PEREMPUAN ANGGERIK - 3
1

Ruang minum sambil bersantai di Coffee Bean, di Bangsar itu mulai sesak. Sebahagian pengunjung yang terdiri daripada bangsa-bangsa dari dunia barat memenuhi setiap meja dan kerusi sambil berbual dengan suara kuat. Sesekali ketawa merebak.

Bulan membelek akhbar. Wira kemudian tergesa-gesa datang dan duduk di sini. Bulan melipat naskhah The Sun dan tersenyum perli.

Aku tidur lewat semalam. Sorry, payah nak bangun pagi, ni Wira menggosok-gosok dagu berlekuk. Bau haruman menusuk hidung. Bulan cepat memadam rasa ingin marah. Tambahan bulu mata lentik dan renungan tajam cepat membuatkan Bulan hilang tumpuan.

Pergilah order.

Wira kembali dengan segelas mocha ice blended. Bulan sendiri senang dengan segelas iced southern ice tea cuma.

Marah ke tanya Wira, sengaja menggesel lengan berbulu ke punggung tangan Bulan.

Taklah, sayang Bulan menjegilkan biji mata. Memang selalunya dia gagal berasa marah dengan lelaki ini.

Kalau marahaku ada penawarnya

Kau, dah dapat Jeritan separuh nyaring Bulan tidak mengganggu pengunjung lain. Semua sedar kebebasan penuh dinikmati di sini.

Maklumat berguna untuk tesis MA-mu, sayang Dan mata Bulan meliar menuntut-nuntut.

2

Senja suram. Matahari terbenam dambar dan burungburung terbang pulang berkawan-kawan. Langit diselubungi jingga menawan. Angin sekali-sekala berpuput mesra dan menolak-nolak rambut Bulan yang terjuntai. Selendangnya acap kali terselak kasar apabila diganasi angin berani menerjah liar. Malam akan datang. Rumpun lada hitam terbuai-buai ditiup angin. Bulan menjingkit kaki, melihat ke arah sungai bengkang-bengkok tidak berapa jauh dari pandangan mata. Sebuah pilau terikat pada pangkalan. Beberapa telumba, ganting, dan kelulus sederhana agam berkayuhan perlahan mencanggah arus ke hulu. Tiada kelihatan pembujangan dinanti. Bulan khuatir juga kalau-kalau terserempak dengan murid Mahad alHarb yang berlatih perang di ladang lada itu. Dia tahu, dua tiga pejuang Sri Wijaya yang telah memeluk Islam kadang-kadang melatih murid zawiyah. Tetapi, kemudian dia pegun tersedar, senyum sendiri mengenang betapa mustahil masih ada insan berkeliaran pada waktu maghrib begini. Memang semua pasti akan bertumpu ke zawiyah. Malam Khamis, giliran Tengku Chik mengajar sirah. Bulan berundur setapak dua, melanggar tubuh lelaki perkasa dan tidak sengaja tersentuh ari-ari pemuda. Hampir dia menjerit, tetapi segera ditekup mulut.

Aku terlambat, ujar Wira separuh berbisik.

Bulan tertunduk. Ada malu merayapi diri, dia hampir tersentuh kalam si teruna. Rona ledang kulit wajahnya perlahan beralih merah padam. Narawastu pilihan Wira tiba-tiba membangkit ghairah perempuan. Wangi-wangian dari akar kayu itu tiba-tiba menyelinap menjadi jelmaan iblis, menusuk hidung dan terhidu hingga ke urat-urat darah dan segala otot serta daging melekat di tubuh badan.

Hampir sepekan aku pergi jauh hingga ke sempadan Perlak, hilanglah budi bicara. Ini aku bawakan kain cindai kara berlatar kesumba sebagai pengidah asmara kita.

Wira duduk melutut di sebalik rimbun lada belum berdaun lebat. Angin senja membelai-belai. Mengapa bermuram bisik Bulan lembut.

Champa juga sudah jatuh ke tangan Sri Wijaya. Aku perlukan sesuatu untuk menebus semula keaiban ini.

Bulan meletakkan jari telunjuknya di bibir kekasih. Mata itu bercahaya. Ada syaitan di dalamnya. Wira kanda, dendam sahaya dapat berdapat Bulan diam. Wira diam.

