Haziq, dia terbayangkan arwah Elfira. Wajah mereka berdua mirip benar kerana Haziq mewarisi wajah polos arwah Elfira. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa muka Haziq dan Elzaara serupa dan ramai juga yang mengandaikan mereka adalah anak-beranak, tetapi hakikatnya Haziq adalah anak Elfira bukan Elzaara.
Elfira. Siapa sangka arwah Kakaknya yang pemalu, lembut, manja dan ringan tulang itu dipukul, didera, dibelasah oleh bekas suami. Biarpun dalam keadaan sarat mengandung Elfira teruk dihentak oleh bekas suaminya. Gila! Memang gila! Mujurlah dengan bantuan jiran tetangga yang datang tepat pada masanya telah menyelamatkan arwah Elfira dari dibunuh dengan kejam oleh bekas suami.
Namun, yang dikesalkan hingga kini, dia terlambat tahu mengenai keadaan Elfira dan gagal menyelamatkan Kakaknya itu. Kalaulah dari awal dia sudah mengetahui perkara yang berlaku, tentu sahaja dia dah bawa Elfira lari jauh dari bekas suami yang kejam itu!
Kepala Haziq dielusnya lembut, Acu sayang Haziq!
Haziq pun sayang Acu! Balas Haziq sambil tangan dan matanya ralit bermain dengan kereta kecilnya.
Encik Yusuf, Encik Ibrahim dan Puan Rahayu serta Puan Rahimah yang sedang duduk bersantai di laman rumah memerhatikan sahaja tingkah Elzaara dan Haziq. Begitu juga dengan Lyn. Hanya Elzaara sahaja yang tidak berkumpul bersama kerana dia lebih rela menemani Haziq bermain daripada berkumpul bersama-sama ahli keluarganya yang lain.
Eh, jemputlah Imah, Ib... Kak Long sempat buat kek cokelat lembab ini aje, pelawa Puan Rahayu.
Ini pun dah cukup... Kak Long, Abang Long. Tak payahlah susah-susah. Kami ni datang sebab nak melawat Haziq tu. Dah elok lukanya
Haziq tu dah makin pulih... tapi, saya risau El tu... keluh Puan Rahayu.
Mak, Mak Long... Lyn masuk kejap ya
Pergilah Lyn... ajak El dan Haziq duduk makan sekali kat sini.
Lyn berjalan menuju ke tempat permainan Elzaara dan Haziq yang tidak jauh dari kedudukan mereka di gazebo. Elzaara langsung tidak menoleh ke arahnya. Ralit sungguh Elzaara melayan Haziq hinggakan tak perasan kewujudan orang lain.
El... jom minum petang, pelawa Lyn. Kelakar pula rasanya bila tetamu yang mengajak tuan rumah untuk menikmati juadah yang terhidang.
El, mari makan sekali sayang, ajak Puan Rahimah pula sambil melambai ke arah Elzaara.
Tak apalah Mak Ngah. El tak lapar, laung Elzaara membalas sambil kepalanya menggeleng.
Elzaara! Mari sini makan. Ajak Haziq tu sekali. Budak tu dah lapar pun awak nak ajak dia main lagi, tegur Encik Yusuf garang.
Melihat ayahnya sudah bersuara, dia tiada lagi pilihan. Dia amat gerun pada ayahnya yang bersikap tegas. Walaupun dia seorang yang kadang-kadang agak degil, tetapi tak pernah lagi dia meningkari Encik Yusuf. Maklumlah ayahnya itu merupakan Pengetua Sekolah, sedikit sebanyak perwatakan sebagai pengetua sekolah terbawa-bawa sehingga ke rumah. Pantas Elzaara mula menyimpan peralatan dan mainan yang telah digunakan lantas memimpin tangan si kecil ke gazebo.
