HARI ini Nurul ke pejabat dengan mood yang kurang baik. Tidak ada semangat langsung apabila memikirkan kejadian tempoh hari. Dia benar-benar pasti yang tiada kesilapan yang berlaku.
Nurul pergi ke ruangan dapur untuk membancuh segelas kopi. Selalunya setiap pagi, kopi susu panas menjadi kegemarannya namun hari ini dia bertukar angin pula. Beberapa ketul ais dimasukkan ke dalam minuman. Bukannya apa, dia mahu menyurutkan sedikit kemarahan dan rasa geramnya terhadap Encik Kamal.
Dapur yang disediakan untuk kakitangan pejabat ni kecil sahaja. Lebih kurang lima orang sahaja yang boleh masuk dalam satu-satu masa. Sedang Nurul membuka peti sejuk, derapan sepatu kedengaran jelas di pendengaran. Dia membiarkan sahaja tanpa menoleh. Lama-ke lamaan bunyi itu semakin hampir dan betul-betul berhenti di belakang Nurul. Dia langsung menoleh. Tergamam Nurul apabila melihat Encik Kamal tersenyum memandangnya.
Seorang saja, Nurul
Ya, ringkas saja jawapannya. Nurul kembali menuang kopi ke dalam gelas.
Awal sampai. Rajin Nurul, inilah pekerja yang saya suka.
Nurul membiarkan sahaja Encik Kamal bercakap seorang diri. Rasa meluatnya semakin menjadi-jadi. Mudah benar bosnya itu berubah sikap. Memang betullah kata kakitangan di sini yang Encik Kamal ibarat mengkarung. Sekejap begini, esok begitu.
Nurul meletakkan gelas minuman di atas kabinet. Dia kemudiannya mengambil roti di dalam bekas kedap udara. Tiba-tiba teringin pula hendak makan roti bakar.
Setelah selesai, Nurul berpaling untuk mengambil gelas minumannya. Puas dicari, namun ternyata minumannya telah hilang. Baru dia menyedari yang Encik Kamal juga sudah tiada di situ. Memang dialah yang telah melarikan kopinya! Dengan rasa sebal, Nurul kembali mengacau segelas lagi kopi. Bencinya pada Encik Kamal semakin meluap-luap.
Setelah siap, Nurul kembali ke tempatnya. Dia sempat menghalakan pandangan ke arah bilik Encik Kamal. Ternyata dia sedang memerhatikan Nurul dan mengangkat tangannya apabila mata mereka bertentang. Nurul hanya menjuihkan bibir tanda tidak menyukai sikapnya.
Sedang tangan Nurul rancak menaip, Anita menghampiri meja sahabatnya itu.
Macam mana, Nurul Dapat tak surat tu
Tak. Entahlah. Aku dah habis ikhtiar, Anita, keluh Nurul perlahan.
Jangan mengalah, Nurul. Kau bukan orang yang lemah semangat, kan Malam tadi aku langsung tak dapat tidur. Risau sangat mengenangkan kawan aku sorang ni.
Nurul tersenyum memandang gadis manis itu. Sungguh baik hati Anita.
Terima kasihlah, Nita. Sebab aku, kau tak dapat tidur. Tapi aku tidur dengan lena malam tadi, kata Nurul. Dia sengaja mengenakan Anita.
Nurul!
Anita ternyata tidak berpuas hati dengan ja wapan Nurul. Dia pantas mencubit paha sahabatnya itu untuk melepaskan geram.
Cubitan Anita disambut dengan gelak tawa. Lucu apabila mengenang sikap kawannya yang sampai tidak tidur malam. Dia pun sebenarnya tidak tidur langsung. Mustahil dia boleh tidur dalam keadaan hati yang tertekan dengan masalah kerja.
Jeritan halus Anita ternyata mengundang perhatian Encik Kamal. Dia keluar dari bilik dan menghampiri kami. Nurul dan Anita terkedu.
Hai, gembira nampak dua dara ni, usik Encik Kamal.
Maaflah, Encik Kamal. Saya saja usik Nurul. Nak menceriakan pagi yang mendung ni, sahut Anita.
