banyak kali tak angkat, mesej tak reply. Kak Zila terus menyerang dengan soalannya ketika aku menyertai dia dan Miza di meja makan.
Erm sedapnya nasi goreng Miza. Letak banyak sikit ya Aku berusaha mengalih topik perbualan. Senyuman manis kuhadiahkan buat Miza yang sedang mencedok nasi goreng untukku.
Akak tanya ni dia alih topik pula. Risau tahu tak Bahuku ditepuk perlahan oleh Kak Zila.
Maafkan Sha. Semalam ada masalah dengan kereta. Kunci kereta tercicir lepas tu telefon, dompet semua terkunci dalam kereta, jelasku dengan jujur.
Habis Sha balik macam mana pagi tadi Siapa yang hantar Kak Zila tetap menyoal.
Aku tersenyum sedikit dan berkira-kira untuk menyuap nasi goreng terlebih dahulu sebelum menjawab. Sekurang-kurangnya sempat aku fikirkan jawapan yang sesuai. Andai perkara yang sebenar kuceritakan, mahu Kak Zila pengsan serta-merta.
Ketika nasi goreng hampir masuk ke mulut, bunyi hon kereta yang bertalu-talu kedengaran. Terbantut terus niatku untuk makan. Kuat pula dan bunyinya seperti dari hadapan rumah sewa kami. Kak Zila bangun dan berjalan ke pintu.
Sha! Jeritan Kak Zila mengejutkanku.
Aku dan Miza bangun serentak dan berlari anak mendapatkan Kak Zila. Saat terlihat apa yang menyebabkan Kak Zila menjerit, aku terus meletakkan tangan ke dahi. Pantas aku keluar dan tergesa-gesa menyarung selipar. Aku berlari anak dan terus menuju ke arah seseorang yang sedang enak bersandar di tepi pintu Proton Irizku sambil tersenyum nipis. Siap pakai cermin mata hitam lagi sambil berpeluk tubuh.
Kenapa Niel bunyikan hon kereta banyak kali Nampak tak jiran semua dah keluar tu Aku terus membebel sambil bercekak pinggang.
Niel tanggalkan cermin mata hitamnya lalu disangkut pada kolar t-shirt Polo merah yang dipakai. Pergelangan tangan kanannya diangkat tinggi kira-kira separas mataku.
Dah 7.32 minit pagi. Semalam mak cik cakap pukul 7.30 kan nak pergi pejabat Mak cik dah lewat dua minit. Selamba dia berkata-kata. Sekurangkurangnya ada juga sifat positif dalam dirinya iaitu sangat menepati masa.
Dua minit aje. Dahlah, akak nak masuk sarapan dulu. Niel pergilah balik. Aku buat muka serius.
Inilah orang Melayu kita, bukannya nak menepati masa. Akak tahu tak yang masa itu emas dan kunci kejayaan adalah menepati masa! Lagi satu, nak suruh saya balik naik apa Naik awan terbang Tak pun jalan kaki Soal Niel memulangkan ayatku semalam.
Pandai pula dia bercakap pasal masa itu emas.
Habis masaku semalam yang diculik sampai berjamjam bukan emas ke
Harta bergunung-ganang tak akanlah nak balik jalan kaki Aku jungkit kening.
Dompet saya yang mengandungi duit, kad kredit dan segala macam lagi ada pada mak cik. Macam mana saya nak balik
Balik bukannya naik dompet, naik keretalah Niel oi. Mestilah Niel datang sini naik kereta kan Dah pergi balik. Aku mengibas tanganku persis gayanya semalam. Ingat dia sahaja mampu menghalauku.
Memanglah datang sini naik kereta, tapi naik kereta mak cik ni. Harap aje dah tua, tapi tak boleh berfikir dengan waras juga. Macam mana saya nak datang sini pandu dua buah kereta Niel menggeleng laju sambil menghela nafas panjang.
Aku tidak mampu membalas kerana terlalu geram dengan budi bahasa Niel yang terlalu dahsyat.
Dahlah, mak cik pergi masuk sarapan apa yang patut. Saya tunggu dalam kereta. Tapi, jangan lama sangat. Sepuluh minit aje. Masa saya sangat berharga, okey Niel terus masuk ke tempat duduk penumpang dengan selambanya. Geram betul aku dengan budak kurang didikan ini.
