BANDUAN AKHIR - 3
Kedudukan Iraq di Barat Daya Asia mempunyai keluasan sekitar 435,223km persegi. Negara itu mencapai kemerdekaan sebaik sahaja tamat mandat British di Iraq dan kemerdekaan dicapai pada tahun 1932 dan pemerintah republik pada tahun 1958.

Walaupun sebahagian negara Iraq dipenuhi padang pasir yang gersang, namun terdapat banyak ladang kurma yang tumbuh subur. Dua sungai utama, iaitu Sungai Tigris dan Efrat menjadi pembekal air dan menyejukkan persekitaran. Sungai Tigris merupakan sebuah sungai yang pernah mencatat sejarah hitam apabila beratus-ratus ribu buku telah dicampakkan ke dalam sungai tersebut oleh penjajah Monggolia. Sungai jernih telah bertukar menjadi hitam akibat cairan dakwat daripada buku menjadi sebati dengan sungai tersebut.

Peradaban Iraq bermula lebih dari 6000 tahun yang silam menyaksikan pelbagai perubahan zaman dan kerajaan seperti kerajaan Samaria, Akkadia, Babylon, Etamit, dan Assyria. Negara ini juga pernah dikuasai oleh dinasti Persia, Yunani, Romani sehinggalah Islam datang ke negara tersebut pada kurun ketujuh.

Peninggalan sejarah Babylon yang terkenal dengan Raja Hammurabbi yang menguasai Mesopotamia dari tahun 17921750 Sebelum Masihi. Kota Najaf yang terletak kira-kira 56 km ke selatan Karbala adalah antara peninggalan sejarah. Di Najaf ini terdapat makam Saiyidina Ali bin Abi Talib, iaitu imam pertama kaum Syiah. Sementara makam Imam Hanafi terletak di Baghdad.

Iraq ialah negara yang mempunyai jumlah simpanan minyak bawah tanah yang sangat banyak. Namun, tiada sifat angkuh pada rakyat Iraq atas kelebihan itu. Malah Presiden Saddam Hussein mengamalkan toleransi yang sangat tinggi terhadap penganut lain sehingga jawatan Menteri Luar diberikan pada Tariq Aziz yang beragama Kristian.

Saddam Hussein dilahirkan di al-Auya, iaitu sebuah perkampungan di Iraq pada 28 April 1937 dalam sebuah keluarga yang sangat miskin. Saddam berusia lapan tahun ketika kebangkitan Parti Baath yang dipimpin oleh Mikhel Aflaq di Damaskus.

Beliau tidak mempunyai pendidikan formal kerana keluarganya berharap agar Saddam boleh menjadi petani sama seperti mereka. Namun, pakciknya, Adnan Khairullah mempunyai harapan yang berbeza tentang masa depan Saddam.

Demi masa depan dan minat untuk berjaya dalam pelajaran, maka Saddam telah mengikuti pakciknya itu ke Tirkit secara senyap-senyap. Saudara-mara Saddam memberi sokongan kuat atas tindakannya itu. Beliau dibekalkan sepucuk pistol dan kenderaan untuk keselamatan dan pengangkutan ketika berpindah ke Tirkit.

Selepas tamat tahun pertama, Saddam telah berpindah bersama pakciknya ke Baghdad. Beliau sangat disayangi oleh pakciknya dan memeliharanya dari kecil kerana ayah Saddam telah meninggal dunia sebelum kelahirannya lagi.

Pada usia 20 tahun, (tahun 1957) Saddam telah menganggotai Parti Baath kerana jiwa nasionalisme yang dimilikinya bersesuaian dengan ideologi parti tersebut. Beliau menganggap dirinya seorang nasionalis setelah ibunya menceritakan tentang perjuangan pakciknya (Talfah) yang bertempur dengan British pada bulan Mei

1941.

Semarak jiwa pejuang semakin tinggi terutama sekali apabila ramai saudaramaranya terbunuh dan rumah-rumah mereka dibakar oleh British. Pada Perang Dunia Pertama, datuk-datuk beliau telah berperang menentang tentera Turki dengan penuh semangat juang yang tinggi.

Bergerak dari situlah timbulnya rasa benci terhadap penjajah dan pemerintah yang mengikut telunjuk penjajah. Beliau berpendapat bahawa dengan menyertai politik, beliau boleh berjuang membebaskan Iraq. Pada tahun 1958, ketika berlakunya revolusi, seorang pegawai pemerintah telah terbunuh dan Saddam dipenjara kerana dituduh terlibat dalam merancang pembunuhan tersebut.

