Seperti biasa, ceria sekali kedengaran nada suara wanita India yang kekal vogue itu meskipun terlihat baru saja bangun dari tidur. Mom Im not a child anymore!
Mendengar jawapan Hasya dengan ekspresi matanya yang membulat itu, langsung membuat Dorothy ketawa, Oh even when you become an 80-year-old grandmother with sixteen grandchildren, you are still my child, baby!
Hasya membalas, Oh come on I dont want to live that long, mom!
Sekelip mata Hasya menukar gaya pertuturannya ala primadona, Like Marilyn Monroe, I want to be remembered forever as a young gorgeous, sexy woman Hence i cant die that old!
Kini, Hasya mengajuk-ngajuk pula gaya Dorothy dengan membuat mimik wajah lucu. Sambil membetulbetulkan gaya rambutnya, Dorothy ketawa lagi, Hey stop making face like that, will you, darling Wheres my handsome grandson
Keris adalah handsome grandson yang dimaksudkan itu, Oh hes still sleeping like a king!
Jawab Hasya sebelum bertanya, Mom, when are you coming down to KL Wheres dad I miss him
Dorothy berpura-pura tersentap dengan pertanyaan Hasya, How could you only miss your dad and not missing me
Rajukan Dorothy mendorong Hasya membuat mimik muka sedih pula, Oh mom stop being a drama queen! Of course I miss you!
Tempelak Hasya yang sekaligus mengembalikan semula senyuman di wajah Dorothy, Well hes still sleeping when I left the room. We are going to walk the dog later.. he should be up by now.
Hasya menitip-nitip meja dengan jari-jemarinya. Dorothy tahu ada yang tidak kena, Is everything all right with you, darling
Lama Hasya berdiam sebelum menjawab, Yes mom.
Telahan Dorothy memang tepat sekali, memang ada yang tidak kena. Sebenarnya ada rahsia yang disembunyikan
Hasya dari Dorothy dan
Tiba-tiba Sebastian Jones muncul dengan memberi isyarat mahu mengenakan isterinya dari belakang kepada Hasya yang dapat dilihatnya menerusi skrin komputer. Dorothy yang agak terkejut, menepuk manja lengan suaminya... lega!
Sebastian Jones: Lelaki inilah yang membela ibunya sewaktu dihadapkan ke Makhamah Tinggi atas kesalahan membunuh bapa tirinya 26 tahun lalu. Jangan ditanya siapa bapa kandungnya Hasya tidak tahu dan tidak pernah kenal. Dan setiap kali menatap wajah lelaki India yang berusia 67 tahun ini, tiada bapa lain yang diiktiraf Hasya sebagai yang terbaik. Sebastian Jones adalah bukti bahawa DNA bukan penentu solo dalam usaha menjadi bapa mengikut erti kata yang sebenar.
Sebastian Jones mencium dahi Dorothy terlebih dahulu sebelum bersuara, Hello my beautiful young lady!
Menerusi skrin komputer, jelas terlihat dia memandang tepat ke arah Hasya. Raut wajah Sebastian jelas menggambarkan ketegasannya. Hasya mengerti bahawa luaran tidak menggambarkan kebenaran. Benar, Sebastian Jones memang nampak garang serta sangat tegas terutama dalam soal pembelajaran dan pendekatan disiplin, tetapi dia juga turut kaya dengan perhatian yang tidak berbelah bagi sebagai bapa meskipun bukan sifatnya menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan sebagaimana Dorothy.
Tersenyum girang Hasya dibuatnya dek kenyataan young lady oleh Sebastian sebentar tadi, Oh yes Im always young, dad young at heart!
Sebastian menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum melihat gelagat Hasya yang tawanya tidak pernah gagal membangkitkan kegembiraan orang sekeliling dan seterusnya meminta kepastian Hasya tentang hasratnya untuk menyambung pengajian Undang-Undang di Perth, I can start making an arrangement for you if you are really serious about it.
Dorothy yang menyandarkan kepala di bahu Sebastian mengangguk setuju.
Yes dad I want to, but havent decided yet. I will let you know once everything is confirmed, janji Hasya.
Sebenarnya Hasya sendiri tidak pasti samada niatnya untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana di Perth akan menjadi realiti. Sebagai orang tua yang membesarkannya sejak usianya 14 tahun lagi, pasangan Jones itu sangat menitikberatkan pencapaian akademik Hasya. Pada dasarnya, Sebastian mahukan Hasya terus ke London bagi mengikuti Masters Degree sebaik saja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya dulu.
Namun Hasya bertegas mahu terus bekerja bagi menitip pengalaman selain alasan ingin berehat daripada belajar buat sementara waktu, penat katanya lagi. Besar harapan Sebastian untuk melihat Hasya mendalami bidang undang-undang sehingga ke peringkat tertinggi agar dapat meneruskan kesinambungan perjuangannya dalam menegakkan kebenaran. Jones & Associates, firma guaman miliknya yang masih lagi aktif beroperasi di Subang USJ, hanya menunggu Hasya untuk menjadi pengemudinya bila sampai masa.
