Kami telah menghabiskan dua atau tiga jam di dalam penjara ini, yang menjadi tempat perhentian untuk para tahanan yang sedang dipindahkan. Saya mesti mengaku bahawa saya gemuruh dan enggan untuk meninggalkan sel penjara di mana kali pertama kami telah dibawa untuk disoal siasat. Saya sudah terbiasa dengan sudut kecil di mana saya boleh bekerja. Kami tahu bahawa semasa kami semua dipindahkan, kami akan diletakkan di dalam satu sel yang besar. Apa yang boleh menjadi lebih meletihkan berbanding ini Kami telah melihat sebelum ini apabila kami harus berhadapan dengan kekotoran; dibawa ke sana ke sini; pengembaraan yang lama dan membosankan. Saya tahu semua perkara ini dengan cukup baik. Siapa yang boleh beritahu berapa lama sebelum kami boleh sampai ke destinasi kami Bukankah lebih baik jika tidak meneruskan, dan cuma duduk di dalam sel bernombor 462, membaca, menulis, dan menulis Untuk saya, sebagaimana yang anda tahu, semata-mata untuk menukar kediaman saya memerlukan usaha moral yang hebat. Untuk berpindah dari satu penjara ke penjara lain adalah 100 kali lebih teruk. Sebuah pentadbiran yang baharu bererti konflik yang baharu, penyesuaian baharu, dan usaha baharu untuk memberi layanan yang tidak dapat ditahan oleh kami. Lebih-lebih lagi, kami harus berhadapan dengan kenyataan bahawa para pegawai dan warden kami selalu berubah-berubah, diganti dengan yang lain. Ia bermula di dalam penjara di Petersburg untuk tahanan politik dan berlanjutan sehingga kami sampai kepada polis di kampung Siberia di mana kami telah melarikan diri. Saya pernah melalui semua ini dan saya tidak suka dengan idea untuk mengulanginya lagi.
Kami dihantar ke sini tanpa diberitahu awal-awal bahawa kami akan dipindahkan. Dalam salah satu bilik luar, kami harus memakai baju penjara. Prosedur ini menarik perhatian kami kerana kami diperlakukan sama seperti kanak-kanak sekolah. Ia nampak sungguh menghairankan untuk melihat antara satu sama lain dalam seluar kelabu, baju kelabu, dan topi kelabu. Kami telah dibenarkan untuk menyimpan pakaian dalam, but, dan kasut kami sendiri. Kami semua agak teruja apabila balik ke sel kami dengan memakai pakaian baharu kami.
Sikap para pegawai penjara tahanan terhadap kami adalah agak baik. Bahkan mereka bertimbang rasa walaupun telah banyak tersebar tentang desas-desus reputasi tempat ini. Terdapat sebab untuk menganggap bahawa dalam kes ini, arahan khas telah diberikan: Perhatikan dengan teliti, tetapi jangan memprovokasi sebarang insiden,. Hari keberangkatan kami telah dirancang, dan dirahsiakan daripada kami seperti biasa. Ia memang ketara kerana mereka khuatir akan berlaku demonstrasi sebagai percubaan untuk menyelamatkan kami semasa pemindahan tersebut.
10 Januari
Saya menulis kepada anda di dalam kereta api yang sedang bergerak. Sekarang mungkin kira-kira jam 9 pagi.
Semalam, sekitar jam tiga setengah, kami telah dikejutkan oleh inspektor senior itu. Kebanyakan kami sudah tidur kerana letih dengan permainan catur. Inspektor itu telah memberitahu bahawa perjalanan kami akan bermula pada jam 6. Kami sememangnya telah sangat lama menunggu untuk pemindahan ini, dan apabila ia diberitahu secara tiba-tiba, kami terkejut.
