Namun pagi tadi dia dikejutkan dengan sarapan pagi yang sedap dari Arissa. Mi goreng ala-ala mamak. Macam tau-tau je si Arissa ni yang makanan bergoreng adalah kegemarannya. Begitu enak di makan bersama kopi panas. Masih terlekat rasa itu di tekaknya. Harapharap masih ada saki baki semasa dia pulang petang nanti.
Matanya beralih ke wajah Julien, Pengurus Kanan Pemasaran yang sedang membentang pelan perancangan pemasaran untuk setahun itu dan status repotnya.
Mana your staff seorang lagi soal Dato Azizan.
Ternganga mulut Julien mendengar soalan Dato Azizan. Hakimi tahu, Dato Azizan bertanya tentang Arissa. Selalunya Arissa yang membentang segala pelan bahagian promosi untuk hotel mereka dan kini Julien mengambil alih tugas itu untuk sementara disebabkan pembantunya masih baru lagi.
Dia dah resigned Dato, jawab Julien yang kelihatan gugup.
Kenapa
Hakimi hanya memerhati. Terbayang wajah Arissa ketika meminta tolong darinya semalam. Gadis itu benar-benar kelihatan seperti orang yang dalam ketakutan. Dan pagi tadi wajah itu kelihatan ceria dan mampu untuk tersenyum walaupun tidak sepenuh hatinya.
Dia dapat offer lagi tinggi, jelas Julien seperti orang cuak.
Dato Azizan mengangguk-anggukkan kepalanya.
Kenapa awak tak buat offer lagi tinggi daripada offer yang dia dapat Susah mahu cari staf yang pandai cakap dan boleh buat kerja tau! keras suara lelaki itu.
Julien senyap. Hakimi terus membeku dan hanya memerhati. Namun kata-kata Dato Azizan ada benarnya.
Kita bayar lebih pada staf tak apa... sebab dia bawa banyak business untuk kita. Kenapa itu pun kita mahu berkira Sekali lagi Dato Azizan bersuara. Lelaki itu seperti tidak puas hati dengan perletakan jawatan Arissa.
Benar apa yang dikatakan oleh Dato Azizan. Kenapalah dia tidak tahu akan perkara itu Padahal dia yang tandatangan surat perletakan jawatan Arissa dulu. Mungkin ketika itu dia melihat Arissa seperti kakitangan yang lain.
Aduh! Lagi-lagi Arissa. Sakit kepalanya memikirkan hal gadis itu. Tetapi yang paling memeningkan kepalanya sekarang ini adalah Puan Hanim. Wanita itu mahu pulang hujung bulan itu. Di mana dia hendak mencari dia yang disebut-sebutnya semalam
Hmm... padan dengan muka. Inilah yang dikata berbohong tak kena tempat. Ya Allah, Ya Tuhanku, turunkanlah dia tak kiralah siapa pun, untuk menyelamatkan aku! Doanya sendiri. Rasa seperti orang bodoh je dia berdoa seperti itu.
Uminya pulang dengan Wafa pula tu. Untuk apa bawa Wafa pulang ke Malaysia dia sendiri tidak pasti. Menyusahkan sungguhlah!
Dia pasti sangat yang Puan Hanim akan memaksanya berkahwin dengan Wafa. Apakah rancangannya untuk menghalang rancangan Uminya Nafas ditarik dalam-dalam sebaik mesyuarat itu tamat. Dia sendiri tidak tahu apa yang dibincangkan oleh Dato Azizan yang mempengerusikan mesyuarat itu.
Kimi! panggil Dato Azizan selesai sahaja mesyuarat sebentar tadi.
Hakimi yang sedang berjalan menuju ke pejabat menoleh.
Ya, Uncle.
Uncle tak dapat lunch dengan Kimi hari ni, kata lelaki itu.
Kenapa soal Hakimi agak terkejut.
Uncle terpaksa balik KL, petang ni ada orang datang nak merisik Dilla. Bibir Dato Azizan mengulum senyum.
