SEBAIK sahaja mereka sampai di KLIA, mereka terus menghala ke ruangan bagasi untuk mengambil beg mereka.
Ah, tak puas betul! Menyesal pulak booking tiga hari aje.
Afiqa sekadar tersenyum. Dah tak larat nak lamalama kat sana. Letih betul. Bahunya ditepuk-tepuk sedikit bagi menghilangkan rasa sengalnya.
Mana beg aku ni bebel Katrina. Sibuk matanya memerhatikan sekeliling ruangan itu. Bayang begnya masih belum kelihatan.
Eh, Airish ucap Afiqa spontan apabila tubuh Airish menyapa matanya. Lelaki itu sedang bergerak ke arah laluan susur keluar VIP.
Airishlah! Jodoh betul. Asyik jumpa aje ni. Tak sempat nak ambik gambar, omel Katrina bersahaja. Kaca mata hitamnya diselitkan di atas rambutnya.
Afiqa tersentak. Beg tangannya dibuka lalu iPhone 5 milik Airish dikeluarkan. Kening Katrina terangkat sebelah dengan kelakuan Afiqa yang agak gelabah ketika itu.
Afiqa berjalan terus membuntuti ke arah laluan susur keluar VIP, mengejar langkah Airish yang agak jauh ke hadapan. Katrina pula cuba mengejar Afiqa.
Airish! Excuse me tunggu! laung Afiqa. Handphone Airish digengam kuat dengan tangannya diangkat tinggi ke udara.
Im sorry miss. Please use the other line. This line is only for the VIP passenger, halang seorang pegawai di situ. Afiqa menggigit bibir bawahnya.
Saya nak pulangkan barang dia. Dia tertinggal barang! Saya mesti hantarkan benda ni pada dia. Sekarang! terang Afiqa. Please, miss. Go over there.
Afiqa mengetap bibirnya.
Bahu Afiqa yang terasa seperti ditolak lembut ke sisi, memaksa Afiqa untuk berpaling. Terjengul wajah Katrina yang sedang tersenyum manis. Afiqa tahu, Katrina pasti sudah ada rencana dalam kepalanya. Maklumlah, gadis itu bijak dalam mencipta idea nakal begini.
Cepat, Fiqa! Masuk!
Afiqa menurut. Langkahnya semakin dilajukan mengejar Airish yang bersama dengan beberapa orang lelaki bersut serba hitam. Mungkin bodyguard dia barangkali.
Miss! You cant go in there!
Hei! tangan pegawai itu dicapai Katrina, menghalang pegawai tersebut dari mengejar Afiqa. Terkejut bukan kepalang lagi pegawai itu jadinya. Lantas, pegawai itu merentapkan tangannya kasar. Tanpa sedar, tangan pegawai itu hampir sahaja tersentuh bahagian dada Katrina. Katrina terkejut. Wajahnya tergamam habis. Idea jahatnya menjelma lagi. Kali ini, yang paling baik punya!
Tolong! Help me! Help me! tempik Katrina kuat.
Pegawai itu mulai cemas. Mungkin sedar tindakannya boleh mengundang tanggapan buruk orang sekeliling kepadanya.
Miss, I didnt mean to do that, terang pegawai tersebut.
Katrina tidak mengendahkannya.
Tolong! Lelaki ni cuba meraba saya. Tolong!
Orang ramai yang lalu lalang semakin ramai menyaksikan drama sebabak yang dimainkan Katrina dengan jayanya. Ada orang yang berbisik sesama sendiri. Ada orang yang sanggup berhenti daripada berjalan semata-mata mahu melihat apa yang berlaku. Pegawai itu semakin cemas jadinya. Semakin ramai orang yang melihat mereka.
Miss. Please, dont be like this. Okey. Im so sorry, pinta pegawai muda itu.
Whats going on here
Katrina dan pegawai tersebut mengangkat wajah mereka serentak. Liur ditelan sebanyak mungkin. Kelat rasanya tekak Katrina. Alamak!
AIRISH memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Dhia Anna. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin. Matanya sempat melirik pada wartawanwartawan dari stesen televisyen dan akhbar-akhbar tempatan yang sedang berdiri di belakang. Wajah Dhia yang sedang berpeluk tubuh itu dipandang. Pasti gadis itu mahu menyambut kepulangannya. Memang, sudah pasti.