Pada ketika itu, Mahkamah Mahdawi yang dipimpin oleh Abdul Karim telah menanam rasa takut di kalangan rakyat di mana hampir setiap yang bersalah akan dijatuhi hukuman mati.

Saddam pula cuba meraih simpati pengawal penjara agar memihak kepadanya dan menyelamatkan dunia-dunia penjajah di luar agar dimasukkan ke dalam penjara kerana hanya dengan cara tersebut mereka boleh diselamatkan. Ketika di dalam penjara, Saddam berjaya meraih sokongan lalu menyeludup keluar penjara untuk melakukan gerakan-gerakan dan aktiviti menyebarkan pengaruh.

Saddam dibebaskan akibat tekanan yang diterima daripada pemerintah dan masyarakat umum. Seterusnya, Saddam telah dipanggil ke Baghdad atas permintaan Parti Baath. Beliau ditanya sama ada sanggup membunuh Abdul Karim Kassim atau tidak. Beliau menerima tugas tersebut dengan penuh rasa bangga dan penghargaan baginya.

Dalam tempoh yang singkat, Saddam berlatih menggunakan senjata automatik dan membuat tinjauan untuk menembak Abdul Karim, iaitu ketika beliau melintas Jalan Rashid menuju ke markas tertinggi Menteri Pertahanan. Beliau menyewa sebuah bilik untuk menjalankan segala perancangannya.

Setelah tertunda beberapa hari kerana anggota yang ditugaskan mengawasi pergerakan Abdul Karim terlambat menyampaikan maklumat, maka tibalah ketikanya operasi dijalankan dengan hanya lima orang yang terlibat dalam tugas membunuh ini. Saddam hanya ditugaskan untuk memberi perlindungan kepada empat orang rakannya.

Dua orang ditugaskan menembak dari bahagian hadapan manakala dua lagi dari bahagian belakang. Namun, Saddam menjadi agresif lalu melepaskan tembakan bertalu-talu ke kenderaan Abu Karim. Seorang rakannya terkena tembakan polis di dada dan Saddam terkena tembakan di kaki.

Mereka berjaya melarikan diri dan bersembunyi di tempat persembunyian parti mereka. Luka tembusan peluru semakin parah di kaki Saddam. Dengan bantuan rakan, peluru dapat dicungkil dengan pisau tapi sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Apabila hari malam, mereka bergerak secara taktikal ke rumah pakciknya.

Soalan pertama pakciknya yang menyaksikan pembunuhan tersebut ialah, Adakah Abdul Karim terbunuh Panik dengan soalan tersebut, Saddam terpaksa berpura-pura sakit tekak dan tidak boleh berbicara. Beliau segera membakar gambargambar peribadi di rumah pakciknya dan melarikan diri. Tidak lama selepas itu, pihak polis telah menyerbu rumah pakciknya.

Setelah bermalam di rumah rakannya, Saddam menyamar dengan memakai jubah panjang dan bertudung kepala pakaian Arab, sepasang sepatu buruk dan sebilah pisau sambil berlagak sebagai orang kampung. Setelah gagal menyewa kereta (mengesyaki pemandu sebagai pemberi maklumat tersebut), beliau menggagahkan diri (menahan sakit) dan membeli kuda dengan harga 10 dinar.

Kuda tersebut ditunggang sehingga ke tebing Sungai Tigris. Apabila tiba di Tigris beliau membelikan kudanya sedikit rumput dan kurma serta roti untuk mengalas perutnya sendiri. Setelah bertahan dengan air, roti, dan kurma, Saddam akhirnya tiba di Samarra. Beliau hanya selamat bergerak di siang hari.

Nasib beliau baik kerana sebuah rumah yang sedang meraikan majlis pertunangan menjemput dan menjamu beliau dengan makanan-makanan yang lazat. Pada malam itu, dapatlah beliau tidur lena di rumah tersebut setelah berhari-hari bermalam di padang pasir.

Esoknya, perjalanan beliau dihalang oleh dua buah kereta dan diacukan senjata automatik sambil diarahkan berhenti. Segera Saddam mencari helah dan bertanya dengan pantas mengapa beliau ditahan. Mereka menjawab dengan kasar bahawa mereka adalah pegawai kastam yang sedang memasang perangkap. Saddam dipukul dan diberi amaran agar menyimpan rahsia lalu dibebaskan.