Hakimi senyum mendengar khabaran itu. Ya
Dato Azizan mengangguk. Datang hari kerja pula tu, keluh lelaki itu.
Hakimi senyap. Tidak tahu apa yang patut dikatakan.
Okeylah Kimi, Uncle turun dulu. Dato Azizan meminta diri lalu menghulurkan tangannya.
Kirim salam dengan Aunty dan semua orang di sana, pinta Hakimi.
Insya-Allah. Bila nak turun KL Dato Azizan sudah pun melangkah setapak hendak menuju ke lobi lif.
Tak tahu lagi Uncle, tengok macam mana, balas Hakimi.
Naim ada call, Kimi
Terkejut dia mendengar soalan Dato Azizan.
Err... tak ada. Ada apa dia mahu call Kimi Ada rasa tidak senang dengan soalan lelaki itu sebaik menyebut nama Naim.
Katanya nak bercuti di sini, tetapi tak tahu bila.
Hakimi mengangguk dengan penjelasan bapa saudaranya.
Tak apalah, Uncle pergi dulu. Dato Azizan mula melangkah laju menuju ke lobi lif. Dua orang pengawal peribadinya sedang menunggu di ruang masuk ke lobi lif.
Hakimi hanya memerhati kemudian kembali melangkah ke bilik pejabatnya yang hanya terletak beberapa meter dari tempatnya berdiri tadi. Fikirannya masih berserabut dengan kata-kata Puan Hanim. Sesekali masalah Arissa mencelah di sana sini fikirannya.
Mengingatkan gadis itu membuat dia rasa serba salah. Sampai bila dia harus menyimpan Arissa. Dia sudah pun memberitahu Badrul agar tidak bercerita kepada sesiapa tentang Arissa.
Ya Allah, ini lagi satu masalahnya. Dia sudah berjanji hendak berbincang bagaimana hendak menyelesaikan masalah gadis itu walhal masalahnya semakin besar.
Umi ni pun satu! Tak boleh ke terima keputusannya, Hakimi terus mengeluh. Dia tahu keluhan itu tidak akan menyelesaikan masalahnya. Keputusannya tidak akan didengari oleh Puan Hanim.
Mana dia hendak mencari Dia untuk ditayangkan kepada Uminya.
Dia, tolonglah turun dari langit! Hakimi mendongak ke atas dan mengangkat tangan seperti berdoa. Tak kisahlah siapa pun kau, aku terima nanti! Amin... tekannya sambil meraup wajahnya beberapa kali.
TERHENTI jari Hakimi dari menekan papan kekunci lalu memandang telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Lama dia memandang
nombor yang tidak dikenali.
Assalammualaikum. Akhirnya dia menjawab panggilan itu.
Waalaikumussalam, Encik Hakimi, saya... Arissa.
Ya! Terkejut Hakimi. Mana awak dapat nombor saya ni Memang dia tidak menyangka yang gadis itu akan menghubunginya.
Kan saya pernah bekerja dengan Encik dulu. Arissa ketawa.
Hmm... ya tak ya juga. Ada apa awak telefon saya ni soal Hakimi ingin tahu.
Encik nak makan apa malam ni soal Arissa perlahan.
Hakimi senyum. Entah mengapa dia rasa lucu mendengar suara gadis itu. Seorang yang periang, lucu dan selamba. Hmm... semalam dia ada menyebut perkataan itu kepada Puan Hanim. Dan kebetulan itulah sikap yang dilihat ada pada Arissa.
Ini nak balas budilah ni. Hakimi mengusik.
Rasanya begitulah, orang berbudi kita berbahasa kan.
Hakimi senyum lagi. Saya tak kisah, janji pedas.
Kalau macam tu saya tumbuk sambal belacan je lah.
Baik tak usah masak kalau macam tu. Hakimi ketawa kecil. Entah mengapa rasa lucu pula mendengar bicara Arissa.
Janganlah merajuk Encik. Nanti Encik tak handsome tau!