Airish mengeluh seketika. Dia tidak sukakan ini. Lebih tepat, dia tidak sukakan Dhia! Tetapi memikirkan bahawa gosip adalah salah satu rencah kejayaan untuk melonjak naik namanya di Malaysia, dilayankan Airish sahaja. Itu kata-kata papa yang sentiasa diingati selalu dalam benak kepalanya. Lantas, bibir tersenyum penuh makna bersama 1001 kemanisan tersungging di bibir.
Darling. Airish mendekat.
Tangannya didepakan mahu memeluk tubuh gadis genit itu. Banyak cahaya lampu yang menyimbah ke arahnya. Merakamkan aksi-aksinya. Namun, langkahnya kaku saat Dhia mengisyaratkan agar Airish berhenti.
Why
Why You asked me, why
Aduh! Kenapa gadis ini seperti mahu merajuk pula. Aku sekeh kepala dia nanti. Bukannya ada apaapa hubungan pun. Nak berlakon dengannya di depan kamera ini kenapa
Dont act like you dont know anything, dear.
Airish tergelak kecil, cuba mengawal keadaan dengan sebaik mungkin.
I dont understand, jujur Airish meluahkan kata.
Dhia mengetap bibirnya. Tas tangannya dibuka lalu dikeluarkan beberapa keping gambar. Lantas gambargambar itu diberikan pada Airish.
Airish kaget. Gambarnya bersama Afiqa di Bali tempoh hari semuanya dirakam. Bermula daripada insiden Afiqa jatuh menghempap badannya sehinggalah insiden di mana dirinya membantu menghilangkan pasir di mata gadis itu. Airish!
Serentak Airish dan Dhia mengangkat wajah.
Suasana semakin bingit, haru-biru jadinya. Limpahan cahaya lampu kamera semakin galak menyimbahi wajah Afiqa pula. Riuh suasana di KLIA tika ini. Afiqa melajukan lariannya. Dia seperti tidak mempedulikan langsung pancaran kamera di situ. Airish mengigit bibirnya, apa perempuan ni nak Menyibuk betul. Habislah kariernya sekarang ini!
Handphone awak. Tertinggal masa hari pertama kita jumpa, selamba sahaja Afiqa bereaksi.
Telefon bimbit Airish dihulurkan. Airish sekadar menjeling cuma sebelum mencapai iPhone 5 yang sudah disangka hilang itu. Kemudian pandangannya kembali pada Dhia Anna. Mata gadis itu kelihatan berkaca-kaca.
Hari pertama jumpa Berapa kali dah you jumpa dengan dia lembut suara Dhia menyapa. Suaranya sedikit sebak. Masa dapat berita ni, I berharap sangat ini semua palsu! Tapi rasanya, I dah salah anggap.
Tergamam Afiqa seketika. Wajah Dhia yang berlinangan dengan air mata dipandangnya. Tidak sangka di sini berlaku pergelutan. Kalau tidak, memang dia tak akan datang tadi.
Airish kita putus. I dah letih dengan semua ni, putus Dhia.
Berubah air muka Airish. Mata Afiqa pula membulat besar jadinya. Jika dirinya sedang menonton semua ini di dalam filem mahupun drama ketika ini, sudah pastinya sound effect seperti guruh mahupun kilat akan bergema.
Dhia! laung Airish memanggil Dhia yang jauh meninggalkannya.
Langkahnya terus mengejar Dhia. Afiqa mengigit bibirnya. Sekarang ini, semua mata para wartawan tepat memandang pada dirinya. Tubuh Afiqa menjadi tumpuan semua yang ada di situ.
Bunyi flash kamera hilang seketika sebentar tadi. Mungkin semua sedang tergamam dengan insiden itu.
Cik, boleh jelaskan apa yang terjadi pinta semua para wartawan-wartawan di situ.
Lidah Afiqa sedikit kelu untuk bersuara. Lidahnya keras tanpa sebab. Afiqa diburu resah. Lidahnya kelu bermakna dia tidak tahanlah mahu duduk sini. Dia perlu larikan diri! Nekad Afiqa membuat keputusan. Lalu kepalanya ditundukkan hormat. Afiqa beransur pergi, ingin beredar secepat mungkin.
Cik, tunggu! halang mereka.
Afiqa terus memecut tanpa memandang ke belakang lagi.