Nurul tahu Anita sebenarnya memerli Encik Kamal. Pada Nurul, Anita hanya membuang masa sahaja. Encik Kamal yang berhati batu itu tidak akan terasa langsung dengan bahasa kiasan.
Maksud kamu sebenarnya apa, Anita
Nurul memandang Anita. Ternyata dugaannya meleset sama sekali. Encik Kamal rupa-rupanya mengambil perhatian akan kata-kata Anita tadi.
Nurul ni, Encik Kamal. Pagi-pagi lagi dah buat muka seposen. Apa masalah dia pun saya tak tahu.
Hai, awak kan kawan baik dia. Takkan awak tak tahu masalah dia.
Kawan pun tak semestinya perlu tahu banyak hal. Kita pun ada rahsia yang orang lain tak boleh tahu. Kalau semua rahsia orang tahu jadi hidup ni tak bermaknalah, Encik Kamal.
Nurul hanya mendiamkan diri tanpa mendengar perbualan bosnya dengan Anita. Malas rasanya nak ikut berbual sama. Dia terus menyibukkan diri dengan kerja.
Nurul, masuk ke bilik saya kejap, arah Encik Kamal.
Nurul tersentak apabila mendengar arahan itu. Dia segera menuruti langkah Encik Kamal. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat Anita yang sedang menahan ketawa. Menyesal pula Nurul kerana tidak mendengar perbualan mereka tadi.
Duduk, pelawa Encik Kamal.
Nurul duduk tanpa menyandarkan tubuh ke sofa.
Begini.... Encik Kamal menarik nafas. Katakatanya terputus.
Nurul menunggu perkataan yang bakal keluar dari mulut Encik Kamal. Malam tadi dia sudah bertekad, apa sahaja keputusan Encik Kamal akan diterima dengan hati terbuka. Mungkin khidmatnya di sini sudah tidak diperlukan lagi.
Saya nak minta maaf, Encik Kamal bersuara perlahan.
Nurul menatap mata ketuanya dengan pandangan yang aneh. Selama dia bekerja di situ, tidak pernah sekali pun lelaki itu mengalah. Apa lagi meminta maaf pada pekerjanya. Mungkin dia tersilap dengar.
Saya minta maaf, Nurul....
Sekali lagi Encik Kamal bersuara. Sah, memang Nurul tidak tuli. Encik Kamal memang mengungkapkan kata maaf padanya.
Maaf untuk apa, Encik Kamal tanya Nurul meminta kepastian.
Tentang semalam. Saya minta maaf kerana memarahi awak.
Itu memang salah saya. Memang wajar Encik Kamal sebagai ketua di sini menegur orang bawahan encik.
Tapi saya bersalah. Tak sepatutnya saya menengking awak.
Itu sudah menjadi tanggungjawab Encik Kamal. Sebagai ketua, encik berhak untuk memarahi siapa saja yang tidak melakukan kerja dengan baik. Encik sendiri pernah kata, kepuasan berkerja terletak pada produktiviti yang dihasilkan oleh pekerja. Nurul memulang paku buah keras. Bukan maksudnya hendak memerli Encik Kamal, tetapi dia sekadar mahu mengingatkannya kata-kata yang pernah dia ucapkan sewaktu hari pertama Nurul bekerja di sini.
Saya tetap rasa bersalah pada awak. Lagi pula surat tu saya dah jumpa.
Hah, Encik Kamal jumpa surat tu di mana
Di bawah pintu. Mungkin terjatuh masa awak masuk ke bilik saya semalam.
Nurul mengeluh. Mungkin benar kata Encik Kamal surat itu terjatuh tanpa dia sedari.
Saya minta maaf sekali lagi, Nurul.
Encik Kamal tak salah. Saya yang cuai. Saya minta maaf kerana dah rumitkan keadaan.
Tidak. Selagi saya tak dengar dari mulut awak sendiri yang mengatakan awak dah maafkan saya, selagi itu awak tak boleh keluar dari bilik ni!
Pulak.... Nurul mula terasa tidak sedap hati. Mula-mula baik bukan main sekarang, tengoklah.
Saya dah maafkan.
Encik Kamal tersenyum memandang pekerjanya itu. Kepuasan jelas terpancar di wajahnya.