Semakin kuat tawa Hakimi. Dia menggelenggelengkan kepalanya. Nakal sungguh si Arissa ni. Pandai membuat dia ketawa.
Okey, saya rasa ada ikan cencaru dalam peti sejuk, boleh buat sambal sumbat. Buat pedas-pedas sikit. Yang lain awak fikirkanlah. Terliur pula dia mengingatkan menu itu. Dan tiba-tiba dia rasa tidak sabar hendak pulang ke rumah.
Baik Bos.
Tolong jangan panggil saya Bos, boleh tak! keras suaranya.
Memang dia tidak suka orang memanggilnya Bos. Tidak tahu mengapa tetapi Badrul sudah menggelarkan dirinya begitu sejak diawal lelaki itu bekerja di situ. Sudah berpuluh kali dia mengingatkan Badrul jangan memanggilnya begitu tetapi lelaki itu tetap memanggilnya Bos dan dibiarkan sahaja. Tiada guna dia bertekak dengan Badrul hanya kerana perkara si kecil itu.
Habis saya nak panggil apa Abang Arissa ketawa kuat di sebelah sana.
Tiba-tiba...
Adakah Allah menghantar Arissa untuk menyelamatkan dirinya. Perkataan abang tadi membuat sedikit tersentak namun bukan marah dan sebagainya. Tetapi idea. Idea sebagai menyelesaikan masalah Arissa dan masalahnya.
Encik! panggil Arissa di sebelah sana agak kuat. Terkejut Hakimi. Err... ya.
Saya panggil Encik Kimilah ya. Tapi rasa macam dekat pejabat pula. Sekali lagi Arissa ketawa.
Hakimi senyum. Tidak tahu kenapa. Ada sedikit ruang-ruang lega di hatinya.
Ya, panggil begitu sudahlah.
Baik Encik Kimi.
Lebar senyuman Hakimi namun ada rasa tidak pasti dengan apa yang melintas difikirannya sebentar tadi. Nampaknya dia harus memikirkannya semula idea itu tetapi dia tidak punya jalan lain lagi.
Ada apa-apa lagi yang encik nak makan
Rasanya tak ada. Saya tak berapa suka makan manis-manis macam kek ke apa. Cukuplah buah tembikai susu sebagai desert saya, jelasnya. Ya, memang cuba dielak memakan makanan yang manismanis.
Ya, jawab Arissa sepatah.
Hakimi berdehem. Lama dia merenung keluar. Dari tempatnya duduk, dia dapat melihat pemandangan laut luas yang terbentang di sebelah sana. Memang cantik pemandangan dari situ terutama kalau cuaca cerah dan tidak berjerebu.
Macam mana dengan masalah awak tu, ya soal Hakimi ingin tahu, kalau-kalau Arissa sudah punya jalan penyelesaian untuk masalahnya.
Semalamkan Encik kata nak bincang hari ni. Saya tunggu juga pagi tadi.
Sekali lagi Hakimi berdehem. Kepalanya berserabut dengan masalahnya dan Puan Hanim. Melihat Arissa dia teringat tetapi sebaik sahaja dia melihat sarapan pagi yang enak dia terlupa hendak berbincang dengan gadis itu. Dan tiba-tiba sahaja dia teringat dia sebaik Arissa menyebut Baik Bos... sebentar tadi.
Ya, saya sedang memikirkan sesuatu untuk awak, akuinya. Perlukah disuarakan sekarang atau pulang nanti
Encik nak saya kerja dengan Encik ke soal Arissa.
Mungkin.
Ya saya tak kisah kerja apa pun tak apa. Jadi pembantu rumah pun saya sanggup asalkan dapat bayar hutang Along tu.
Hakimi senyum. Rasa lucu pula. Entah mengapa setiap butir perkataan keluar dari bibir Arissa sering membuat dia senyum dan ketawa. Hilang rasa gundah gulana dengan rancangan Uminya yang bakal pulang tidak lama lagi.
