Dia yang sering diberi watak puteri, berada di barisan tengah paling hadapan. Tak mahu kecewakan tenaga pengajarnya, Ika berusaha keras menguasai tarian itu.
Okey. Cukuplah untuk malam ni. Malam esok kita sambung lagi, Kak Mek memberi arahan. Kasihan melihat pelajar-pelajarnya mula berpeluh dan kepenatan.
Ika menapak ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Sudah hampir enam bulan dia mengikuti kelas tarian yang dianjur oleh persatuan belia di kampungnya yang dijalankan di balai raya. Dia mengelap peluh yang membasahi wajahnya.
Penat! Tapi, dek kerana minat dengan tarian tradisional ini, dia gagahkan diri juga untuk berlatih. Lagipun sekarang ini tarian tradisional seperti MakYung ini semakin kurang mendapat sambutan di kalangan anak-anak muda. Maklum sajalah, tarian tradisonal. Cuba kalau tarian K-Pop, break dance dan yang sealiran dengannya, tentu anak-anak muda berlari nak belajar. Darah mudalah katakan.
Setiba di rumah, dia terkejut dengan kehadiran tetamu yang memenuhi ruang tamu rumah keluarganya. Nampak macam ada perbincangan serius. Dia tak hairan kalau rumahnya sering dikunjungi orang. Maklum saja, ayahnya ketua kampung. Tentu ada hal penting orang kampung datang berjumpa dengan ayah.
Tapi, kali ini nampak lain benar. Apatah lagi Che Jah dan Che Long yang bertandang. Ibu ayah tunangnya yang tak pernah tunjuk muka di rumah ini selepas majlis pertunangan yang berlangsung beberapa tahun yang lalu.
Ika, baru balik nak Soal Mak Wan yang sedang menuang air untuk tetamu.
Lega hatinya pada malam ini kerana menerima kunjungan Che Jah dan Che Long. Dia dan suaminya yakin benar yang kedatangan Che Jah dan Che Long ini tentunya ada kaitan dengan status pertunangan anak masing-masing.
Ya, mak, jawab Ika penuh santun dan berhemah. Ketika melewati kedua-dua tetamu, dia membongkok sedikit sebagai tanda hormat.
Ika, mari duduk sini. Ayah Wan memberi arahan.
Tak apa ke kalau Ika ada sekali Soal Che Jah. Bimbang hatinya kalau Ika turut serta dalam perbincangan. Dia tak mahu melihat kelukaan di wajah Ika selepas mendengar berita yang hendak disampaikan. Kalau boleh, biarlah Ika tak ada.
Tak apa. Lebih baik kalau dia dengar sendiri, ujar Ayah Wan sambil membetul sila. Dia dapat meneka tujuan mereka datang ke rumah malam-malam begini. Nak berkunjung di siang hari, mungkin mereka mahu menjaga air muka. Kalau siang hari tentu orang kampung ternampak kelibat mereka. Nanti ada pula mulut hendak mengata.
Tujuan kami datang ni sebab nak minta maaf pada Ayah Wan sekeluarga. Dah bertahun-tahun masa berlalu, tapi baru hari ni kami berani datang nak bagitahu secara rasmi walaupun dalam kampung ni, kita selalu selisih bahu, ujar Che Long dengan riak serba salah. Macam mana nak diterangkan satu per satu pada Ayah Wan. Sungguh dia berasa aib. Semuanya sebab Idlan yang tak tahu malu itulah. Dah tahu diri ditunangkan, pandai-pandai saja menikah dengan perempuan lain.
Ayah Wan tak membalas. Dia dan isteri dah tahu apa sebenarnya berlaku. Cuma dia yang tak mahu ke rumah Che Long untuk bertanya sendiri. Takkanlah tinggal satu kampung, dia tak tahu apa-apa cerita Dia sebagai ketua kampung, dah tentu apa-apa berita dia akan diberitahu terlebih dulu. Walau bukan dari mulut Che Long sendiri, tentu mulut-mulut orang kampung yang bercakap sampai juga ke telinganya.
Yang sebetulnya, anak kami si Idlan tu... dah kahwin dengan perempuan lain. Maafkan kami, Ayah Wan. Tak jadi nampaknya kita nak berbesan, Che Jah mencelah perbualan mewakili Che Long untuk memberi penjelasan.
Nampak si suami dengan muka bersalah, tak sampai hati dia nak biarkan Che Long seorang berhadapan dengan keluarga Ayah Wan. Biarlah dia turut membantu ringankan beban.
