SAYA BUKAN FANATIK - 3
Semasa zaman jahiliah dulu, saya sering menjadi mangsa fesyen. Saya terlalu taksub dengan apa orang sekeliling kata sampai pekakkan telinga kepada apa yang Tuhan kata.

Memang dari kecil, saya tahu bahawa memakai tudung tu wajib tapi selalu beri alasan belum bersedia. Saya masih muda, maka merasakan masih ada masa untuk bertaubat dan menutup kepala sebelum mati.

Ketika itu juga pemahaman saya mengenai hijab adalah hanya perlu menutup rambut. Memang anggapan saya tu amat meleset. Sebagai wanita Muslim, kita bukannya wajib menutup kepala tetapi aurat. Besar perbezaannya tu.

Apakah maksud aurat Dalam Bahasa Inggeris, maksud aurat adalah:

Awrah (Arabic: ) is a term used within

Islam which denotes the intimate parts of the body, for both men and women, which must be covered with clothing.

Maksudnya dalam Bahasa Malaysia secara ringkasnya, aurat adalah anggota badan yang intim dan wajib ditutup dengan pakaian. Anggota badan yang intim bukanlah bermakna anggota sulit sahaja tetapi merangkumi kawasan yang lebih luas.

Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai aurat mereka tersendiri. Bagi lelaki, auratnya antara pusat dan lutut.

Bagi wanita pulak, aurat kita adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka.

Sabda Rasulullah kepada Asma binti Abu Bakar (maksudnya), Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.

Riwayat Abu Daud

Hadis ini terang menyatakan di manakah aurat wanita tetapi sayangnya, kebanyakan kita mengambil ringan perkara ini. Ada yang memakai tudung tetapi tidak menutup kaki. Ada yang memakai tudung tetapi berlengan pendek atau berpakaian ketat seperti sarung nangka. Persoalannya, kenapa Adakah kita tidak tahu atau pura-pura buat tak tahu

Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.

Riwayat Muslim

Ada juga yang cuba mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa mereka telah pun menutup kepala dengan sempurna. Jadi, kalau tak pakai stoking pun tak apa.

Masalahnya ialah bukan pasal pakai stoking. Menutup aurat bermaksud menutup bahagian badan yang tidak patut ditunjukkan kepada orang yang tak layak melihatnya. Menutup kaki tidak semesti memakai stoking. Sekiranya kasut tersebut menutup kaki secara keseluruhan maka aurat sudah dianggap tertutup.

Sekiranya kita mendedahkan kaki kepada khalayak ramai, sama jugalah seperti tidak memakai tudung di kepala. Ini kerana kita telah mendedahkan aurat.

Sebagai contoh, satu bungkusan yang berbalut, tidak kira bahagian mana dikoyakkan, bungkusan tersebut kita anggap sudah dibuka. Sama juga aurat. Tidak kira bahagian mana yang didedahkan, ianya dianggap telah pun terdedah.

Saya pun bukanlah seorang yang alim. Bagi saya, sekiranya hendak mengaku Muslim, maka harus mengikut dengan betul ajaran di dalam Quran dan juga ajaran Nabi kita, Muhammad SAW. Sekiranya saya mengaku Muslim tetapi tidak mengikut caracara Islam, itu namanya hipokrit.

Islam itu indah. Tujuan wanita disuruh menutup aurat bukan dengan niat untuk mengongkong atau menghukum seperti yang dituduh oleh dunia barat. Dalam Islam, status wanita amat tinggi sehingga Allah SWT meletakkan syurga di bawah tapak kaki ibu.

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati

Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa

Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa

Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi

Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Bahkan, di dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW, baginda telah berpesan secara jelas agar kaum wanita harus dilayan dengan baik.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah- lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Petikan dari khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW, 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah, Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wanita pada zaman jahiliah telah diperlakukan sebagai objek seks hanya untuk memenuhi nafsu lelaki. Wanita ketika itu tidak dihormati dan tidak langsung diberi sebarang hak.

Islam telah menaikkan martabat wanita, kenapa kita sekarang bersusah payah mengembalikan martabat wanita ke zaman jahiliah Adakah kita suka dianggap sebagai objek

The Wise Owl pernah menerangkan, tujuan wanita disuruh menutup aurat dari pandangan bukan mahram adalah kerana wanita itu seperti berlian yang bersinar. Wanita itu istimewa dan harus dilindungi dari orang-orang yang tidak layak menatap atau menyentuhnya. Berlian yang cantik, mahal dan bersinar-sinar juga akan pudar dan menjadi kusam apabila terlampau ramai orang memegangnya secara rambang.

Jadi persoalan cepumas yang selanjutnya, siapakah orang-orang yang layak menatap aurat kita

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau perempuan; kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Surah An Nur 24:31

Tuhan sendiri telah memutuskan siapa yang layak menatap kecantikan kita. Jadi kenapa merendahkan diri dengan membenarkan orangorang yang tak layak untuk menengok kecantikan kita

Adakah kita tidak cukup istimewa Adakah kita suka diperagakan seperti satu objek yang tiada nilai Pepatah Melayu berkata, tepuk dada tanyalah selera. Setiap wanita harus bertanya dirinya sendiri, apakah harga dirinya How we treat ourselves will be as how others will treat us. Let us be treated with the utmost respect that we deserve.