Gadis Kebaya Merah - 4
BAB 4

DI BANDAR KL. Suasana yang sentiasa sibuk membuatkan jalan raya dan warga kota tidak pernah tidur. Dua puluh empat jam sibuk!

Kereta sentiasa ada di jalan raya.Lampu sentiasa terpasang. Manusia sentiasa memenuhi setiap ruang bandar KL tidak kira malam atau siang. Hanya aktiviti saja yang berlainan.

Kudin mendongak. Bangunan pencakar langit merata-rata di bandar KL. Dia hanya tersenyum. Berada di kampungnya dengan melihat kehijauan sawah padi lebih menenangkan dan menyamankan. Terpaksalah juga dia menjejakkan kaki sekali lagi ke kota yang penuh dengan ragam manusia. Beg sandangnya dikemaskan di bahu kiri. Sebuah teksi ditahan dan dia mula memasuki perut teksi itu menuju ke destinasi. Tempat lamanya!

"Hmm..mana aku nak cari Anum ni" Kudin perhatikan kertas yang dihulur Pak Sahak semalam.

Kertas yang tertera alamat terakhir Anum. Kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Tidak mungkin dia terjebak kembali ke dunia yang ingin ditinggalkannya. Bersusah payah dia melepaskan diri dan pulang ke kampung, alih-alih Pak Sahak pula yang sibuk menyuruhnya ke KL semula. Tambah lagi wasiat yang mewajibkannya hadir di mesyuarat ahli lembaga pengarah di TM Holdings. Ah! Mengarut semua tu! Angan-angan mat jenin! Dia mula sandarkan kepala di kerusi. Pemandu teksi itu sudah diberitahu destinasi yang dituju.

TIBA di destinasi, Kudin masih tercegat di luar bangunan empat belas tingkat, sebuah kondominium yang pernah dia tinggal dulu.

Buat masa sekarang, dia terpaksa tinggal di situ sementara mendapat rumah sewa lain. Tempat itu saja yang dia tahu. Perlahan langkahnya diatur menuju ke lif. Tingkat sembilan ditekan. Dia perlu bermalam di rumah Hanif a.k.a Lepat. Hanya Lepat yang boleh dibuat kawan sejak dulu lagi. Kawannya yang lain semuanya menghala ke arah jalan gila! Dunia tak bersempadan!

"Assalamualaikum!" Kudin terus beri salam sebaik tiba di muka pintu rumah nombor 999 itu. Dia sengih, itu nombor keramat baginya.

Pintu dikuak. Terjongol Lepat dengan rambut kusut masai dan muka sembab. Kain pelekat pula sudah disarung sehingga ke bahu.

Lepat menguap dua tiga kali.

"Laa..kau ke Kudin. Mimpi apa kau datang rumah aku ni Padi kau dah kena makan burung gagak ke apa Atau sudah disumpah Mahsuri Jadi padang jarak padang tekukur" Lepat sengih.

Kudin senyum sumbing. Buka pintu saja, macam peluru, terus tanya soalan dua tiga das. Bukan nak jawab salam aku!

"Aku nak tumpang rumah kau boleh" Kudin terus masuk rumah tanpa dipelawa. Dia duduk di sofa. Beg sandangnya diletakkan di sofa sebelah. Bahunya dipicit seketika, terasa lenguh dari tadi.

"Boleh tu boleh tapi bukan free." Lepat turut duduk di sebelah Kudin.

"Itu kau jangan risau. Aku boleh bayar. Ini Kudin la!" Kudin sengih. Dia perhatikan sekitar rumah Lepat. Masih seperti dulu. Ada set sofa, satu meja makan dengan hanya tiga kerusi, satu tv dan yang pasti ada set karaoke. Dia senyum sendiri. Memang tak pernah berubah.

"Ni, kau datang KL ni, dapat offer job baru ke" Lepat pandang Kudin yang sudah bersandar kepala di sofa.

