TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 3
Sebelum kita dalami aspek saintifik dan teknikal tentang kejadian tersebut, ada baiknya difahami istilah-istilah yang berkaitan dengan tragedi tersebut. Ia pasti akan memberi kefahaman jelas tentang apa dan bagaimana ia berlaku serta membantu kita menilai adakah hukum alam dan kuasa Tuhan selari yang menjadi penyebab kepada kejadian tersebut.

Skala Merchili.

Ia adalah skala yang paling asas yang pernah digunakan pada peringkat awal mengukur skala ini. Skala Mercalli dicipta oleh seorang pakar sains gunung berapi berbangsa Itali bernama Giuseppe Mercalli, bagi mengukur kekuatan gempa bumi, pada tahun 1902. Skala Mercalli terbahagi kepada 12 pecahan dengan menemuramah mereka yang terselamat dan juga dengan melihat dan membandingkan tahap kerosakan, kesan daripada gempa bumi tersebut.

Oleh itu Skala Mercalli dianggap sebagai sangat subjektif dan kurang tepat berbanding Skala Richter. Disebabkan oleh itu, pada masa sekarang Skala Richter lebih meluas digunakan untuk untuk mengukur kekuatan gempa bumi. Tetapi Skala Mercalli yang diubahsuai, masih boleh digunakan sekiranya tidak terdapat peralatan mesin seismograf bagi mengukur kekuatan gempa bumi di kawasan kejadian.

Skala Modifikasi Intensif Mercalli mengukur kekuatan gempa bumi melalui tahap kerosakan yang berlaku disebabkan oleh gempa bumi itu. Anggaran ukuran skala Modifikasi Intensitas Mercalli adalah seperti di bawah :-

Skala Modifikasi Keamatan Mercalli

1. Tidak terasa

2. Terasa oleh orang yang berada di bangunan tinggi

3. Getaran dirasakan seperti ada lori yang berat melintas.

4. Getaran dirasakan seperti ada benda berat yang melanggar dinding rumah, benda tergantung bergoyang.

5. Dapat dirasakan di luar rumah, hiasan dinding bergerak, benda kecil di atas rak mampu jatuh.

6. Terasa oleh hampir semua orang, dinding rumah rosak.

7. Dinding pagar yang tidak kuat pecah, orang tidak dapat berjalan/berdiri.

8. Bangunan yang tidak kuat akan mengalami kerosakan.

9. Jambatan, empangan dan tangga rosak, terjadi tanah runtuh.

10. Rel kereta api musnah.

11. Seluruh bangunan ranap dan hancur lebur.

Skala Richter

Terdapat dua cara yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk gempa bumi iaitu skala Modifikasi Intensitas Mercalli dan skala Richter.

Skala Richter dicipta oleh Charles F. Richter. Charles F. Richter merupakan seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang tenusu Amerika Syarikat pada 26 April 1900.

Charles F. Richter telah mempelajari bidang seismologi di University of South dan Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Charles F. Richter mula berkerja seismologi di Pasadena California dan setahun kemudian Charles F. Richt mendapat ijazah doktor dalam bidang teori fizik di Universiti CalTech.

Pada tahun 1935, Charles F.Richter telah mengembangkan satu sistem kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter. Skala Richter yang dikembangi gandaan metamatik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi secara meluas setelah diubahsuai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan logaritma gandaan (amplitude) gelombang yang dirakamkan oleh mesin.

Tahap pecahan Skala Richter meliputi variasi jarak antara seismografi dan pusat gempa (epicenter). Menurut skala Richter, gempa bumi dengan kekuatan 2.0 atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat. Oleh kerana Skala Richter menggunakan kekuatan yang 10 kali kuat berbanding angka sebelumnya.

Ukuran kemusnahan mengikut Skala Richter adalah seperti berikut:

0-1.9 Boleh dikesan menggunakan alat seismografi.

2-2.9 Segala objek tergantung seperti lampu dan kipas bergoyang.

3-3.9 Gegaran berlaku seperti dilintasi kenderaan berat.

4 -4.9 Tingkap pecah dan objek kecil jatuh.

5 -5.9 Perabut berubah tempat dan plaster dinding jatuh.

6 6.9 Struktur bangunan rosak, bangunan teranjak dari tapak, paip bawah tanah pecah dan keretakan tanah.

7 -7.9 Keretakan tanah.

8- 8.9 Jambatan runtuh.

9 ke atas - Musnah seluruhnya.

Bumi

Planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem Suria, Bumi dijangkakan berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposhere, Stratosphere, Mesosphere, Thermosphere, dan Exosphere. Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosphere dan Mesosphere dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung.

Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70C sehingga 55C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta kilometer persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air.

Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal. Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti bumi diplanet lain dengan graviti bumi sebagai satu Bumi mempunyai satu bulan. 70.8 daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1.370 kilometer dengan luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika pada bumi, dan akhir sekali diselaputi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer.

Magma

Magma merupakan batu-batan cair yang terletak di dalam kamar magma di bumi. Magma di bumi merupakan larutan silika bersuhu tinggi yang komplek asal kepada semua batu igneous. Magma berada dalam tekanan tinggi memencut keluar melalui bukaan gunung berapi dalam bentuk aliran lava gunung berapi.

Hasil letupan gunung berapi ini mengandungi larutan gas yang tidak pernah ke permukaan bumi. Magma terkumpul dalam kamar magma yang terasing bumi dan mengandungi komposisi yang berlainan menurut tempat magma

Gunung Berapi

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gen rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar dikerak bumi. Perkataan gempa kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tetonik melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai atau Lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai Plat Lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.

Gempa bumi berlaku setiap hari, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar fault rupture, getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga berasap.

Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling banyak di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik Pacific Ring of Fire. Lingkaran cincin pertembungan antara dua plat tektonik.

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Menjadi separuh aktif, menjadikan pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif menjadi pendam selama tempoh selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada sesebuah gaunung berapi itu bera.

Gempa Bumi Gunung Berapi

Gempa bumi gunung berapi terjadi berdekatan dengan gunung berapi dan mempunyai bentuk keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Ketika magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan serta mengakibatkan getaran berkepanjangan yang dapat bertahan dari beberapa jam hingga beberapa hari.

Gempa bumi gunung berapi terjadi di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepang, Dataran Tinggi Islandia, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik". Indonesia yang terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah direkodkan daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland, Itali dan kawasan lain.

Gunung berapi pendam

Gunung berapi ini pernah meletus dan terpendam dalam satu jangka masa.

Gunung berapi ini akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang.

Gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur".

o Contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.

Gunung berapi mati

Gunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan meletus lagi.

Walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung berapi itu pendam atau mati. Ini disebabkan tempoh yang lama antara sesuatu letusan gunung berapi itu yang boleh mencapai sehingga tempoh 610 tahun.Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi sama dengan gempa bumi tetonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Gempa Bumi

Gempa bumi adalah pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi dikeluarkan.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, un).

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan apa yang berlaku pada permukaan bumi, bagaimana tenaga bergerak dari dalam tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Gempa Bumi Tektonik

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara kesan ini seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.