HARLINA duduk di sofa sambil tangannya ligat menyelak helaian Yellow Pages. Dia mahu cepat mendapatkan nombor telefon syarikat itu. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa wanita muda yang dicarinya selama ini.
Harlina bersyukur kerana selepas habis kerja semalam, dia ke restoran MacDonald sekali lagi dan kebetulan wanita itu baru sampai. Harlina memerhati setiap langkah wanita itu sehinggalah dia keluar dari restoran makanan segera itu. Jelas di uniform wanita itu tertulis perkataan Syarikat Moxion. Sebab itulah Harlina berusaha mencari nombor telefon syarikat itu.
Tangan Harlina terhenti pada muka surat 207. Syarikat Moxion 03-46724569.
Bibir Harlina mengukir senyuman. Ingin sahaja dia melonjak dan menjerit sekuat mungkin. Hatinya begitu gembira. Penantiannya selama ini pasti akan berakhir. Dia segera mencapai kertas dan pen di bawah meja.
Moga dia wanita yang berbudi mulia. Kalau tak, tentu sukar untuk aku dapatkan orang lain, keluh Harlina di dalam hati. Dia mendail nombor itu. Secara kebetulan panggilan telefon di Syarikat Moxion telah dijawab oleh seorang kakitangan wanita.
Hello, Syarikat Moxion. Boleh saya bantu
Kelu lidah Harlina untuk bertutur. Dia segera menguatkan semangatnya. Jalan di hadapan sudah terbentang luas.
Hm hello, ini siapa
Saya Anita. Puan mahu bercakap dengan siapa tanya Anita dengan ramah.
Begini. Saya mahu bercakap dengan seorang wanita muda. Saya rasa umurnya mungkin lingkungan awal 20-an.
Di sini ramai pekerja wanita yang mudamuda. Susahlah nak cari wanita yang puan maksudkan. Agak-agak orangnya macam mana
Tak silap saya, kulitnya cerah dan tidak gemuk. Cara jalannya agak sopan sedikit.
Anita memikirkan siapa wanita yang dimaksudkan oleh pemanggil itu. Dia terfikir tentang Nurul. Di syarikat ini, hanya Nurul yang berkeperibadian lembut dan sopan. Kulitnya juga cerah. Kalau pekerja yang lain, semuanya manusia dua alam. Nama sahaja wanita, tetapi berlagak lelaki. Ada yang lelaki pula, bertingkah laku seperti wanita.
Mungkin wanita itu, Nurul, desis Anita. Boleh saya tahu mengapa puan mahu mencari wanita itu
Hm saya ada perkara yang mahu diberitahu pada dia, tersekat-sekat suara Harlina. Risau jika rahsianya terbongkar.
Anita berasa tidak sedap hati. Belum pernah orang luar bertanyakan perihal pekerja di syarikat itu. Begini puan, saya minta maaf kerana tak dapat memberi maklumat kepada puan. Syarikat ini ada prosedur yang tidak membenarkan orang luar mengetahui apa-apa maklumat tentang syarikat ini termasuk pekerja sekali pun. Harap puan memahami, jelas Anita.
Iya, saya faham. Maaf mengganggu. Terima kasih, tutur Harlina lembut.
Tak apa. Sama-sama.
Anita meletakkan gagang telefon. Di hujung talian, Harlina mengeluh berat. Dia bertekad mahu mencari wanita itu. Dia mahu berjumpa dan menyatakan hajatnya yang sebenar. Jika wanita itu menolak, dia tidak memaksa asalkan hatinya puas sudah memberitahu maksud sebenarnya.
Harlina termenung. Dia teringat pertengkaran antara suami dan ibu mentuanya semalam.
Aku kalau dah kata tak suka, tetap tak suka! pekik ibu mentuanya, Datin Rafeah.
Mak, berilah Harlina peluang untuk buktikan dia seorang menantu yang baik. Dia sangat menghormati mak. Apa salahnya jika mak terima isteri saya tu.
Khairul, suami Harlina, amat berharap agar hati ibunya terbuka untuk menerima isterinya. Dia sedar sekeras mana pun hati ibunya akan cair juga. Cuma dia tidak tahu bilakah masa itu akan datang.
