CARTA HATI - 4
YA ALLAH! Macam mana minah ni boleh tersesat kat sini pula omel Irsyad Hakimi sambil menepuk dahi. Dia memandang wajah Zairis yang berada di sisinya.

Manalah aku tahu. Dia tiba-tiba datang. Cik sebenarnya nak apa

Nak minta tandatangan tak pun selfie, boleh ulang Zainura sekali lagi.

Errmmm Irsyad Hakimi tidak tahu hendak berkata apa.

Tiba-tiba saja, suara Zainura bergema lagi.

Tak boleh cakap tidak! Sebab tak sibuk, kan Sekadar makan-makan, takkan minta tandatangan atau nak selfie pun tak boleh

Woi! Kau ni mamat yang kerek hari tu kan Kelibat Syakila pula muncul. Tangan dicekak ke pinggang.

Lagi bertambah terkejut Zairis. Namun, pandai lelaki itu mengawal riak wajahnya.

Ni lagi seorang. Ha, kau tersesat dari mana Hutan Lipur Lintang

Tersesat dari hutan Kau tu yang tersesat kat hutan. Kawasan parkir orang pun kau nak block, apahal Memang Syakila sudah menyingsing lengan bajunya. Mencerun mata gadis itu.

Alah, Syak. Janganlah buat macam tu dekat my baby, Zainura mencelah. Memujuk kawannya agar tidak berbuat sebegitu.

My baby tengkorak kau! Kau ni, jangan nak memalukan diri sendiri boleh Tergedik-gedik, kang ada juga yang makan kasut aku karang! Syakila membuka kasutnya lalu mahu dibaling ke arah Zairis.

Apa lagi, mencicit lelaki itu dengan pembantu peribadinya melarikan diri. Nasib sempat meletakkan sekeping not biru di atas meja.

Tidak sedar begitu tergesa-gesa nak larikan diri sehingga dia terlanggar seorang mak nyah!

Wow, you ni yang model tu, kan I suka minat sangat kat you! Menggeletis benar mak nyah itu. Lengan Zairis dielus-elus.

I betul-betul minat kat you. Kenapa you handsome sangat ni, baby Baby, jangan jangan buat muka handsome macam tu. I gigit nanti!

Terbahak-bahak Syakila ketawa di belakang. Wajah Zainura pula berubah masam melihatnya

Errr, siapa baby kau Muka pun tak siap! Zairis cuba menarik lengannya yang dipegang oleh mak nyah itu.

Baby, kenapa jual mahal ni Kita keluar nak Tengok wayang ke, karaoke ke jomlah, baby, ajak mak nyah itu. Tangan Zairis diraih lalu mahu dibawa ke bibirnya itu.

Zairis terus menolak tubuh mak nyah itu. Langkah semakin dipercepatkan, Irsyad Hakimi turut mengikutinya.

Baby, I nak minta tandatangan!!

Zairis melepaskan keluhan berat apabila berjaya masuk ke dalam kereta. Nafasnya mula tak sekata.

Gila! Memang gila betul!

Hah, tahu pun. Aku dah pesan pakai cermin mata hitam dengan topi. Tapi kau degil. Tengok sekarang apa dah jadi!

Malaslah. Tak ada masa nak pakai semua benda tu malam-malam. Aku rasa bengang aje dengan minah tu. Memang brutal semacam!

Minah yang gelakkan kau ke

Yalah nak aje aku bagi kasut aku ni, sumbat dalam mulut dia.

Alahai, dari gaduh-gaduh lepas tu tangkap cintan pula

Cintanlah sangat! Minah tu memanglah dari kat kawasan parkir, aku perhati aje.

Alah, biar ajelah. Ni, kau punya giveaway bila kau nak check siapa yang menang Dah berpuluh-puluh ribu yang komen. Kau dah yakin dengan keputusan kau Betul nak pilih yang bertuah tu

Ya. Aku dah selidik akaun Instagram dia. Aku rasa, dia memang sesuai. Bukan suka-suka aku pilih, aku tengok latar belakang dia dulu. Macam mana akaun dia, baru aku buat keputusan.

Hmm, okeylah. So, bila kau nak umumkan

Ha.

Ha, tu bila

Rahsia. Zairis tersengih.

Dengan pembantu peribadi pun nak rahsia ke

Ya. Memang kena rahsia. Aku buat semua ni sebab dikaitkan aku dengan kau bercinta. Kau kena ingat, hancur karier aku kalau gosip tu terus tersebar ke seluruh media.

Aku tahu. Kau tenanglah. Semua tu sekejap aje. Yalah tu.

Bdah tua. Ada hati nak caras Zairis aku! ABY, baby! Menyampah. Tak sedar diri tu

Sampai di apartment, mak nyah tadi dikutuknya. Bengang sungguh Zainura.

Haha, aku tak tahan nak gelak ni. Sehingga di ruang tamu, Syakila masih ketawa mengingati kejadian tadi. Padan muka kau mamat kerek!

Hesy, kau boleh pula gelak. Kesian baby aku tu. Nasib baik iman dia kuat. Dia setia pada aku aje, sebab tulah dia tak layan mak nyah senget tu! Dia takut aku cemburu.

Kau ni dah parahlah! Apa yang kau hadap mamat tu Sebab handsome Ya, memanglah kacak. Tapi tak guna kalau kacak tapi perangai teruk. Rasa macam nak tumbuk aje muka dia tu

Weh, janganlah tumbuk muka dia. Kesian dia nanti!

Arghh, lupakan. Malas aku nak layan. Tawa Syakila terhenti begitu saja. Dia mengambil telefon pintar di dalam poket. Aplikasi Instagram dibuka.

Lama dia menjenguk Instagram miliknya, tibatiba

Eh, sejak bila aku follower mamat kerek ni Dahi Syakila mula berkerut. Terus pandangannya terhala ke arah Zainura.

Nura, kau ada guna telefon aku ke Zainura menggeleng laju.

Betul ke ni

Yalah!

Habis, siapa yang follow mamat ni Takkan aku pula

Kaulah kut. Mungkin kau tak perasan. Pandai Zainura mencipta alasan.

Hmm, kalau aku tahu kau guna telefon aku ni, siaplah! Sempat Syakila memberi amaran.

Mana ada. Selepas itu, Syakila tidak bertanya lagi kepadanya.

Fuh, lega. Nasib baik tak terkantoi!