Kalau lebih dari pembantu rumah, macam mana
Lebih daripada pembantu rumah soal Arissa seperti tertanya-tanya sendiri.
Ya. Sengaja dia hendak mendengar respons Arissa.
Tak kisahlah Encik. Tea lady ke, maid ke, Ahjumma pun tak apa. Janji saya ada kerja.
Hakimi ketawa lagi. Hari ini dia banyak ketawa.
Awak ni terlalu banyak tengok drama Korea, ya, ujarnya.
Sebab hero dia handsome-handsome, Encik.
Hakimi menggeleng-gelengkan kepalanya dan senyuman tadi masih melekat di bibirnya.
Ada hero yang macam saya, kan Spontan tawanya kuat membelah ruang bilik pejabatnya yang besar. Bergoyang-goyang kerusi yang di dudukinya.
Jangan perasanlah Encik.
Semakin kuat tawa Hakimi. Arissa, Arissa, keluhnya. Dia berdehem bila tiada suara Arissa di sebelah. Tiba-tiba dia merasa malu sendiri. Hakimi berdehem.
Tak apa, kita bincang malam ni, okey.
Assalammualaikum! Hakimi tersenyum lebar. Dapatkah Arissa menjadi Dia untuknya.
SUASANA ruang keluarga di tingkat satu itu agak sepi. Hmm... di mana-mana di dalam rumah mewah Hakimi itu dipenuhi dengan kesepian. Harap-harap tak adalah pencegah maksiat. Kalau ikutkan berdua-duaan begini dah salah dan berdosa kerana mereka bukan mahram. Walaupun Badrul berada di tingkat bawah di biliknya.
Encik, panggil Arissa.
Bosan dengan renungan Hakimi dari tadi. Tahulah dia memakai baju dan kain pelekat lelaki itu dari semalam. Nak buat macam mana, pakaiannya belum kering. Siang tadi pun matahari seperti malu-malu nak muncul. Benci betul!
Awak nampak comel dengan baju t-shirt dan kain pelekat saya.
Ya, baju t-shirtnya agak besar dan labuh sehingga ke paras lutut Arissa. Hakimi sengih.
Arissa sengih. Ini perli akulah ni, kata hatinya sendiri. Bengang pun ada. Namun dipendam sahaja sebab lelaki itu sudah menyelamatkannya semalam.
Masakan perkara sebegitu dia nak ambil hati.
Baju saya belum kering.
Tak apa. Nanti saya tengok, kalau ada atau tak baju t-shirt saya yang kecil-kecil. Tiba-tiba dia ketawa dengan kata-katanya sendiri. Teringat baju pagoda dan seluar bermudanya. Tetapi masakan dia hendak menyuruh Arissa berpakaian begitu.
Bingung sungguh lelaki ni. Sakit jiwa agaknya, Encik Hakimi ni, kutuknya sendiri. Haa, kan berdosa mengutuk orang!
Apa yang Encik nak cakap dengan saya
Sengaja dia mengalih tajuk perbualan mereka sebelum itu. Lemas dia menanti dan menunggu bicara Hakimi. Seboleh-bolehnya dia hendak cepat-cepat selesaikan masalahnya. Dia tidak mahu berlama-lama di rumah Hakimi. Dia perempuan dan Hakimi lelaki, bimbang kalau-kalau ada yang memerhati mereka. Lainlah kalau mereka punya hubungan. Hmm... hubungan apa Adik beradik jauh sekali. Bapa lain, emak pun lain.
Begini... Hakimi membetulkan duduknya. Saya boleh tolong bayar hutang awak pada Along tu, tapi awak kena... nak cakap macam mana ya Hakimi bersoal sendiri. Rasa macam ya tak ya je rancangan yang ingin disuarakan kepada Arissa.
Payahnya apabila minta budi dibalas. Nampak sangat yang dia tidak ikhlas hendak menolong gadis itu. Tetapi itulah satu-satu caranya dia boleh mengaburi mata Puan Hanim. Dia tidak kenal mana-mana gadis dan kedatangan Arissa tepat pada waktunya.
