Arissa Daniel - 4
BAB 4

MERCEDES V5 hitam Nelissa membelah lebuh raya PLUS menuju ke pusat bandaraya.

Weh! Lagu di radio kau tu melalak kuat. Slow la sikit. Bingit telinga aku tahu tak! Arissa tutup lubang telinga. Nelissa memekik bila bercakap. Mana taknya, suara dari radio sudah bergema sakan dalam kereta. Macam nak pecah cermin kereta! Nasib suara tu tak macam suara soprano penyanyi opera tu!

Sorry beb! Laju saja jemari Nelissa memulas punat volume radio.

Macam tu la. Ni dah macam dalam kelab malam! Arissa mencebik. Sengih seketika.

Kau pernah masuk ke Nelissa jeling sekilas. Matanya beralih semula ke arah depan jalan.

Aku agak je la. Kat tv tu, aku tengok terkinja-kinja menari dengan alunan muzik kuat. Tak pening ke Arissa sekali lagi mencebik.

Kalau dah biasa, apa nak peningnya beb! Kau tak nak try Usik Nelissa.

Arissa cepat-cepat pandang Nelissa yang sudah tersengih. Eii! Minah ni! Bukan nak ajak ke arah kebaikan!

Aku bukan macam kau. Dari buang masa ke kelab malam tu, baik aku lepak kat rumah lagi best! Arissa melepaskan pandangan ke luar tingkap. Terasa tenang melihat keindahan bumi bertuah Malaysia. Tanah air dan tanah tumpah darah.

Amboi! What a cinderella! Hidup hanya sekali beb! Kita masih muda. Enjoy! Nelissa ketawa kuat.

Arissa hanya menggeleng. Memang sejak zaman universiti lagi Nelissa suka bersosial tak ingat. Ya la...anak orang ternama. Kaya raya. Apa jua yang dia nak tercapai. Habis ijazah, lepak setahun di London, baru pulang ke Malaysia dan bekerja dengan syarikat papanya. Dia pula menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Berkawan dengan buku lagi.

Beb...kau marahkan aku ke Nelissa jeling lagi Arissa yang tiba-tiba diam.

Tak...aku terfikir. Sampai bila kau nak macam ni Mati tu tak kira usia beb. Kena ingat tempat terakhir kita di dunia ni ialah lubang tanah. Bukan masuk bodoh macam tu aje. Kena ada bekalan akhirat. Rumah tersergam indah, kereta menjalar, duit berkepuk pun nak buat apa kalau bekalan tak ada.. Arissa cuba menyedarkan Nelissa. Entah ke berapa kali ayat tu dilontarkan kepada kawan baiknya. Semuanya bagai angin lalu. Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Kau ni tak serik kan Telinga aku ni dah tersumbat la Arissa. Dah tak boleh masuk apa lagi dah. Nelissa gelak.

Arissa sekali lagi geleng. Nyata Nelissa tak pernah serius. Payah nak berubah.

Kereta menderum laju menuju ke Bukit Antarabangsa.

KERETA Nelissa mula memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat.

Beb, kita singgah rumah aku dulu. Aku nak ambik sesuatu kejap. Jom masuk dulu! Nelissa mengajak Arissa yang masih membatu dalam kereta.

Err..segan la beb. Mata Arissa menala ke banglo besar yang tersergam indah. Masih seperti dulu. Banglo yang ibarat istana!

Alah..nak segan apanya! Malam tu bukan main lagi kau bergaya dengan gaun ala cinderella kau tu! Tak segan apa pun aku tengok. Hari ni pandai nak segan pulak! Come on! Tangan Arissa ditarik setelah pintu kereta dibuka.

