SAAT AKU BERPALING - 4
ADELIA!!! Jerit Puan Sri Munirah.

Mama nak ke galeri ni. Adelia jangan buat bising macam minggu lepas tau. Jiran dah datang mengadu sebab bunyi sound system kuat sangat. Mama tak nak diorang datang mengadu lagi lepas ni. Faham tak

Faham. Mama pergilah cepat. Membebel je tak habis-habis.

Kata-kata Adelia hanya mampu dibalas dengan gelengan Puan Sri Munirah.

Adelia menyambut kedatangan empat orang rakan-rakan sekelasnya sebaik sahaja mamanya berangkat ke galeri. Mereka dijemput datang kononnya atas alasan untuk menyiapkan kerja rumah, namun Adelia sudah ada rancangan lain. Mereka semua akan berseronok sahaja hari ini memandangkan Adelia sudah ada orang lain untuk menyiapkan kerja rumah mereka semua nanti.

Nah ni kertas lukisan dengan warna. Aku nak kau siapkan semua lukisan ni sebelum pukul tujuh petang. Arah Adelia yang menceroboh ke bilik Nadhirah tanpa izin. Beberapa keping kertas lukisan berserta peralatan melukis dilempar ke lantai.

Semua ni Nadhirah yang kelihatan takut-takut menyoal memandangkan terdapat lebih lima keping kertas lukisan yang diberi kepadanya.

Yelah. Kau tak nampak kawan-kawan aku ni Kerja diorang pun kena buat tau. Aku nak kau siapakan hari ni juga. Adelia dengan angkuh memberi arahan.

Mana sempat Kak. Nadhirah memandang wajah Adelia serta rakan-rakan Adelia satu persatu.

Bila pula aku jadi kakak kau Ingat, kau tu Papa aku kutip dari tepi jalan je. Tak payah berangan nak jadi adik aku. Adelia berang tiba-tiba.

Dia bimbang jika rakan-rakannya dapat tahu mengenai pertalian darah antara dia dan Nadhirah. Malu lah dia nanti jika mereka tahu yang Tan Sri Malik menduakan Mamanya. Adelia tidak mahu imej keluarga kaya serba sempurna yang dijajanya di sekolah akan tercemar dengan kehadiran Nadhirah.

Lepaslah Kak. Sakit. Rayu Nadhirah. Rambutnya yang panjang terus dicengkam Adelia.

Aku dah cakap kan aku tak suka kau panggil aku kakak. Aku bukan kakak kau! Jerit Adelia. Memandangkan tiada sesiapa di rumah, Adelia berani memperlakukan Nadhirah seperti anak patung.

Kau orang tolong aku pegang tangan dia Arah Adelia tiba-tiba pada empat orang rakannya.

Kau nak buat apa

Tak payah tanya banyak soalan boleh tak. Pegang aja tangan dia kuat-kuat. Arah Adelia lagi. Sebilah gunting yang berada di dalam laci dikeluarkan. Adelia sudah ada agendanya sendiri.

Mereka kelihatan menurut sahaja arahan Adelia. Mata-mata mereka mencerlung memerhati Nadhirah, seolah-olah mahu menelan tubuh anak malang ini.

Rontaan Nadhirah langsung tidak memberi kesan memandangkan saiz mereka lebih besar daripadanya.

Rambut Nadhirah yang disimpan separas pinggang akhirnya dipotong pendek. Adelia melakukan perbuatan itu tanpa belas kasihan. Tangisan Nadhirah hanya dibalas dengan gelak tawa mereka berlima.

Kan cantik macam ni. Aku bukan saja-saja nak potong rambut kau. Tapi, kau selalu tak dengar apa yang aku cakap. Kan aku dah cakap, jangan panggil aku kakak, tapi kau tak dengar. Ujar Adelia dengan kejam.

Sungguh Nadhirah merasa terhina namun kudratnya tidak mampu untuk melawan. Dia akhirnya menyerah dan membiarkan sahaja Adelia terus memotong rambutnya sesuka hati.

Aku rasanya kau tak dengar mungkin sebab rambut kau yang panjang sangat ni kot. Sekarang aku dah tolong potong rambut kau pendek. Nanti-nanti kau dah tak pekak lagi dan dengar apa yang aku cakap. Adelia menunjal-nunjal kepala Nadhirah yang sudah terjelepuk di lantai. Puas hatinya melihat kepala Nadhirah yang hampir botak dikerjakan.

Mama kau tak marah ke kita buat macam ni Dengan nada sedikit gementar, salah seorang daripada rakan Adelia bertanya.

