Operasi meniscus pada era tersebut dikira sebagai pembedahan besar, yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Hari ini, pembedahan meniscus hanya mengambil masa selama 45 minit dan pesakit kebiasaannya dapat beraksi selepas empat minggu.
Pembedahan ini m e n y e b a b k a n
SuperMokh tidak dapat mewakili skuad kebangsaan sewaktu Kelayakan Pra-Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Singapura pada April 1977. Skuad kebangsaan yang diletakkan dalam Kumpulan 1, menang 6-4 ke atas Thailand; Seri 0-0 dengan Indonesia; tewas 0-1 kepada Singapura; serta seri 1-1 dengan Hong Kong. Malaysia menduduki tempat ketiga di belakang Singapura dan Hong Kong, sekaligus gagal untuk layak ke Piala
Dunia 1978.
Akibatnya, selepas pulih daripada kecederaan tersebut, prestasi Mokhtar sedikit menurun. Beliau hanya insan biasa, kadangkala ada pasang surut, di samping kecederaan lutut yang menghantui perjalanan kerjaya beliau (mana-mana ahli sukan pasti tahu bagaimana sukarnya untuk menjaga diri akibat kesan kecederaan lampau).
Hingga lah sampai suatu masa, pihak media dan orang ramai mempertikaikan prestasi Mokhtar lebih-lebih lagi ketika beliau beraksi untuk skuad Malaysia, tanpa ambil kira kesan kecederaan yang beliau alami sebelum itu.
November 1979, SuperMokh yang ketika itu berusia 26 tahun, mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.
Gambar Supermokh sewaktu di hospital setelah selesai menjalani pembedahan lutut, telah diabadikan pada kulit depan Novel Arca Berdiri Senja (ABS) karya Baharudin C.D. Menurut Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail, naskhah ABS memperlihatkan sebahagian monumen dari puncak semangat perjuangan mahasiswa, memaparkan sikap kepimpinan dan dan dunia keilmuannya.
Naskhah tersebut juga menyentuh beberapa persoalan lain seperti kekeluargaan, percintaan, politik, kemiskinan dan kegelisahan sebagai manifestasi zamannya. Semuanya itu tercerna dalam struktur yang meyakinkan. Karya ini telah diangkat sebagai Pemenang Pertama Sayembara Novel Hari Guru 1976.