MY PRETTY BOY - 4
Anggerik_Putih~ Online

Little_Prince: Hi, awak~

Anggerik_Putih~: Hi, lama tak online

Little_Prince: Busy sikitlah. Awak apa khabar

Anggerik_Putih~: Haik aje, busy juga. 4th year, kan Little_Prince: Kita sebaya rupanya. Buat betul-betul exam tau!

Little_Prince: Saya tengok member-member yang ambil medic serabut gila nak jawab soalan. Anggerik_Putih~: Saya tak ada passionlah awak~ Little_Prince: 4th year tak ada semangat dah Tak baik gitu, awak kena cekal. Janji tau! Janji dengan saya yang awak tak akan sia-siakan cita-cita awak.

Anggerik_Putih~: Awak tak continue study ker

Little_Prince: Saya pun 4th year tahun ni, awak.

Awak janji tau!

Little_Prince: Eh, awak. Got to go. Continue nanti okey. Bye!

Qamra Ain offline aplikasi Yahoo Mesengger (YM). Sejak Tunku Hardie sibuk dengan tugasan di hospital, inilah hobi terbarunya di kaf. Pada mulanya hanya sekadar suka-suka namun sebaliknya entah mengapa, dia tertarik bersembang maya dengan pemilik YM bernama Little_Prince itu sejak setahun lepas.

Masa yang seharusnya diisi bersama sang kekasih banyak dihabiskan di YM lantaran masa Tunku Hardie yang terhad di A-AH, alasan sibuk memanjang. Apatah lagi selepas bekerja di hospital, bertambah sukar untuk mereka berjumpa seperti selalu.

Little_Prince pula, cara bersembang serta tutur bicara dia mengandaikan bahawa pemilik ID itu benarbenar jujur menjalin persahabatan dengannya. Cuma, banyak rahsia yang masih tersimpan rapi oleh jejaka misteri itu.

Dia mengemas meja yang bersepah dengan cawan kertas yang ditinggalkan oleh pelanggan kaf. Selesai mengemas, dimop pula lantai yang berlecak. Sementara menunggu empunya pemilik kaf datang, adalah lebih baik dia mengemas apa yang patut di waktu ini.

Qamra Ain meluaskan pandangan di sekeliling kaf. Sudah 4 tahun dia bekerja separuh masa di sini sejak diterima masuk ke dalam A-AH. Disebabkan kewangan tak kukuh, terpaksa dia mencari duit poket lebih untuk membeli buku rujukan dan urusan-urusan lain.

Mujurlah pemilik kaf ini, merangkap pemilik kondo menawarkan tempat tinggal tanpa apaapa bayaran sewa malahan pemilik itu juga yang membiayai kos pengajiannya di akademi itu. Sedang ralat dia berkhayal, bunyi loceng yang tergantung di pintu kedengaran.

Selamat datang ke Hazhoneys Caf, pelawa Qamra Ain tanpa menoleh ke arah pintu oleh kerana asyik mengira stok minuman bikarbonat yang tersusun di dalam peti sejuk.

Qamra Ain! laung seseorang yang sedang mengorak langkah masuk dengan beberapa bungkusan yang di tangan. Qamra Ain terus menoleh seraya mengukir senyum ke arah seorang gadis yang sibuk meletakkan bungkusan di atas meja.

Kau dari mana, Rein

Dari Kondo tadi. Aku cari kau kat sana, tak ada. Aku dah agak kau mesti datang sini punya.

Aku ada lunch date tadi, tiba-tiba lak boyfriend aku tu ada EC. Dari tak ada hala tujubaik aku datang sini.

Apa boleh buat kalau dapat buah hati seorang doktor, masaklah kau nanti bila dah kahwin. Silapsilap korang berdua, pindah duduk sebelah hospital. Oh ya, sebelum aku terlupa tadi aku ada singgah Kinokuniya. Terlanjur kat sana, aku beli. Aku tau kau tengah kumpul duit nak beli buku ni, kan Tunku Hazreen menyerah beberapa buah buku perubatan ke tangan Qamra Ain.

Mana kau tau ni, Rein Kau dah banyak beli buku untuk aku, tak terbalas budi kau kat aku nanti, ucap Qamra Ain menahan sebak di dada.

Kau dah aku anggap macam adik aku sendiri. Tak salahkan, seorang kakak belikan keperluan untuk adiknya. Aku tak kisah laburkan duit untuk kau Qamra asalkan impian kau tercapai. So, you better make me proud! pujuk Tunku Hazreen sambil memaut lembut bahu gadis itu. Hakikatnya, dia teramat sayangkan Qamra Ain bahkan dia sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan gadis itu. Kecapi impian menjadi seorang doktor pakar kardiologi.

Qamra Ain mengoyak senyuman di wajah. Ada benarnya kata-kata Tunku Hazreen. Kalau tak dek gadis ini, entah di mana dia duduk menyewa sekarang. Tambahan lagi dengan kos sara hidup di bandar Kuala Lumpur (KL) yang jauh 3 kali ganda dari kos sara hidup di kampung.

Jauh di sudut hatinya rasa bertuah dipertemukan gadis berkerjaya seperti Tunku Hazreen. Umur mereka tampak sebaya, namun gadis jelita ini mampu hidup melewah dalam usia yang masih muda. Mempunyai kaf dan sebuah kondo mewah di tengah bandar. Pendek kata gadis ini tak pernah merasai hidup susah. Itulah Tunku Hazreen, gadis persis model yang dikenali sejak setahun lalu.