peminat yang akan jadi pasangan kamu.

Jaejoong kelihatan seperti berfikir, tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Abriel. Untuk menghargai fans dari luar negara yang turut datang ke konsert ini, saya pilih dia, ujarnya sambil menuding ke arah Abriel yang sudah menarik muka masam.

Seketika Abriel merasa diri diperhatikan. Lelaki di sebelah Jaejoong tadi sedang merenungnya tajam. Kacak, walaupun tidaklah sekacak Jaejoong yang sudah pun berdiri di sebelahnya. Mata lelaki itu tidak lepas memerhatikan gerak geri Abriel yang sedang berusaha mengawal malunya akibat diperhatikan oleh banyak mata.

What is your name soal pengacara majlis dalam bahasa Inggeris yang pekat dengan loghat Korea. Jaejoong di sebelah menghulurkan mikrofon kepada Abriel.

Nama saya Abriel, jawabnya dengan bahasa Korea yang fasih.

Pengacara lelaki itu kelihatan girang. Wah! Kamu boleh cakap bahasa Korea Abriel mengangguk. Tinggal di Korea Selatan Di Seoul Abriel mengangguk lagi.

Jaejoong menggenggam erat tangan Abriel, membuat peminat-peminatnya di bawah semakin histeria. Mungkin cemburu. Abriel berusaha keras melepaskan tangannya daripada pegangan Jaejoong tanpa dilihat orang. Namun genggaman itu terlalu kuat untuk dilepaskan Abriel tanpa dia boleh menyentap tangannya kuat-kuat dan memalukan Jaejoong.

Soalan kedua. Apakah makanan kesukaan Junho

Lelaki yang sejak tadi memandang Abriel mengangkat tangan dengan pantas. Yoohwan panggil pengacara majlis. Belut bakar, sahut Yoohwan tenang.

Ternyata jawapannya tepat. Dia memilih gadis yang berdiri di sebelah kiri Abriel, mengambil tempat di antara dua gadis itu. Ada sesuatu dalam diri Yoohwan yang mengingatkan Abriel pada Ruben. Caranya berjalan Caranya tersenyum Apa ya

Awak kata awak tak kenal saya, bisik Jaejoong yang berdiri di sebelah kanan Abriel. Abriel yang sedang memikirkan tentang persamaan antara Yoohwan dan Ruben tersentak.

Hah

Awak kata awak tak kenal saya, ujar Jaejoong lebih perlahan.

Memang saya tak kenal. Saya datang sini pun sebab kawan ajak, sahut Abriel selamba.

Kawan Siapa

Abriel menuding ke arah Yoonmi yang duduk tidak jauh dari pentas sebelum melambaikan tangan pada temannya itu. Yoonmi membalas dengan penuh teruja. Dia kelihatan riang walaupun mungkin sebenarnya dia agak cemburu dengan nasib baik Abriel kerana dia memang benar-benar meminati Jaejoong dan kumpulan Blue.

Nanti lepas habis konsert, boleh ajak dia datang ke belakang pentas. Nanti saya aturkan, ujar Jaejoong masih berbisik. Dia melambai ke arah Yoonmi sehingga membuat gadis itu dan peminat-peminat lain yang melihatnya menjerit kegirangan.

Untuk apa

Supaya kawan awak boleh jumpa saya, boleh ambil gambar sama-sama, ujar Jaejoong dengan senyuman. Dia tahu cuma itu caranya untuk gadis itu bersetuju. Kebisuan Abriel seperti membenarkan kata-katanya.

Mereka kembali fokus pada acara di tengah pentas. Abriel mula kenal anggota-anggota kumpulan Blue. Selain Jaejoong dan Yoohwan, ada Junho, Kibum dan Ilwoo. Semuanya kacak dan mempesona. Tidak hairanlah ramai gadis yang separuh mati menggilai mereka.

Melalui sesi permainan di atas pentas, Abriel mula mengenali peribadi mereka semua sedikit demi sedikit. Jaejoong contohnya, dia lelaki yang terbuka dan jujur. Dia selalu spontan mengatakan apa yang difikirkannya. Waktu pengacara itu bertanya, apa pendapatnya tentang Abriel, dia selamba mengatakan Dia cantik tapi saya rasa dia tak terlalu sukakan saya.

Yoohwan pula agak pendiam dan sopan orangnya. Pada satu saat, Abriel tidak dengar dengan jelas ketika pengacara itu memintanya ke hadapan. Perlahan dan sopan dia menyentuh bahu Abriel dan mengisyaratkan agar Abriel ke hadapan. Ketika Abriel mengucapkan terima kasih, dia tersenyum dan mengangguk sopan.

Junho sangat periang orangnya. Dia seperti matahari, selalu ceria dan ketawa. Aktif dan energetik. Kibum pula lebih serius dan dewasa tetapi agak sarkastik. Ilwoo ketua kumpulan Blue pula sopan dan murah dengan senyuman tetapi agak menjaga jarak dengan perempuan.