Sabar, sabar, sabar. Dengan nafas yang turun naik aku buka but kereta dan mengambil keropok lekor yang sudah terkurung lebih 12 jam di dalam kereta. Harap-haraplah masih selamat. Seterusnya aku masuk semula ke dalam rumah.
Sha, siapa tu Comel gila kut. Kenapa kereta Sha ada pada dia Kak Zila terus menyoal.
Oo, aa... tu adik angkat Sha. Dia tolong bawakan kereta Sha ke sini, jawabku spontan. Nafas lega kuhela. Mujur idea itu terus terlintas di mindaku.
Sha tak pernah cerita ada adik angkat comel macam tu. Hot kut. Cair kejap akak tengok tadi. Dia juga ke yang hantar Sha balik semalam Kak Zila masih menyoal ketika kami kembali duduk di meja makan.
Hai Kak Zila, tak takut ke tunangnya dengar apa yang dia cakap tadi. Keropok lekor yang berbalut kemas aku letakkan sahaja di atas meja.
Aah dia yang hantar balik. Kebetulan dia nampak Sha dekat stesen minyak. Penjelasan yang jujur dariku walaupun tidak lengkap.
Habis macam mana dia boleh jumpa kunci kereta Sha yang tercicir tu Soalan lagi dari Kak Zila.
Akak, kalau kita asyik soal siasat Kak Sha, lambat kita nak pergi pejabat nanti. Jom sarapan dulu. Miza akhirnya menyelamatkanku.
Aku tersenyum ke arah Miza. Kak Zila memang sering risau akan kami dan disebabkan itulah dia gemar bertanya itu dan ini. Aku memang tak pernah jemu menjawab setiap persoalannya, namun situasi kali ini agak rumit sedikit untuk diceritakan kepada sesiapa. Jadi, biarlah rahsia.
Sha gerak dululah. Adik angkat Sha dah tunggu dalam kereta. Kena hantar dia balik dulu sebab dia drive kereta Sha tadi. Kita jumpa petang nanti ya Aku terus menghirup Nescafe O sebelum bangun dan mencapai beg sandangku.
Kak Sha kejap. Miza letak nasi goreng dalam tupperware. Akak boleh sarapan dekat pejabat nanti. Miza terkocoh-kocoh berlari ke dapur semula dan kembali tidak lama kemudian.
APA yang bau sedap sangat ni Soalan pertama yang keluar dari mulut Niel sebaik
aku masuk ke dalam kereta.
Nasi goreng housemate akak buat, jawabku pendek sambil meletakkan beg sandang dan bekas nasi goreng ke tempat duduk belakang. Baru sahaja aku hidupkan enjin kereta, Niel terus ambil nasi goreng tersebut.
Erm siap ada sudu lagi. Kata-kata Niel membuatku menoleh seketika.
Ya Allah sabar ajelah dengan budak ni. Niel sedang enak mengunyah nasi goreng dengan bahagianya. Siap tersenyum-senyum lagi. Aku ketap bibir tanda geram. Hendak marah, kasihan pula dengan budak kecil ini. Nafas pendek kuhela sebelum aku kembali fokus ke hadapan.
Ada lagi tak nasi goreng ni mak cik Niel selamba menyoal sambil mengangkat tinggi bekas nasi goreng yang telah licin dimakannya. Betul-betul di hadapanku sehingga mengganggu pandanganku ke jalanraya.
Aku menolak bekas tersebut ke arah Niel semula, Sibuk dengan nasi goreng. Akak tanya dari tadi lagi rumah Niel dekat mana. Akak nak hantar balik ni. Suaraku tegas kali ini. Cara lembut tidak berkesan jadi aku guna cara kasar pula.
Dah berapa kali saya cakap, pandu aje sampai tempat kerja mak cik. Niel jawab selamba sambil menutup bekas nasi goreng dan diletakkan semula ke tempat duduk belakang. Habis sarapanku pagi ini gara-gara Niel.
