ALAMAK! Dah enam setengah! Selimut ditolak ke tepi. Anis berlari ke bilik air.
Usai solat subuh, Anis mengenakan baju kurung merah dipadankan dengan tudung shawl yang dililit stail fesyen terkini. Buku dan nota dicapai dari atas meja. Semuanya disumbat dalam beg sandang berwarna hitam. Kali ini dia pastikan beg ditutup rapat. Mana tahu hari ini dia jatuh lagi macam nangka busuk.
Anis! Kau tak nak sarapan dulu ke Sarah melaung dari dapur sebaik melihat Anis terkocoh-kocoh keluar.
Tak sempat la Sarah! Kelas aku pukul sembilan. Pensyarah aku tu garang gila! Assalamualaikum! Laung Anis dari muka pintu depan. Tergesa-gesa dia melangkah ke jalan besar menuju ke perhentian bas.
Sempat dijeling jam tangan Rolex pemberian arwah kak Aiza. 8.10 minit pagi.
Alamak! Macam mana ni Sempat ke aku sampai ke kampus ni..adoi.. Terjenguk-jenguk Anis melihat ke arah kanan jalan.
Kelibat bas masih belum kelihatan.
Jam dijeling lagi. Lima minit dah tunggu. Anis mula gelisah. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Mundar-mandir di bahu jalan sambil mata memerhati ke arah kanan. Jam di tangan sudah lapan dua puluh minit pagi. Kalau lapan setengah bas tak muncul juga, kelas Profesor Hamdan terpaksa dituang. Tidak sanggup didenda berdiri di depan kelas sampai habis syarahan.
Bunyi hon kuat dari sebuah kereta yang dipandu perlahan ke arah perhentian bas, sedikit mengganggu tumpuannya. Seorang lelaki berkulit sawo matang keluar dari perut kereta kelabu Honda Civic. Lelaki itu mengorak senyum sebaik mata mereka bertentang.
Assalamualaikum!
Waalaikumussalam.. Anis teragak-agak menjawab. Lelaki itu dipandang sekilas. Kemas berseluar hitam dan berkemeja putih dengan tali leher warna biru muda belang putih. Macam dah kerja.
Cik tunggu bas ke
Haerr..ya.. Anis jenguk lagi bas. Dah tercongok kat bus stop, takkan tunggu flight pulak!
Marilah saya tumpangkan. Cik nak ke kampus kan
Err..encik ni siapa
Saya Razif. Kebetulan saya lalu juga jalan tu. Jangan bimbang, saya bukan orang jahat. Untuk pengetahuan cik, saya kenal arwah kakak cik, Aiza Hanifah.
Anis terkejut. Siapa lelaki ni sebenarnya Bagaimana dia tahu aku ni adik kak Aiza Macam mana pula dia tahu aku kat sini Bertubi-tubi soalan bermain di benaknya.
Saya tahu cik Anis mesti terkejut. Saya sebenarnya kawan Aiza masa di universiti dulu. Kami sama-sama menuntut dalam bidang yang sama, perakaunan. Razif mula bercerita tanpa diminta.
Erk! Dia tahu nama aku Lelaki itu dipandang atas bawah. Mana tahu sekarang ini ramai yang menyamar jadi baik, pura-pura kenal tapi ada sesuatu yang diinginkan. Lebih baik berhati-hati. Sediakan payung sebelum hujan turun.
Marilah saya hantarkan. Cik Anis nak ke kampus kan
Err..tak apa..terima kasih.
Cik Anis ada kelas kan pukul sembilan nanti Kalau tunggu bas, saya rasa tak sempat ni.
Err..tak apa. Kejap lagi bas sampai.
Saya ikhlas tolong cik Anis. Kalau cik Anis tak percayakan saya, ni kad saya. Sekeping kad dihulur kepada Anis.
Kad bertukar tangan. Alah! Setakat kad macam ni, siapa pun boleh buat. Even aku pun boleh tempah!! Taruk je nama dan contact number.
IMRAN perlahankan keretanya. Jelas dia lihat minah somtam tu begitu mesra melayan lelaki di perhentian bas. Kan aku dah agak, perempuan pakai tudung ni nampak je baik tapi gatal merenyam! Kat bus stop pun boleh menggatal. Senyum sengih! Gedik!
Sengaja dia pakir di depan kereta kelabu Honda Civic. Dari cermin sisi, Imran mengintai Anis dan Razif sedang leka berborak.
Hmm..apa pulak mamat tu nak dengan minah somtam tu. Eh! Main tarik beg pulak! Hmm..macam nak ajak minah tu... Imran masih memerhati gelagat mereka. Kali ni si lelaki telah mula beredar.
Oh..kereta belakang aku ni..kereta dia rupanya.. Imran pandang pula melalui cermin pandang belakang. Matanya beralih pada Anis yang masih terpacak kat tepi bus stop.