Puan Rahimah menyuakan sepiring kek coklat lembap kepada Elzaara dan sepiring lagi untuk Haziq. Manakala, ibunya pula sedang menuangkan secawan teh limau untuknya dan secawan lagi buat Haziq. Melihat akan kek coklat lembap itu, tiba-tiba hatinya tersentuh dan sebak. Kek coklat lembap tersebut merupakan kek kegemaran dia dan Kak Elfira. Sudah lama dia tidak melihat ibunya membuat kek coklat kegemaran mereka adik beradik sejak Elfira meninggal dunia dahulu. Matanya mulai berkaca dan rasa sebak mula mengerumuni dalam dirinya.
Erm, ibu, ayah, Pak Ngah, Mak Ngah, El masuk dalam dulu. El lupa El belum solat asar dulu. El masuk dalam dulu ya Elzaara cuba menahan dari menitiskan air mata.
Puan Rahayu dan Encik Yusuf hanya mampu menggelengkan kepala manakala Puan Rahimah dan Encik Ibrahim menganggukkan kepala mereka. Lyn yang sedang menyuapkan Haziq kek coklat hanya mampu memandang sahaja langkah lesu Elzaara sehingga ke dalam rumah.
Lyn sedar apa yang sedang bermain di fikiran Elzaara dan ibu bapa mereka. Sudu diletakkan di atas piring kek. Diperhatikan tingkah Haziq yang laju menyudu kek ke mulut sendiri. Haziq bukan sahaja mewarisi wajah arwah Elfira, tapi turut sama mewarisi sifat dan kegemaran Mamanya.
Errr..., Pak Long, Mak Long, Lyn minta diri sekejap. Nak tengok El. Kesian pula dengan dia, Lyn meminta izin Pak Long dan Mak Longnya untuk memujuk Elzaara.
Hah, pergilah pujuk dia cepat Lyn. Jangan biarkan dia duduk sendirian. Cuba Lyn tengok dekat bilik arwah Fira. Lyn cubalah bercakap dengan dia.
Iyalah Mak Long. Lyn cuba ya...
Dia mogoklah tu sebab Mak Long buat kek coklat kegemaran diorang dua beradik, sayu suara Puan Rahayu.
Lyn pergi dulu ya Mak Long, Pak Long, Mak, ayah... Lyn mengangkat sepiring kek coklat lembap dan secawan teh limau suam yang masih lagi belum bersentuh buat Elzaara.
ABANG, saya risaulah tengok keadaan anak kita tu. Makin lama makin teruk keadaan dia. Naik risau saya tengok keadaan dia tu. Saya risau lama-lama dia jadi sakit jiwa pula. luah Puan Rahayu dengan penuh kekecewaan.
Ish, awak ni Ayu. Ada pula cakap macam tu. Elzaara tu tak apa-apa pun. Dia ok je. Sanggah Encik Yusuf.
Yelah, Abang tengoklah El tu. Datang mood sedih dia mulalah dia buat perangai macam tu. Kalau mood dia ok, oklah dia. Saya risau dengan keadaan dia macam tu.
Kak Long, Abang Long dah cuba bawa Elzaara jumpa pakar kaunseling ke Manalah tau sesi kaunseling boleh membantu Elzaara... cadang Puan Rahimah.
Sudah, tapi tak berjalan juga. Sekejap je elok lepas tu baliklah pada perangai dia yang sekarang ni. Sepatutnya Elzaara ada sesi kaunseling lagi tapi entahlah, dia cakap malas nak pergi. Boring katanya, macam budak sekolah je kena kaunseling. Tu yang sekarang ni langsung tak pergi dah sesi kaunseling tu...
Abang Long tak cuba pujuk dia ke
Abang Long pun dah tak tau nak buat apa lagi. Abang Long dah buntu sangat-sangat. Tak tahu macam mana nak pulihkan si Elzaara tu.
Abang dah cuba bertegas dengan El
Hmm... pernah sekali Abang Long cuba nak sedekahkan barang-barang lama kepunyaan arwah Elfira pada anak-anak yatim, tapi dimarah oleh Elzaara. Katanya Abang Long dah tak sayangkan arwah Elfira sampai nak buang barang-barang arwah... Encik Yusuf mengeluh perlahan.