Sebenarnya kita buat apa kat sini soal Abriel selepas sekian lama.

Jaejoong menoleh ke arahnya sebelum mendekatkan tubuhnya kepada Abriel. Tak dengar. Awak cakap apa

Nothing.

Betul

Sebenarnya Abriel gugup kerana tubuh Jaejoong begitu hampir dengannya. Wajahnya berjarak sepuluh sentimeter saja dari wajah Abriel. Spontan dia menjarakkan diri.

Kenapa Takut soal Jaejoong dengan senyuman sinis.

Taklah! ujar Abriel.

Jadi fokus. Kita mesti menang game lepas ni, ujar Jaejoong. Abriel hanya mengangguk.

Sedia Mula! tiba-tiba tubuh Abriel dicempung oleh Jaejoong. Tapi ternyata bukan dia seorang yang diperlakukan sebegitu. Semua peserta lain juga sama. Di tengah-tengah jeritan peminat dan penonton yang menggila, badannya kaku dan jantungnya berdebar kencang. Apa ini Fikirnya. Tapi mungkin dia seorang saja yang kaku begitu, yang lain masing-masing kelihatan sangat riang saat didukung oleh pujaan hati mereka. Tetapi lelaki ini bukan pujaan hatinya. Bertenang. Kau taklah berat sangat. Kita mesti menang, bisik Jaejoong.

Tenang Aku tak boleh tenang. Turunkan aku! bisik Abriel tegas.

Ingat kawan kau. Kalau kita menang, dia boleh ke belakang pentas dengan gembira, sahut Jaejoong tenang.

Haish! Mamat ni! Biar betul! Tetapi Abriel cuma boleh menggerutu di dalam hati.

Satu persatu bintang mengalah dan menjatuhkan peserta yang mereka dukung sehinggalah yang tinggal hanyalah mereka dan pasangan Ilwoo yang akhirnya juga mengalah. Jaejoong terpaksa disuruh beberapa kali untuk menurunkan Abriel, ditambah desakan gadis itu.

Jaejoong, kita tak mahu ada skandal di sini, ujar pengacara majlis mengingatkan sambil ketawa.

Bukan skandal, tapi permulaan kisah cinta, sahut Jaejoong nakal. Mata Abriel terbeliak memandangnya.

Mereka menerima hadiah masing-masing. Kemudian Abriel dan empat penonton lain diminta turun kerana kumpulan Blue akan meneruskan persembahan mereka. Abriel turun sambil tangannya dipimpin Jaejoong ke tangga. Hati-hati, ujar Jaejoong saat melepaskan pegangannya.

Kerana renungan mata orang yang mengucapkan itu kelihatan jujur, Abriel mengangguk. Hati-hati apa Tak sampai sepuluh anak tangga pun! Sibuk! Abriel menggerutu di dalam hati. Dia melangkah laju ke tempat duduknya.

Arrgghh.. kau beruntung gila! Aku pun teringin didukung dan dipegang tangan oleh Jaejoong oppa! Yoonmi kelihatan teruja. Riak wajah Abriel juga masih sama, tidak kelihatan terlalu gembira.

Lagu ni sedap, kata Abriel kepada Yoonmi. Mahu mengalih perhatian gadis Korea itu.

Oh, yang ni. Tajuknya Love. Dicipta oleh my oppa.

Ah, ternyata pemuda itu boleh mencipta lagu yang begitu indah. Jadi tidak semua tentang dia menjengkelkan, fikir Abriel.

By the way, nanti kau boleh ikut aku ke backstage, ujarnya pada Yoonmi selepas lagu itu berakhir.

Betul ke Siapa yang cakap

Your oppa, sahut Abriel agak malas. Dan kemudiannya dia dipeluk dan dicium Yoonmi disela ucapan terima kasih yang tidak putus-putus.

jjj

Dan di sinilah dia, di belakang pentas yang riuh rendah dengan tepuk tangan orang yang mengucapkan tahniah. Abriel dan Yoonmi diminta salah seorang AJK konsert diminta menunggu di sudut pentas bersama beberapa orang peminat lain.

Yoonmi orang paling gembira. Sejak tadi dia tidak habis-habis menyebut nama setiap anggota Blue dan menceritakan sejarah hidup mereka kepada Abriel yang mendengar tanpa minat. Masalahnya, dia tidak langsung kenal dengan mereka.

Tidak lama kemudian, peminat-peminat yang ada di situ mula berteriak-teriak. Satu persatu ahli kumpulan Blue keluar ke belakang pentas dan menghampiri peminatpeminat mereka. Beberapa detik kemudian, Jaejoon yang ditemani Ilwoo menghampiri Abriel.

Jom ujarnya sambil menarik tangan Abriel. Abriel menurut, diikuti Yoonmi yang sedang tersipu-sipu di sebelah Ilwoo. Abriel mengeluh saat melihat Yoonmi yang seakan sudah lupa dengan kehadirannya di situ.