Lagipun, dia yang beria-ia nak berbesan dengan keluarga itu. Dah lama benar hatinya terpaut pada gadis sebaik Ika. Rugi kalau melepas ke tangan orang lain untuk dijadikan menantu.
Baginya, Ika seorang gadis sempurna. Cantik, pandai hormat orang tua, pandai menjahit dan tahu memasak. Mana nak dicari gadis sebegitu di zaman moden ini Tengok saja pilihan Idlan. Menantunya itu bagai langit dan bumi dengan Ika.
Balik kampung sesekali, bukan boleh duduk lama. Panas punggung. Maklum saja, dia dan suaminya bukan orang senang. Rumah pun separuh batu dan separuh kayu. Penghawa dingin tak ada. Atap pula ada yang bocor. Manalah si menantu bandar nak tinggal dengan selesa
Mak Wan diam tak berkutik. Hanya sesekali menjeling pada Ika yang duduk bersimpuh. Wajah anak gadisnya bersaja tanpa ada riak terluka atau kecewa. Syukurlah, ya Allah. Segalanya sudah selesai. Selepas ini, bebaslah anak gadisnya dari ikatan pertunangan yang mencecah tujuh tahun. Tak pernah buat dek orang tempoh pertunangan selama itu. Paling lama lima tahun pernah dia dengar.
Ika, maafkan pakcik dan makcik, ye nak Che Jah memberi perhatian pada Ika yang dilihatnya sangat tenang. Alangkah sayu rasa hati apabila dia terpaksa melepaskan Ika.
Ika memberi senyum sebaris. Tak apalah, makcik. Dah tak ada jodoh. Ika langsung tak kecil hati. Makcik dan pakcik tak perlu risau. Ika tak apa-apa, ujar Ika dengan lembut. Tak mahu calarkan hati tetamu lebih berusia. Namun, jauh di sudut hati dia berasa lega. Segala-galanya jelas dan terang. Selepas ini, tak perlu dia memendekkan langkah kalau hendak ke manamana. Tak perlu nak jaga air muka sesiapa kecuali keluarganya. Yahuuu! Eh, bersorak dalam hati pula dia.
Ika menuju ke bilik sejurus tetamu pulang. Dia benar-benar mengantuk. Siang hari belajar menjahit, malam pula berlatih menari. Tubuhnya dah letih dan perlukan rehat yang cukup untuk menyambung aktiviti esok hari.
Mata cuba dipejam, tapi ada perkara datang mengganggu fikiran. Kisah perbualannya bersama Mek Jijah mengenai tunang halimunannya dan berita baru yang disampaikan padanya.
Dia bangkit dari katil lalu menuju ke almari pakaian. Pintu almari dibuka. Sekeping gambar pasport tersimpan di situ sejak sekian lama, mula diambil.
Dia duduk di birai katil sambil memegang gambar. Diperhatikan setiap inci wajah lelaki di dalam gambar itu dengan penuh leka. Muka handsome, tapi perangai macam kucing. Ika mengutuk sendiri. Entah apa maksudnya, dia pun tak tahu. Langsung tak ada kenamengena wajah Idlan dengan sifat seekor kucing. Misai tak ada, janggut jauh sekali.
Dia mencebik sebelum meletak gambar di bawah bantal. Badan direbahkan. Malas nak fikir fasal lelaki itu lagi. Sekarang dia benar-benar lega. Persoalan selama ini tersimpul, akhirnya terlerai juga. Kini, dia bukan lagi tunangan orang. Dia dah bebas! Ika pejam mata. Tidur lagi baik.
IDLAN melangkah masuk ke banglo dengan rasa serba salah. Apa yang nak diterangkan pada mentuanya kalau mereka bertanya Jawapan apa paling sesuai nak diberi Dia tak nak masalah rumahtangganya diketahui walau ayah mentuanya sudah syak sesuatu.
Waduh, Pak. Di mana bajunya Tegur Izzaidah, orang gaji berasal dari Indonesia. Dia memandang pelik ke arah Idlan yang hanya berseluar panjang.
Sudahlah tadi Irdiana muncul dengan berpakaian tidur dan sehelai cardigan. Kini, giliran Idlan pula membuatkan pandangan Izzaidah jadi pelik.
Tanpa menjawab pertanyaan Izzaidah, Idlan terus menyoal, Isteri saya mana
Puan ada di atas, Pak. Bersama Datin. Dia nangis aja terus. Enggak tahu kenapa.
