Lukisan Asmara - 4
Ketiga

ALYSSA

tersentak Alyssa apabila namanya disapa lembut oleh sebuah suara. Sekilas dia memandang pada wanita yang sedang terpacak dihadapannya itu. Roziana, seorang eksekutif kewangan yang berkhidmat di salah sebuah bank terkemuka di ibu kota sedang merenung wajah murung Alyssa. Selama ini, apabila dia bermasalah, Roziana atau lebih mesra dipanggilnya Kak Rozi, menjadi tempat dia mengadu nasib. Apa lagi setelah lebih setahun papanya terlantar sakit. Pastinya dia tidak mahu membebankan papa dengan masalah-masalah remajanya. Jadi, pada Roziana tempat dia mencurahkan segala-galanya terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan bebanan perasaannya.

Kenapa ni, Lyssa Kak Rozi risaulah tengok Lyssa termenung jauh sangat ni. Berat sungguh ke masalah Lyssa ni Papa sakit teruk lagi, ke

tanya Roziana sambil mengusap bahu Alyssa. Selama ini rumah Roziana menjadi tempat Alyssa melepak bagi meredakan permasalahannya dan mencari ketenangan selama ini. Kedudukan rumah Roziana agak hampir dengan rumahnya. Dia sering bertandang ke rumah tersebut dan wanita separuh umur itu sentiasa sedia mendengar segala keluh kesahnya. Dia pula berasa selesa untuk berbicara dan meminta pandangan dari Roziana. Ditambah lagi dengan perwatakannya yang lemah-lembut itu. Bagi Alyssa, kehadiran Roziana yang telah dianggap seperti kakaknya sendiri itu dirasakannya lebih penting dari mamanya. Kadangkala Alyssa berasakan lebih baik Roziana sahaja yang menjadi mamanya kerana sifat-sifat keibuan yang dimilikinya. Usia Roziana sendiri tidak jauh bezanya dari Mariana, ibunya. Cuma, Roziana masih belum mahu bersuami walaupun sudah berusia sebegini. Mungkin juga, dia punya sebab sendiri, mengapa dia masih mahu terus menyendiri. Tapi ada juga hikmahnya wanita itu masih sendiri kerana jika dia sudah bersuami, mungkin dia tidak akan punya masa lagi untuk mendengar segala masalah Alyssa.

Lyssa, ceritalah pada akak. Risaulah akak tengok keadaan Lyssa ni. Kalau dibiarkan saja masalah tu terus bersarang dalam kepala tu, boleh kena barah tau. Akak tak nak tengok adik kesayangan akak ni sakit. Kalau dah sakit, habis, dah tak ayu lagi tau. Nanti semua pakwe lari...

sempat juga Kak Rozi berjenaka lagi dalam memujuknya. Itulah salah satu keistimewaan Roziana. Dia tahu bagaimana hendak berseloka bagi memudahkan Alyssa bercerita padanya. Mahu tak mahu, dia akan mendedahkan juga perkara-perkara yang tersarang dalam fikirannya.

Kak Rozi, Lyssa sebenarnya kecewa sangat dengan mama. Lyssa tahu, mama tak pernah sayang Lyssa, tapi sekurang-kurangnya janganlah sisihkan papa. Ni tidak, semenjak papa sakit, mama tak pernah pedulikannya. Sibuk saja dengan dunia dangdutnya.

Dahi Roziana berkerut. Rasa-rasanya perasaan itu sudah acap kali disuarakan oleh Alyssa padanya. Bukan Alyssa tidak tahu bagaimana layanan mamanya sejak papanya sakit.

Apa sebenarnya ni, Lyssa Ada perkara lain ke yang terjadi, Lyssa Akak tahu mesti ada hal lain yang lebih menyakitkan. Apa pula kali ni

Roziana cuba meneka dalam kesamaran.

Kak Rozi, mama tu dah melampau. Dia curang pada papa. Lyssa pernah beberapa kali terserempak dengan mama berkepit dengan jantan. Apa lagi maknanya itu, kak Tak takutkah mama pada hukum Allah Besar dosanya kalau isteri menduakan suaminya apalagi menyerahkan tubuh badannya pada lelaki yang bukan suaminya yang sah,

leter Lyssa lagi dengan nada marah. Roziana hanya mengusap-usap bahu Alyysa untuk meredakan kemarahan gadis itu..