Jaejoong membawanya ke bilik persalinan. Saat pintu terbuka, kebanyakan penari-penari tadi sudah menukar pakaian. Kebanyakannya berpakaian ringkas, kemeja T dan jeans.

Tunggu kejap. Saya tukar baju. Jangan pergi, perintah Jaejoong singkat. Dia kemudian masuk ke dalam sebuah pintu di sebelah kanan ruang itu.

Nak pergi mana gerutu Abriel perlahan. Dia mengalihkan perhatiannya kepada Ilwoo yang sedang memperkenalkan ahli-ahli kumpulan Blue yang lain kepada Yoonmi yang kelihatannya seperti akan pengsan bila-bila masa.

Saat Yoohwan diperkenalkan dengan Yoonmi, lelaki itu berbicara dengan tenang dan lembut dengannya. Abriel memerhatikan kejadian itu dan teringat kisah lalu, saat Ruben mendengar dia bercerita dengan sabar dan penuh perhatian. Tanpa disedari, senyuman terukir di bibir Abriel. Saya ingatkan awak ni tak pandai senyum.

Abriel menoleh. Jaejoong yang sudah siap bertukar pakaian berdiri di sebelahnya. Senyumannya menghilang sertamerta.

Good girl. Awak ikut arahan saya, kata Jaejoong, masih dengan senyuman anehnya. Dia mengelus kepala Abriel.

Abriel menepis kasar tangan itu. Wajah Jaejoong tampak terkejut dengan reaksi Abriel. Yoohwan yang kebetulan melihat adegan itu mengerutkan kening. Selalunya hyung tak begini, detiknya. Berbeza dengan penampilan luarannya yang kelihatan yakin dan bebas bergaul, sebenarnya Jaejoong seorang yang pemalu dan tidak mudah mesra dengan sesiapa. Dan melihatnya mengelus kepala seseorang kelihatannya agak aneh, apatah lagi orang itu ialah perempuan yang jelas tidak menyukai apa yang dilakukannya.

Jaejoong menoleh dan tersenyum ke arah Yoonmi yang sedang menunggu masa untuk cair dan menjadi takungan air di lantai. Nanti balik naik apa soalnya pada Yoonmi. Teksi, sahut Yoonmi dengan suara bergetar tetapi bernada agak nyaring.

Tak bahaya ke Nanti saya hantar, ye ujar Jaejoong sambil menoleh ke arah Abriel.

Mulut Yoonmi terbuka dan tertutup beberapa kali. Menyedari apa yang bakal dijawab oleh temannya itu, dengan pantas Abriel memotong. Tak perlu! Kami tak mau menyusahkan sesiapa. Lagi pun Sangchun oppa sudah janji untuk jemput kami, katanya.

Kening Jaejoong berkerut. Sangchun oppa Kekasih awak

Abriel menggeleng. Bukan. Abang Yoonmi.

Aaah Jaejoong mengangguk-angguk. Matanya merenung lama ke arah Abriel yang membalas renungannya tajam. Dia tersenyum. Gadis yang menarik. Jadi dia tak takut pada mataku ya Sudah bertahun-tahun Jaejoong terbiasa dengan perempuan yang mempunyai reaksi yang berbeza daripada reaksi Abriel sekarang. Kalau bukan memandang ke tempat lain, perempuan itu akan tertunduk sambil tersipu-sipu malu. Reaksi Abriel yang unik membuat hatinya girang.

Dengan tangan gementar, Yoonmi menghulurkan buku autografnya. Jaejoong tersenyum. I will give you more, katanya santai lalu menarik Yoonmi menjauh dari situ. Beberapa minit kemudian, Yoonmi kembali dengan wajah merah padam dan mata yang lebih bercahaya dari matahari. Dia menunjukkan gambar di telefon bimbitnya kepada Abriel tanpa sebarang kata. Abriel hanya menganggukangguk.

Jom balik ajak Abriel. Dia sudah bosan di sini.

Sekejap. Ambik gambar sama-sama dulu, kata Yoonmi yang masih teruja.

Saat itu seorang petugas konsert datang memberitahu yang mereka harus beredar dalam tempoh beberapa minit. Mendengar itu, Jaejoong memanggil teman-temannya untuk mengambil gambar secara berkumpulan. Petugas tadi diminta untuk mengambilkan gambar.

Abriel berdiri di antara Jaejoong dan Yoohwan. Tangan Jaejoong melingkar di bahu Abriel. Rasanya mahu saja dia menjerit dan menepis tangan itu tetapi Abriel tidak mahu memalukan Jaejoong dan dirinya sendiri. Ketika petugas konsert mengira untuk mengambil gambar, Abriel merasa tangan kirinya digenggam. Tenang. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Yoohwan. Lelaki itu langsung tidak memandangnya, masih memandang ke depan dan mengukir senyuman manis. Tetapi genggaman tangan itu tidak dilepaskan. Apakah ini mimpi Halusinasi

Dan saat itulah gambar itu diambil.