Khali sejenak.

Angin berhembus sepoi-sepoi. Syaitan menjalar kujur tubuh Wira. Iblis lunak bermain di gegendang Bulan.

Malam berlabuh. Angin pesona perlahan tiba-tiba bertukar arah. Di zawiyah, Tengku Chik Meurah Ibrahim sudah jauh mencurah ilmunya.

3

Aku sayang Wirapandai, tak sia-sia nak dijadikan laki! Bulan ketawa halus.

Wira memuncungkan bibir.

Heii, jangan nak mengada, baru tolong sikit, dan nak melebihini Bangsar tau, bukan SoHo! Bulan menolak lembut pipi Wira.

Wira ketawa perlahan.

Kita belum nikah! kata Bulan lagi, keras tetapi manja.

Wira angguk.

Dah lama ajaktapi tak mahunanti syaitan main perananmacam mana Ingat, kalau berdua nanti ada yang ketiga! Wira menyedut mocha yang sudah cair. Sengaja mencari peluang membangkitkan hal lama.

Husy, jangan berdoa-doa benda yang maksiat Bulan tidak menghirau, leka membelek naskhah rencana dalam bahasa Arab di tangannya.

Bukan yang maksiat tutapi minta fikirkan macam mana nak jadikan ia halalnikah! Wira bersuara tegas.

Bulan kenyit mata.

Sekarang, Kanda Wira kena terjemahkan semuanya, barulah tesis aku nanti lain daripada orang lain. Fuuh, mesti Profesor Radiah geram punya! Bulan ketawa.

Dah siap diterjemahkan tu. Wira menyelak helaian lain.

Bulan senyum meleret. Rencana tulisan Profesor Dr.Muhammad Munir Hassan dengan judul yang telah diterjemahkan Wira Rawatan al-Quran untuk Penyakit AIDS- terpampang di atas meja.

Mesti beri penerangan, Dr.Wira

Eheh, awak kan Dr. juga

Opss, itu fakta yang silap. Saya biologisawak yang doktor Bulan mencubit pipi Wira. Geram.

Wira merapati Bulan.

O.K, it is simple. Rujuk ayat 2 Surah an-Nur. Penzina wanita dan lelaki hendaklah kamu sebat setiap orang daripada kedua-dua mereka 100 sebatan dan jangan sama sekali merasa terlalu kasihan kepada kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah jika kamu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Ia dikaitkan dengan penzina yang mesti menerima sebatan seratus kali. Artikel ini menjelaskan perubahan hormone, patologi dan fisiologi yang berlaku apabila manusia disebat.

Teruskan Dr.

Apa yang berlaku apabila manusia disebat begitu, human immune response. O.K cik biologis, apa yang berlaku apabila terjadi kecederaan kepada permukaan kulit seperti sebatan begini

Bahan kimia di dalam tubuh, histamine, bradikimin, serotomin, dan yang lain akan dialirkan ke dalam cecair yang melingkungi tisu yang tercedera itu. Err, histamin menyegerakan pengaliran darah ke kawasan yang terluka dengan menyebabkan dinding pembuluh darah lebih telap pada cecair, memuncakkan suhu badan dan membesarkan saiz pembuluh darah. Juga, emm, pengeluaran bahan kimia dan serat halus boleh menjadikan jalinan cecair dan protein sehingga berlaku reaksi inflamasi di kawasan itu setimpal dengan luka yang dialami.

Selepas proses inflamasi, kawasan itu akan diserang oleh sel darah putih, khususnya neutrofil daripada simpanan sumsum tulang. Sebab ia berupa sel-sel belum cukup matang, maka cepatlah kerja pembersihan dan menyucikan bahan asing dilakukan. Nafas Wira segar menimpa hidung Bulan.

Oh yajadi tindakan segera atas kerosakan tisu membabitkan neutrofil atau kita panggil juga mikrofag. Tindakan berpanjangan tapi lambat itu melibatkan sel-sel mikrofag ini kan Bulan kesukaan.