Berdebar-debar dada Arissa mendengar rancangan Hakimi. Separuh hatinya sudah merasai gembira dan separuh lagi hatinya rasa gelisah tidak menentu. Perkataan tapi itu yang membuat perutnya memulas tidak menentu.
Saya kena buat apa Encik Terasa jemu menunggu kata-kata seterusnya Hakimi.
Awak kena tolong saya. Tajam renungan Hakimi ke wajah Arissa. Macam mana nak cakap dengan budak ni, walhal dia sendiri begitu malu untuk menyebutnya.
Arissa mengangguk.
Tolong yang macam mana Bekerja dengan Encik ke soal Arissa.
Hakimi senyum. Tiba-tiba dia merasa kasihan dengan Arissa. Tetapi siapa lagi yang harus dilibatkan dalam rancangannya. Dia hanya kenal dengan gadis itu sahaja. Kenal pun gitu-gitu aje. Nampaknya dia mengharap budinya dibalas oleh Arissa. Salahkah
Berdosakah dia
Lebih kurang macam tulah.
Skop kerjanya macam mana
Hendak sahaja dia ketawa sebaik mendengar soalan Arissa.
Kerja ni tak ada skop.
Apa maksud Encik Kerja apa ni Jawatan apa
Isteri saya.
Ternganga mulut Arissa, terasa rahangnya sudah tidak boleh di tutup lagi.
Err.... be... gagap bibirnya hendak menutur ayat. Dan entah apa-apa yang keluar.
Saya bayar hutang awak dan awak jadi isteri saya. Saya akan bayar gaji awak. Bayaran untuk menjadi isteri saya.
Apa! mahu sahaja dia melompat mendengar penjelasan Hakimi.
GILA betul idea Hakimi ni! Dengusnya sendiri. Entah berapa puluh kali dia mundar mandir di dalam bilik tidur itu. Duduk salah, berdiri lagi salah. Akhirnya dia berdiri di pintu gelangsar yang bertutup menuju ke balkoni. Suasana di luar sana terang tetapi agak sunyi. Kawasan perumahan barulah katakan. Baru tak baru pun sudah lebih tiga atau empat tahun, Arissa mengagak sendiri.
Isteri Upahan! cetusnya.
Apakah makna disebalik perkataan itu Apakah skop isteri upahan ini Ambil upah setiap hari ke Berapa bayaran upahnya
Saya rasa ini salah satu cara untuk selesaikan masalah awak. Hakimi memandang Arissa yang sedang memandangnya.
Selesaikan masalah saya soal Arissa bengang. Ini bukan selesai, ini dah menambah masalah saya Encik. Encik minta saya jadi isteri Encik! tekan Arissa sambil memberi isyarat gaya pembuka kata. Rasa nak menangis dia dengan cadangan Hakimi. Tak ada ke cadangan yang lebih bernas dan logik. Ini dah macam drama Melayu je!
Hakimi senyap.
Saya nak tahu kenapa saya perlu menjadi isteri Encik soal Arissa pula. Ya, dia perlu tahu sebabnya. Pasti Hakimi juga punya masalah yang sukar untuk diselesaikan.
Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam.
Saya sebenarnya sudah bertunang.
Apa Encik dah bertunang! terkejut dia dengan pengakuan Hakimi. Sangkaannya selama ini lelaki ini masih single and available.
Umi saya nak kahwinkan saya dengan pilihan dia, keluh Hakimi.
Benarlah telahannya tadi. Kisah Hakimi seperti sebuah drama Melayu. Orang kaya-raya punya cerita. Anak-anak tak punya pilihan. Dipaksa berkahwin dengan pilihan orang tua. Pasti tunangan Hakimi dari keluarga kaya-raya juga.