"Tak..aku tak nak dah terlibat dalam hal tu. Mula-mula tu okey la kena escort orang kaya-kaya ni tapi bila dah melalut sampai ke tahap nak kena teman datin-datin gatal tak ingat ni, aku surrender la beb. Aku bukan gigolo okey!" Kudin jeling Lepat yang sudah senyum-senyum. Faham apa yang bermain di minda Lepat.

"Habis tu Kau nak buat apa" Lepat sengih lagi.

"Aku ada urusan penting..bukan satu tapi dua!" Kudin teringat kes Anum dan wasiat yang macam mat jenin tu!

"Oh..apa dia"

"Kenapa kau nak tahu"Kudin jeling Lepat.

"Tak boleh ke Kau ni suka sangat berahsia dengan aku." Lepat turut sandar kepalanya di sofa.

Kudin tidak menjawab. Tidak perlu beritahu segala mak nenek perkara pada orang lain. Dia terus ke biliknya dulu. Bilik itu dilihat masih seperti dulu. Esok, dia akan mulakan misinya. Minggu depan pula kena pergi ke TM Holdings.

SEMENTARA itu, di sebuah pejabat polis, Ana Dahlia masih sibuk menyediakan laporan siasatannya. Dia perlu serahkan laporan itu hari itu juga. Siasatan yang berhubung kematian misteri seorang gadis yang dipercayai dibunuh dengan kejam. Malah mungkin juga terlibat dengan amalan ilmu hitam.

"Detektif Ana, sudah siap laporan tu"

Ana Dahlia mendongak. Detektif Razif sudah tersenyum di depannya.

"Belum tuan! Hari ni saya akan siapkan." Ana Dahlia cepat-cepat berdiri

"Bagus. Jadi, apa pendapat awak pasal kes ni Maksud saya, kes kematian ni" Tanya Detektif Razif lagi.

"Jika mengikut siasatan ni, gadis ni pernah bekerja di TM Holdings sebagai pegawai kewangan dan dia seorang yang baik dan tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. Mungkin mangsa dibunuh kerana dia mengetahui sesuatu rahsia, tuan!" Ana Dahlia memberi penjelasan sebenar hasil siasatannya.

Razif mengangguk-angguk. Dia terus beredar dari meja Ana Dahlia. Ana Dahlia hanya memandang Detektif Razif yang segak dengan baju T warna biru dan seluar jeans juga berona sama.

"Amboi! Mata tu macam nak tembus pandang bos kacak tu!"

Ana Dahlia menoleh. Detektif Hamdan sudah berada di sebelah mejanya. Dia tunduk malu.

"Kau dari mana ni" Ana Dahlia mengubah topik.

"Dari JB. Ada kes yang kena handle. Kau macam mana Dah tahu mayat siapa" Hamdan pandang Ana Dahlia seketika. Gadis seperti Ana Dahlia layak jadi seorang model, bukan detektif! Dengan wajah lembut, cantik dan tinggi lampai, pelik juga rasanya bila gadis itu memilih kerjaya polis.

"Hmm..belum pasti lagi. Banyak sangat campur tangan dari pihak luar." Ana Dahlia senyum.

"Okey.." Hamdan senyum dan beredar dari situ.

Ana Dahlia kembali menulis laporan. Fikirannya melayang pada lelaki yang selalu dia nampak dulu di sebuah balai polis.. Entah kenapa hatinya berdetak kuat. Ah! Gila kalau aku layan perasaan aku ni.

SEMINGGU berlalu. Selama seminggu itulah dia gagal mencari Anum. Pagi itu Kudin terkocoh-kocoh bersiap untuk ke TM Holdings.

Hari ini mensyuarat ahli lembaga pengarah akan bermula. Bangun pagi tadi, dia hanya mandi ala kadar saja. Kalau di kampung, sudah seperti mandi kerbau. Tonyoh mana yang patut. Gosok mana yang perlu. Tidak sampai sepuluh minit, dia sudah keluar dari bilik air. Terpaksa dia lupakan tradisi mandi berjam-jam dalam bilik air. Terkocoh-kocoh pula Kudin menyarung jaket kulit hitam dan rambut disikat ala kadar. Sempat lihat imej dirinya dalam cermin.