Terpaksa Arissa mengikut rentak Nelissa. Entah kenapa, setiap kali melangkah masuk ke ruang legar tamu yang cukup luas itu, perasaannya terus jadi lain. Rasa rendah diri yang teramat.Agaknya terus sampai ke dasar lubang paling dalam! Begitu sekali dia merasa rendah diri. Kali pertama dulu, sebaik tamat sekolah menengah. Waktu itu,bersama arwah ayah. Ayah, bekas pekerja kesayangan Tan Sri Johari sehinggakan dia sekeluarga diberikan tempat tinggal percuma di sebuah kondominium di Sri Hartamas. Hanya mereka berdua tinggal di situ selepas ayah berpisah dengan ibu yang kembali ke Korea.Ayah pula meninggal sebaik sahaja Arissa diterima belajar di London. Sejak itulah famili Nelissa menjadi keluarga angkatnya dan Nelissa menjadi kawan baik. Ya! Nelissa anak orang kaya ternama yang tidak pernah memilih kawan.Mereka berdua sama-sama belajar di universiti yang sama di UK. Arissa bidang mikrobiologi dan Nelissa pula ambil bidang bisnes studi. Dan semestinya,pengajian Arissa ditaja Tan Sri Johari. Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Johari Nasir Seorang jutawan berjaya yang memiliki berpuluh syarikat. Syarikat minyak dan gas miliknya sering menjadi pilihan pertama Petronas untuk berkolaborasi.Syarikat Real Estet JN Bhd pula menduduki carta dalam bursa saham utama Malaysia. Terbaru, Tan Sri Johari melabur pula dalam bidang bioteknologi yang membuat penyelidikan makanan dan perubatan menggunakan teknologi terkini. Itu belum cerita bab syarikat kereta mewah import yang dikendalikan syarikatnya.

Weh!Bahu Arissa ditepuk kuat.

Kaget seketika. Arissa mendongak.Nelissa sudah tersengih di depannya.

Apa hal kau ni Macamlah tak biasa masuk rumah aku. Nanti aku panggil Mak De. Kau lapar kanNelissa menapak pula ke ruang legar dapur.

Seketika kemudian, pembantu rumah Nelissa yang dipanggil Mak De keluar menatang sebuah dulang berisi jus oren dan kek coklat bersama roti croissant.

Susah je Mak De..Arissa melemparkan senyuman. Mak De yang dikenali sejak dulu masih setia berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Johari.

Ni Arissa kan Mak De teruja. Dia terus peluk gadis yang manis dengan rambut mengurai melebihi paras bahu. Alis lentik, mata bundar dan bibir kecil yang merah semulajadi. Segala yang ada pada gadis itu diperhati lagi. Pipi putih kemerahan. Masih manis seperti dulu.

Kenapa Mak De tengok saya macam tuArissa mula tidak selesa bila ditenung.

Arissa ni cantik semula jadi. Kulit putih gebu. Tentu mak ayah bukan orang asal sini kan Mak De mula ramah. Jus dituang dari dalam jag. Kek dan roti dihulur kepada Arissa.

Mak saya asal orang Korea. Ayah pula memang melayu tulen. Arissa berbahasa. Sepotong kek dijamah.

Patutlah..rupa Arissa ni tak macam gadis melayu lain. Mak De senyum. Namun di wajahnya ada riak keliru. Mirip seseorang yang dikenalinya dulu.

Mana Nelissa Arissa menukar topik.

Dia ke bilik sekejap. Tukar baju la tu. Apa lagi Mak De senyum.

Arissa anguk-angguk.

Mak De minta diri ke dapur semula menyediakan juadah tengahari.

Wah! Ni dah macam kebulur ni!

Arissa menoleh. Nelissa sudah tukar penampilan. Dari seluar jeans ketat dan baju tanpa lengan telah bertukar kepada blaus ketat dan skirt paras lutut. Arissa hanya sengih. Memang dia sangat lapar. Perjalanan dari Cameron Highlands tadi Nelissa sedikitpun tidak berhenti di R & R.

Nelissa duduk di sebelah Arissa. Jus oren dituang ke dalam gelas. Dia meneguk seketika.

Ni pakai lawa macam ni, nak merambu kat mana pulakArissa jeling Nelissa yang sudah bersandar di sofa empuk warna coklat muda yang sudah tentunya buatan Italy.

Macam tahu je kau eik! Aku nak pergi shopping la. Aku dengar dah ada stok baru kat Butik Datin Laila tu. Nelissa sengih semakin lebar.