Perjalanan Saddam seterusnya adalah ke sebuah bandar yang pernah dikunjunginya empat tahun lalu. Beliau berenang bersama kudanya dan menyembunyikan jubahnya bagi mengelakkan daripada disyaki oleh kaum Badmin di sana. Sejuk sungai menggigit tulang-temulangnya, namun Saddam tetap menyeberang dengan menggigit pisau sambil menarik kudanya.

Setelah sampai di seberang sungai, beliau yang amat keletihan telah mengetuk sebuah rumah. Wanita yang membuka pintu tersebut menjerit, Pencuri!! beberapa kali. Seorang lelaki keluar dari rumah sebelah lalu cuba memukul Saddam. Dalam keadaan yang kritikal itu, Saddam sekali lagi mencari akal dengan bertanya, Adakah saya kelihatan seperti seorang pencuri Beberapa ketika meyakinkan mereka akhirnya Saddam dibenarkan bermalam dan mengeringkan pakaian basah di unggun api yang disediakan.

Keesokan harinya, Saddam dihalang meninggalkan tempat tersebut sebelum menerangkan mengapa beliau menyeberang sungai. Oleh kerana terdesak dengan situasi tersebut, maka segera Saddam berkata, Andai kata saya diburu sehingga ke sini dan dibunuh di hadapan kamu dan kaum saya mengetahui perkara tersebut Mereka yakin dengan kata-kata Saddam dan mendoakan beliau selamat untuk perjalanan seterusnya.

Saddam berasa lega dan segera bergerak ke Perkampungan Oweinat di mana saudara lelakinya, Adham bekerja sebagai pengawal sekolah. Ketibaan Saddam disambut dengan linangan air mata oleh saudaranya. Setelah itu, Saddam dibawa bertemu teman-teman dan keluarganya di Ouja.

Perjalanan seterusnya adalah dari Ouja ke lokasi rahsia Parti Baath. Beliau diarahkan bergerak bersama anggota Baath dengan jip bersambung dengan keldai. Perjalanan penuh rahsia dan dramatik itu dilakukan pada waktu malam dan bersembunyi pada waktu siang.

Perjalanan itu amat memeritkan kerana mereka juga terpaksa minum air yang dicemari oleh najis binatang serta mengering air yang berpasir serta berulat. Apabila tiba di sempadan Syria, mereka berehat di gua dan menikmati takungan air bersih. Akhirnya mereka tiba di Damaskus, Syria dan berlindung di sana selama 6 bulan.

Pada 21 Februari 1960, Saddam bergerak meninggalkan kota Damaskus dan membuka lebaran baru di Kaherah. Parti Baath diperkukuhkan di situ dalam penuh kesukaran. Beliau sering diganggu dan digeledah sehingga satu hari beliau membuat pengaduan kepada pegawai tertinggi di pejabat presiden. Aduan tersebut telah menyelamatkan mereka dari gangguan serta penghinaan. Saddam pula dilantik memegang berbagai-bagai jawatan di Mesir.

Saddam Hussein kembali ke Iraq setelah Abd Karim Hussain digulingkan pada tahun 1963. Beliau terpaksa bekerja keras membentuk sebuah Parti Baath yang kuat. Beliau juga pernah dipenjara kerana disyaki cuba merampas kuasa.

Setelah keluar penjara, Saddam membeli senjata, kenderaan, dan rumah untuk markas operasi partinya setelah merancang rampasan kuasa. Bom dari letupan ikan dicipta untuk menyerang istana. Orang di dalam istana yang bakal membantu operasi rampasan kuasa tidak dapat membantu kerana dipindahkan. Rancangan rampasan kuasa dapat dihidu dan Saddam ditangkap sekali lagi.

Namun, Saddam dapat mengukuhkan pengaruhnya melalui pengawal-pengawal penjara yang bersekongkol dengan beliau.

Rancangan Saddam untuk melarikan diri dari penjara dapat dikesan. Beliau dan kumpulannya dipindahkan ke penjara lain serta menjalani sesi peras otak.

Beliau diberi kebenaran untuk dilawati oleh anaknya, Adi yang berusia enam bulan. Kesempatan tersebut beliau ambil dengan menyelitkan surat untuk Ahmad Hassan Bakar (agen Saddam) di celah-celah pakaian anaknya ketika memeluk bayi tersebut.