"Hmm...handsome jugak aku ni. Ada rupa pelakon hindustan tapi sayang, tak ada yang nak ambik aku berlakon.." Kudin sengih sendiri. Dia mula keluar dari bilik dan mengetuk bilik Lepat.

"Lepat! Bukalah pintu ni! Mana kunci motor aku" Bertalu-talu Kudin ketuk pintu bilik Lepat.

"Kau nak apa pagi buta melalak depan bilik aku ni"

Kudin geleng. Dari dulu sampai sekarang, Lepat tidak pernah berubah. Kalau tak ada matahari menegak terpacak atas kepala, Lepat tak akan buka mata.

"Aku nak pergi kerja ni. Mana kunci motor aku" Kudin bercekak pinggang. Dulu sebelum dia pulang ke kampung, dia suruh Lepat jaga motorsikal Kawasaki Versys hitam miliknya. Sengaja dia tidak bawa pulang ke kampung.

Nanti banyak soal pula. Mulut orang kampungnya macam mulut tempayan yang ternganga. Apa lagi Senah yang suka bawa cerita.

"Kau ambik je la kat penyangkut tepi dinding, dekat dengan rak kasut tu!" Laung Lepat dari biliknya.

Kudin capai helmet hitam dan mula mencari kunci yang dimaksudkan oleh Lepat tadi. Dia senyum. Kunci itu memang ada di situ.

Bergegas dia ke pintu lif. Dia perlu sampai awal ke pejabat. Berdebar juga bila memikirkan itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ. Entah apa anggapan ahli lembaga pengarah lain terutama 'adik perempuan' yang dimaksudkan oleh Razul dulu.

"Hmm..aku ada adik perempuan" Kudin masih berteka-teki.

Motorsikalnya dipecut laju menuju ke arah Ampang. Sebaik tiba di kawasan letak kenderaan di hadapan bangunan sepuluh tingkat itu, dia melangkah laju ke arah kaunter penyambut tetamu. Helmet dikepit bawah ketiak. Rambutnya dibetulkan sedikit. Setelah menyatakan tujuannya ke situ, dia dibenarkan masuk ke pajabat di tingkat lapan. Kudin mula menapak ke pintu lif sambil bersiul-siul. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangannya. Tinggal setengah jam lagi mesyuarat akan bermula. Dia masih berfikir apa yang bakal berlaku bila dia tiba-tiba muncul dalam mensyuarat itu nanti. Sudahlah dia tidak pernah jejakkan kaki ke situ. Alih-alih masuk mesyuarat dan kena ambil alih dalam pengurusan syarikat. Tidak ke pelik Dia teruskan melangkah ke pintu lif yang terletak di sebelah kiri kaunter penyambut tetamu tadi.

"Aduh!"

Kudin berpaling. Dia tergamam. Seorang gadis memakai baju kurung biru dengan rambut mengurai melepasi bahu itu sedang merenungnya. Dia cuba amati wajah gadis itu.

"Maaf, saya tak sengaja." Kudin terasa tadi dia mungkin terpijak kaki gadis itu.

"Tak apa..awak tak sengaja kan" Gadis itu menguntum senyum.

"Err..nak naik tingkat berapa" Kudin mula bertanya bila pintu lif mula terbuka.

"Tingkat lapan."

Butang nombor lapan ditekan. Kudin menyandar di dinding lif yang bercermin. Dari cermin itu dia mencuri pandang pada gadis berbaju kurung itu yang juga rupanya sedang memandang ke arahnya juga melalui dinding cermin itu. Kudin mengukir senyum. Pintu lif mula terbuka. Kudin beri laluan kepada gadis itu untuk keluar dahulu.

"Awak nak ke tingkat ni juga ke" Gadis itu bertanya.