Kau tak tahu perasaan mak terguris. Kau tolak mentah-mentah pilihan mak. Mak dah carikan calon yang terbaik buat kau. Dia cukup sesuai untuk kau, Khairul. Wanita berusia awal 60-an itu mengungkit kembali cerita lama.
Mak, yang sudah tu sudahlah. Sekarang, Harlina dah jadi isteri saya. Takdir telah menentukan kami menjadi suami isteri.
Ah, bukan kau tak boleh kahwin lain. Mak tengok pun isteri kau tak juga mengandung. Memang dia bukan benih yang baik. Kau masih muda. Panjang lagi jalan hidup kau. Lagi pun kau bukan tak mampu. Kau ada segalanya.
Apa maksud mak sebenarnya Khairul ternyata telah hilang sabar.
Mak nak kau kahwin lain!
Bagai petir menyambar, Khairul terkejut dengan permintaan ibunya. Tidak diduga, ibunya masih menyimpan hasrat untuk menjodohkan dia dengan wanita pilihannya sendiri.
Mak, mengucap mak. Tak baik mak cakap macam ni. Harlina isteri saya. Tak sepatutnya seorang ibu mengucapkan kata-kata yang tak elok. Mak, terimalah kenyataan. Beri Harlina peluang mak.
Kau memang tak pernah nak hormati aku. Dulu aku nak sekolahkan kau di luar negara, kau tak nak. Aku nak bagi duit belanja tiap-tiap bulan pun kau tolak. Malah, aku dah carikan perempuan yang terbaik untuk kau. Semuanya kau tolak. Nampak sangat kau tak hormat aku sebagai mak kau.
Mak, maafkan saya. Bukan saya tak hormat mak. Saya hormat malah saya meletakkan mak di hati saya. Namun hati saya menolak cara hidup yang mak pegang selama ni. Mak terlalu mementingkan kebendaan. Saya mahukan kehidup an yang sempurna. Saya amat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari mak. Tapi tak pernah dapat. Mak jarang ada di rumah. Masa mak banyak dihabiskan bersama kawan-kawan mak, bukan dengan anak-anak. Khairul meluahkan isi hatinya.
Oh, kau mengungkitlah sekarang, ya Penat-penat aku lahirkan kau ini balasan kau pada aku. Tengok adik-adik kau yang lain. Semua dengar cakap aku. Tak macam kau. Kepala batu,
Marah sungguh Datin Rafeah. Dia langsung tak mahu mengaku kesalahannya. Padanya apa yang dia lakukan selama ini adalah betul belaka.
Mak, perlahankan suara tu. Nanti Harlina dengar, kecik hati dia. Khairul takut Harlina yang sedang tidur, tersedar kerana mendengar tengkingan ibunya itu.
Ah, ini kan rumah kau. Rumah anak aku, aku berhak buat apa saja. Kau takut dengan isteri kau ke, Khairul Apa yang Harlina dah bagi kau makan Dia guna-gunakan kau ke
Ya Allah, tolonglah mak jangan fikir yang bukan-bukan. Dia isteri yang baik. Saya bukan takut pada dia, tapi saya hormatkan dia. Dia tak pernah sakitkan hati saya, mak. Kami berkahwin dengan niat membina masjid yang punya tiangtiang yang kukuh. Saya takkan robohkan tiangtiang itu hanya kerana belum mempunyai anak. Mak, cubalah terima Harlina, pujuk Khairul. Dia tak pernah jemu memujuk ibunya.
Datin Rafeah hanya mendiamkan diri. Mukanya dipalingkan ke arah lain. Dia mengetap-ngetap bibir.
Entahlah, mak. Terpulanglah pada mak. Sekurang-kurangnya saya dah luahkan perasaan yang tersimpan di hati saya selama ini. Apa pun, saya minta maaf.
Khairul bingkas bangun meninggalkan ibunya. Hatinya remuk kerana ibunya masih lagi belum mahu menerima isteri yang telah dinikahi selama bertahun itu.
Wanita itu hanya melihat pemergian Khairul dengan ekor matanya.
Baru puas hati aku, bisiknya perlahan.