Mama aku nak marah buat apa Budak ni bukan sesiapa pun dalam rumah ni. Kalau dia mati pun Mama aku tak kisah. Lagi senang tak payah nak bagi makan dan pakai. Gunting yang berada di tangannya ditiup-tiup bagi membuang sisa rambut Nadhirah yang masih ada.

Kau ni berani betulkan Siapa dia ni Adelia Soal salah seorang rakan Adelia.

Entah anak siapa. Papa aku kutip sebab tak sanggup nak tengok dia merempat. Kata-kata Adelia terasa begitu menyakitkan.

Mak bapak dia mana Tanya seorang lagi.

Mama aku cakap Mama dia dah mati kena bunuh dengan Papa tiri dia. Mama aku cakap, Mama dia kerja pelayan. Layan lelaki mana entah sampai kena bunuh. Adelia ketawa mengejek.

Nadhirah hanya membatu mendengar kata-kata Adelia. Dia mahu melawan, tapi dia bimbang dikasari.

Dia tinggal di sini pun sebab ehsan Papa aku je. Tapi, Mama aku tak suka dia, aku pun sama. Cuma bila dia ada, aku tak payah buat apa-apa. Selama ni semua kerja sekolah aku, dialah yang buat. Anak orang miskin macam inilah. Hidup menumpang, kenalah buat kerja. Getus Adelia lagi.

Dahlah. Tak payah nak cakap banyak pasal budak ni. Biarkan dia buat semua ni. Lagi empat lima jam kita datang sini balik ambil lukisan kita. Jom turun, kita surf internet. Boleh muat turun filem baru.

Jom. Seronok juga macam ni. Lain kali kalau kita ada kerja rumah lagi, boleh tak aku bawa datang rumah kau Biar budak ni yang buat

Boleh. Bawa je semua. Dia bukannya ada kerja pun. Sekolah pun tak. Ungkap Adelia lagi.

Kau tak payah nak buang air mata menangis macam orang gila. Lagipun rambut kau bukan boleh sambung balik. Sekarang ni aku nak kau kutip semua kertas lukisan ni. Siapkan sebelum petang! Kalau tak siap, malam ni kau tak payah mimpi nak dapat makan! Amaran dari Adelia sedikit sebanyak membangunkan Nadhirah dari lamunannya.

Nadhirah tersentak. Tangisannya terus terhenti.

Aku suruh kau buat apa tadi!

Siapkan lukisan ni sebelum pukul 7 petang.

Bagus. Baik kau buat betul-betul. Aku nak semua lima lukisan ni cantik tapi berbeza. Kalau aku nampak lukisan ni semua kau buat cincai-cincai. Aku kerjakan kau lagi petang ni. Faham tak Gertak Adelia.

Faham. Dalam sendu Nadhirah mengangguk faham. Dia terpaksa.

Lagi satu, kalau Papa aku balik, kau pakai topi ni. Aku tak nak dia tahu pasal rambut kau. Kalau dia tanya, kau pandai-pandailah kelentong dia. Itu pun kalau Papa aku peduli sebab aku rasa dia tak peduli pun apa nak jadi dengan kau. Tapi, kalau kau beritahu Papa pasal benda ni. Siap kau! Sebuah topi yang dipakainya dibaling sahaja ke arah Nadhirah.

Nadhirah memerhatikan topi yang jatuh di hujung kakinya.

Make sure kau siapkan semua! Kata Adelia lagi.

Dia mengajak rakan-rakannya yang turut sama berada di situ untuk berlalu pergi meninggalkan Nadhirah sendirian. Dia menyampah mahu menatap wajah itu lama-lama. Menyakitkan hati dan menyakitkan mata sahaja.

Eh aku takutlah Adelia. Nanti kalau Papa kau tahu kita buli dia macam mana

Papa aku bukannya peduli pun dengan dia. Aku je yang pedulikan dia selama ni. Abang-abang aku pun langsung tak pernah tegur dia. Dalam rumah ni, dia ni lebih kurang macam halimunan je.

Alah, macamlah kami ni baru kenal kau sebulan dua Adelia. Kau bukannya pedulikan dia sangat pun.

Kau ambil kesempatan aja sebenarnya, kan

Maksud kau

Kerja sekolah, kerja kursus, buku skrap, semua dia yang buat, kan

Of courselah. Aku tak ada masa lah nak buat semua tu. Tak rajin aku nak menyibukkan diri dengan kerja-kerja tu.

Aku memang dah agak dah pun. Patutlah selama ni semua kerja-kerja dia laju je siap. Rupanya dah ada orang gaji. Mereka semua kemudiannya kedengaran ketawa riang.

Nadhirah dibiarkan mengutip alatan melukis yang dilemparkan oleh Adelia sebentar tadi.