Dekat sana nanti macam mana Niel nak balik Akak tengah baik hati nak hantar Niel ni. Aku jadi lembut semula. Pening aku kejap kena jadi lembut, kejap kasar.
Bad jemput saya nanti kat tempat kerja mak cik.
What! Serta-merta aku memberhentikan keretaku di bahu jalan.
Mak cik ni kenapa Nasib baik jantung saya ni kuat. Niel mengusap dadanya sambil merenung tajam.
Kalau dia boleh jemput, kenapa tak suruh jemput
dari awal tadi dekat rumah akak. Niel ni kan, makin lama makin geram akak dibuatnya. Kalau akak ada adik perempuan jangan haraplah akak nak buat jadi adik ipar! Aku merenung Niel setajam-tajamnya.
Siapa yang nak jadi adik ipar mak cik Niel menjawab sinis. Dia diam dua saat sebelum menyambung. Mak cik nak ke saya bagitahu alamat rumah mak cik dekat Bad. Dia tu macam dah terberkenan dengan mak cik tau. Nanti silap-silap haribulan hari-hari dia datang menempel depan rumah. Niel ketawa pula.
Geramnya aku hendak cubit-cubit, tumbuktumbuk buat belacan budak kecil ni.
Jangan nak mengarut cakap dia suka akak. Orang suruhan macam tu manalah ada perasaan.
Sedap aje mak cik cakap dia orang suruhan ya Selidik dulu sebelum cakap tu, balas Niel sambil menggeleng.
Kalau dah culik orang atas arahan bos, bukan orang suruhanlah namanya, balasku dengan kasar.
Dia tu pekerja dekat syarikat ayah saya. Kebetulan dia baik dengan saya. Sama juga dengan Tom tu. Jadi sebab tu saya minta tolong mereka jayakan rancangan saya yang tak berhasil malam tadi. Niel selamba memberi penjelasan dan aku pula ternganga mendengarnya.
Pekerja ayah awak, tapi awak layan mereka dengan buruk semalam. Sekurang-kurangnya hormatlah sikit dengan orang yang lebih tua. Kan dah kena dengan aku.
Okey, nanti saya panggil mereka pakcik. Niel tersenyum lebar. Senyuman yang sengaja dibuat-buat.
Akak rasa Niel ni kena pergi sekolah budi bahasa. Aku menggeleng sambil memegang kepala. Tidak pernah kusangka akan berjumpa dengan budak yang persis makhluk asing tersesat ni.
Dan saya rasa mak cik kena pergi kerja sekarang. Niel angkat keningnya sambil tersengih. Jam di dashboard kukerling dan aku ternganga sebelum memandu kembali. Memang sah aku akan sampai lambat ke pejabat. Semuanya salah Niel!
EH, sejak bila kau makan gula-gula berangin ni Munirah menyoal setelah
menghulurkan fail kepadaku. Pembalut gula-gula di atas meja kucapai dan aku campakkan ke dalam bakul sampah di tepi meja.
Nak hilangkan rasa mengantuk. Terima kasih untuk fail ni. Aku tersenyum nipis.
Pukul berapa kau sampai dari kampung semalam
Mata sembap macam orang tak cukup tidur langsung. Pukul tiga, jawabku lantas tersengih.
Patutlah. Dah lunch hour ni, jomlah makan. Kerja nanti sambung lepas makan ya.
Ya ke Alhamdulillah. Aku dah rasa kebulur ni tahu tak. Senyuman lebar kuukir.
Hai pelik betul. Biasanya kau sarapan dulu, kan Kau juga yang kata tiap-tiap hari housemate kau sediakan sarapan.
Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Munirah. Memanglah Miza sediakan sarapan untukku, siap bekalkan lagi. Tapi, ada pula budak kurang akal tolong habiskan sarapan aku hingga menjilat jari.
Aku terus keluar dari bilik dan mengekori Munirah. Gula-gula berangin di dalam mulut masih belum habis, tetapi nak buang sayang pula. Sudah bertahun aku tak makan gula-gula berangin dan garagara Niel aku makan semula.
Nah ambil gula-gula ni. Kalau mengantuk dekat pejabat nanti mak cik makan ya Takut nanti mengigau pula dekat pejabat. Kata-kata Niel itu berserta gelak jahat darinya.