Saddam berjaya meracuni fikiran pengawal penjara dengan menyatakan bahawa mereka sama-sama menjadi mangsa penganiayaan. Maklumat yang diterima daripada rakan-rakan bahawa telah tiba masanya untuk merampas kuasa. Beliau meminta izin untuk memasuki sebuah kedai makan di Jalan Abu Nawas. Ketika dalam perjalanan pulang dari mahkamah, Saddam juga meyakinkan mereka dengan mencadangkan agar dua pengawal mengikut sama untuk mengawasi beliau. Setelah mendapat kelulusan, beliau memasuki pintu hadapan kedai tersebut. Saddam terus menuju ke pintu belakang dan menaiki kenderaan rakannya yang sedia menunggu lalu menghilangkan diri.

Pada 17 Julai 1968 Saddam bersama rakan-rakannya yang berpakaian tentera telah menyerang istana dengan kereta kebal. Saddam pula memegang senjatasenjata penting. Rampasan kuasa tersebut telah berjaya dilakukan tanpa banyak tentangan. Beliau kemudian memegang jawatan Perdana Menteri Iraq.

Perletakan jawatan Presiden oleh Hassan Bakar yang sering sakit telah memberi laluan kepada Saddam untuk mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Presiden Iraq. Sehari selepas itu, iaitu pada 17 Julai 1979 Saddam telah memberi taklimat pertama sebagai Presiden. Beliau juga memberi gelaran kepada Hassan Bakar sebagai Bapa dan Pejuang Agung.

Pada sambutan Hari Revolusi yang kesebelas, Saddam Hussein telah membuat penyiasatan terhadap komplot yang cuba menggulingkan pemerintah. Pembelot tersebut telah mendapat bantuan kewangan dari Syria sejak tahun 1975. Seramai 22 orang telah dijatuhi hukuman mati, 33 dihukum penjara dari 1 hingga 13 tahun serta 13 orang telah dibebaskan.

Saddam Hussein ialah nama yang sama sekali tidak dikenali oleh rakyat biasa. Namun, nama tersebut yang bermaksud pahlawan yang tabah cukup taat pada agama dan beliau bercita-cita untuk mencetak dan mengedar al-Quran serta membina beberapa buah masjid di Afrika, Asia, dan Amerika Latin. Beliau juga banyak bergerak dan meninjau kehidupan penduduk awam bagi melihat sendiri penderitaan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau juga amat menghormati orang yang mempunyai jawatan. Tidak pernah beliau menyebut nama orang itu dengan melupakan pangkat atau jawatan mereka. Contohnya, jika pangkat mereka Mejar atau Profesor maka Saddam pasti akan memulakan panggilan tersebut, kemudian diikuti dengan nama orang itu. Beliau juga sering menyatakan orang yang dekat denganku akan menjadi jauh. Itulah gambaran yang diberikan kepada orang yang sengaja melakukan kesalahan.

Saddam juga bijak menyesuaikan diri dengan angkatan tentera walaupun beliau tidak mempunyai asas ketenteraan sehingga beliau disenangi oleh semua peringkat tentera. Dari segi strategi peperangan, pandangan daripada pakar serta pegawai kanan tentera sentiasa diutamakan.

Tindakan Saddam membuat lawatan mengejut di sebuah desa yang bernama Mosul, di mana terdapat 30 keluarga yang beragama Kristian amat mengharukan mereka. Pendaratan helikopter Saddam pada 18 April 1980 di kampung tersebut untuk bertanya khabar dan mengambil tahu tentang masalah mereka mengikis persepsi buruk terhadap Islam. Dua orang paderi telah dihantar ke luar negara untuk menerima rawatan mata.

Begitu juga kunjungan mengejut yang dibuat oleh Saddam ke atas pengembala kambing, bersarapan bersama orang kampung di rumah mereka. Malah suatu hari beliau telah menumpangkan seorang budak yang seusia anaknya bernama Qussei untuk pergi ke sekolah.

Saya akan melawat sekolah anda bersama, ujar Saddam.

Budak tersebut sangat gembira kerana guru-guru dan rakan-rakan menyaksikan sendiri kehadirannya bersama Presiden Iraq. Begitulah juga ketika Saddam menyarung baju tradisional lalu menyamar dan melawat pasar yang menjual sayur dengan harga yang tinggi. Apabila beliau membuka pakaian luar dan menunjukkan dirinya yang sebenar, penduduk kampung ketakutan lalu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Namun, Saddam juga berjanji tidak akan mengapa-apakan mereka.