Kbelum Adelia tiba-tiba sahaja masuk ke ERJA yang aku bagi dah siapa semua ke

dalam bilik Nadhirah tanpa meminta izin.

Dah siap dah. Ada dekat atas meja tulis. Jawab Nadhirah yang sedang menggosok baju kerja Puan Sri Munirah untuk esok hari.

Kau ingat aku ni orang gaji kau ke hah Jerkah Adelia tiba-tiba.

Saya dah siapkan semua untuk awak dan kawankawan awak. Apa awak nak lagi Nadhirah kepenatan. Dia sudah habis tenaga mahu bergaduh lagi.

Habis tu, kau nak suruh aku angkat semua tu sendiri ke Angkatlah semua benda turun bawah. Bisikan Adelia dicuping telinga Nadhirah benar-benar mengejutkannya.

Kau dengar tak

Baik, saya akan angkat semua buku lukisan ni turun. Saya faham. Jawab Nadhirah tanda faham.

Jadi, kau tunggu apa lagi Angkat semua benda ni sekarang. Takkan itu pun aku nak kena beritahu. Bodohlah kau ni. Kepala Nadhirah ditunjal-tunjal lagi. Sungguh dia gembira setiap kali berjaya membuatkan mata Nadhirah berkaca-kaca.

Adelia sengaja mahu menambah kerja-kerja Nadhirah. Dia sengaja tidak membawa rakanrakannya yang masih sibuk berkaraoke untuk naik ke atas kerana dia mahu Nadhirah mengangkut semua peralatan lukisan ini sendiri ke bawah.

Sekejap, ada sikit lagi baju yang saya nak kena seterika.

Kau nak terus seterika baju tu atau kau nak aku seterika muka kau, hah! Seterika yang berada di tangan Nadhirah dirampas dan dipegang menghala ke muka Nadhirah.

Jangan Kak, jangan buat saya macam ni. Rayu Nadhirah.

Kakak lagi. Aku dah cakap jangan panggil aku kakak! Seterika berkenaan sengaja dilayangkan lebih dekat ke muka Nadhirah.

Walaupun usia mereka hanya berbeza satu tahun, namun keadaan fizikal Adelia yang jauh lebih tinggi membuatkan tubuh Nadhirah kelihatan begitu kecil. Adelia kelihatan seperti sudah berusia 18 tahun dengan ketinggian 160cm. Rasanya, dengan ketinggian yang ada, mudah sahaja seterika itu ditekap ke muka Nadhirah jika Adelia mahu.

Papa aku bukannya ada di Malaysia sekarang ni, Mama aku pula bukannya peduli dengan kau pun. Kalau aku seterika muka kau ni sebab kau lembab sangat, kau jangan nak menangis pula Ugut Adelia tanpa belas.

Saya minta maaf, Saya angkat semunya turun sekarang.

Adelia masih mengugut dengan wajah yang sengaja digarangkan.

Saya takkan ulang lagi. Saya takkan panggil awak macam tu lagi. Please put that thing down. Saya takkan ulang lagi. Saya minta maaf. Rayu Nadhirah. Takut benar jika Adelia mengotakan kata-katanya itu.

Tahu tak apa. Aku ni bukannya kejam sangat, tapi kau selalu buat aku hilang sabar. Kau tahu tak kau tu kalau buang tepi jalan pun belum tentu ada orang ambil. So please Behave! Seterika itu kemudiannya diletakkan semula ke atas papan seterika.

Puas rasa hati Adelia apabila mendengar rayuan Nadhirah yang kedengaran menggigil. Dia hanya memandang sepi batang tubuh Nadhirah yang sedang mengutip segala warna, berus, buku dan perkakas lukisan yang lain.

Hidup di dalam rumah ini umpama neraka buat Nadhirah. Dia dihukum kononnya hanya kerana dia anak seorang perempuan jalang yang memusnahkan kebahagiaan keluarga ini. Segala kesalahan dan dosa yang langsung tidak pernah dilakukannya diungkit seolah-olah semua adalah angkara dirinya.

Bukan setakat Puan Sri Munirah, malah semua anak-anaknya sama sahaja perangai dan gelagat. Masing-masing punya keperibadian yang sungguh buruk dan menjijikkan. Jika tidak diganggu Adelia dan Ammar, Aidid pula akan mengambil tempat. Setiap mereka akan menyibukkan diri untuk menyusahkan Nadhirah. Dari pagi hingga ke malam, ada sahaja yang ingin disuruh, ada sahaja yang ingin diarah.

Girls, kerja kita semua dah siap. Ni buku kau Sarah, ni Thalia, ini buku Nadia dan ini pula buku kau Jess. Kau orang tengoklah lukisan yang dia dah buat, okey tak Kalau tak puas hati, kita boleh suruh dia buat lagi.

