ASKAR BERJALAN KAKI - 3
Tidak ada yang lebih manis dari melihat kejayaan terhadap apa yang di rancang sendiri. Kejayaan Eksepedisi berjalan kaki yang pertama telah mendorong aku untuk terus merancang bagi projek yang kedua iaitu Eksepedisi berbasikal . Aku memang tiada basikal. Aku. memang tiada basikal, tapi aku ada idea.

Cadangan bernas aku diberi reaksi pelbagai oleh rakan sekeliling. Ada yang menyokong dan mendoakan agar aku berjaya di dalam misi tersebut. Malah tidak kurang juga yang menyindir "Dah elok duduk rumah buat apa nak penatkan badan ".

Meraka hanya melihat aspek itu (penat badan). Tapi perjalanan yang berharga yang bakal diperolehi tidak mereka hayati. Aku tidak boleh paksa mereka untuk berfikiran sepertiku tetapi kita rugi dan tidak akan ke mana jika kita menyekat pemikiran kita sendiri. Bak kata bekas perdana menteri Singpura, Lee Kuan Yew kalau kita tidak bersedia untuk meninggalkan pantai kita tidak akan menemui pulau yang baru.

Ekspedisi pertama kami ialah ekspedisi berjalan kaki ke seluruh negeri Perak. Kami berjalan kaki seramai 4 orang iaitu Zulkifli, Zaki Wan dan aku sendiri. Ke empat-empat kami baru sahaja tamat peperiksaan SPM dan sedang menunggu peluang untuk bekerja atau belajar.

Bermula dari daerah Sabak Bernam menuju ke Slim River. Selama 2 hari kami tidur di sana iaitu di tepi kawasan air terjun.seram juga bila malamhari . apalagi apabila penduduk kampung menceritakan berbagai kejadian aneh yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

Namun kami buat tak tahu kerana jika terlalu terpengaruh dengan berbagai tahyul ,kemana pun tak boleh pergi. Seterusnya kami merentas negeri perak melalui Tanjung Malim.

Perjalanan kami terus ke Cameron Highland. Tidaklah kami berjalan sahaja sepanjang hari tetapi kami akan tumpang kenderaan yang lalu. Kami berpecah dalam 2 kumpulan.

Pernah satu masa kami telah menumpang sebuah kereta rakyat asing dari Britain. Jenuh kami menyusun ayat bahasa Inggeris untuk menyakinkan beliau bahawa kami sedang menjalankan ekspedisi.

Beliau bagi tumpang tetapi malu kami dibuatnya kerana dia balas dalam bahasa melayu. Rupanya beliau telah menetap di Malaysia sejak zaman British lagi dan bekerja sebagai saorang guru. Perjalanan kami seterusnya adalah ke Pulau Pangkor, iaitu pulau pelancungan yang amat terkenal. Pulau ini pernah menjadi destinasi pelancungan melalui pakej yang di tawarkan oleh sebuah program televisyen di Britain.

Aku sendiri terkejut dan kagum bila mengikuti program tersebut, nama pulau Pangkor di sebut sebagai salah satu hadiah yang di menangi oleh pasangan yang bertemu jodoh melalui rancangan blind date. Ketika itu aku sedang bercuti di sana dan menetap di apartment isteriku pada tahun 1997.

Itulah satu-satunya destinasi yang kami tuju dengan mengeluarkan duit tambang. Sebelum ini kami tumpang secara percuma. Ekspedisi selama 7 hari itu telah memberi banyak pengalaman serta kekuatan mental kepada kami. Kami berazam untuk melakukan ekspedisi berbasikal pula ke arah selatan.

Pada tahun 1987, selepas lulus temuduga Pegawai Kadet, aku menjadi master mind lagi bagi ekspedisi seterusnya. Pada mulanya ramai yang hendak ikut serta. Tapi biasalah, bila hati kecil dan jiwa kecil benda yang mudah pun akan menjadi payah. Namun aku berjaya mempergaruhi tujuh dari mereka untuk menjayakan program tersebut.

Matlamatnya adalah untuk menjayakan ekspedisi tersebut dan aku meletakkan azam untuk menjadikan misi kali ini lebih berjaya dan cemerlang. Destinasi yang aku pilih ialah Teluk Kemang jaraknya lebih 300km dari Sabak Bernam.

