Wahai gadis, persamaan sifat dan karakter pasangan merupakan satu bonus. Anda akan cepat berasa jatuh cinta dengannya kerana mempunyai minat yang sama. Banyak aktiviti anda juga disukai olehnya. Sehinggakan hobi yang selama ini anda sukai juga si dia lakukan. Beruntungnya...
Pasangan yang memiliki persamaan ini sering dikatakan sukar untuk mencapai kebahagiaan seperti yang diharapkan. Orang tua-tua ada berpesan, jangan mencari pasangan hidup yang memiliki banyak persamaan dengan kita. Mungkin betul dan mungkin juga tidak. Kita akan membincangkan lagi mengenai perkara ini.
Persamaan karakter sering membawa kebahagiaan pada kita, gadis. Kita sering mencari persamaan dalam perhubungan. Kerana, kita berpendapat dengan adanya persamaan, banyak keputusan boleh dibuat tanpa adanya perbalahan.
Justeru, apakah persamaan karakter ini sesuatu yang salah dalam melahirkan bibit-bibit kecintaan