Erm, terima kasih, ucap Idlan seraya menuju ke tingkat atas.
Belum sempat dia memijak tangga terakhir, dia ditegur Dato Arshad.
Hah, kenapa dengan kamu ni Sampai tak berbaju datang ke sini Dato Arshad garu kepala. Masih tak sedar anak perempuannya turut berada di situ.
Saya datang nak ajak Ir balik.
Alahai... memang pecahlah rahsia rumahtangganya sebentar lagi.
Ir Dia ada kat sini Dato Arshad beriak hairan. Dia tak sedar langsung bila anak perempuannya sampai. Mungkin kerana tadi dia berada di bilik solat.
Idlan berat mulut hendak menjawab. Berkali-kali dia garu kepala. Memikir ayat yang sesuai.
Ya. Kami ada salah faham sikit kat rumah tadi. Masa saya dalam bilik mandi, dia ambil peluang keluar dari rumah, cerita Idlan secara ringkas. Kalau nak pecah rahsia, pecahlah. Dia pun tak sanggup lagi nak berhadapan dengan keadaan ini. Lelah sungguh dia.
Dato Arshad menggeleng perlahan. Faham dengan penerangan Idlan walaupun serba ringkas. Makin rumit masalah rumahtangga anak menantunya. Dia tak tahu nak tolong selesaikan bagaimana kalau Idlan sendiri tak mahu dibantu.
Cuba kamu cari dia dalam bilik. Mungkin Mama
ada dengan dia.
Idlan mengangguk. Laju dia menapak ke arah bilik dimaksudkan. Ir, you ada kat dalam ke Dia memanggil sambil pintu diketuk bertalu-talu.
Susah sangat, buka ajelah pintu ni. Tak perlu nak panggil dia, Dato Arshad memulas tombol pintu. Kebetulan pintu tak berkunci. Lambat betul Idlan ni. Kalau nak harapkan Idlan bertindak dulu, memang ke pagi esok pun tak sudah. Bebel Dato Arshad sendiri.
Di atas katil, Irdiana sedang berpeluk dengan Datin Zabedah. Dato Arshad menggeleng. Riak kesal melatari setiap inci wajahnya saat itu. Malunya dia pada Idlan apabila Irdiana bersikap seperti budakbudak.
Irdiana mencerlung mata di saat kelibat Idlan muncul. Buat apa you ikut I sampai ke sini Pergilah balik. I tak nak tengok muka you lagi! Jerit Irdiana. Belakangnya digosok Datin Zabedah.
Apa kena dengan anak perempuan awak ni Tak faham betul saya. Dapat suami baik macam ni pun, dia masih nak buat hal, marah Dato Arshad.
Datin Zabedah memandang Idlan dengan wajah serba salah. Dia akui kata-kata suaminya. Kemudian, dia beri perhatian semula pada Irdiana yang teresak-esak. Cakap dengan Mama, apa yang berlaku sebenarnya antara Ir dan Lan Kalau Ir asyik menangis macam ni, sampai bila pun Mama takkan tahu.
Irdiana diam. Tak tahu macam mana nak jawab. Dia sedar, puncanya dari diri sendiri. Idlan tak lakukan apa-apa kesalahan. Tapi, takkanlah dia nak beri jawapan begitu Dia tahu, selama ini Idlan pandai sembunyikan masalah rumahtangga mereka. Tapi, sampai bila suaminya mampu sorokkan Lambat laun, akan diketahui juga.
Mama tanya ni, jawablah.. gesa Datin Zabedah sambil memandang tepat mata Irdiana.
Irdiana kalau tak timbulkan masalah memang tak sah. Kesian sungguh Idlan. Kalau Idlan itu anak kandungnya, bukan ke bagus Suami sebaik Idlan, memang merugikan kalau Irdiana tak beri perhatian.
Melihat Irdiana berdiam diri, Idlan bertindak untuk selamatkan keadaan. Dia tahu Irdiana tak mampu nak jawab. Tak ada apa-apalah, ma. Ada salah faham sikit tadi kat rumah. Itulah yang Ir marah sangat kat saya.
Dato Arshad kecilkan mata bila Idlan tak sudahsudah nak sokong Irdiana. Betul ke ada salah faham Atau... ada perkara lain kamu berdua sembunyikan dari kami
Betul. Tak ada apa-apa. Hanya salah faham kecil aje, bohong Idlan lagi. Takkanlah aku nak bercerita pula Jatuhlah maruah isteri aku nanti. Nak beritahu Irdiana marahkan dia disebabkan duit Macam tak masuk akal saja bunyinya.