Tugas pertama adalah mendapat kebenaran dari orang tua dan mencari basikal. Aku sendiri menghadapi masalah bagi menyelesaikan kedua masalah tersebut. Tapi aku mesti positif dan kena cari jalan untuk selesaikan masalah tersebut. Basikal aku pinjam dari jiran . Basikal lumba dah botak tayarnya.

Keluargaku tidak begitu yakin dengan aku untuk berbasikal sejauh itu. Tapi aku menggunakan segala kemahiran ku untuk memujuk. Bila pujukan tidak mendatangkan hasil maka aku terpaksa menggunakan tipu helah.

Kataku Ekspedisi ini hanya sejauh lebih kurang 60 KM sahaja iaitu di daerah Kuala Selangor. Akhirnya mereka setuju tanpa mengesyaki niat ku. Aku membuat kertas kerja untuk Ekspedisi ini dan menghantar kepada Wakil Rakyat yang rumahnya hanya 2 KM dari rumahku.

Wakil Rakyat tersebut digelar sebagai Encik Yusuf tidak begitu senang dengan cadanganku. Walaupun aku tahu ia mampu menyokong untuk aktiviti remaja ini tapi dia nampaknya tidak bersedia.

Aku cukup kecewa dengan sikap beliau. Macam manalah agaknya generasi muda hendak membina Jati Diri jika usaha murni sebegini dipandang remeh oleh oleh orang yang berkuasa seperti beliau .

Mungkin beliau melihat sebagai rugi menyumbang atau menyokong aktiviti yang tidak popular ini. Aku terima cabaran ini dan berazam untuk membuktikan kejayaan Eksepedisi.

Masalah ke dua aku hadapi ialah penyertaan dari tujuh orang yang berkobar-kobar hendak menyertai ekspedisi tersebut. Seperti yang aku sangkakan mereka menarik diri pada saat akhir. Hanya tinggal dua orang sahaja iaitu aku dan temanku yang aku panggil Lan sahaja. Itu pun puas aku pujuk agar dia jangan undur diri pulak.

Pergerakan kami adalah pada Hari Raya Haji yang kedua (Tahun 1987). Atas semangat berkobar-kobar untuk menjayakannya aku melangkah keluar dari rumah untuk melakar satu lagi catatan sejarah dalam hidupku.

Awal pagi aku bangun dan terus bersiap . Selepas solat subuh dan berdoa aku pun tunggu Lan di simpang empat iaitu seperti yang dijanjikan. Limabelas minit tunggu dia tak muncul . Aku mula risau eh tak jadi ke dia ni Bergegas aku ke rumahnya. Rupanya dia dia belum bangun. Aku merungut panjang dan suruh dia bersiap.

Dia memang 50-50 masa itu samada nak pergi atau tidak . Katanya " kita jadi ke pergi" aku marah dia lagi dan menyuruhnya bersiap segera.

Lebih kurang Jam 0715 kami bertolak ke pekan Sg.Besar dan terus ke Sekinchan penat juga mengayuh. Maklumlah tak berlatih tapi terus mengembara pada jarak yang jauh.

Kesibukan lalulintas dan keindahan pemandangan sawah di kiri dan kanan jalan menyebabkan kami tidak rasa letih. Orang ramai masih beraya lagi. Meriah juga.

Peringkat awal aku cukup seronok mengayuh basikal yang aku pinjam dari orang kampung. Cuaca memanglah panas tapi banyak gerai di kiri dan kanan . Aku membawa bekalan biskut kering dan RM 75.00. Setiap Balai Polis yang kami lalui akan kami singgah untuk mendapatkan tandatangan.

Bukan apa, cuma sebagai pengesahan bahawa kami dah sampai di kawasan tersebut dan sebagai langkah keselamatan. Di balai polis Sekinchan anggota polis yang bertugas telah perli kami entah-entah sampai jambatan Kuala Selangor pun dan pancit.

Pada hari tersebut kami cuma mengayuh basikal hingga ke Klang sahaja. Di mana nak tidur Hotel tentu kami tidak mampu. Tiada saudara dan kenalan di sekitar kawasan tersebut. Kami ambil keputusan untuk tidur di sebuah masjid di pekan Klang Lama.

Lepas isyak kami buka pakaian dan mencari tempat berbaring di kaki lima masjid sebab pintu masjid telah telah dikunci. Pakcik yang menjaga masjid tu menasihatkan kami agar berhati-hati kerana di situ sering berlaku kecurian. Ada seorang lagi musafir yang tumpang tidur di masjid tersebut.