Are you sure Thalia menyoal. Buku lukisannya diambil dan diselak-selak untuk mencari hasil lukisan yang dibuat Nadhirah.

Of course lah. Dia akan buat semua yang aku minta. Kalau aku suruh dia buat semua balik pun dia tak boleh nak cakap apa-apa.

Aku puas hati. Lukisan aku dah lebih dari cantik. Thanks dear. Ujar Nadia. Dia sempat mengucapkan terima kasih pada Nadhirah.

Hey Nadia, kau ni memang jenis yang suka beramah tamah dengan orang gaji kau ke dekat rumah Soal Adelia.

No. Tak ada maknanya. Nak buat apa berbual dengan dia orang. Kotor! Jijik! Jawab Nadia sinis.

Same goes to her okay Jangan nak berterima kasih sangat dengan dia. Orang gaji aja pun. Aku tak suka. Getus Adelia.

Yang lain macam mana Okey tak kerja lukisan kau orang Thalia, Jess, Sarah. Okey tak lukisan tu I punya seriously okay. Jawab Thalia. Me too. Jess memberi jawapan

Me three. Begitu juga dengan Sarah.

Kalau macam tu, kau naik atas aja sekarang! Berdiri macam patung cendana ni pun bukannya ada faedah. Buat menyemak mata aja. Arah Adelia pada Nadhirah yang hanya berdiri kaku di tepi sofa.

Keizinan yang diberikan Adelia laju sahaja diterima pakai oleh Nadhirah. Kakinya laju sahaja menyusun langkah untuk naik ke atas.

Hoi Nadhirah. Tunggu sekejap. Panggilan Adelia mematikan langkah kaki Nadhirah. Jantungnya terasa hendak gugur mendengar suara Adelia yang kuat.

Ni, kau punya breakfast, lunch and dinner. Tinggal ini je yang ada di dapur. Makanan yang lain semua kami dah habiskan. Adelia ketawa mengekek.

Sebuku roti kosong dan air mineral dihulurkan kepada Nadhirah. Bukan tiada makanan yang disediakan bibik, namun dek kerana dengki, semua makanan dihabiskan oleh Adelia dan rakan-rakannya. Nadhirah menyambutnya dengan wajah bersahaja. Rezekinya hanya roti lagi pada hari ini. Seperti selalu, ketiadaan Tan Sri Malik di rumah diumpamakan sebagai tiket VVIP untuk ahli kelurganya yang lain mempermainkan dan membuli Nadhirah. Ketika inilah dia dibuli cukup-cukup oleh mereka.

Jahatnya kita, bisik Thalia. Dia sedikit bersimpati dengan Nadhirah saat ini. Kasihan pula melihat wajahnya yang naf itu.

Hey, we are being generous tau. Kita bagi dia makan apa. Jawab Jess tidak bersetuju dengan pendapat Thalia.

Aku setuju. Kalau betul kita jahat Thalia, bukan setakat roti, air mineral kosong tu pun aku takkan bagi pada dia. Biar padan dengan muka. Jawab Adelia.

Aku cuma pelik, kau treat dia teruk sangat. The way you treat her almost the same way you treat a stray cat. I am appalled. Sindir Thalia.

Aku cuma benci dia. Aku tak suka dia tinggal dekat rumah aku. Itu aja. Adelia cuba mematikan syak wasangka rakan-rakan pada tingkahnya yang kejam itu. Takut juga kalau mereka mengesyaki apa-apa mengenai status Nadhirah.

Kalau dah macam tu, kau cakaplah dengan parents kau, suruh dia orang usir dia. Cadang Jess.

Macamlah dia orang dengar. Parents aku tu asyik sibuk kerja aja. Lagipun kalau biar dia tinggal di sini pun bagus. Kerja sekolah kita lepas ni dah ada orang nak buat. Tak payah bayar upah macam selalu.

Yang itu aku suka dengar. Aku suka idea kau Adelia. Sampuk Nadia.

Me too. Jess turut bertepuk tangan gembira.

Nadhirah yang masih lagi berada di antara mereka memilih untuk memekakkan telinga walaupun hakikatnya dia mendengar dan menghadam semuanya. Pedih. Tapi, dikuatkan iltizamnya.

Bertahun-tahun hidup terseksa dan dia akhirnya tekad membawa diri. Peluang yang terhidang beberapa tahun kemudian memberi jalan untuk Nadhirah lari. Jauh dia membawa diri selama lima belas tahun di negara asing hanya untuk mencari sekeping harga diri yang entah hilang di mana.

2015

Selalu ada harapan bagi mereka yang sering berdoa