Walaupun geram yang teramat tetapi aku ambil juga sepaket gula-gula berangin yang diberi olehnya pagi tadi ketika kami hendak berpisah. Hmm, macam kurang sesuai pula perkataan berpisah itu. Kami baru bertemu semalam dan semuanya tidak dirancang. Selepas ini mungkin aku tidak akan bertemu dengannya lagi. Kisah kami telah berakhir. Proton Irizku dah selamat kembali kepadaku dan dompetnya juga telah aku pulangkan. Secara automatiknya kaitan kami terputus.
Aduh. Tanpa sengaja aku terlanggar seseorang.
Maafkan saya. Lelaki itu bersuara cukup sopan. Aku mendongak dan ternyata Fitri yang kulanggar. Dalam ramai-ramai orang kenapalah anak big boss juga yang kulanggar
Eh, saya yang patut minta maaf sebab saya yang langgar encik. Aku tundukkan kepala sedikit sebelum menarik tangan Munirah. Tidak mahu berlama-lama di sini.
Ish kau ni kenapa cepat sangat tarik aku pergi. Dah lah dingin aje layan anak big boss kita tu. Munirah mencubit bahuku.
Memang sengaja aku melayannya dingin kerana rimas dengan renungannya setiap kali kami bertemu. Walaupun Fitri tidak bertugas di sini tetapi dia sering ke sini untuk berjumpa ayahnya yang merangkap pemilik syarikat tempat aku bekerja. Sudah lebih setahun aku bekerja di sini dan renungannya tidak pernah berubah. Kata Munirah, Fitri mungkin sukakan aku cuma dia takut untuk meluahkan. Maklumlah aku kan dingin.
Shaqina, Munirah, panggil Fitri.
Nafas kuhela agak panjang saat mendengar panggilan itu.
Awak berdua nak lunch ke Kalau tak keberatan boleh saya join Ingatkan nak lunch dengan papa saya, tapi kebetulan dia ada appointment kejap lagi. Pandai pula Fitri mencari alasan.
Mestilah boleh Encik Fitri. Sangat dialukan. Munirah tersenyum lebar.
Aku hanya mampu pamerkan wajah tidak puas hati kepada Munirah.
ENCIK Fitri ni bagus, muda-muda lagi dah uruskan cawangan-cawangan pasaraya tu.
Munirah cukup bersemangat memuji Fitri.
Biasa-biasa aje Munirah, lagipun saya cuma tolong papa saya apa yang termampu. Benda dah sedia ada. Fitri seperti biasa merendahkan dirinya. Satu sifat yang boleh dipuji untuk anak dan cucu hartawan sepertinya.
Datuknya, Tan Sri Hamzah merupakan pengasas kepada Jaya World Group yang merangkumi pelbagai bidang perniagaan. Antaranya ialah beberapa buah pusat membeli-belah, pasaraya, farm plantation dan sebuah sekolah swasta. Fitri pula satu-satunya cucu lelaki Tan Sri Hamzah jadi ke mana lagi tumpahnya harta kalau bukan ke anak cucu sendiri.
Shaqina kenapa tak makan Tak sedap makanan dekat restoran ni Fitri tiba-tiba menyoal.
Sedap sangat. Mahal, kan Aku menjawab dingin. Kalau bukan kerana puas dipujuk Fitri dan Munirah, memang aku malas hendak masuk ke restoran mewah ini. Makan di kafe syarikat lebih enak bagiku. Nasi campur Mak Cik Senah lagi sedap.
Encik Fitri jangan risau pasal Sha ni. Dia memang dingin sikit dengan orang yang dia baru kenal. Tapi, bila dah lama kenal, terserlah kekecohan dia. Munirah dan Fitri sama-sama ketawa.
Aku hanya buat muka lima sen.
Tapi, saya dah kenal Shaqina setahun. Sejak dia mula bekerja di Jaya World. Fitri membalas perlahan.