Kudin menganggguk. "Kenapa"

"Sebenarnya saya pekerja baru di sini. Hari ni saya baru mula bertugas. Err...saya perlu jumpa Encik Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar, MD syarikat ni." Terang gadis itu sambil menunjukkan surat perlantikannya kepada Kudin.

Kudin tergamam. Jumpa aku ke Dia garu kepala. Lama dia merenung gadis itu yang juga turut tercengang melihat reaksinya.

"Encik" Gadis itu lambai-lambai tangannya di depan muka Kudin.

"Err..ya" Kudin sudah kaget.

"Saya tanya ni, saya tak tahu nak lapor diri macam mana. Boleh encik tunjukkan pada saya siapa yang saya patut jumpa dulu"

"Awak ikut saya.." Kudin mula senyum. Belum apa-apa, dia sudah kena jumpa pekerja baru. Ah! Ini betul-betul dah gila!

Gadis itu mula membuntuti Kudin ke arah pintu pejabat dan gadis itu disuruh duduk di sofa tetamu. Dia pula hanya berdiri di situ sambil melihat sekitar pejabat yang luas. Pada hemahnya, mungkin lebih dari tiga puluh orang pekerja di pejabat itu. Kelihatan seorang lelaki muda berpakaian kemas dengan tali leher merah hati menapak ke arahnya.

"Ya encik nak cari siapa" Tegur lelaki itu.

"Saya kena hadir mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ni. Di mana bilik mesyuarat" Kudin mula menyatakan tujuannya.

"Mesyuarat ahli lembaga pengarah Encik ni siapa" Lelaki itu sudah berkerut kening. Dia pandang Kudin atas

bawah. Dengan jaket kulit hitam dan seluar hitam, berkaca mata hitam, lagak macam samseng.

Kudin jeling gadis yang duduk di sofa yang sudah termangu di situ macam orang bodoh. Dia kemudian tarik tangan lelaki itu ke satu sudut lain dan mula perkenalkan dirinya yang sebenar. Lelaki itu terkejut. Dia pandang lagi Kudin atas bawah.

"Encik boleh masuk ke bilik sana." Lelaki itu mula menunjukkan arah bilik mensyuarat.

"Terima kasih. Oh ya, perempuan tu nak lapor diri. Dia mula kerja hari ni." Kudin tuding ke arah gadis yang duduk di sofa tadi sebelum dia berlalu ke bilik mesyuarat.

Lelaki itu menapak pula ke arah gadis itu yang masih duduk di situ. Dia terus meminta surat perlantikan. Dia senyum. Alah...ingatkan jawatan besar sangatlah. Pembancuh kopi rupanya.. dia jeling gadis itu yang masih terkebil-kebil di situ.

"Cik ikut saya ya." Lelaki itu senyum sambil mengajak gadis itu ke pantri. Lelaki itu mula perkenalkan gadis itu kepada Mak Jah, pembancuh kopi yang akan berhenti tidak lama lagi kerana masalah kesihatan dan akan digantikan dengan gadis tadi.

DI BILIK mesyuarat, Kudin melangkah perlahan ke arah meja panjang yang sudah dipenuhi dengan ahli mesyuarat yang lain. Dia pandang seorang demi seorang. Semuanya segak dan kemas. Lelaki kebanyakannya pakai kot.

Dia sengih. Ah! Buat apa aku nak berprotokol sangat. Aku pun pertama kali datang ke sini. Lantaklah!

Dia mula duduk di sebuah kerusi kosong di hujung meja. Dia hanya melemparkan senyuman bila ada yang tersenyum kepadanya. Lama dia memerhati, yang mana satu adik perempuan yang dimaksudkan oleh Razul. Dalam bilik mesyuarat itu, ada lima orang perempuan. Tiga darinya sudah berusia dan dua lagi pada hemahnya tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Sedang-sedang bak kata orang. Tak mungkin itu adik perempuannya. Dia bersandar di kerusi. Perasan juga, sejak dia mula masuk ke bilik mesyuarat itu tadi, semua mata tertumpu kepadanya.