Mama sekarang dah jadi lain sangat, kak. Dia bukan saja kaki jantan, malahan kaki arak dan judi juga. Dua hari yang lepas pula, Lyssa terjumpa pil macam pil dadah dalam bilik mama masa Lyssa kemas bilik dia. Apa maknanya tu, kak

tanya Lyssa. Airmatanya mula mengalir dengan laju. Suasana malam di perkarangan kelab dangdut Teratai Lounge agak samar-samar. Halamannya hanya diterangi oleh beberapa batang lampu jalan. Kelihatan beberapa orang gelandangan sudah mula membentang permaidani kotak buat pelapik mereka beradu malam itu. Mereka akan berehat semalaman sambil melelapkan mata sementara menanti hari siang, di sudut-sudut gelap bangunan di situ. Perjalanan yang sama, cuma hari dan tarikh sahaja yang berbeza. Di situ turut kelihatan beberapa orang kupu-kupu malam sedang membuat sesi tawar-menawar dengan pelanggan mereka. Begitulah juga keadaan malam di lorong berhampiran. Ada yang sudah mula dibuai mimpi selepas seharian berjuang untuk hidup. Ada juga yang baru mahu memulakan tugas bagi meneruskan kehidupan.

Tidak kurang juga, ada yang sudah longlai di beberapa sudut gelap dan longkang-longkang dalam keadaan seperti bangkai bernyawa. Kebanyakannya hanyut setelah dibuai angin kemesraan barangan terlarang yang dikenali sebagai dadah itu, raja segala kejahatan dunia. Tetapi, keadaan sebegitu akan pasti menjadi terang apabila pihak berkuasa menjalankan operasi pembersihan di situ. Rupa-rupanya, puak-puak seperti ini amat takut jika ditahan oleh pihak berkuasa. Bukankah lebih selesa kalau mereka di lokap Dapat makan percuma tanpa perlu bekerja atau sekurangkurangnya dapat berlindung diri dari hujan ribut seperti di luar. Dan jika mereka lebih bernasib baik lagi, pihak-pihak tertentu akan menyerapkan mereka ke mana-mana badan kebajikan yang bersesuaian. Bukankah itu lebih baik Tapi, jawapannya tetap tidak oleh golongan ini. Keadaan pasti akan jadi panas jika kawasan itu dihangatkan oleh pihak berkuasa. Walau apapun keadaan di luar, ia tidaklah sehangat situasi di dalam kelab dangdut tersebut. Di situ, ramai yang sedang menikmati hiburan yang disajikan dalam perbagai bentuk. Lampu-lampu yang berkelipan tetap menyinar dalam suram.

Di persada kelab tersebut, kelihatan manusia-manusia tidak kira tua atau muda berpeleseran, berjoget dan berkinjaan mengikut alunan dangdut yang dilagukan. Tidak kurang juga, ramai yang lalok setelah bergelasgelas meneguk air kencing syaitan. Di suatu sudut pula, ada yang sedang membuat sesi tawar-menawar perkhidmatan ranjang, tidak ubah seperti keadaan di luar tadi, cuma bezanya ia dilakukan dalam tempat tertutup dan penuh peraturan. Di atas pentas utama, seorang wanita sedang mengalunkan lagu-lagu untuk semua pengunjung kelab itu. Suaranya lunak, lenggukannya persis goyang Inul dan aksinya yang manja pasti memukau setiap kasanova yang berkunjung ke kelab tersebut. Memang tidak dinafikan, penyanyi yang sudah berstatus penghibur tetap kelab tersebut semejak hampir setahun yang lalu mempunyai daya tarikan tersendiri. Setiap kali beraksi, pasti ramai yang melaungkan namanya. Inul Maria, itulah jolokan nama yang diberikan kepada Mariana kerana kegemarannya mengalunkan lagu dan irama milik penyanyi dari seberang itu. Malam ini, Mariana selesai tugas jam dua pagi. Selepas puas bernyanyi dan bergelek, dia ke sebuah meja di mana seorang teman sudah sedia menunggunya. Sudah menjadi kebiasaan, Mariana pastinya tidak terus pulang setelah habis waktu kerja. Tekaknya pasti dahaga selepas persembahan dan selalunya air yang dianggapnya syurga dunia itu yang menjadi keutamaan untuk diteguk bagi pelepas rasa dahaga.