Arissa geleng. Dah anak orang kaya, membeli belah pun semuanya di butik. Ya la..nak ekslusiflah katakan!

Dah kenyang Kalau dah, jom teman aku shopping! Nelissa habiskan jus oren.

ShoppingKita kan baru balik dari Cameron! Penat belum habis lagi ni. Arissa merengus.

Alah..penat apanya! Bukan kau kayuh basikal atau berlari ke apa ke! Aku yang drive. Kau siap lentuk lagi kepala kau kat kusyen kereta tu!

Ya la tu. Dah naik kematu punggung aku ni tahu tak. Arissa turut habiskan jus oren.

Eh, papa dan mama kau mana Tak nampak pun dari tadi Arissa jenguk sekitar ruang tamu yang luas.

Nelissa senyum sumbing. Tanya lagi minah ni. Macam tak tahu kedua orang aku tu. Sibuk memanjang! Agaknya tak cukup lagi harta dan kekayaan yang dimiliki selama ini.

Weh!Aku tanya ni! Mana orang tua kau Arissa tepuk bahu Nelissa.

Ah! Sudahlah! Mereka sedang berusaha cari harta karun! Nelissa bingkas bangun. Muncung! Dia terus ke laman.

Arissa turut bangun dan membuntuti Nelissa ke laman.

Jom! Nelissa buka pintu kereta.

Ke mana

Ikut je la!

Arissa terpaksa mengikut rentak Nelissa.

MEREKA berdua mula merewang sekitar pusat membeli belah Pavillion. Dari satu kedai ke satu kedai.

Beb..kau ni nak beli apa sebenarnya Arissa sudah urut betis. Lenguh. Terasa semakin penat. Sepatutnya sampai di KLIA tadi, dia terus balik ke Sri Hartamas. Ni, terpaksa ikut rentak Nelissa.

Hah! Ive found it!! Nelissa tuding ke sebuah kedai menjual tas tangan.

Arissa mendongak pada papan tanda di pintu masuk. Louis Vuitton! Dia menelan liur. Selamba saja Nelissa mencapai sebuah beg tangan yang cukup elegan. Warna coklat muda dengan hiasan ringkas. Memang elegan!

Eh, kau rasa yang ni ke...atau yang tu Which one is better Nelissa sudah kelabu mata. Kalau boleh, semua beg dalam kedai tu hendak diangkut!

Alah...pilih je la. Semua cantik apa! Arissa senyum kelat. Sempat jeling tanda harga pada tag. Huih! Empat puluh lima ribu Sekali lagi dia menelan liur.

Hmm...aku rasa aku ambil keduanya sekali. Nelissa lambai pada pekerja di situ yang terpacak di tepi meja cermin.

Selesai membeli tas tangan, mereka menghala pula ke arah Butik Datin Laila yang terletak di tingkat dua pusat beli belah itu. Sekali lagi Nelissa memilih baju yang terkini yang sudah ada di butik milik kawan baik mama Nelissa.

Beb! Kau rasa yang ni okey ke Gaun labuh warna jingga muda lengkap dengan hiasan manik mutiara kecil ditayang di badan.

Alah..kau pakai apa pun, memang cantik! Badan macam kau ni, sarunglah apa pun, memang tip top lah!!Arissa turut melihat gaun yang dipegang Nelissa.

Nelissa menapak ke dalam bilik persalinan. Seketika kemudian dia menapak keluar mendekati cermin besar. Berkali-kali dia melihat cermin besar, menggayakan gaun persis seorang peragawati.

Dah la tu. Dah cantik tu. Arissa sengih. Dia tarik tangan Nelissa ke kaunter bayaran.

Nelissa sempat capai satu lagi blaus dan skirt labuh dari rak.

PENAT membeli belah, baharulah Nelissa menghantar Arissa ke kondominium Villa Indah di Sri Hartamas.

Lepas ni kau nak buat apa Nelissa jeling Arissa di sebelah. Matanya menala semula ke arah jalan raya.

Kerja la..aku ni tak macam kau. Kau tu tak kerja pun tak apa. Anak tauke. Arissa menutur perlahan.

