HARI demi hari, bulan bersilih ganti, tahun pun sama mendaki. Sudah lebih dua tahun anak jati Jakun ini tinggal di Kuala Lumpur.
Ajai semakin matang dalam jejaknya. Sejak tinggal bersama Cikgu Isa, dia mula mengenali kota yang selama ini jauh dari lingkaran akalnya. Berkali-kali juga dia sudah menjejakkan kaki ke pusat bandar raya.
Dahulu memang dia akan ditatih oleh Cikgu Isa, tetapi sejak usianya menjengah ke alam remaja dia sendiri boleh ke bandar dengan menaiki pengangkutan awam.
Pantas benar masa berputar. Sepantas mindanya yang ligat berfikir tentang hakikat kewujudan diri.
Mengapa manusia diciptakan Berulang kali soalan itu dilafazkannya.
Ajai masih membelek-belek tafsir al-Quran di mejanya. Diselak satu per satu muka surat mahu mencari jawapan kepada persoalan yang sudah tepu di dada.
Waktu dia bersekolah di kampung, guru agamanya pernah memberitahu bahawa manusia hidup adalah tidak lain semata-mata untuk beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah. Ajai masih ingat semua itu. Tetapi, dalam lingkungan hidup yang dibatasi pengaruh kepercayaan datuknya, sedikit pun dia tidak terjentik untuk menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa. Datuknya bukan seorang Islam, jadi tidak ada sebab untuk dia dipaksa beribadah.
Kata datuknya, arwah ibu dan bapanya beragama Islam. Ini bermakna dia juga seorang Islam. Dia tidak percaya tentang itu pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan dia mengalah juga.
Ajai sedar selama dia menjadi kanak-kanak, ibadahnya hanya bermusim. Jika Ramadan menjelma, di sekolah dia akan mengikat perut dan menyekat kerongkong. Pulang ke rumah barulah akan dilepaskan nafsunya itu. Itu pun jika Tok Keman tiada. Orang tua itu tetap bertegas dalam soal adab biar pun mereka bukan seagama.
Di kampungnya memang ada yang beragama Islam, tetapi tidak ramai yang mahu mengimarahkan surau. Sebaliknya, surau itulah yang menjadi sasaran utama untuk bergotongroyong jika ada sukarelawan yang datang mahu mengislamkan orang kampung atau membuat kerja-kerja amal. Selagi tiada yang datang, selagi itulah kosong dan bersawang.
Ajai terus membelek tafsir al-Quran itu. Ada sesuatu yang menyerabutkan fikirannya.
Aku terlalu buta agama. Sudah berbelas tahun hidup pun masih gagal mencari diri sendiri. Mungkin Pak Teh boleh tolong.
CIKGU Isa baru tiba di Kampung Kelipuk. Dadanya beranggut sejenak. Sejak bertolak dari rumah, berbondong-bondong masalah difikirkannya. Risau juga kalau apa yang dihajatkan tidak kesampaian. Sia-sia sahaja dia datang ke kampung itu. Yang pasti, cuti itu perlu digunakan sebaiknya.
Aduhai, kenapalah baru tahun ini aku sedar! Teruknya aku, keluhnya.
Identiti Ajai perlu diketahui secepat mungkin. Dia tidak mahu berlengah lagi. Selama lebih dua tahun dia leka bermanjamanjaan dengan Ajai sehingga terlupa untuk mencari identiti remaja itu.
Apa yang perlu aku buat sekarang ni Aku tak ada satu klu pun. Ya, Allah! Kuatkanlah semangatku, Cikgu Isa merangsangkan dirinya. Dia tahu misinya itu sukar untuk dilunaskan kerana tiada langsung petunjuk yang dapat membantu.
Amanah yang diterimanya lama dahulu tergantung begitu sahaja. Belum sempat dicerita kan sejelasnya. Dia terkilan. Tetapi itu
ketentuan Tuhan. Kini, dia sendiri perlu menggagahkan diri mencari jawapan yang tidak pasti. Agh, dia tertekan!
Perjalanan yang panjang tadi sedikit memenatkan. Badannya yang tegap digoda lesu. Tengkuknya yang sedia basah turut meragam.
Dia akan menyambung misinya malam ini. Seperti yang direncanakan, dia terserempak dengan Tok Batin Kutam ketika mereka di simpang jalan masuk tadi. Masih gagah orang tua itu, getus hatinya.
Pintu chalet dibuka. Derik pintu sedikit membuatkannya ngilu. Matanya melilau pada segenap ruang bilik. Bilik itu pernah ditinggalkan dua tahun lalu. Ia juga pemula kepada perjuangan demi melangsaikan janji yang hampir karam.
Matanya separuh terpicing. Rohnya pula sudah bersedia mengambil tempat bagi menggantikan jasad. Di atas katil itu, dia terlena bersama kenangan dan angan.
AJAI, dari pagi tadi Pak Teh tak nampak cikgu kamu. Ke mana dia sebenarnya Pak Teh memulakan bual sambil tangannya dilapkan dengan tisu. Ditekapnya tisu itu pada mulut untuk mengenyahkan segala sisa makanan dan minyak yang terhimpun.
Ajai menghabiskan tegukan. Kemudian gelas itu perlahan dilabuhkan pada meja makan berkaca yang dilatari alas meja jingga.
Entahlah, Pak Teh. Katanya dia ada hal dan mungkin pulang esok saja, balas Ajai berentah.
Hal apa pula waktu cuti begini Esok dah mula tahun baharu. Sibuk betul dia.
Ada persoalan yang berlegar di gerbang akal Ajai. Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Pak Teh. Apa sahaja yang dilakukan Cikgu Isa saat orang lain kemaruk bercuti. Hairan.
Teh, tolong ambilkan segelas air suam untuk abang. Tak tahan abang minum air sejuk ni. Rasa mencucuk-cucuk dalam badan.
Nah, airnya bang! Mak Teh datang dengan segelas air suam, sambil kerusi ditarik perlahan ke belakang. Punggungnya berlabuh di sisi suami tersayang.
Si Isa tu dah nak kahwin agaknya, bang. Seharian tiada di rumah waktu cuti, berjalan dengan bakal binilah gamaknya.
Eh, awak ni pandai-pandai pula! Isa bukan macam itu orangnya, saya kenal benar sikap dia. Dia lebih suka terperap dalam rumah. Betul tak, Ajai Pak Teh memangkah duga isterinya.
Hanya anggukan yang mampu dibalas
Ajai.
38
Ajai, cikgu kamu tu tak pernahkah bercerita tentang mana-mana perempuan untuk dijadikan isteri tanya Mak Teh.
Pak Teh menjeling ke arah isterinya itu. Pelik dengan tabiat wanita yang suka mengambil tahu hal orang lain.
Selama saya tinggal dengan dia, tak pernah pula. Kenapa Mak Teh
Pasal Si Zarina pun, dia tak pernah ceritakan
Ajai terenjat sedetik. Entah siapa pula Zarina Dia yakin nama itu tidak pernah tersembul dari celahan bibir Cikgu Isa. Otaknya mula bergelintar mencari sesuatu mengharapkan imej Zarina terpampang. Nihil. Lantas kepalanya digoyangkan.
Tak ada Harmoni suara Mak Teh dan Pak Teh bersatu. Kedua-duanya berpandangan. Pasang mata mereka mencari jawapan.
Ya, tak ada. Kenapa