Dalil
Sabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.
Hak dan Kewajipan Jiran Muslim yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Hak :
1. Sebagai seorang Muslim
2. Sebagai seorang kerabat
3. Sebagai seorang jiran
Hak dan Kewajipan Sebagai Jiran Muslim
Hak :
1. Hak sebagai seorang Muslim
2. Hak sebagai seorang jiran
Jenis : Jiran Bukan Islam
HAK :
Hak sebagai seorang jiran sahaja.
Hikmat Memelihara Adab Berjiran
1. Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
2. Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
3. Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
4. Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
5.Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.
Implikasi Tidak Beradab Kepada Jiran
1. Kehidupan tidak tenang.
2. Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3. Terpinggir daripada masyarakat.
4. Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
Penghayatan
1. Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2. Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
3. Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
4. Mempunyai semangat rela berkorban dan prihatin terhadap jiran.
Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, akan nescaya Allah menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.
Riwayat Ahmad