Sebab dia jarang jumpa dengan Encik Fitri. Saya ni setiap hari jumpa dia, tu yang kami boleh rapat. Mula-mula dulu dia memang dingin juga. Tapi, sekarang ni dah jadi bestfriend, kan Sha
Aku ketawa pendek mendengar kata-kata Munirah. Kemudian pandanganku ditumpukan semula pada Chicken Chop di dalam pinggan. Baru luak satu pertiga. Seleraku agak mati sedikit dengan kehadiran Fitri. Sudahlah makan tengahari ini Fitri yang belanja, aku pula rimas dengan kehadirannya. Kejam sangat aku rupa-rupanya. Kisah kami macam kisah dalam novel, tapi tolonglah aku tak mahu dia jadi heroku.
Bunyi SMS masuk mengalihkan sedikit tumpuanku. Samsung Galaxy A di dalam tas tangan kukeluarkan.
SMS dari nombor yang tak dikenali.
+601532462451
Kalau mak cik tak suka mamat kat depan tu, kenapa keluar makan sekali dengan dia
Berkerut dahiku membaca SMS asing itu. Siapa punya kerjalah agaknya. Ini sah budak nakal yang tiada kerja. Main tekan nombor sesiapa dan hantar mesej yang entah apa-apa. Kenapalah dalam ramairamai orang, nombor aku yang jadi mangsa Bunyi SMS masuk lagi.
+601532462451
Tak payah berkerut seribu dahi tu. Nanti silap-
silap saya kena panggil nenek pula.
Macam kukenal sahaja gaya bahasa mesej ini. Aku memandang ke sekeliling restoran dan ternganga saat melihat Niel yang sedang enak menghirup jus oren di bahagian hujung restoran. Entah macam mana budak seorang ini boleh tersesat dalam restoran yang sama denganku. Aku merenungnya tajam tanda protes. Niel tiba-tiba bangun dan menghampiri mejaku. Ish, apa pula lagi masalah yang akan dibuatnya.
Hai semua. Niel menegur mesra sambil tersenyum ke arah Munirah dan Fitri.
Aku pula pastinya sudah meletakkan tangan ke dahi. Tidak tahu bagaimana harus kuhalang budak kecil ini. Munirah dan Fitri memandang Niel dengan penuh kehairanan.
Maaf mengganggu, tapi boleh tak saya nak pinjam kakak saya sekejap. Sebenarnya kami dah janji nak makan sekali tapi dia tak sampai hati nak tolak pelawaan akak dan abang berdua. Ternganga aku mendengar kesopanan dan kesusilaan Niel terhadap Munirah dan Fitri. Sudahlah dari semalam asyik mengaku aku kakak dia.
Sha, kau tak pernah cakap pun kau ada adik duduk area sini. Bukan adik lelaki kau belajar dekat
Penang ke
Ini adik lain, jawabku lantas mengetap bibir.
Jomlah akak, Niel dah lapar ni. Makanan kat sini kurang sedaplah. Kita pergi tempat biasa ya Selamba Niel mencapai tas tanganku. Mahu atau tidak terpaksa juga aku menurut rentaknya.
Kunci kereta akak dah tinggalkan belum dekat kawan akak Niel menyoal tiba-tiba.
Aku hanya mampu memandangnya dengan wajah bingung.
Akak naik kereta dengan saya, nanti siapa nak bawa balik kereta hijau akak tu Niel ketawa manja sambil membuka tas tanganku.
Ya Allah memang benar-benar menguji tahap kesabaran aku budak ni. Dengan selamba kunci Irizku dikeluarkan dan dihulurkan kepada Munirah yang hanya mampu memandang sambil ternganga. Fitri pula pamerkan wajah kecewa. Aku kemudiannya terus mengikut langkah Niel.
Keluar sahaja dari restoran, tas tangan terus kurampas dari pegangan Niel. Dia pula hanya membalas dengan senyuman nakalnya.
Apa lagi yang Niel tak puas hati dengan akak ni Kita dah tak ada apa-apa kaitan, kan Jadi tak perlu nak campur urusan akak lagi. Aku mendengus kasar sambil berjalan laju meninggalkan Niel.
Sama-sama. Niel laju sahaja menyaingiku sambil menghadiahkan wajah tidak bersalah.