Kumpulan remaja lelaki dan wanita juga dijemput untuk menerangkan dan berbincang tentang kemerdekaan dan revolusi. Saddam Hussein mempunyai cara tersendiri untuk mengawal dan mentadbir kerajaannya. Pada peringkat awal, semua jawatan penting kerajaan dipegang olehnya. Namun, rata-rata rakyat Iraq melihat beliau sebagai pemimpin yang memegang dua watak, iaitu sebagai individu yang bersikap sederhana kepada orang awam tetapi merupakan pemimpin yang bersikap tegas dan berkarisma.

Beliau juga merupakan seorang ayah yang cukup penyayang terhadap anakanaknya. Beliau juga tidak membezabezakan anak-anaknya. Sebuah kelab telah ditubuhkan untuk membolehkan ahliahli Parti Baath berkumpul dan bermesra untuk mengurangkan tekanan kerja serta meningkatkan keakraban. Beliau juga seorang yang kuat bekerja. Walaupun pejabatnya begitu dekat dengan rumahnya tetapi beliau meletakkan sebuah katil di pejabat bagi merehatkan diri jika terpaksa bermalam di sana. Perang Iran/Iraq merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah Iraq. Perperangan terhadap sebuah negara yang tiga kali besar daripada Iraq merupakan detik paling sengit, apatah lagi, lapan tahun peperangan tidak membuahkan apa-apa.

Pada tahun 1984, Saddam Hussain telah membuat persiapan rapi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM). Pemilihannya sebagai pengerusi NAM adalah pencapaian tertinggi beliau bukan sahaja kerana beliau seorang ketua negara Arab yang sedang pesat membangun dan berkuasa, malah inspirasi beliau untuk bergiat aktif dalam politik dunia.

Pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang dibina bagi menyambut deligasi itu. Lapangan terbang baru, Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam dan pembinaan lebuh raya bawah tanah menuju ke tempat persidangan merupakan satu mercu tanda yang disiapkan bagi menghadapi persidangan tersebut.

Pembinaan bangunan-bangunan hebat di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam ke Hotel Rashead (bersempena nama Khalifah Abasyiah,

Harun al-Rasyid) mencerminkan ideologi

Beathis, iaitu gabungan Nasionalisma,

Arabisma, Modenisma, Militarisma, Sosialisma dan Megalomania. Saddam sebagai seorang diktator yang berwawasan jauh dan bercita-cita tinggi. Beliau bercitacita untuk mengembalikan kegemilangan kuasa politik negara Arab di zaman moden melalui pendekatan ketenteraan.

Beliau ingin mewarisi wawasan Presiden sebelumnya, iaitu untuk menggabungkan semua bangsa Arab dan menjadi kuasa besar. Impian ini tidak mustahil kerana kuasa minyak yang mereka miliki mampu menjana ekonomi dan menguasai dunia. Namun, syarat utama adalah mereka mesti mampu bercakap dalam bahasa, visi dan perjuangan yang sama serta menjadikan matlamat dan gerak kerja ke arah itu sebagai sesuatu yang konsisten.

Namun, Kamal hanya dapat menyatukan Mesir, Syiria dan Yamen Selatan melalui Pertubuhan Republik Arab Bersatu (UAR). Kegagalan usaha beliau adalah kerana negara-negara Arab yang lain untuk menerima kedaulatan Mesir yang gagal merampas semula Palestin melalui Peperangan Yomkipor pada tahun 1967.

Walau bagaimanapun, Saddam Hussain berpendapat bahawa untuk membantu negara Arab yang lain, maka Iraq mesti kuat dahulu. Pemikiran strategik beliau adalah negara Arab akan terus lemah jika ada yang berkompromi dengan menjalinkan hubungan dengan musuh mereka, iaitu

Israel.

Beliau percaya bahawa kekuatan tentera adalah keutamaan yang perlu diberi perhatian agar disegani musuh. Langkah awal beliau untuk membangunkan senjata nuklear telah terbantut apabila jet pejuang Israel telah membedil lojinya di Ossirak.

Saddam melihat tiga musuh utama bangsa Arab, iaitu Israel yang telah merampas wilayah Palestin. Kedua, Parsi yang menjadi musuh tradisi bangsa Arab dan ketiga ialah puak Kurdis yang cuba melemahkan dunia Arab dengan memohon pemisahan daripada Iraq.