Lourdes, it doesnt matter if you havent made up your mind yet but please come and visit us in Perth. It could have been better had you followed us here, Sebastian agak beremosi ketika melafazkan kata-kata ini. Dia memang benar-benar maksudkannya. Dia sedar Hasya tidak punya sesiapa yang boleh menjaganya selalu yang mengambil tahu mengambil berat tentang dirinya di sini.
Dorothy yang masih di sisi, turut dibuai sayu. Masakan tidak rindu Sejak berhijrah ke Australia sebaik saja Sebastian bersara dua tahun lalu, selama itu jugalah mereka tidak pernah bertemu muka. Memang boleh dikatakan beberapa kali juga dalam seminggu mereka anak-beranak berhubung melalui Skype, tapi mana mungkin sama perhubungan maya dengan pertemuan yang sebenar
Mom dad... theres no place I feel safer indeed, other than being with you two but I have a lot on my plate at the moment.
Bergenang airmata Hasya tatkala menuturkan katakata itu namun begitu, tidak rela melihat Dorothy menangis, sepantas kilat Hasya bertukar nada menjadi ceria, Moreover, Perth is known as a retirees city lah, Im not even retired yet!
Perth yang tenang sentiasa; jauh dari hiruk pikuk kota memang menjadi pilihan ramai pesara dari seluruh dunia. Dorothy menepuk dahi sambil tersenyum. Sebastian turut terhibur dengan usikan Hasya.
Hasya menyambung lagi, Why dont you guys come over
Dorothy kembali sayu memandang Sebastian agar dapat memberikan jawapan sekaligus harapan kepada Hasya. Ok Lourdes, well come down soon. Take care of yourself.
Sebastian cukup maklum, andai perbualan diteruskan, hujan airmata Dorothy pasti akan melanda Perth!
I love you too mom dad muah!
Muah: Begitu nada salam Hasya kepada ibubapa angkatnya itu. Agak tidak kena gaya untuk memberi ucapan assalammualaikum buat keduanya meskipun ada Mazhab-mazhab tertentu menggariskan hukumnya sebagai harus buat mereka yang berbeza agama.
Bagi Hasya, ucapan salam bukan untuk gurauan. Salam adalah doa kesejahteraan dengan penuh keikhlasan sesama umat Islam. Seingatnya lagi, walaupun Mr & Mrs Jones pengganut Kristian yang taat, tidak pernah sekalipun mereka memaksa, jauh sekali mendorong Hasya untuk memeluk agama yang mereka anuti itu. Jadi, apa perlunya Hasya ingkari rasa hormat mereka
Tidak mungkin Hasya lupa akan satu peristiwa ketika pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah ini, dilihatnya kitab Al-Quran, telekung dan sejadah tersedia ada di sisi katilnya. Apa lagi pemberian lebih bermakna daripada Sebastian dan Dorothy selain kasih sayang serta perlindungan untuk seorang anak banduan yang dipenjarakan seumur hayat
Akan selamanya tersemat di sanubari Hasya bagaimana hanya dengan kebenaran makhamah beserta syarat: Menjaga kepentingan Hasya sebagai penganut agama Islam, Sebastian dan Dorothy diberi hak menjadi penjaganya yang sah. Kejayaan turut memihak kepada Sebastian Jones berikutan dia tidak dicabar sesiapa dalam memenangi kes itu. Tuntutan hak penjagan di sebelah ibunya juga tiada. Maklumlah, dia hanya anak luar nikah yang tidak sah tarafnya di sisi Islam.
Nama asalnya Hasya Leela binti Abdullah apabila didaftarkan secara rasmi sebagai anak angkat pasangan Jones, menjadi lebih panjang dengan tambahan nama Lourdes Jones di pangkalnya menjadi Hasya Leela Lourdes Jones binti Abdullah. Lourdes diberi atas permintaan mendiang Miryam Jones sendiri, ibu kepada Sebastian. I miss you, granny hati kecil Hasya berbisik.
Masih lagi duduk di kerusi berdepanan komputer, Hasya merehatkan diri seraya melunjurkan kakinya ke lantai. Tangannya lantas meraba-raba kedua-dua belah payudaranya sambil memejamkan mata
Ah! Masa untuk berjumpa Master Leong sudah tiba!
Sebaik saja bangkit dari kerusinya untuk menuju ke dapur, dilihatnya Keris berlenggang Mak Limah menuju ke arahnya. Mungkin masih mamai selepas bangun dari tidur.
Selepas mengusap-ngusap kepala Keris, Hasya duduk melutut di depannya, tersenyum dengan nada teruja, Selamat pagi sayangku petang ni saya ada date tau!
Keris memandang sepi tanpa memberi sebarang reaksi tatkala melihat Hasya yang mengenyitkan mata. Mengikut pemahaman Hasya, harimau lebih kurang sama sifatnya dengan manusia dari beberapa segi; begitu juga dengan kucing, kuda dan anjing di mana ada masa-masanya, mereka moody dan hanya ingin dibiarkan sendiri. Hasya tahu, sebelum angin kus-kus Keris datang, adalah lebih baik diberikan susu milk kepadanya sekarang!