Seorang lelaki yang sudah berusia separuh abad yang duduk di depan meja mula buka bicara. Kudin melihat ahli mesyuarat yang lain mula memberi perhatian.

"Maaf Encik Saiful, rasanya anak perempuan Tengku Muzafar masih belum hadir lagi."

Saiful memandang Ahmad yang mula mencelah mukadimahnya tadi. Dia pandang tempat duduk di sebelah Ahmad. Tempat itu masih kosong.

"Okey, maafkan saya. Kita tunggu Cik Tengku Natasha sekejap." Saiful mula membelek fail.

Kudin masih memerhati sekitar bilik mesyuarat. Hmm...mungkin Tengku Natasha itu adalah adik aku.." Katanya dalam hati.

Hampir setengah jam menunggu, Saiful mula gelisah. Perempuan itu buat hal lagi! Memang sejak dulu lagi perangai perempuan itu tidak pernah berubah. Masa arwah Tengku Muzafar masih hidup dulu pun, perempuan itu hanya tahu menghabiskan duit syarikat sahaja. Dia tunggu lagi setengah jam. Bayang Tengku Natasha masih juga tidak kelihatan.

"Nampaknya, Tengku Natasha mungkin tidak dapat hadir. Jadi, kita teruskan dengan ahli yang ada." Saiful menyambung semula meysuarat. Banyak perkara yang dibincangkan dari masyuarat yang lalu sehinggalah kepada perkara perubahan peneraju syarikat.

"Arwah Tengku Muzafar telah mengamanahkan syarikat ini kepada anak lelakinya untuk mengambil alih dan seterusnya mengendalikan urusan syarikat ini bersama dengan Tengku Natasha. Dengan ini, Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat TM Holdings berkuatkuasa serta merta dan Tengku Natasha pula dilantik sebagai pembantu Pengarah Urusan syarikat ini juga berkuatkuasa serta merta." Saiful menghabiskan membaca apa yang terkandung dalam fail tadi.

Kudin masih diam membatu di situ. Dia masih tidak percaya semua itu. Selama ini dia tidak kenal siapa ayah dan ibu kandungnya. Ini semua dirasakan mengarut.

"Tuan, sila perkenalkan diri." Saiful mula memandang Kudin yang masih terkebil-kebil.

Kudin yang sedang asyik berfikir tadi mula berpeluh bila disuruh perkenalkan diri. Dia bangun perlahan. Lama dia berdiri di situ. Tidak tahu apa yang perlu diucapkan. Kalau dulu, dia hanya mengikut arahan dan tidak perlu banyak bercakap. Ikut saja apa yang bos suruh tapi sekarang dia mula merasa canggung.

"Tuan" Saiful senyum. Anak muda itu dilihat sudah berpeluh.

"Saya Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar.." Kudin terhenti di situ. Dia pandang seorang demi seorang yang masing-masing tidak berkelip memandangnya.

"Saya.." Kudin garu kepala. Entah apa lagi yang dia perlu beri ucapan. Ah! Masa sekolah pun dia selalu ponteng bila cikgu suruh beri ucapan di depan semua murid sekolah masa perhimpunan. Inikan pula dalam mesyuarat penting seperti ini. Mati kutu dibuatnya. Takkan nak beritahu macam budak sekolah punya versi, suka apa, hobi apa, tinggal di mana.

"Nanti!"

Semua mata menala ke arah pintu masuk bilik mesyuarat yang sudah dikuak.

"Ini semua mengarut! Saya tak pernah ada abang! Mungkin lelaki ini menyamar sebagai abang saya." Tengku Natasha yang lebih selesa dipanggil Kusha mula mencelah di muka pintu bilik mesyuarat itu.

Kudin hanya memerhati gadis itu yang sedang merenung tajam ke arahnya. Cantik juga minah ni. Kalau bukan adik aku, sudah lama aku usha minah ni tapi sayang, pakai seksi, kerek, sudah tu rambut sudah terlebih warna!

