Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we, bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
Aah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil, tambah Joe.
Dating depan orang ramai pulak tu, darah Fathil mendidih.
Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pak we dia tu,gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
Siapa
Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro, tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,
Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit
Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,
Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat, Joe makin mengapiapikan kemarahan Fathil.
Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak
Malam ni Kenapa lambat sangatsekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna
Hanif mana ni bang
Alah, Hanifkawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi agamanya, insyallah.
Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,
Maziah ingat.zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek
Maziah macam-macam,
Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang
Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awalawal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan dawah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,
Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah.
Tiba-tiba..
Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiiilaung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
Fathildengar sini
Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan.
Fathil Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
Sudahlah.tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je, Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpingapinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,
Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain, luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak Maziah mengangguk.
Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan dawah bil hikmah dengan izin Allah, Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham, Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
Insyallah, bang! Err, abangdia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya! Tanya Maziah.
Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya, Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang Masihkah dia seperti dulu Hebat dengan tarbiyyah dan dawah). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan dawah,
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Nauzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
Kenapa kau ni, Fathil Masih gagal tackle Maziah ke tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
Aku bengang betul lah!
Bengang apa
Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang
Orang dah ada pak we, cari lain je.
Huh, tak semudah tu! Ni Fathildia belum kenal lagi siapa Fathil!
Kau nak buat apa Umar ingin tahu.
Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku, Belasah perempuan (Gila!) bentak hati Umar.
Bodoh! Belasah pak we dia lah
Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,
Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul.
Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar
Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
Kau tahu apa Umar! Tu lahasyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau
Umar akhirnya mengalah.
Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu, Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau Banna Ahkasihan kau!) kesal hati Umar.
Cis, mampuslah korang berdua! Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.
Woii!! seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
Woii. Korang gaduh ye
Tak, kami berlatih taekwando! Fathil berdalih.
Berlatih taekwando Takkan sampai berdarah-darah cam ni Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.