HUJAN AKHIR BULAN JULAI - 3
Secawan mewangi cuba mengusir kantuk pergi. ternyata, ia pergi akhirnya. dengan membawa bersama kantuk jauh dari mengusik kelopak mata. namun seterusnya baru kenal apa erti penyesalan;

tidur tak lena. mata tak pejam. cuba dipaksa, tetap celik segar. Ah! begitu sengsara--secawan mewangi mampu menyeksa sebegini.

Jack Malik | 7 Ogos 2015 / 22 Syawal 1436H | Ipoh