AYAH EDY PUNYA CERITA - 3
Ada satu pertanyaan yang menggelikan hati saya, mengapa begitu banyak ibu bapa mengeluh akan kesukaran mendidik anakanaknya Apakah sesungguhnya kita sedia untuk menjadi ibu bapa Inilah pertanyaan yang sering saya ajukan kepada ibu bapa yang hadir dalam seminar saya. Jawapannya bervariasi, sebahagian besar ibu bapa berasakan sedia. Namun, apa ya - Fazallah

Mari kita cuba flashback bermula sejak awal kita berpacaran dengan pasangan kita bagi anda yang berpeluang berpacaran. Apa yang menjadi topik perbincangan utama waktu itu Apakah persiapan untuk menjadi ibu bapa yang baik Atau hal-hal lain yang jauh lebih menarik untuk dibicarakan You know what I mean (Tahukah anda maksud saya).

Mari kita cuba ke hadapan sedikit pada ketika kita hendak melangkah ke alam perkahwinan/pernikahan. Apakah yang menjadi topik perbincangan utama anda berdua waktu itu Apakah persiapan untuk menjadi ibu bapa yang baik Ataukah persiapan untuk mencari hari baik-bulan baik, baju pengantin, tempat resepsi, catering, cenderamata, undangan dan hal-hal kecil yang lain

Baiklah, sekarang mari kita pergi lebih dekat lagi, pada ketika kehamilan isteri semasa sembilan bulan. Apakah yang menjadi topik perbincangan utama saat itu Apakah persiapan untuk menjadi ibu bapa yang baik Ataukah persiapan kelahiran bayi, doktor pilihan, hospital pilihan, nama pilihan, apa lagi Yang semuanya serba pilihan kecuali buku-buku pilihan untuk menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik anak-anaknya.

Pada saat anak kita dilahirkan, apakah kita mendapat buku manual dari rumah sakit tentang bagaimana menjaga dan mendidik anak dengan betul Jadi, dengan cara apakah kita selama ini menguruskan anak Ya, anak kita yang merupakan makhluk paling canggih yang pernah Tuhan ciptakan di muka bumi ini.

Lalu, sesungguhnya bilakah waktu yang tepat untuk kita mula mempersiapkan diri untuk menjadi ibu bapa yang baik bagi anakanak tercinta Bilakah waktunya kita mulai mempelajari teknikteknik mendidik anak yang tepat Sedangkan untuk mengendalikan handphone yang canggih sahaja kita selalu dilengkapi dengan buku manual yang memungkinkan kita menggunakan semua fungsinya dengan tepat. Bagaimana dengan anak kita

Ibu bapa yang berbahagia, khabar gembiranya adalah lebih baik terlambat daripada tidak sampai sama sekali. Jika kita termasuk dalam kalangan orang yang lambat, sekarang waktu yang paling tepat untuk memulakannya.

Mari belajar menjadi ibu bapa yang baik bagi anak-anak kita yang tercinta, agar kita boleh ikut serta Program Membangun Indonesia yang Kuat dari Keluarga. Saya jamin pasti menarik dan menyenangkan, ya begitulah komentar ibu bapa yang telah melakukannya bersama kami.

Anak kita merupakan makhluk paling canggih yang pernah Tuhan ciptakan di muka bumi ini.