Imran mula keluar dari kereta. Dia menapak ke arah Anis.
Bas pulak datang. Imran terhenti di situ. Anis sudah menaiki bas.
DARI dalam bas, Anis jeling ke arah belakang. Dia memang perasan tadi yang Imran berhenti di depan kereta Razif. Lega. Nasib baik bas sampai dulu. Kalau tak entah apa pula mamat berlagak tu nak buat kat aku.
DALAM kelas, Anis tidak dapat memberi tumpuan pada syarahan. Dia masih memikirkan dua jejaka di perhentian bas tadi. Keduanya tidak pernah dikenali apatahlagi menjadi kawan. Sorang tu sombong dan berlagak. Sorang lagi pula entah dari mana tiba-tiba muncul, kenalkan diri sebagai kawan kak Aiza.
Anis Hanifah!
Anis Hanifah!!
Anis..Prof panggil kau la! Atikah cuit bahu Anis. Mengelamun pulak minah ni.
Hah Salah prof! Salah! Ya! Jawapannya salah prof! Anis bingkas bangun. Terpacul jawapan yang entah untuk soalan apa.
Semua mata terarah kepadanya. Suasana senyap tiba-tiba bertukar riuh. Gamat satu dewan kuliah. Anis terpinga-pinga.
Alamak..apa aku cakap tadi. Malunya aku.mana nak sorok muka. Nak je letak muka bawah meja. Biar semua orang tak nampak.
Eh..Anis..hang cakap apa Atikah tarik baju kurung. Sedikit berbisik.
Apa yang salah Laung Profesor Hamdan.
Anis mendongak. Profesor Hamdan merenung tepat ke arahnya. Dia mula menggelabah. Entah kuasa apa yang mengganggu otaknya. Berkali-kali dia meluku kepalanya sendiri. Apa aku nak jawab ni..adoi
Errsaya..saya.. Anis tunduk malu. Dia juga tidak faham apa yang dia cakap sebentar tadi. Entah soalan apa yang ditanya, tiba-tiba terpacul jawapan salah dari mulutnya.
Duduk! Lain kali dalam kelas saya jangan berangan lagi! Profesor Hamdan senyum.
Anis mula duduk. Tunduk rapat ke meja. Tidak berani angkat muka, apa lagi pandang sekeliling. Suara ketawa dari rakan sekelas masih kedengaran. Malunya yang amat! Korang gelaklah sampai kiamat!
Tu la hangasyik berangan je! Tadi Prof panggil setiap nama yang telah tandatangan atas borang kedatangan tu! Atikah sengih. Dia jeling Anis yang masih tunduk.
Apasal kau tak bagi tahu aku pasal borang tu! Anis jeling Atikah yang tersengih-sengih dari tadi.
Aik! Salah aku pulak!
Dah la. Kelas pun dah nak mula ni. Eh, Zara mana Anis mula mengemas buku dan nota ke dalam beg sandang.
Entah! Dari semalam tak nampak batang hidung!
Mana pulak dia pergi ni.. Anis cuba pandang sekitar dewan kuliah. masih ada suara berbisik, gelak-gelak!
HABIS kelas, Anis mula mengajak Atikah ke perpustakaan. Mana tahu Izara ada kat situ. Perpustakaan dua tingkat itu disusuri segenap ceruk. Kelibat Izara masih tidak kelihatan. Anis mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan teman sekuliahnya. Dari semalam lagi kelibat Izara tidak kelihatan dalam kelas.
Tikah, kau tengok kat bahagian buku rujukan merah. Aku jenguk kat rak sana. Anis mula berpecah. Kakinya laju melangkah ke tingkat dua menghala ke tempat dia dan Izara belajar semalam.
Dari satu rak ke satu rak Anis berjalan sambil mata melilau mencari Izara. Dari celah buku di rak yang agak renggang, matanya tertancap pada sesusuk tubuh tinggi lampai. Dari lagak pemilik tubuh itu dia mengagak itu adalah jejaka bermata biru.
Baik aku blah dari sini cepat sebelum dia nampak aku! Anis mengintai dari celah susunan buku di atas rak. Dia mula menapak ke belakang perlahan-lahan. Berhati-hati.
Alamak! Dia pandang sini. Janganlah dia nampak aku. Kepalanya disorokkan sedikit di sebalik susunan buku bila tersedar jejaka berlagak itu mula menoleh ke arahnya tadi. Perlahan dia mengundur ke belakang. Terasa punggungnya menyentuh sesuatu. Ya..sesuatu..
Hoi!
Sebaik menoleh ke belakang, matanya membuntang! Lelaki itu sudah tercegat di situ. Entah dari mana dia muncul. Tergamam. Kakinya macam dah dihempap batu besar. Kaku!
