There is one quote, There will always be sunshine after the rain. Dalam kes aku, bukan setakat hujan badai tapi guruh petir, angin taufan semua ada. Aku tetap boleh tersenyum, walau apa yang terjadi dalam hidup ini hampir sepenuhnya tak mampu dikongsi dengan sesiapa. Tapi aku teringin nak menulis supaya mana tahu, esok lusa ada juga rasa yang sama.
Minggu lepas, kecoh tentang seorang menteri yang punya kuasa di Kota Lumpur cuba menghapuskan gelandangan dan juga sesiapa sahaja membantu dengan memberi makanan. Alasannya, nanti kotaraya
kita kotor. Kononnya, ini hanya untuk membersihkan tanahair kita. Terbaca status seorang gadis biasa yang pernah menjadi sukarelawan Soup Kitchen membidas secara terbuka kenyataan menteri. It was a well written statement, menjelaskan apa peranan kita semua. This is only my two cents, you can never speak on behalf of the homeless if you never became one. Jom kita mudahkan. Duit dan kuasa dalam kamus politik negara didefinisikan sebagai tanggungjawab. Seperti contoh, menteri dari bidang lain diberi kuasa dan tender projek ternak lembu negara sedangkan menteri tersebut pegang lembu pun tak pernah. Sesungguhnya orang yang tak meminati mana-mana parti politik macam aku memang tak heran langsung dengan all these political shit. Tapi yang buat aku tertarik adalah bila baca most of freedom of speech manusia di Twitter, persoalkan kenapa homeless itu homeless.
Kan ada banyak kerja. Kenapa tak kerja Kalau ada usaha, mesti tak jadi homeless. Mesti sebab malas nak kerja. Miskin bukan alasan.
Orang lain pun susah jugak. Tapi kenapa nak jadi homeless
Ada homeless yang jadi homeless bukan sebab duit dan makanan. Ada homeless menjadi homeless disebabkan perangai masyarakat sendiri. Ada yang dibuang keluarga. Ada yang rasa putus asa sebab tak berguna, bodoh, menyusahkan. Ada juga yang kena tinggal dengan jantan durjana, dibuang keluarga, tak tahu nak mula dari mana sebab keliling semua menghina.
Aku lahir dalam muzium, Mak bekerja di kantin. Ayah pula seorang kerani sekolah dan penulis separuh masa. Masa berubah, perasaan berubah, akal fikiran manusia pun berubah. Cuma merasa kejap saja kemanisan zaman kanak-kanak sebelum aku dan Mak dihalau keluar rumah
23
dan terpaksa tidur di bangku kantin sekolah setiap hari. Adakah aku homeless
Untunglah, masih ada kantin tempat Mak bekerja. Merasa juga ditutup bumbung walau bertilamkan bangku kayu kantin yang keras setiap malam. Mak tak pernah gagal mengipas aku dari nyamuk sambil tersengguk-sengguk dalam tidur duduknya. Makan minum semuanya dari lebihan makanan kantin. Kadang-kadang, merasa juga ikan segar dari sedekah Pak Cik Seman bila dia balik dari laut. Setiap pukul 5 pagi, aku akan bangun menolong Mak gentel kuih, letak dalam besen dan lintas jalan untuk mula menjual. Mak masih ingat lagi aku pernah cakap, Mintak-mintak tak kena langgar kereta kan Mak. Nanti berterabur kuih kita siapa nak kutip Mak balas dengan raut wajah tenang, senyum sambil pegang erat tangan aku. Sebelah lagi junjung besen penuh kuih. Naifnya aku, tak terfikir apa dalam hati Mak waktu itu.
Terpaksa dibesarkan dalam suasana sempit tanpa pilihan membuatkan aku cukup matang sebelum tiba umur yang sepatutnya. Aku pernah diculik beberapa kali ke Melaka-KL. Hidup macam tak tentu arah sepanjang membesar sehingga perasaan diculik tu dah lali sewaktu cukup 7 tahun. Aku menangis tapi disuruh diam dengan betik disumbat dalam mulut.
Bila ditetapkan untuk pindah KL, ingatkan hidup akan berubah. Mula-mula saja dikasih, disayang dan dimanja. Tapi macam biasa, masa berubah, perasaan berubah, dan akal fikiran manusia pun berubah. Aku dipanggil anak anjing, dihina pagi petang siang malam. Selalu diingatkan yang aku cuma merempat dan menumpang teduh.
Adakah itu masih belum cukup layak digelar homeless
Homeless bukannya sekadar fizikal, keperluan dan makan pakai, tapi juga homeless dari segi emosi.