Jika tidak, semuanya akan berjalan dengan lancar. Dengan pantas dan sedikit kehairanan, kami sama-sama mengemas barang-barang kami. Kemudian, kami turun ke bawah untuk masuk ke dalam bilik luar di mana mereka menempatkan para wanita dan kanakkanak. Di sini, kami telah diserahkan kepada pengawal. Barangbarang kami telah diperiksa secara tergesa-gesa. Pembantu yang mengantuk itu telah menyerahkan wang kami kepada pegawai tersebut. Setelah itu, kami diletakkan di dalam Black Maria dan telah diiringi sepenuhnya ke stesen Nicolai. Mungkin tidak keterlaluan untuk kami mengatakan bahawa pengiring-pengiring kami telah dihantar khas dari Moscow untuk tujuan ini. Bahkan, mereka baru sahaja tiba. Ternyata, tidak banyak kepercayaan diletakkan terhadap pengiring-pengiring Petersburg. Para pegawai itu sangat sopan terhadap kami, akan tetapi dia menjawab semua soalan kami dengan mengatakan bahawa dia tidak mengetahui apa-apa. Dia telah memberitahu bahawa seorang major gendarme telah mendakwa kami dan telah melakukan semua perkara yang diperlukan . Dia sendiri mendakwa hanya menerima arahan untuk membawa kami ke stesen itu. Itu sahaja. Ini mungkin sahaja merupakan satu taktik diplomatiknya.
Kami telah bergerak selama satu jam dan kami belum tahu lagi sama ada kami akan ke Moscow atau Vologda. Tentera-tentera itu juga tidak tahu apabila disoal. Mereka kelihatan agak jujur apabila menjawabnya.
Kami hanya ditempatkan dalam satu gerabak yang agak bagus dan merupakan kelas ketiga. Terdapat tempat tidur untuk setiap orang. Terdapat juga satu gerabak khusus untuk bagasi kami.
Menurut pengawal itu ada 10 gendarme yang mengiringi kami dan mereka semuanya dibawah pengawasan seorang major. Kami telah mengambil tempat masing-masing dengan perasaan seperti orang yang bersikap tidak ambil peduli tentang perjalanan yang bakal dilalui oleh mereka. Walau apapun yang terjadi, kami tetap akan tiba di destinasi kami.
Salah seorang pengawal memberitahu bahawa kami sedang bergerak menuju Vologda. Salah seorang daripada kami mengesahkan dakwaan ini daripada nama sebuah stesen yang telah dilewati oleh kami. Justeru, kami mungkin akan berada di Tiumeni dalam masa empat hari.
16 Januari
Saya harus menjelaskan situasi sewaktu saya menulis ini. Kami di dalam sebuah kampung, 20 verst dari Tiumeni. Ketika ini waktu malam. Kami berada di dalam sebuah bilik petani yang kotor, teruk, dan tidak menyenangkan. Lantai itu penuh dengan timbunan mayat-mayat anggota Soviet of Workers Deputies.
Mereka masih belum tidur, ada yang masih berborak dan berketawa. Sebagai hasil daripada melukis, saya telah diberikan bangku luas seperti sofa sebagai katil saya. Aneh, nasib baik yang saya miliki dalam kehidupan saya!
Kami telah berada di Tiumeni untuk satu hari satu malam. Kami telah disambut kami sudah biasa dengan sambutan seperti itu oleh ramai tentera, infantri dan pasukan berkuda. Pasukan berkuda itu sukarelawan-sukarelawan telah bergegasgegas, membuatkan kuda-kuda mereka meloncat-loncat, lantas membuatkan gelandangan-gelandangan lari bertempiaran. Kami telah berjalan kaki dari stesen ke penjara.
Pokrovskoya, 18 Januari
Saya menulis ini dari tempat perhentian ketiga daripada perjalanan kami. Kami sangat penat kerana perjalanan yang perlahan. Kami tidak bergerak lebih daripada 6 verst sejam, dan kami mengembara hanya empat atau lima jam sehari.
Satu perkara yang baik adalah suhu sekarang tidak terlalu sejuk 2025-30 darjah Reaumur. Sekitar tiga minggu yang lalu, termometer telah mencapai 52 darjah kebekuan. Bagaimana kami, dengan anakanak kecil kami, dapat bertahan dengan suhu sejuk seperti itu!
Kami masih ada seminggu lagi perjalanan sebelum kami sampai di Tobolsk. Kami tidak ada sebarang suratkhabar, tiada surat, dan tiada berita.
Saya menulis dari sini tanpa sebarang jaminan bahawa surat ini akan sampai ke destinasinya. Kami masih dihalang daripada berkomunikasi semasa perjalanan dan kami mesti menggunakan sebarang peluang yang tidak selalunya boleh dipercayai sebagai cara komunikasi kami.