Pada malam itu kami cukup letih dan terlena awal. Walaupun nyamuk terlalu banyak tak kami hiraukan. Sebab besok nak teruskan perjalanan. Satu insiden yang tidak disenangi telah berlaku. Lelaki yang musafir itu rupanya seorang gay .

Dia cuba mengangu kawan aku (Lan) . Lan terkejut aku dah minta tolong kami mengalihkan tempat tidur kami sambil memberi amaran jangan ganggu kami. Dahlah buruk muka, perangai pun buruk juga.

Pagi esoknya selepas solat subuh Lan mintak agar perjalanan seterusnya dibatalkan dan mencadangkan agar kami balik saja ke Sabak Bernam. Dia sangat letih dan semua otot dah kejang.

Aku pun begitu memang tak terdaya tapi tiba -tiba aku mendapat semangat baru. Aku memikirkan sikap Wakil Rakyat yang ketawa sinis bila aku beritahunya tentang ekspedisi ini.

Dan aku teringat kata-kata anggota polis di Balai Polis Sekincan yang megejek aku "entah-entah kat jambatan Kuala Selangor basikal kamu dah pancit. Tanggapan negatif mereka meniup semangat ku untuk menghabiskan eksepedisi ini.

Aku pujuk Lan agar teruskan ekspedisi ini. Untuk memujuknya, aku katakan padanya "Kita sampai Pantai Remis Sahaja" lepasi tu kita balik. Dia setuju dengan cadangan aku. Tetapi bila dah sampai di Pantai Remis aku mendesak agar kami tidak putus asa. Alang-alang dah sampai pantai Remis elok lalu di depan rumah keluarga Sidek di Banting Selangor yang cukup masyhur pada ketika itu.

Melihat gelangangnya saja dah membuat aku kagum dan bersemangat. Gelangang ini telah melahirkan jaguh Badminton dunia.Tak lama di situ kami pun menyusur jalan ke arah Lukut dan akhirnya pada Jam 1745 kami sampai di pekan Port Dickson . Wow..! meriah sekali pekan Port Dikson seolah-olah menyambut kami "Wira Kampung". Cis, perasan.!

Rupanya pesta Port Dickson sedang diraikan di sini dan ramai sungguh pengujung luar yang datang bercuti. Lepas makan dan melepaskan dahaga kami kayuh sedikit lagi ke Teluk Kemang dan singgah di masjid lama Teluk Kemang.

Sebelum itu kami lalui kem tentera di Batu 5. Kem itu sangat luas dan merupakan pusat latihan tentera. Tak sangka Kem Askar yang kami lalui itu rupanya menjadi salah satu tempat aku bertugas selepas memasuki dunia ketenteraan.

Di masjid ini Jemaah yang hadir seperti telah biasa menerima tetamu. Kehadiran kami diraikan. Ada sebuah rumah dekat masjid tersebut menghantar makanan untuk kami dan seorang pakcik yang turut sama tinggal di masjid ini. Mungkin terlalu peribadi untuk kami tanya latar belakang dan kenapa beliau tinggal di mesjid itu. Kami bukak cerita lain saja.

Malam itu kami cukup keletihan tapi cukup puas kerana berjaya sampai ke distinasi yang kami sasarkan sebelum ini. Biar apa pun kami telah berjaya menghadapi separuh daripada cabaran ini. Secara sindiran teman seperjuanganku, Lan pula mengejek cara aku memberi dorongan agar kami terus mengayuh.

Sepanjang perjalanan berbagai aksi lucu aku lakukan agar tidak merasa penat dan bosan . Aku bukanlah seorang pemimpin yang hebat tapi sekurang-kurangnya nilai kepimpinan dalam diriku terserlah apabila aku berjaya memujuk diriku dan Lan untuk tidak mengaku kalah.

Angin laut cukup deras pagi itu dan cuaca mendung seolah-olah hari akan hujan .Tapi kami tetap bersiap untuk berangkat balik .Sambil bersalaman dengan pakcik di masjid itu kami pun memohon diri .

Sempat juga pakcik tersebut menyumbang nasihat kepada kami iaitu pertama jangan lupa berdoa tiap-tiap kali keluar rumah dan yang kedua jangan lupa simpan duit katanya "pendapatan itu tidak penting, tetapi yang penting berapa banyak kita simpan.