Ahah, makrofag ialah sel darah putih yang besar. Dispesialisasi khusus peranannya untuk membaham bakteria, virus, sel mati dan unsur toksid yang ada di kawasan tersebut. Inilah phagocytosis. Jadi, mikrofag akan membuang semua sampah-sarap di dalam tubuh, termasuk virus yang boleh menyebabkan AIDS! You get it! Wira ketawa perlahan.

Fuhh, pada hukuman hudud ada rawatan awal, rawatan pencegahan untuk AIDS! Fuhh kehebatan al-Quran Bulan terbeliak. Puas dan tersenyum gembira.

Inilah yang difirmankan Allahakan ditunjukkan juga tanda-tanda kehebatan, sampai terserlah akhirnya alQuran itu benar. Wira membalas senyum Bulan.

Wira..

Apa

I love you, lets get married! Bulan ketawa senang.

4

Basuhkan arang di muka patik ini, Tengku Chik, jatuhkanlah hukuman menurut menurut al-Quran ke atas mereka. Perlakuan bermukah ini amat mengaibkan kita di zawiyah ini! Nong Ali, bapa Bulan separuh bertempik di hadapan Tengku Chik. Air matanya bercucuran.

Tengku Chik berhembus nafas. Memandang penuh teliti wajah Wira, wajah Bulan. Dia mengerut-ngerut dahi.

Anak muda dari Sri Wijayanampak perdana lakunya. Kau telah memeluk Islam bukan Wira tunduk. Angguk.

Kalau begitu layaknya hukumnya ialah sebatan seratus kali. Itu sudah terfirman dalam kitab Tuhan. Tiada lagi dapat kita mengelak. Wira makin tunduk.

Anakanda Bulan

Saya telah membuat cemar di tanah Andalas ini, Tengku Chik, mencemar nama mulia zawiyah Cot Kala ini. Bersihkanlah kami untuk akhirat nanti Bulan berderai air mata.

Boleh aku suruh orang menjatuhkan hukuman pada hari jumaat nanti

Meurah Ibrahim mendengus.

Kalau begitu ini menyerupai apa yang menimpa alGhamidiyyah seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Buraydah daripada ayahandanya pada zaman Rasulullah. Tengku Chik mengangguk.

Nong Ali memandang Tengku Chik bersungguh-sungguh.

Kita harus menanti sehingga anaknya lahir dan boleh memakan roti barulah hukuman ini dapat dijalankan dengan adil

Bulan menitiskan air mata. Sesal sudah tidak berguna.

Alhamdulillah, negeri Perlak ini dimuliakan Allah dengan tauhid. Maka dengan tauhid jugalah kita jalankan kehidupan. Aku hanya menurut syariat. Wira, hari jumaat hadapan, engkau akan disebat di luar zawiyah

Saya menanti dengan sepenuh hati supaya hudud dilaksanakan. Biarlah selesai segala urusan di dunia untuk saya tumpukan taubat kepada-Nya. Setelah angin paksa tiba, saya akan belayar ke laut selbu, membawa untung nasib.

Pecahlah tangis Bulan oleh kata-kata Wira itu.

5

Wira senyum. Bulan lembik. Aduh senyumnya. Bikin aku pusing!

Ahahsebutkan Undang-undang Melaka, Undangundang Kedah, dan Undang-undang 99 Perak- semua itu ada sejak dahulu. Inilah junjungan nenek moyang kita. Wira memandang tajam pada Bulan.

Matanya, aduh!

Wira

Ya, sayang

Aku rasa dah tak boleh tahan lagi Bulan berterus terang dengan matu layu. Kepala hampir terlentok di atas meja sudut Coffee Bean, Bangsar.

Apa

Jom, kita kahwin, kita halalkan apa yang haram Dah kata dahdari dulu! Wira senyum.

Hantarlah rombongan cepat-cepat. Wira ketawa. Bulan ketawa.

6

Wira belayar jauh ke Negeri Makkah. Demi mendalami ilmu agama di Masjidilharam. Dia pulang untuk menikahi kekasihnya secara sah beberapa tahun kemudian, tetapi dikhabarkan orang Bulan meninggal dunia beberapa pekan setelah melahirkan seorang putera sihat lantaran bentan.

Negeri Perlak kekal diperintah secara Islam dan syariat merebak untuk beberapa ratus tahun lamanya serata Nusantara.