Di halaman rumah tulah... di mana lagi!
Hari kan dah senja, kenapa dibiarkan saja budak tu di luar.
Abah tahulah, Ayu tu kan degil.
Pak Dek tersenyum, dan di dalam senyumnya dia terlihat wajah Ayu yang mungil. Dia cucu yang baik, satu-satunya cucu yang ada dan Pak Dek adalah datuk, sekaligus ayah kepada Ayu.
Ayu sayang, buat apa tu... kan mak panggil masuk.
Ayu taulah tuk...hari dah senja, mak ni sibuk je. Ayu memuncung, menarik tawa Pak Dek yang segera tersenyum.
Sayang... tak baik cakap macam tu dekat mak. Ayu tahulah, tapi Ayu nak main dengan kawan Ayu!
Pak Dek menarik nafas. Dia angguk, namun dia 21
cukup mengerti. Walaupun pelik tetapi itu adalah kenyataan. Perkara ini tidak mustahil dan dia merestui di dalam keraguan. Pak Dek tebayangkan wajah arwah Agus, kerana suatu ketika dahulu Agus pun pernah ditemui berbual dengan labah-labah.
Tuk ni sibuklah... Ayu cakap dengan labah- labah tu, cuba tuk tengok cantik tak
Cantik sayang... tapi hari dah malam. Besok main lagi ye!
Ayu angguk. Dia anak kecil yang taat dan boleh mendengar kata. Dia tidak membantah apabila Pak Dek menyambut lalu tubuhnya dicempung.
Tuk sayang Ayu tak
Pak Dek mati langkah. Wajah cucu tunggalnya direnung dalam-dalam. Ada sesuatu yang tergambar di kornea anak kecil itu. Ya, ada sesuatu yang tersembunyi. Terlalu halus sehingga Pak Dek tidak dapat mengesannya.
Tuk sayang Ayu tak Suara kecil itu mula besar kali ini.
Er... sa... sayang! Mestilah atuk sayang! Kan ke Ayu ni cucu atuk seorang!
Kalau tuk sayang Ayu... Tuk mesti sayang labah-labah tau!
Pak Dek terpukul.
Tau tuk
Mestilah! Pak Dek sengih. Kan ke dulu, labah-labah tolong sembunyikan Nabi Muhammad! Hah... Ayu sayang tuk! Ayu sayang labah- labah... Ayu sayang mak... semua Ayu sayang!
Cuma ayah saja yang kau tak sebut, kerana kau tak pernah mengenalinya! Pak Dek tidak sedar, ada air bening di kelopak matanya. Lalu, didakap anak kecil itu rapat ke dadanya. Manakala Ayu melentukkan ke22
pala ke bahu Pak Dek penuh manja, mengharap belas dan pengertian.
Sejak tadi Aton hanya memerhatikan gelagat ayahnya bersama cucu. Dia akui betapa manja Ayu terhadap datuknya. Air mata mengalir lesu, ada kehitaman di sebalik keputihan hidup Ayu. Aton mengesat pelupuk mata, cuba menghindar daripada dikesan oleh Pak Dek yang sudah pun melangkah ke serambi.
Aton dapat melihat wajah ayahnya dengan jelas, dan dia terlihat kaca-kaca pilu bercanda di kornea tua itu. Aton tahu ayahnya menangis tetapi tidak tahu apa puncanya.
Adakah kerana Ayu
Atau, adakah kerana tahu rahsia silam mengenai kelahiran Ayu
Atau... dia sendiri tidak tahu!
Ayu sayang labah-labah....
Kata-kata Ayu mencuri masuk ke dalam gegendang telinga. Aton menelan liur. Perkataan labah- labah amat sensitif. Ada sesuatu yang mencarik hatinya. Wajah Agus menjelma, menari di dalam pentas hati Aton. Tarian Agus itu bagaikan mengajak dirinya agar menari bersama. Bagaikan ada irama yang syahdu liriknya, membuai hati Aton sehingga dirinya bagaikan terawang ke dalam dunia asing.
Black widow namaku di nyata alam
Dicipta hodoh lagikan hitam
Mengapa kezaliman dianggap berbisa
Tetapi, keturunanku berkeliaran jua...
Tidak! Jeritannya menyentak Pak Dek, sekaligus menyentak dirinya sendiri. Aton menelan liur. Ada igau-igau di dalam dirinya.23
Kenapa Aton Pak Dek sudah pun terpaku di depannya.
Mak! Kenapa mak Suara halus Ayu bagaikan sama dengan suara nyanyian yang didengamya sebentar tadi.
Aton panik.
Kenapa Aton
Wajah Aton bertukar lesu. Ada suram di bang romanya, tetapi yang pasti matanya bersinar bagai ada sesuatu yang membakar. Senja itu rumah Pak Dek kelam-kabut.
MASA terus berlalu. Peristiwa lalu tersimpan dalam lipatan menjadi sejarah. Manakala hidup hari ini perlu diteruskan sebagaimana fitrahnya. Bagi manusia sejagat, selagi ada bumi dipijak dan selagi ada langit dijunjung, selagi itulah keperluan insaniah perlu diisi.
Begitu juga dengan Aton. Pagi itu sebagaimana fitrahnya mentari tetap setia di dada langit. Setelah kokok ayam tunggal memecah alam, mentari semakin hampir di jendela timur. Dan, apabila fajar menyingsing, mentari mula menebarkan cahayanya.