Aku pun kerja juga tahu tak. Kerja menghabiskan duit mama dan papa aku! Hahaha!! Nelissa ketawa kuat.

Arissa geleng. Agaknya kehidupan Nelissa hanya tahu berseronok saja. Bukan Nelissa tak pernah masuk universiti. Bukan Nelissa tak pernah dapat keputusan peperiksaan yang hebat. Bukan! Nelissa adalah salah seorang pelajar kelas pertama di universiti!! Ya! Pencapaian yang sememangnya dibanggakan tapi itu semua tidak penting bagi Nelissa. Sebaik tamat ijazah, Nelissa masih berada di London di rumah rehat yang dibeli papanya dulu. Aku yang masih mengadap buku meneruskan pengajian ke peringkat sarjana. Setahun Nelissa lepak di London, dia kemudian pulang ke Malaysia. Itu pun atas desakan Tan Sri Johari yang inginkan Nelissa menguruskan syarikat yang baru dibuka.

Weh! Berangan! Dah sampai! Nelissa parkir di petak letak kereta.

Thanks Nely. For everything.. Arissa mula sebak.

Apa hal kau ni beb...dah tukar cerita sedih la pulak. Nelissa mengiringi Arissa menuju ke lif.

Aku banyak terhutang budi dengan keluarga kau. Kos pengajian aku, kondo ni..semuanya papa kau yang beri. Aku malu pada famili kau. Arissa menutur lemah. Memang malu!

What a nonsense! Dah! Simpan je la rasa malu kau tu pada mamat tu! Nelissa tuding ke arah seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ.

Arissa menoleh. Dia menelan liur.

Apa kena mengena mamat tu dengan aku Arissa jeling Nelissa yang sudah senyum. Dia berpura-pura tidak faham.

Macam la aku tak tahu..kau suka dia kan Usik Nelissa.

Arissa pandang lagi lelaki yang berjaket hitam dengan helmet dikepit di antara lengan kanan dan badan. Bila dia balik dari Jerman

Biarlah dia tu. Arissa hanya senyum.

Aku rasa mamat tu pun sesuai dengan kau..gentleman aku tengok..Nelissa masih memandang ke arah Tuah.

Ya ke Kalau dia jodoh aku, aku terima dengan tangan terbuka luas. Arissa sengih lagi. Nelissa tidak perlu tahu siapa Tuah padanya.

Haaa...kan aku dah cakap. Kau memang ada hati kat mamat tu.

Alah..aku ni tak lawa macam kau dan tak kaya macam kau. Siapa yang nak Tambah lagi mamat tu..kenal pun tak. Arissa merendah diri. Dia sempat jeling Tuah yang mula masuk ke pintu lif bersama beg besar. Mungkin Tuah tidak perasan dia berada di situ.

Ya la cik Arissa oi. Kau tu..almost five years kau kat London. Kau kan dah dua tahun balik Malaysia, takkan tak pernah terserempak dengan mamat tu Nelissa pula berkerut kening.

Entah...mungkin aku tak perasan kut.. Arissa sengih. Biarlah Nelissa berteka teki sendiri.

Sebaik menghantar Arissa, Nelissa mula memecut laju keretanya ke pusat bandaraya semula.

ARISSA berehat di atas katil. Dia memerhati sekitar bilik. Kemas dan bersih. Memang setiap hari seorang pembantu rumah dihantar untuk mengemas dan membersihkan rumah itu sepanjang ketiadaannya. Dia melepaskan keluhan panjang. Rumah itu hanya dia seorang saja yang menghuninya. Hanya aku seorang. Telefonnya berdering kuat.

Assalamualakum.. Arissa menjawab lembut. Panggilan dari Tuah itu disambut sopan. Entah kenapa ada perasaan rindu pada lelaki itu walau ketika ini dia juga berperang dengan perasan lain untuk lelaki Inggeris itu. Ah! Gila!

Habis berbual di telefon, Arissa menapak pula ke meja kecil. Foto ibu masih elok tersimpan di situ.

Omma..rindu sangat kat omma. Foto dalam bingkai itu dipeluk erat. Tak sedar ada titis jernih melurut jatuh ke pipi.