Sengih dia dengan apa yang sedang difikirkan. Seronoknya jadi orang kaya-kaya ya,. Tetapi hidup kena ditentukan oleh orang tua. Diri tidak punya pilihan, hatinya terus berbisik sendiri.
Awak dengar tak apa yang saya cakap ni tadi Hakimi memandang Arissa yang tersengih tidak menentu. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh gadis itu. Kelihatan sedikit lucu.
Err... dengar, dengar, jawab Arissa perlahan. Saya rasa pilihan Umi Encik pasti tepat. Senangnya dia bercakap, walhal dia tidak kenal pun dengan Umi lelaki itu.
Terangkat kening Hakimi. Tiba-tiba dia rasa geram dengan pendapat Arissa. Gadis itu tidak mengenali Uminya dan tiba-tiba berkata begitu.
Awak rasa begitu ke Hakimi sudah berpeluk tubuh.
Arissa pula senyap. Rasa tidak pasti dengan katakatanya sebentar tadi. Memek wajah Hakimi seperti bengang dan marah. Mungkin dia ada silap cakap agaknya, sekali lagi dia membuat andaian sendiri.
Awak dah ada boyfriend Hakimi bertanya lagi.
Err... Arissa menggeleng kepala.
Selama dia hidup, dia tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Bukan tak ada keinginan nak berteman lelaki. Mungkin seru untuk kearah itu belum ada. Yang ada hanya teman-teman biasa sahaja.
Hakimi menggelengkan kepalanya.
Awak fikirkanlah semasak-masaknya tawaran saya ni.
Arissa menarik nafasnya dalam-dalam mengingatkan kisah sebentar tadi. Kalau dia menerima tawaran Hakimi, itu bermakna hutangnya akan selesai tetapi dia terpaksa terlibat pula dalam rancangan Hakimi. Sebagai isteri. Isteri Upahan lelaki itu. Apa maksud isteri upahan Yalah selain mendapat upah, apakah tanggung jawab itu meliputi zahir dan batin.
Aduh! Pengsan. Hakimi memang gila. Ingat aku ni pelakon Hollywood atau Bollywood ke Eee.... tak sanggup, tak sanggup! Tapi kenapa sampai ke situ pula fikirannya. Hakimi cuma minta dia jadi isterinya sahaja. Isteri yang sah atau olok-olok Ahh... pening kepalanya. Mungkin olok-olok Tak mungkin isteri sah. Kalau macam tu memang tak ada masalah.
Sanggupkah dia Kembali soalan itu berputar di dalam kepalanya. Terasa penuh bintang-bintang di atas kepalanya.
Arissa melangkah ke katil yang bercadar putih bersih. Nak tidur semalam pun dia rasa was-was. Bimbang dia akan mengotori cadar itu. Rumah orang kaya-kayalah katakan dan itulah pertama kali dia berada di dalam sebuah bilik yang begitu mewah. Lebih mewah dari bilik di Hotel Sweet Arena tempatnya bekerja dahulu.
Pantas dia menyambar telefon bimbit yang terbaring di atas katil. Dadanya kembali berdebardebar sebaik melihat panggilan dari Along.
Ya Allah, dia orang tahu ke di mana aku sekarang Soalnya sendiri.
Matilah dia kalau orang-orang Along dapat mengesan di mana dia sekarang. Tak semena-mena Hakimi juga turut terlibat dengan masalahnya.
Dibiar panggilan itu tidak berjawab. Seketika dia menghubungi Hakimi pula yang berada di bilik lelaki itu di tingkat atas.
Waalaikumussalam, jawab Arissa membalas salam lelaki itu.
Ya
Boleh saya jumpa Encik sekarang
Cepat awak fikir. Hakimi ketawa kecil di sebelah sana.
Boleh ke sekarang Arissa tidak membalas sebaliknya mahu bertemu dengan lelaki itu dengan segera. Rasa sudah tidak tertanggung dengan masalahnya.
Ya, ya... saya turun famili hall sekarang.
Arissa bangun dan melangkah ke pintu untuk bertemu Hakimi.