"Cik Kusha, lelaki ini memang abang cik. Dia akan kendalikan syarikat ini bersama cik nanti." Saiful berbahasa. Dia bangun dan menghulurkan fail kepada Tengku Natasha.

Kudin sengih. Kusha Elok sangatlah tu. Aku Kudin! Kusha dilihat sudah kemerahan mukanya. Fail itu dibelek kasar oleh Kusha.

Pintu bilik diketuk. Kudin berpaling pula ke arah pintu. Gadis yang bertembung dengannya tadi semasa dalam lif sedang membawa dulang berisi cawan dan satu teko menuju ke arah Saiful. Dia kelihatan agak pucat dan sedikit kalut. Mungkin pertama kali bekerja.

Kudin senyum. Ah, aku pun sama, pertama kali masuk pejabat dan pertama kali juga masuk mesyuarat.

"Apa ni!" Kusha menengking gadis tadi yang telah menumpahkan air kopi dan terkena blaus yang dipakainya.

"Ma..maaf..saya tak sengaja."

Kudin masih memerhati Kusha memarahi gadis itu yang sudah tunduk. Bukan salah gadis itu tadi, Kusha yang tiba-tiba mengundur dan cuba bercekak pinggang terkena dulang yang dibawa oleh gadis itu. Air yang tumpah itu sudah terkena blaus minah tu. Dia hanya senyum. Dari situ, dia nampak perwatakan Kusha dan gadis itu jauh berbeza.

"Sudah! Menyibuk je masuk sini!" Kusha tolak gadis itu ke dinding.

Gadis itu mula mengutip cawan yang sudah pecah dan mula keluar dari bilik mesyuarat itu.

Kudin masih memerhati tingkah Kusha. Harap muka saja cantik tapi perangai mak ai..kalah nenek aku bila menyinga!

SELESAI mesyuarat, Kudin ditunjukkan pula bilik Pengarah Urusan. Terkesima melihat suasana bilik yang cukup luas dan cukup lengkap. Dia mula duduk di kerusi empuk milik arwah Tengku Muzafar. Kerusi itu dipusing-pusing seketika.

"Macam mana Tuan pengarah" Saiful tersenyum melihat gelagat Kudin yang sudah tersengih di situ.

"Okey..cantik, lengkap, saya suka..err..tak ada tv" Kudin bergurau.

"Ada. Tu, di hujung bilik tu, siap dengan sofa rehat." Saiful tuding ke arah satu sudut bilik.

"Kalau nak apa-apa, panggil Cik Hetty, sekretari Tuan pengarah." Saiful mula minta diri.

Kudin masih bersandar di kerusi empuk. Matanya sudah menghala ke siling. Kerusi dipusing-pusingkan lagi. Siapa agaknya gadis tu

Takkan cantik lawa macam tu, kerjanya buat air je Kudin terbayang wajah gadis tadi yang sudah pucat lesi mukanya. Tadi sebaik habis mesyuarat, dia sekali lagi bertembung dengan gadis itu yang sedang membawa dua gelas air minuman.

"Hmm..haus pulak rasanya.." Kudin bingkas bangun. Dia keluar dari bilik dan menuju ke pantri. Dia senyum melihat gadis itu sibuk mengemas dan membancuh lagi air minuman. Perlahan dia mendekati gadis berbaju kurung biru itu dengan reben diselit di sebelah kiri rambutnya.

"Eh...dia cakap apa" Langkah Kudin terhenti. Dia mula pasang telinga. Gadis itu seperti berbisik bila bercakap melalui telefon. Dia undur semula dan terus masuk ke bilik.

"Hmm...kenapa dia sebut kampung aku " Kudin mula curiga. Tadi sempat telinganya menangkap butir bicara gadis itu yang menyebut nama kampungnya, bukti dan siasatan.

"Aku kena siasat siapa minah ni.."