Siyar Alam an-Nubala, Jafar bin Zaid bercerita bahawa beliau pernah ikut serta dalam peperangan ke Kabul. Shilah bin Asyam bersama pasukan tersebut. Tatkala kami berhenti untuk berehat, Jafar bertekad untuk memerhatikan apa yang Shilah lakukan. Shilah melakukan solat, kemudian berbaring. Apabila semua orang tidak memerhatikan, beliau bangun dan pergi ke hutan untuk melakukan solat.
Ketika beliau sedang berdiri menunaikan solat, seekor singa mendekati Shilah. Jafar berkata dalam hatinya, Apa yang dia akan lakukan Adakah dia akan menoleh dan meninggalkan solatnya
Singa itu memanjat dahan pokok dan bersedia untuk menerkam. Jafar berkata dalam hati, Matilah dia diterkam singa.
Shilah meneruskan solatnya. Selesai mengucapkan salam, dia berkata, Wahai singa, carilah rezekimu di tempat lain.
Singa itu lalu pergi sambil mengaum.
Lihatlah bagaimana keyakinan terhadap kebaikan yang datang daripada Allah telah mengatasi kebimbangan terhadap sebarang bentuk ancaman atau bahaya. Kekhusyukan Shilah ketika beribadah kepada Allah telah menyebabkan kehadiran seekor binatang buas itu langsung tidak diendahkan. Perkara yang utama adalah mendapatkan sebaik-baik hasil solat dan bergantung perlindungan daripada Allah.
Singa itu pun makhluk Allah. Atas kehendak Allah jualah singa tersebut berlalu pergi. Ada makanan yang lebih tepat untuk jadi makanan singa itu. Nah, kalau manusia juga demikianlah ironinya. Daripada mengganggu ketenteraman hidupan insan lain, kan ada lagi amanah yang lebih patut kita uruskan