Ni dah lebih! Dah langgar macam ni..ni dah kira sexual harassment! Imran berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Dia pandang minah somtam tu atas bawah.
ApaAnis jeling Imran. Dia mula beredar dari situ tetapi sempat dihalang Imran yang mula mendepakan kedua tangannya menghalang laluan Anis.
Siapa lelaki tu tadi
Lelaki Anis renung Imran yang cuba menghalangnya pergi dari situ. Tajam dia menjeling!
Lelaki mana
Lelaki kat bus stop pagi tadi. Siapa dia Imran pandang Anis tidak berkelip.
Kenapa awak nak tahu Boleh awak ke tepi sikit! Anis cuba menepis tangan Imran yang mendepa luas di depannya.
Hey! Awak belum jawab lagi! Imran tarik tangan Anis dengan kuat.
Anis merenung tajam mata Imran. Gulp! Birunya mata mamat ni.
Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya! Jadi tolong buat hal masing-masing! Sekali lagi Anis cuba menepis tangan Imran yang mula mencengkam kuat lengannya.
Nilah perempuan. Tambah macam awak ni, pakai tudung tapi tak malu layan lelaki. Hipokrit. Sinis nada Imran.
Eh! Siapa hipokrit Please eh...saya tak kenal awak, jadi awak jangan nak sibuk ambik tahu hal saya. Sekarang ni..tolong ke tepi sikit. Saya nak lalu! Anis rentap tangannya dengan kuat.
Awak jangan nak tunjuk sombong! Tak ada lagi perempuan kat kampus ni yang berani menolak saya! Imran ketap bibir.
Habis kau ingat aku ni macam perempuan tu ke Anis tenung lagi mata biru milik lelaki tu. Tak sangka lelaki itu mengugutnya begitu sekali. Dah gila agaknya dia ni! Kenal pun tidak, tiba-tiba nak ugut bagai!
Kenapa diam
Awak jangan nak ugut saya! Saya bukan seperti yang awak sangkakan. Kalau awak seorang muslim yang baik, awak tak akan buat apa yang awak sedang buat sekarang ni! Sentuh tangan perempuan, haram!! Anis bersuara lantang. Dia jeling tangan Imran yang masih menggenggam kuat lengannya. Terkial-kial dia cuba lepaskan tangannya.
Oh! Jadi awak ni muslimah sangatlah! Dan saya ni jahil, macam tu Imran jengil ke arah Anis.
Saya tak kata awak jahil dan saya ni alim tapi seorang muslim yang baik tak akan buat tindakan melampau macam awak ni!
Pegang tangan perempuan sesuka hati! Apa awak tak ingat dosa Anis mengetap bibir. Geramnya sudah meledak.
Hahaha! Dosa Hei perempuan! Jangan nak tunjuk alim kat sini! Zaman moden ni dah tak ada perempuan baik. Semuanya hipokrit! Pakai baju kurung, tudung tapi berpeluk dengan jantan! Dan untuk pengetahuan awak, gadis kampunglah yang paling banyak buat dosa! Tukar tubuh dengan semangkuk mi! Imran ketawa semakin galak.
Anis semakin gelisah. Ketawa Imran itu seperti ketawa seorang yang terlalu inginkan sesuatu. Dia menelan liur berkali-kali. Kali ini dia nekad. Walau apa pun terjadi, Imran perlu dijauhi sejauh-jauhnya.
Lepaskan tangan saya! Kalau awak sentuh saya, saya akan Anis lihat sekeliling. Tiada sesiapa di situ. Kebanyakan pelajar menelaah di bahagian hadapan dekat dengan kaunter pertanyaan.
Saya akan apa Nak jerit Jeritlah!
Kaki Imran ditendang kuat. Terus dia tumbuk perut. Langkah-langkah silat yang dipelajari di kampung dulu masih diingati. Buat apa dibuat pekasam. Masa macam nilah dia perlu gunakan!
Aduh! Arghhh
Anis pandang Imran yang mengaduh kesakitan. Padan muka! Rasakan! Ingat aku ni apa Perempuan murahan Nak je dia buka silat sekali lagi tapi dibiarkan saja bila melihat wajah Imran sudah kemerahan menahan sakit. Badan batu ke apa mamat ni
Kalau penyangak dekat kampungnya sudah lama tumbang!
Dengar sini, saya tak kenal awak siapa. Dan saya tak nak kenal awak pun! Oktaf suara Anis dah naik setakak. Dia pandang lagi sekitar situ.
Ergh! Siapa nak kenal awak Pakai je tudung tapi tak ikhlas buat apa! Menyemak mata je! Imran ketap bibir. Gadis di depannya memang suka melawan.
Apa awak kata Anis mula menyinga. Pantang bila soal tudung jadi hinaan.
Awak ingat dengan tudung ni, baik sangatlah Hipokrit!
Hei! Siapa hipokrit Anis tinggikan suara.