Kata-kata beliau amat mendalam buatku dan menjadikan sebagai azimat untuk menghadapi hari mendatang. Sebelum bertolak kami mendapatkan tandatangan dan cop dari balai polis Telok Kemang.

Dalam perjalanan balik, kami mengunakan laluan yang sama cuma ia terasa cepat sedikit sebab kami telah melaluinya sebelum ini. Kami tidur sekali lagi di masjid di Kelang tapi kali ini di masjid yang lain pulak. Alhamdullillah tiada ganguan kali ini .

Besoknya awal pagi kami bertolak balik ke Sabak Bernam. Sempat kami singgah di Balai Polis Sekincan. Bukan apa, nak bagi tahu pada polis yang mentertawakan impian kami sebelum ini. Kebetulan dia memang bertugas di kaunter.

Dia hanya ketawa kecil bila melihat buku kami yang terdapat cop Balai Polis Telok Kemang. Mesej yang ingin aku sampaikan ialah jangan pandang rendah (Under astimate) kebolehan orang. Aku sendiri tak tahu kemampuan sendiri tapi kena cuba baru tahu di mana kedudukan kita. Never Say No.

Jam 1930 kami tiba di pekan Sg.Besar iaitu lebih kurang 8 batu dari rumah kami. selepas solat maghrib kami nekad untuk meneruskan perjalanan walaupun tiada lampu basikal . Harap pada lampu jalan yang jarang -jarang dan cahaya lampu kenderaan yang lalu lalang. Aku amat bersyukur sebab dah sampai setakat ini.

Tiba-tiba tayar basikal kawanku yang sejak dari hari pertama lagi botak, pancit. Mana ada kedai basikal pada masa ini. Kami ambil keputusan untuk bertenggek pada satu basikal dan meneruskan perjalanan.

Di sini semangat setia kawan teruji. Kami tetap gembira kerana telah hampir ke penghujung ekspedisi. Jam 2100 kami sampai betul-betul di depan rumah aku. Selepas meletakkan basikal yang pancit itu aku menghantar Lan ke rumahnya dan berjanji untuk berjumpa balik besok petang .

Kami berpelukan tanda gembira dan puas. Bersyukur pada Allah kerana tiada kecederaan atau kemalangan yang kami alami. Sampai di rumah semua adik beradik ku bertanya tentang pengalaman ku. Mereka yang pada mulanya tidak percaya tapi akhirnya tumpang seronok dengan ceritaku. Tambahan pula aku menceritakan beberapa adegan lucu yang kami alami di sepanjang perjalanan.

Cabaran tersebut benar-benar menjadikan kami kuat, lasak dan bermotivasi tinggi .Aku berharap akan dapat melakukan lagi aktiviti sedemikian. Rakan -rakan aku yang berundur diri di saat akhir agak terkilan kerana tidak menyertai ekspedisi. Aku berharap mereka akan berpeluang untuk mengambil bahagian pada cabaran yang akan datang.

Aku tidak bercadang untuk bertemu dengan Wakil Rakyat di tempatku itu sebab dia pasti akan tersinggung dengan kejayaan aku ini . Biar orang lain tidak iktiraf pencapaian ini. Asalkan aku mendapat nikmat pengalaman dan pengajaran dari eksepedisi ini.

Kita hanya teruji apabila kita berhadapan dengan cabaran. Dan cabaran adalah satu landasan untuk meningkatkan daya saing dalam diri kita. Kita mestilah mempunyai jati diri yang kuat kerana kekuatan dalaman inilah yang akan menggerakkan kita ke arah matlamat yang telah kita sendiri tentukan.

Ketewasan kita adalah pakatan sulit diri kita. Kita belum kalah selagi kita tidak kata kita kalah. Kalau kita melihat kegalan itu sebagai satu proses untuk mencapai matlamat, maka kita akan rasakan setiap hari dalam hidup ini amat menyeronokkan.

Kita juga mesti kreatif untuk mencari peluang-peluang baru. Orang yang kreatif akan membina bukan menghapus. Orang yang kreatif juga akan melihat sesuatu dari pelbagai sudut.

Untuk menjadi kreatif mestilah ada syarat iaitu, pertama kita jangan terkongkong pada logik fikiran. Kedua, kita mesti berani bergerak dan mencetus idea dan syarat ketiga adalah, kita jangan fikir nilai terhadap apa yang kita fikirkan pada peringkat awal. Semoga ramai lagi remaja kreatif akan muncul dalam masyarakat kita.