Rindunya pada ibu yang sudah lama tidak bersua. Sejak ayah bercerai dengan ibu, sejak itulah perasaan rindunya tidak pernah padam. Ibu yang berasal dari Korea, tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Malaysia. Mungkin rajuk ibu tidak lagi dapat dipujuk. Bukan salah ayah, ibu merajuk.

Ayah hanya tidak mahu mengikut kata ibu yang inginkan mereka sekeluarga menetap di Korea. Kerana itu, ibu minta diceraikan. Kerana itu saja!

Matanya menala pula ke satu foto yang sempat diabadikan bersama Nelissa dan seluruh famili Nelissa. Foto yang diabadikan semasa bercuti di London dulu. Memang itu yang dilakukan setiap tahun sepanjang Nelissa belajar di UK.

Tan Sri sungguh baik hati...dengan apalah nanti aku nak balas.. Lama foto itu ditatap.

Hmm..apa khabar agaknya Tan Sri sekarang Sihat ke dia Arissa teringat kesihatan Tan Sri Johari yang selalu merosot sejak akhir-akhir ini. Itu pun dia dapat tahu dari Puan Sri Zarina, isteri Tan Sri Johari yang selalu menghubunginya di London.

SEMENTARA itu, suasana di bilik pejabat Tan Sri Johari sungguh tenang. Alunan muzik sentimental dari corong radio beralun lembut memenuhi segenap ruang bilik pejabat yang luas. Lengkap dengan set perabot mahal dari Italy dan sedikit sentuhan perabot jati.

Interesting! Nampaknya pelaburan aku menampakkan hasil.... Tan Sri Johari bersandar di kerusi empuk. Kedua jemari tangannya bertaut.

Tersenyum lebar.

Sebulan yang lalu JN Biotechnology Sdn Bhd telah berjaya dipilih dalam senarai tender untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelidik makanan dan status kehalalan pula. Sebelum ini JN biotech sudah berjaya dalam projek Bioremediasi iaitu projek rawatan air sungai tercemar.

Tan Sri, ada tetamu ingin jumpa.

Suara interkom dari Zalina menyedarkan Tan Sri Johari dari lamunannya.

Siapa

Datuk Mustafa Kasim dari MK Holdings Bhd.

Ok! Let him in!

Pintu dikuak perlahan. Tan Sri Johari tersenyum puas. Datuk Mustafa melangkah masuk ke pejabat.

Hello! My friend! Tan Sri Johari memeluk kawan baiknya.

So, hows your investment Tak sabar Datuk Mustafa mengetahui pelaburan terbaru Tan Sri Johari.

Wonderful! Senyuman lebar sudah meniti di bibir Tan Sri Johari.

Really Wow! Congratulation! Tangan berjabat seketika.

Well, whats your next plan Datuk Mustafa kenyit mata. Dia melabuhkan punggung di sofa.

Not decided yet...but there is something in my mind. Im sure youll gonna be like it! And...as promised, you will be getting 25% profit! Tan Sri Johari tepuk-tepuk bahu Datuk Mustafa.

Datuk Mustafa tersenyum puas. Usahanya selama ini membuahkan hasil. Tender yang dihantar akhirnya berjaya dipilih. Bukan sukar untuk memenangi tender seperti itu. Pesaing yang sudah lama bertapak dalam bidang bioteknologi dengan mudah ditewaskan.

I can imagine..how sad was Datuk JB. You perasan tak riak dia masa di majlis malam tu Tan Sri Johari pandang Datuk Mustafa sekilas.

Of course! His face looks pale! What a pity..

Serentak mereka berdua ketawa. Adat perniagaan, siapa pandai gali lubang, akan dapat hasilnya dengan cepat walaupun sesusah mana lubang yang digali itu.

So, lets celebrate! Come to my house this week end. Sekali lagi Tan Sri Johari menepuk bahu Datuk Mustafa.

Sure!

As for now, lets have some nice food. Ill buy you! Tan Sri Johari bingkas bangun.

Mereka berdua beriringan keluar dari bilik pejabat menuju ke foyer. Bentley hitam milik Tan Sri Johari sudah sedia menunggu.