Mencari Kiblat Cinta - 4
Tak betul apa Nira cakap Kami jadi macam ni pun sebab Mak Long dengan Pak Long. Ayah dengan umi baik dengan Pak Long suami isteri selama ini, tapi anak saudara sendiri pun Pak Long sanggup tipu. Manusia jenis apa Pak Long dengan Mak Long ni Danira bagaikan mendapat keberanian baru. Segala isi hatinya yang terpendam selama ini diluahkan begitu sahaja.

Kamal tersentak. Matanya melorot tajam ke wajah Danira, bagaikan hendak ditelannya gadis itu.

Apa kamu merepek ni Nira Amboi mulut kamu ni makin lancang sekarang. Makin kurang ajar! Marah Kamal. Berang benar dia mendengar kata-kata gadis itu, apatah lagi kata-kata itu semuanya mengena atas batang hidungnya sendiri.

Halau dia pergi dari sini bang, menyusahkan kita aje, rungut Musliha pula. Benci benar dia dengan gadis di hadapannya itu.

Kamal tanpa diduga segera menolak tubuh kecil di hadapannya sekuat hati sehingga Danira terjelepuk jatuh. Melihat keadaan gadis itu, ketawa Musliha bergema.

Mulai hari ni, kamu jangan berani lagi datang ke mari. Banduan macam kamu hanya mengotorkan rumah kami. Sekali lagi aku nampak kamu melilau di sini Nira, mati kamu aku kerjakan nanti. Sekarang pergi! Halau Kamal dengan suara meninggi. Pintu rumah itu dihempas sekuat hati.

Pelupuk mata Danira bergenang. Hatinya sebak diperlakukan seperti dia tidak punya harga diri. Perlahan-lahan dia bangkit. Lutut dan sikunya terasa pedih. Dia hanya mampu memandang ke arah pintu yang terkatup rapat di hadapannya. Hatinya dimamah sayu.

Naufal, mana Naufal pergi dik Tahukah Naufal yang kakak amat merinduimu, dik! Bisik Danira sebak. Sudah enam tahun mereka tidak bersua muka. Namun jarak masa itu langsung tidak mengurangkan rasa rindunya pada Naufal.

Apakah Naufal masih marahkan kakak Apakah sebab itu Naufal menyembunyikan diri dari kakak Demi Tuhan, kakak tidak pernah bermaksud untuk membuang Naufal dalam hidup kakak. Tidak sama sekali! Keluh Danira pilu.

Jumpalah dia sekejap. Pujuk Salmi ketika meminta dia menemui Naufal yang sudah berkali-kali datang mahu menemuinya. Namun dia hanya berbuat endah tak endah. Enggan menemui adiknya meskipun Naufal datang dan pergi dengan tangan kosong.

Kenapa Nira ni degil sangat Kakak tahu Nira ambil berat fasal adik Nira tu. Kalau tidak masakan tiap-tiap malam Nira menangis sorang-sorang atas katil tu. Nira ingat kakak tak tahu yang selama ini Nira rindukan dia Tukas Salmi sedikit geram.

Dia hanya mampu diam. Wajah Salmi dipandang sayu.

Nira kecewa Kak Sal. Nira tak sangka hidup kami akan begini jadinya. Dulu kami bahagia, tapi sekarang tengoklah Nira. Nira tak sepatutnya berada di tempat ini Kak Sal. Bisiknya sebak.

Semua orang tak sepatutnya ada di sini Nira. Kita di sini kerana keadaan yang memaksa. Tengoklah kakak sebagai contoh, dulu hidup kakak bahagia sangat. Keluh Salmi sambil memandangnya.

Dia memandang ke arah Salmi. Mata Salmi kelihatan merah memandang ke arahnya. Dia tahu hati wanita itu turut dihambat kesedihan. Nasib dia dan Salmi tidak jauh berbeza. Malah mereka menghadapi hukuman yang sama. Hukuman penjara atas kesalahan membunuh!

Siapa yang Kak Sal bunuh Dia pernah bertanya soalan itu pada Salmi suatu ketika dahulu. Entah mengapa dia teringin mahu tahu apakah sebab wanita sebaik Salmi dihukum penjara. Wanita itu dilihatnya sukar mahu mencerna pertanyaannya. Pelupuk mata Salmi begitu mudah digenangi air.

Suami kakak. sebut wanita itu.

Dia tersentak. Suami Mata Salmi tiba-tiba mencerun ke arahnya.

Dia suami yang kakak kahwini selama 18 tahun. Kami bahagia Nira. Sangat bahagia sebenarnya. Kakak tak kisah mengikut dia ke mana sahaja bila dia ditukarkan kerja. Tapi suatu hari dia berubah. Dan tiba-tiba sahaja hidup kami porak peranda. Suami penyayang kakak berubah panas baran. Orang yang kakak paling percaya bertukar menjadi orang yang paling kakak takuti. Cerita Salmi.

Apa yang jadi kak Tanyanya ingin tahu.

Sejak dia diberhentikan kerja, dia jadi panas baran. Dia pukul kakak, pukul anak-anak. Tiap-tiap malam dia pulang dalam keadaan mabuk. Bila dia mabuk, dia akan pukul kakak macamlah kakak ni punch bag. Kakak pernah beberapa kali masuk hospital angkara dia. Keluarga kakak minta kakak tinggalkan dia, tapi kerana anak-anak, kakak tak sampai hati. Kakak masih boleh tahan jika dipukul atau ditendang. Tapi bila kakak lihat dia belasah anak-anak, kakak jadi naik marah. Sampai suatu tahap, kakak sudah tidak tahan. Kakak ambil pisau dan tikam dia. Suara Salmi sebak menahan rasa.

Dia terpegun. Tak menyangka sampai begitu sekali nasib Salmi selama ini. Perlahan-lahan dia merapati Salmi lalu memeluk bahu wanita itu. Rasa simpatinya mengalir terhadap wanita itu.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan terjadi kepada Danira Di manakah dia akan tinggal