Motif Soalku sambil berpeluk tubuh. Terpaksa juga aku mendongak untuk memandang wajahnya. Beza ketinggian kami sangat ketara. Maklumlah tinggiku tidak sampai 160cm.
Saya dah selamatkan mak cik dari lelaki tu. Mak cik tak suka dia, kan Tapi, terpaksa makan semeja dengan dia. Jadi sebagai tanda terima kasih, mak cik kena teman saya makan tengahari. Niel tersenyum lebar dan kembali melangkah.
Ada akak suruh Niel tolong akak tadi Dahlah tak pasal mengaku adik akak. Semalam pun sama. Aku kembali berjalan beriringan dengan Niel.
Tapi, cara tu dah banyak kali selamatkan mak cik kan Cepatlah... Saya lapar ni. Niel mempercepatkan langkahnya dan kali ini aku berhenti.
Kalau lapar pergi makan seorang. Akak nak balik pejabat dulu. Aku mengeluh kasar sambil berpeluk tubuh.
Baliklah jalan kaki. Niel ketawa nakal sambil mengangkat tinggi tas tanganku. Bila pula dia curi tas tanganku. Baru tadi elok sahaja aku pegang.
Niel! Aku menjerit perlahan dan berlari anak ke arahnya.
Niel pula apa lagi terus melarikan diri dariku. Ini apa kes pula aku pergi main kejar-kejar dengan budak kurang budi bahasa ni
ASSALAMUALAIKUM nek. Niel menegur seorang wanita lingkungan usia 60-an
dengan sopan sekali.
Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
Niel bawa siapa pula ni Cantik orangnya, puji nenek ini sambil tersenyum manis.
Kembang pula aku apabila dipuji.
Ini kakak angkat Niel, nek. Kami ambil nasi dulu ya Niel tersenyum mesra. Senyumannya cukup ikhlas kali ini. Cair sesaat aku dengan senyuman itu.
Air macam biasa ya Nenek sempat menyoal ketika aku dan Niel sudah berlalu ke meja yang menempatkan pelbagai lauk-pauk kampung yang menyelerakan.
Ya nek, tapi hari ni dua ya Niel menjawab lantas mencedokkan nasi ke dalam pinggan. Pinggan itu kemudiannya dihulurkan kepadaku.
Aku mengambilnya sambil tersenyum. Pilihanku ialah ayam masak lemak, pucuk paku goreng dan sambal belacan. Wah baunya sahaja benar-benar membuka seleraku. Niel pula memilih ayam masak kurma, ikan kembung bakar dan sambal belacan.
Kami kemudiannya memilih salah sebuah meja yang berhampiran dengan tempat membancuh air. Agak ramai juga pelanggan yang makan di gerai ini. Langsung tiada meja kosong, jadi terpaksalah kami berkongsi. Mujur kami tiba ke sini sudah agak lewat. Jika tidak pasti lebih sesak. Nenek tadi muncul kembali bersama dua gelas Teh O Ais.
Terima kasih nek. Niel mengambil kedua-dua gelas tersebut. Nenek sempat mengusap kepala Niel sebelum beredar ke tempat membancuh air semula.
Itu Nek Timah. Dah dua tahun saya kenal dia. Sejak tu saya memang selalu makan dekat sini. Makanlah, gerenti sedap. Mesti rasa nak datang lagi lain kali. Niel menerangkan tanpa perlu disoal.
Sudu dan garfu dihulurkan kepadaku. Kenapa nampak lain sungguh Niel kali ini Rasanya baru tadi kami bergaduh, siap main kejar-kejar lagi. Aku terpaksa mengejar Niel sehingga ke dalam kereta. Masuk sahaja dalam kereta, Niel terus memecut laju Ferrarinya. Memang teknik menculiknya tidak mampu kunafikan.
Aku terus menyuap nasi. Malas hendak bergaduh dengan Niel lagi. Bimbang lambat masuk ke pejabat lagi seperti pagi tadi.
Tapi, memang tepat apa yang dikatakan Niel. Masakan Nek Timah benar-benar enak. Kami makan dengan senyap sehinggalah selesai. Habis sahaja makan, Niel terus menghantarku pulang ke pejabat.
Mujurlah jarak gerai ini tidak terlalu jauh dari pejabat.