Kalau betul ada salah faham kecil, takkanlah isteri kamu lari dengan berpakaian macam ni Dan kamu pula, baju pun tak pakai. Ish, apa dah jadi ni Soal Datin Zabedah dengan wajah hairan. Pening betul dengan budak berdua ni.
Sudahlah tu. Tak perlu kita masuk campur. Biar budak-budak ni urus masalah rumahtangga mereka sendiri. Lagipun, bukan awak tak tahu perangai anak perempuan awak ni, Dato Arshad mendekati Datin Zabedah. Mengajak isterinya keluar.
Dia boleh meneka apa puncanya. Mungkin kerana duit perbelanjaan diberikan Idlan, tak pernah cukup bagi Irdiana. Kalau hanya masalah itu, dia akan serah semuanya pada Idlan untuk selesaikan. Tak perlu dia dan isteri ikut campur. Bukan hal besar pun. Perkara remeh saja. Kalau melibatkan perempuan lain atau Irdiana dipukul, baru dia ada hak untuk bersuara.
Erm, iyalah bang. Saya pun dah tak larat dengan perangai Ir. Mengada-ada sangat. Salah sikit, lari dari rumah, Datin Zabedah bingkas dan terus mengekori langkah Dato Arshad. Dia sendiri penat dengan sikap Irdiana. Apatah lagi Idlan sebagai suami tentu lebih-lebih lagi berasa jerih. Untung saja Idlan sabar orangnya. Kalau tak, dah lama Irdiana diceraikan.
Sejurus ibu ayahnya keluar, Irdiana mengetap bibir. Renungannya tepat menikam anak mata Idlan. Sukalah you, kan Mama dan Papa selalu back-up you. Menyampah betul. Mama dan Papa selalu nak menangkan suaminya. Geram!
Idlan mencebik. Bahu dijongket. Dah mereka lebih sayangkan I. Lebih percayakan I. Manalah I tak suka. And you, sepatutnya berterima kasih pada I sebab tak buka cerita sebenar depan Mama dan Papa. Kalau tak, you juga yang malu, Idlan menapak ke arah katil lalu melabuh duduk.
Irdiana berganjak sedikit tanda protes.
Dahlah Jom balik.
I tak mahu. Irdiana memandang ke arah lain. Jangan harap aku nak balik. Pujuklah berguni-guni sekalipun, aku tetap tak nak balik.
You nak ikut I balik secara rela atau paksa Sekarang you pilih. Idlan memberi pilihan. Degil sungguh isteri aku ni. Perangai macam budak-budak.
You dah pandai ugut I
Dah you degil sangat. I terpaksalah ugut.
Jangan mimpi I takut dengan ugutan you.
Okey. Nampaknya you yang paksa I buat macam ni, tanpa membuang masa dan letih tangani perangai Irdiana, dia ambil keputusan mendukung isterinya itu. Tak nak balik, ya. Hah, rasakan!
Lan, please... turunkan I.
Idlan menggeleng. No.
Please, let me down!
I said, no!
Kalah dengan tindakan Idlan, akhirnya Irdiana terpaksa mendiamkan diri.
MAHKOTA yang jatuh cuba diambil, tapi tak sempat. Ada seseorang lebih awal mengutip mahkota itu. Dia berdiri kaku. Muncul seorang lelaki di hadapan membuat lidah jadi kelu. Lelaki itu mendekatinya lalu dipakaikan mahkota di atas kepalanya.
Awak tak kemaskan betul-betul mahkota ni...
Dah kemaskan laa...
Kalau dah kemaskan, macam mana boleh jatuh... Entah. Manalah saya tahu.
Persembahan awak cacat dengan kecuaian awak.
Saya bukan sengaja.
Lelaki itu tersenyum sebelum menghilang di celah-celah orang ramai. Dia memanjang leher. Tak diketahui siapa orangnya dan tak tahu dari mana datangnya, tiba-tiba saja lelaki itu berdiri di pentas untuk membantu.
Ika membuka mata. Dada diurut sambil beristighfar panjang. Wajah lelaki yang hadir dalam mimpi tadi, seiras dengan wajah bekas tunangnya.
Dia menampar pipi sendiri. Lelaki tu dah jadi suami orang. Tak perlu aku nak mimpikan dia. Rungutnya sebelum merebah badan untuk menyambung semula tidur yang terganggu.