Maria,

terus sahaja dia disapa oleh lelaki yang dikenalinya sebagai Arman itu.

Macam mana malam ni, jadi tak

Pastinya Arman mahu mengajak Mariana ke suatu tempat.

Arman, I tak ada modallah malam ni. Gaji belum dapat lagilah. Macam mana I nak join you all jackpot malam ni

jawab Mariana dengan nada lemah gemalai dan manja. Memang keinginannya ada untuk menyertai Arman tetapi terbatas kerana kekurangan wang.

Apa you nak susah hati. Kawan kita, Chong kan ada Dia boleh bantu bagi modal maa..

seloroh Arman sambil tangannya mendakap erat bahu Mariana.

I tau, tapi I dah banyak sangat pinjam duit dia. I takut nanti I tak mampu bayarlah. Mati I nanti tau,

dalih Mariana teringatkan hutang-hutangnya yang semakin membukit itu.

Jangan risaulah, Maria. Nanti kalau I menang poker, I tolonglah bayar untuk you. Berapa hutang you tu Seribu Sepuluh ribu Seratus ribu I bayarlah,

pujuk Arman seolah-olah memberikan harapan pada Mariana walaupun palsu.

You ni janji memang pandai, Man. Tapi bila you dah menang, you lupa dengan janji you. Lepas tu, you enjoy sendiri, langsung tak ajak I. Lagipun, selama kita kenal ni, berapa banyak sajalah yang you dah menang Man,

perli Mariana sambil menjeling manja pada Arman. Memang naluri Mariana bergelodak mahu mengikut Arman mengadu nasib di meja judi. Mana tahu, malam ini dia bakal bernasib baik pula. Bolehlah dia jelaskan segala hutang-hutangnya dan kalau punya baki, bisa dia gunakan untuk berbelanja. Akhirnya dia mengalah pada pujukan Arman dan bingkas bangun menuruti langkah lelaki itu ke suatu dunia hiburan yang lain pula. Tapi seperti biasa, Mariana tidak pernah punya tuah di meja judi. Sekali lagi dia tewas dalam percaturannya dan akibat dari itu jugalah, malam itu bertambah lagi hutangnya kepada si pemiutang bertaraf ah long itu. Sebelum melangkah meninggalkan pusat perjudian tersebut, dia telah ditahan oleh orang-orang Chong untuk diberi amaran.

Maria, malam ini lu punya hutang sudah tambah lagi sepuluh ribu. Lu kena fikir betul-betul, bila lu boleh bayar. Gua tak mau jadi lu punya welfare dekat sini, maa...

peringatan keras dalam lembut diberikan oleh Chong, tauke bisnes ah long itu.

Haiyaa Chong, you banyak handsome ini malam. Jangan marah-marah maa... Nanti, cukup bulan I dapat gaji, I kasi settlelah. Tapi you jangan letak itu bunga tinggi-tinggi sangat, I mesti bayar punya

pujuk Mariana.

I mau minta sikit diskaun. Kalau you boleh bagi, I boleh spent satu malam atau beberapa malam dengan you,

tawar Mariana.

Betul ka Nasib baik lu nona manis banyak sweet. Tapi ingat, itu service special punya cuma kasi lu sikit diskaun tau, bukan kasi habis lu punya hutang. Itu pokok lu mesti mahu kasi bayar,

ujar Chong dengan senyuman nakal.

Nanti, I telefon you kasi tahu masa, okey Chong

janji Mariana sambil jari telunjuknya mencuit nakal pipi Chong. Begitulah tabiat Mariana, kalau sudah gila berjudi, halal haram habis dilanggarnya. Dia tidak mahu fikir keburukan yang bakal terjadi di kemudian hari. Apa yang penting, masalahnya pada malam dan ketika itu selesai.