Hani, mama tanya ni.
Ala ma, nanti-nantilah.
Nanti tu bila Dah seminggu, kan
Hani mengeluh. Dari meniarap atas katil, dia mula duduk bersila. Mukanya tetap cemberut.
Hani tak nak pergi syarikat tu lagi! Hani tak nak minta maaf dan Hani tak nak tengok lagi muka bos besar tu! Dia ingat dia siapa Sayang sangat duit sampai kebajikan pekerja sendiri pun tak terjaga. Sibuk sangat jaga hati client dia tu! Huh! Omel gadis bertocang satu bercampur geram.
Hani... Hani... apa-apa pun, Hani tetap bersalah tahu. Disebabkan Hani syarikat tu rugi. Mama bukan suruh Hani buat benda tak elok, cuma minta maaf je. Puan Maizurah menggeleng perlahan dengan tingkah anak daranya.
Tak payahlah ma. Lagipun Hani dah kena pecat. Buat apa nak tunjuk muka dekat depan bos kerek tu lagi
Mengata orang! Dah lupalah tu apa yang mama ajar. Memanglah Hani pertahankan mak cik cleaner tu, tapi Hani kena ingat disebabkan Hani, syarikat tu dah alami kerugian besar. Lagipun bukan mati kalau minta maaf. Nasihat Puan Maizurah lembut.
Mama ingat bos sepuluh juta tu nak dengar Hani minta maaf Mama tahu tak dia nak apa Dia nak Hani minta maaf dengan lelaki kurang ajar tu. Siap suruh Hani bawa hadiah semata-mata nak pujuk lelaki gempal tu. Jangan harap lah! Hani tekad dia tak kan minta maaf pada bos sepuluh juta tu!
Apa salahnya Memang patut pun Hani minta maaf dekat lelaki tu juga. Hani dah malukan dia depan orang ramai, kan.
What Hani kena minta maaf dekat mamat gempal tu juga No way mama. Memang patut dia dimalukan! Dia malukan mak cik cleaner tu suka hati dia je. Langsung tak fikir perasaan orang tua tu. Orang macam tu yang mama nak Hani minta maaf. Tidak... tidak... Hani menggeleng laju.
Puan Maizurah mengeluh lembut. Paha anak gadisnya disentuh.
Memanglah dia buat salah, tapi Hani pun buat salah tahu. Mama tahu niat Hani tu nak bela mak cik tu, tapi kalau sampai buat dia malu, tu dah tak betul jadinya. Hani ingat tak kata-kata ni
Siapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka dia ikhlas menasihatimu. Jikalau dia menasihati di khalayak dia sebenarnya ingin menyatakan dia pandai dan kamu jahil. Nak menegur orang pun ada adabnya, Hani.
Kata-kata dari mulut mamanya buat hatinya ditumbuhi rasa bersalah. Tapi, lelaki tu kurang ajar sangat. Dia panggil mak cik tu bodoh! Mana boleh biar!
Tapi, ma... dia sangat-sangat kurang ajar, rengek Hani.
Kenapalah mama dia ni baik sangat Dia tak sebaik mamanya. Jadi memang dia tak akan berdiplomasi kalau tengok orang kurang ajar macam mamat gempal tu!
Sudahlah tu! Mama nak kamu minta maaf dengan bos kamu tu... Hah, bos apa yang kamu gelar dia tadi
Bos sepuluh juta! Pantas Hani mengulang gelarannya pada Ryan.
Hah, bos sepuluh juta kamu tu. Kamu dah buat salah, jadi kamu patut minta maaf. Suruh Puan Maizurah lagi. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Macam-macam gelaran budak zaman sekarang ni. Ini, Bos-Sepuluh-Juta. Hai... manalah anak gadisnya dapat gelaran tu.
Hani tak menjawab. Tengah berkira sama ada patut dia minta maaf atau tak. Tapi, bos sepuluh juta tu dah suruh dia berambus. Kalau dia tayang muka depan lelaki tu, habislah jatuh maruah dia. Hesy, mama ni macam-macamlah. Ada ke nak suruh kita minta maaf, memang tak lah!
Loceng rumah berbunyi secara tiba-tiba. Spontan mata Hani dan Puan Maizurah saling bersabung. Peliknya...
Mama dengar tak tu Ada orang tekan loceng tu. Along ke, ma
Tak kan along pula Along kan outstation. Tak kan semalam pergi hari ni dah balik. Puan Maizurah tak rasa itu adalah Sarah, anak sulungnya.
Mana tahu along nak buat kejutan ke Entahentah dia punya kerja tu batal ke Hani suarakan pendapatnya.
Puan Maizurah bangun dari katil anak gadisnya. Bila ibunya bangun, Hani turut ikut sama.
Eh, jomlah kita tengok sama-sama... ujar Hani mula melangkah keluar dari bilik.
Puan Maizurah mengekori dari belakang. Sampai saja depan pintu utama, Hani berlari ke arah tingkap. Langsir diselak.
Ma, kenapa ramai sangat dekat depan rumah kita ni ma Mata Hani terbeliak. Berkerut mukanya melihat tetamu yang berada di depan rumah mereka.
Ramainya! Ada dalam sepuluh hingga lima belas orang semuanya. Tapi, yang paling aneh, kenapa mereka bawa barang seperti...
Pap! Tak sempat hati Hani bermonolog, Puan Maizurah dah membuka pintu.
Hantaran! Hati Hani menyambung monolognya.
Puan Maizurah keluar dari rumah dan terus menonong ke arah pagar rumah. Hati dia yakin menyatakan orang-orang di depan rumahnya silap rumah. Siap bawa hantaran lagi, memang sah salah rumah!
Hani dibelakang turut keluar dari rumah. Sempat dia ambil tudungnya yang tersadai di kerusi. Tudung labuh milik ibunya. Dah macam mak cik pula dia. Tapi, kisah apa. Mak cik ke tak, belakang kira. Aurat tu yang perlu dijaga.
Ni rumah Cik Hani Abdullah ke Tanya salah seorang dari ahli rombongan di sebalik pagar.
Hani yang baru muncul, tercegat sesaat. Mereka sebut nama dia, kan tadi Puan Maizurah menjeling pelik ke arah Hani sebelum mengangguk kecil.
Ye, rumah Hani Abdullah. Tapi, kedatangan semua ni untuk apa ya
Ada senyuman terhias di setiap bibir tetamutetamu di depan rumah satu tingkat ini saat pertanyaan terluah dari mulut Puan Maizurah.
Kami datang nak ada hajat besar. Nak meminang Cik Hani Abdullah, lancar salah seorang wanita tua yang asyik tersenyum dari tadi.
Bulat mata Hani dibuatnya. Saat itu juga Puan Maizurah berkalih ke arah anak gadisnya. Bagai bersepakat, mereka berdua terjerit kecil. Meminang