Aton mengerdip apabila cahaya lembut keemasan menyapa wajahnya. Aton bangun awal pagi itu, tetapi rupa-rupanya Ayu lebih dahulu. Anak kecil itu sedang leka di taman, seperti lazimnya berbual-bual dengan temannya.
Hati Aton berdegup, kisah silam hadir lagi dan wajah arwah Agus menjelma. Lembaran lipatan sejarah mengasak benaknya.
Dipejamkan matanya untuk membenam kenangan silam itu. Dia lega. Ah... semua itu telah berlalu. Peristiwa itu tidak akan hadir lagi, bisik Aton 24
memujuk perasaannya. Lalu, Aton segera turun, perlahan-lahan menghampiri Ayu.
Ayu....
Ya mak!
Buat apa tu... mari naik.
Sekejap. Ayu sedang bercakap dengan kawan Ayu ini!
Aton senyum. Cepat pergi naik sayang! Hari ini hari besar. Ayu kan nak berkhatan!
Apa tu mak
Hari besar! Itu menandakan Ayu dah besar!
Ayu mencebik.
Cepat sayang... pergi mandi! Pergi kejut tuk kalau tuk tidur!
Anak kecil itu bingkas dan terus berlari riang. Dari dalam rumah suaranya memecah hingga ke laman. Alangkah ceria keadaan, dan kepetahan Ayu amat menambat hati Aton.
Tetapi, di sebalik keceriaan, ada satu kekelaman. Sejarah! Ya, sejarah tidak mungkin bertukar. Dan Aton, dia tidak ada kuasa untuk memutar alam agar peristiwa silam bertukar menjadi luhur.
Kelahiran manusia sendiri adalah sejarah. Begitu juga dengan kelahiran Ayu. Kelahirannya adalah ke-abadian cinta. Cinta itu sendiri lahir daripada naluri yang digerakkan. Mengenangkannya dia pasrah.
Tanpa sedar hari telah menggalah. Aton kelam- kabut menyiapkan persediaan hari besar anaknya. Lalu, dia menghilang ke bilik air mengambil wuduk untuk bersembahyang Zuhur.
Lepas zuhur nanti upacara hari besar akan bermula untuk satu-satunya anak, untuk satu-satunya cucu kepada Neng Jenab dan Pak Dek. Setelah selesai mengambil wuduk, Aton bergegas ke biliknya untuk 25
bersembahyang.
Aton akur dengan peraturan itu, dia perlu bersegera. Selesai salam kedua, Aton dikejutkan dengan kehadiran Neng Jenab di belakangnya.
Aton... siap-siaplah... nanti, apabila jemputan datang, boleh segera kita jalankan upacara! Suara ibunya pecah di serambi.
Aton bingkas, membetulkan rambut sebelum ke almari mencari persalinan yang terbaik untuk dipakai semasa upacara berkhatan nanti.
PAK DEK duduk di kerusi malasnya di serambi sambil terkekeh ketawa. Dia kelucuan melihat rakaman potret semasa upacara berkhatan. Dan, sedang dia asyik menatap album, wajahnya tiba-tiba mendung.
Neng Jenab yang muncul di sebelah suaminya turut terpempan. Mereka saling berpandangan. Kemudian, dua pasang mata itu beralih menombak kornea mata Aton. Dan Aton, dia menjungkit bahu.
Gambarnya cantik... tapi heran... macam mana boleh ada gambar pula
Aton diam dan Pak Dek melongo. Neng Jenab masih melopong dan kini, soalan yang diutarakan sebentar tadi, diajukan pula kepada dirinya sendiri. Bagaimana wajah Ayu boleh menjelma di dalam kertas foto kali ini sedangkan sebelum ini tidak pemah berjaya untuk dirakamkan
Heran ye... kali ini wajah Ayu amat jelas sekali! Neng Jenab juga yang bersuara sedangkan Pak Dek mengecilkan mata mencari kepastian.
Ayu! Nama itu meloncat keluar daripada mulut Pak Dek tanpa sedar, dan di dalam kekalutan itu 26
matanya menangkap sesusuk tubuh yang terdampar.
Ayu!
Tiga kujur tubuh sekaligus bingkas, berlari mendapatkan Ayu yang terkulai di laman.
Tengok tu bang! Neng Jenab diterpa kegusaran.
Mata Pak Dek segera terhumban ke arah yang ditunjukkan dan di sisi Ayu, berkeliaran beberapa ekor labah-labah hitam.
Aton memejam mata.
Neng Jenab cuba mengusir labah-labah itu tetapi segera dihalang oleh Pak Dek.
Jangan!
Dan, bagaikan ada kuasa ghaib, tubuh Ayu mula bergerak perlahan-lahan dan kelopak matanya ter-buka.
Tuk... Suara kecil itu kedengaran sayu.
Ya... sayang! Ya... tuk ada di sini!
Tubuh kecil itu segera dirangkul, dan Neng Jenab menarik nafas lega.
Aton masih kaku di laman dan apabila kelibat Pak Dek menghilang ke dalam rumah, baru dia menarik nafas.
Dia merenung labah-labah hitam yang masih berkeliaran.27