Perempuan yang pakai tudung semua sama! Imran bercekak pinggang. Nadanya sudah menegak tinggi.
Apa maksud awak
Imran diam seketika. Kebenciannya pada perempuan bertudung sudah meluap-luap.
Berpura-pura baik! Balas Imran lagi.
Bukan semua yang pakai tudung tu macam tu! Awak dah silap besar kalau anggap macam tu! Anis tak mahu mengalah. Imran harus diajar!
Oh ya Jadi awak ni baik sangatlah
Anis diam seketika. Imran seperti benci pada perempuan bertudung. Dia perlu berhati-hati dengan lelaki macam ni. Takut terjolok sarang tebuan yang akan menyengat dirinya semula. Api yang menjulang tak boleh disiram dengan minyak.
Kenapa diam
Anis dongak. Dia masih mencari kata-kata yang sesuai.
Orang yang baik ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah. Telah termaktub dalam al Quran. Anis beri mukadimmah pendek.
Menutup aurat pun buat apa kalau perangai buruk! Berpura-pura baik. Bertudung hanya nak menunjuk-nunjuk..ikut trend! Imran sengaja timbulkan isu macam tu.
Anis tenung lagi mata biru Imran. Hmm..nampaknya masih tak puas hati mamat ni.
Hati manusia kita tak tak boleh baca. Kita tak tahu hati perempuan yang menutup aurat tu baik atau jahat. Samalah juga kita tak tahu samada hati perempuan yang tak menutup aurat itu baik atau tak. Soal hati hak Allah. Tapi kalau perempuan yang menutup aurat tu ada perangai buruk, maknanya dia belum selesai lagi dari segi akhlak dan hati. Imran dijeling tajam. Geram!
Menutup aurat adalah pakaian wanita yang baik dan solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah. Tambah Anis lagi.
Awak pasti Kenapa ada perempuan bertudung masih buat jahat Imran masih tak puas hati.
Maksud awak jahat macam mana Anis pulangkan semula soalan. Dia ketap bibir.
Couple! Awak tahu kan Kalau dah couple, pegang tangan, peluk tapi bertudung. Lepas tu tudung entah ke mana!Sinis nada Imran. Bencinya pada perempuan bertudung masih meluap.
Itu maknanya hatinya ada masalah. Perubahan luaran itulah tanda perubahan hati. Maknanya dia masih gagal dalam tuntutan memperbaiki akhlak. Kita semua ada nafsu. Kalau nafsu dah jadi raja dalam hati dan bukannya iman , tak mustahil dia boleh dedah aurat semula. Awak kena ingat, perempuan yang tak menutup aurat dan perangai pulak buruk adalah lebih teruk! Anis lihat wajah Imran yang berkerut. Mencari reaksi.
Huh! Awak pun sama. pakai je tudung tapi gedik jugak. Cakap bab agama bukan main lagi. Nilah orang kata, cakap tak serupa bikin. Imran mencebik. Nadanya makin sinis.
Bila saya gedik Hati Anis sudah panas. Sedap je tuduh aku gedik!
Kat bus stop tadi tu apa Bukan gedik Tersengih-sengih depan lelaki. Imran jengilkan mata.
Memang sah Imran mengintai dia dan Razif di perhentian bas tadi.
Oh..jadi awak mengekori saya la
Heh! Tak ada masa nak ekor-ekor awak ni! Jalan tu bukan jalan awak sorang. Nak tutup kesalahan, tuduh saya pulak mengekori dia! Imran bercekak pinggang.
Awak dah fitnah saya. FYI, lelaki tu kawan arwah kakak saya. Dan dia tak macam awak, awak tu selamba je buat dosa. Anis ketap bibir. Menahan sabar.
Apa awak cakap Bila saya buat dosa Imran mula menyinga. Cakap dengan minah ni memang menyakitkan hati.
Tanya lagi..dah terang-terang pegang tangan aku. Buat dosa kering je.. Anis menggumam.
Hey! Pergi jahanamlah dengan tudung awak tu! Semuanya sama! Imran tarik tudung Anis. Terselak luas. Nampak tengkuk dan sebahagian atas dada.
Anis tergamam. Panggg!
Imran pegang pipinya yang terasa pedih ditampar kuat. Dia pandang Anis yang berlari pergi dari situ. Matanya masih memandang gadis itu yang terkocoh-kocoh keluar dari situ.
Imran ke tempatnya semula. Beg sandang digalas di bahu kiri. Dia terus keluar dari perpustakaan. Dalam hatinya berbuku dengan perasaan marah. Selama ini tiada lagi gadis yang melawan cakapnya apatah lagi bertindak kasar seperti gadis tadi. Laju langkahnya menuju ke tingkat bawah.
Eh! Apa pula ni Imran capai sesuatu dari lantai. Dia melihat sekali imbas.