M. BUTTERFLY - 4
Ecole National, Aix-en-Provence. 1947

GALLIMARD: Tak pelah Marc. Aku lepak kat rumah je lah

MARC: Jangan nak merepek. Jom pergi kondo ayah aku kat Marseille tu. Kau tau kan apa ada kat sana.

GALLIMARD: Mestilah aku tau.

MARC: Bohong! Kau tau apa, kau tak pernah nak ikut aku pun. Diaorang telanjang, Rene!

GALLIMARD: Telanjang Siapa

MARC: Awek-awek tu lah.

GALLIMARD: Awek Ada awek ke

MARC: Rene, kalau dah segerombolan budak-budak Universiti masuk hutan beramai-ramai, untuk apa Sembang-sembang filosofi ke

GALLIMARD: Mana datangnya awek-awek tu

MARC: Tak kesah lah datang dari mana pun, yang penting datang. Naik trak lagi. Berhimpit macam dalam tin sardine. Tak sempat terjun trak lagi, dah mula dah.

GALLIMARD: Maksud kau

MARC: Ye lah. Semuanya. Telanjang, terjun dalam kolam mandi ayah aku tu. Malam gelap. Lampu tak ada. Bulan pun entah kat celah pokok mana. Semua orang tak nampak apa yang ada depan mata. Hulur je tangan, tetek! Tak kisah lah siapa pegang apa, yang penting jalan sampai kau pengsan. Kalau malu, tutup je mata. Best, kan GALLIMARD: Pagi nanti macamana

MARC: Pagi nanti kita cakaplah pasal filosofi. (ketawa) Macamana

GALLIMARD: Hmm.. tak lah kut. Nanti aku Tanya, tak ada siapa nak kat aku. Malulah aku nanti.

MARC: Siapa suruh kau Tanya! Kau nampak tak Kat situ tak ada siapa yang nak atau tak nak. Tak payah tanya-tanya, jalan je. Sesuai sangatlah untuk orang macam kau ni.

GALLIMARD: Tak pe lah. Kau pergi dulu.. nanti aku datang kemudian.

MARC: Oi Rene, kau tak payah risau. Diaorang bukan nampak pun macamana rupa kau.

GALLIMARD: Takpe lah. Terima kasih.

MARC: Penakut sial! (Marc berjalan ke depan dan melambai tangan sambil tersenyum kepada audiens wanita)

GALLIMARD: (kepada audiens) Sekarang aku nak cerita pada korang versi Madame Butterfly aku pulak. Macamana pada akhirnya aku di sini. Macamana pada akhirnya aku dituduh sebagai pengkhianat Negara. (Gallimard memandang marc yang sedang menggoda salah seorang audiens wanita) apa yang kau cuba buat ni, Marc

MARC: Rene, kau tak nampak ke betapa ramainya awekawek cantik kat sini Aku tengah cuba tunjukkan kehebatan aku lah.

GALLIMARD: Ye lah, kau kan cool. Tak ada perempuan yang takkan tergoda! (Gallimard meletakkan topi Sharpless ke atas kepala Marc dan menunjukkan arah keluar pentas. Marc keluar)