Astaghafirullah al Azim! Sampai macam tu sekali Elzaara bertindak Ini dah teruk dah ni Abang Long. Tak boleh nak dibiarkan ni. Lama-lama melarat pula. Elzaara pun tak boleh macam ni. Sampai bila dia nak terus hidup dalam dunia dia je. Orang lain pun alami juga kesan yang sama tapi lama-lama boleh je terima keadaan ni. Tegur Encik Ibrahim.
Abang Long ni bukan apa selain cuba bertegas dengan El, Abang Long nak sedekahkan barang-
barang tu sebab tak ada siapa nak pakai dah. Daripada membazir tergeletak macam tu je baik kita sedekahkan pada orang yang lebih memerlukan ya tak.
Yang lain semua mengangguk menyetujui pendapat Encik Yusuf.
El tu terasa agaknya Abang Long... diorang berdua kan rapat. Dah macam kembar walaupun berbeza umur.
Itulah dia... Katanya dia rasa bersalah sangat sebab mengalah masa arwah Fira bertegas nak kahwin juga dengan budak Fauzi tu lepas habis diploma. Tak sempat nak cari kerja pun. Tapi, kalau nak ikutkan dah banyak kali juga Elzaara nasihatkan arwah. Cuma itulah... kalau tengah dilamun cinta, apa pun nampak baik dan elok sahaja...
Kita bukan tak halang, bang... Arwah yang bertegas nak berkahwin juga. Kita ni orang tua, kalau tak bagi kahwin bimbang pula timbul masalah lain dikemudian hari... sampuk Puan Rahayu.
Iyalah Ayu... Kita kalau boleh nak cegah perkaraperkara maksiat ni. Elok pun sebenarnya Elfira tu kahwin. Tapi, silapnya pada Fauzi keparat tu! Kalau tak kerana dia...
Sabar Abang Long... Kita tak tahu pun perkara macam ni nak jadi pada keluarga kita. Lebih-lebih lagi pada anak-anak kita. Lagilah orang macam arwah tu. Pendiam dan penyimpan. Semua masalah yang dia hadapi dengan budak keparat tu langsung tak pernah dia ceritakan pada kita! Sampuk Puan Rahimah yang tiba-tiba beremosi.
Hesy awak pula yang lebih-lebih... senggol Encik Ibrahim pada lengan Puan Rahimah.
Saya geram tahu! Sakit hati. Kalau saya dapat jantan tu, haih... saya ganyang dia cukup-cukup. Saya balas balik apa yang pernah dia buat pada arwah anak saudara saya tu. Dia ingat perempuan ni bola ke main tendang-tampar-pukul-belasah sesuka hati dia! Balas Puan Rahimah.
Dah, dah... tak baik cakap macam tu depan Haziq. Apa-apa pun lelaki tu bapa pada Haziq ni.
Bapa apa kalau tak pernah ambil berat. Pandai buat anak, pandai belasah bini, tapi anak tak pandai nak bela. Hesy... sakitnya hati saya!
Betul apa yang Ibrahim cakap tu, Imah... apa pun lelaki tu bapa pada Haziq. Darah yang mengalir dalam tubuh cucu Abang Long ni, ada darah budak tu. Kita tak boleh nak nafikan sampai bila-bila pun. Tapi, Abang Long harap Haziq ni membesar dengan elok dan baik. Jadi anak dan cucu yang soleh.
Mudah-mudahan Abang Long. Janganlah sampai dia mengikut perangai tak senonoh bapanya tu... Sambung Encik Ibrahim cuba menenangkan suasana hangat sebentar tadi.
Wajah isterinya dijeling. Perempuan ni kalau cakap tak beremosi, tak sah agaknya. Agak-agaklah kalau nak menyebut apa pun. Haziq tu ada je elok duduk dekat dengan mereka. Boleh pula isterinya bercakap soal Fauzi dengan selamba. Hati budak-budak ni sensitif. Mana boleh nak cakap suka-suka hati macam tu. Nanti sampai ke besar dia menyimpan dendam.