Satu rasa seperti tak dipunyai sesiapa dalam dunia. Homeless yang bukan pada mata kasar, tapi pada hakikat kemanusiaannya. Mujur ada Mak, buat aku kuat mengadap homeless aku tiap-tiap hari. Dengan duit RM3.60, masih boleh lagi kongsi mee celup anak-beranak. Masih gelak, masih tidur berpelukan. Hidup akhir zaman memang mudah. Ada kuasa, ada duit, semua boleh jalan. Percayalah, bukan semua gelandangan pilih untuk menjadi homeless. Apalah sangat setakat beri makan pakai yang tak seberapa pada pengemis jika dibezakan dengan duit berkepuk dalam poket menteri Tangan memberi lebih baik dari yang menerima. Kenapalah kita suka persoal kesusahan sedangkan lebih elok diam dan menghulur. Kalau tak mampu bantu untuk menyenangkan, lebih elok kalau tak menyusahkan.
Aku tak pernah cakap yang semua orang berduit, ada nama dan kuasa itu tak baik. Ada hikmah juga melalui hidup sebegini rupa supaya aku dapat melintasi hidup manusia-manusia yang bukan cuma kaya harta, tapi ada budi bahasa. Sewaktu berumur 21 tahun, aku bekerja sebagai supervisor PappaRich di Fahrenheit88. Kebanyakan pelanggan adalah socialite Kuala Lumpur, model-model dan selebriti. My regular customer was Bernard Chandran. Kadang-kadang dia turun dari butik dengan isteri dan anaknya yang duadua cantik. I always adore people who come and go into the PappaRich everyday. Bernard Chandran adalah seorang pereka fesyen dunia yang sememangnya mengharumkan nama Malaysia. I always admire his personality bila panggil waiter untuk ambil order. Bila waiter Myanmar tak faham, dia akan panggil aku untuk jelaskan apa dia nak.
Uncle nak lime juice, please I know it is not in the menu, but can you make it for me
Sure, the green lime not the lemon right
Yes, correct. Siapa nama
Awin.
Thank you very much Awin, sambil melemparkan senyum tanda terima kasih.
Begitulah dia setiap kali datang ke kedai. Aku akan buatkan lime juice yang sama seperti yang dia suka, walaupun minuman diminta tak pernah ada dalam menu PappaRich. Dia akan tinggalkan tips, dan tips itu diberi sorok-sorok pada pekerja Myanmar yang lain. His kindness made me realized throughout this life that you dont have to be arrogant to be success.
Berbalik pada cerita homeless, Mak selalu ingatkan yang kami hidup menumpang. Kalau dia mati, aku kena cepat-cepat tinggalkan rumah yang kami duduk sekarang. Jangan minta tolong saudaramara sebab sedangkan hidup, tiada siapa yang peduli. Kebanyakan orang hanya mampu kesian, dan percayalah yang kesian tak akan mengenyangkan. Kenapa tak minta tolong badan-badan
kebajikan, baitulmal atau NGO
Alangkah indah kalau kerjanya semudah cakap. Orang macam Mak, masa baru mula-mula datang KL, ilmu pun tak ada. Hanya tahu menjahit dan buat kuih untuk membesarkan anak kecil. Bila pergi minta borang, nampak sikit pakai baju kurung bergosok, terus pandang serong. Nampak macam berduit, tapi mintak bantuan. Bila minta bantuan duit, dimintanya slip gaji. Dah kata kerja sendiri, mana datangnya slip gaji Bila ditanya tentang prosedur baitulmal, yang bertugas malas nak layan sebab kami berdua tak pakai baju koyak carik macam pengemis.
Sejak menghadapi sikap orang-orang kelas pertengahan yang bertugas dengan menilai orang dari luaran, Mak nekad untuk tak mengemis lagi dengan orang. Tak akan lagi minta bantuan mana-mana. Kata dia, Mungkin baitulmal itu bukan untuk kita, ada lagi orang susah yang patut dapat. Sama juga ceritanya untuk buku SPBT, anak-anak cikgu yang kaya mesti dapat kuota pinjaman. Yang aku, dua tiga tahun terakhir tu terpaksa beli buku sendiri, guna duit upah Mak menjahit, kerja kilang dan jual kuih.
Mak dan aku boleh bangga mengaku yang kami antara gelandangan yang tak pernah meminta. Kami mungkin masih bernasib baik tak tidur bawah jambatan atau pakai baju compang-camping. Mak selalu ajar untuk kelihatan bersih walau baju tak berganti. Baju-baju sekolah selalu dibasuh dan dinila bersih oleh Mak walaupun sudah lima tahun pakai baju yang sama. Bahagian tangannya pula dah jadi macam baju Kedah. Kain sekolah ditambah bahagian pinggangnya dengan lebihan kain perca orang lain setiap kali aku meninggi. Kadang-kadang, aku mengeluh malu untuk angkat baju, kalau-kalau orang ternampak baju yang bersambung-sambung.
Ramai orang yang aku jumpa ada nama sepanjang perjalanan dewasa ini. Ada yang menggagalkan aku sebagai manusia. Ada yang membuatkan aku membenci dengan masa-masa yang terbuang kerana memuja. Ada yang bagi pengajaran hidup sampai hari ini. Apa yang aku tahu, semua kita manusia adalah sama.