Walau bagaimanapun semua perkara ini tidak kelihatan begitu penting. Pakaian-pakaian kami cukup hangat. Kami menghirup udara segar dengan sangat gembira, berbanding pengudaraan teruk yang terpaksa kami hadapi sewaktu berada dalam kurungan. Anda katalah apa sahaja, dalam tempoh yang lama dahulu, apabila lahirnya jasad manusia, dengan ketara tidak ada peluang baginya untuk menyesuaikan diri dengan suasana kurungan.
Di Siberia, semuanya sama seperti mana dahulu sekurangkurangnya seperti mana lima atau enam tahun lalu dan bagaimanapun, pada masa yang sama, segala-galanya seolah-olah telah berubah. Bukan setakat tentera-tentera Siberia itu telah berubah malah mereka telah berubah dengan hebat! bahkan golongan Tscheldony (petani-petani) juga turut berubah. Mereka mula berbicara tentang politik; mereka bertanya jika sesuatu itu akan bertahan selamanya atau akan berakhir segera. Pemandu kami, seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun, dia meyakinkan kami bahawa dia berumur 15 tahun tidak putus-putus berteriak sepanjang pemanduan tersebut: Bangun! Bangun! Kamu semua kelas pekerja harus bersiap sedia untuk perjuangan, kamu orangorang yang lapar! Tentera-tentera itu memarahinya (walaupun ia biasa untuk kelihatan bahawa mereka telah bersimpati dengannya) dan mengugut untuk melaporkannya kepada pegawai berkenaan. Dia tahu dengan baik bahawa mereka menyebelahinya dan dia terus menyeru pekerja-pekerja untuk melakukan revolusi.
Tempat perhentian pertama di mana saya telah menulis kepada anda sebagaimana yang dikatakan saya adalah sebuah pondok petani yang kotor. Dua tempat di mana kami telah berhenti kemudian adalah tempat perhentian kerajaan tidak kurang kotornya namun begitu sedikit nyaman. Mereka mempunyai tempat-tempat berasingan untuk lelaki dan wanita. Terdapat juga dapur-dapur. Kami diberikan katil papan untuk tidur. Kerana itu, kami cuba untuk tampil bersih. Itu mungkin hal yang paling buruk daripada pengembaraan kami ini.
Para petani membawa dadih, daging khinzir, biskut-biskut, dan bahan makanan lain ke tempat perhentian ini. Walaupun ia menyalahi arahan, mereka telah dibenarkan untuk masuk. Arahan itu melarang pihak-pihak luar untuk melakukan sebarang bentuk perhubungan dengan para tahanan. Namun demikian, ia akan memberi kesulitan kepada pengiring kami untuk mencari cara bagaimana untuk membekalkan makanan kepada kami.
Kami telah bertahun-tahun meletakkan F., orang atasan kami dengan kuasa berdaulat dan tanggungjawab untuk menyimpan arahan. Kami semua pegawai, tentera, polis, pekerja pasar perempuan memanggilnya sebagai doktor. Dia menunjukkan semangat yang luar biasa; dia menyusun barang-barang, membeli apa yang diinginkan oleh kami, menjadi tukang masak kami, menjaga kami, memberikan arahan, mengajar menyanyi, dan sebagainya. Setiap hari sebahagian daripada kami akan dipilih untuk membantunya tetapi ia sangat sukar untuk meneka anggota yang mana satu daripada kumpulan itu yang sedang bertugas kerana mereka sentiasa tidak pernah mempunyai apa-apa untuk dilakukan. Pada waktu ini, makan lewat malam sedang disediakan dan keadaan agak meriah. Doktor itu mahu sebilah pisau. Doktor itu mahu mentega. Lelaki yang sedang bertugas itu mahu membuang sampah. Suara doktor itu - Kamu tidak makan ikan Saya boleh goreng daging untuk kamu. Ia semuanya sama bagi saya.
Selepas makan lewat malam, teh telah dihidangkan di atas katilkatil kayu. Saat minum teh, wanita-wanita pula yang bertugas. Ia salah satu peraturan yang telah diberikan oleh doktor itu.
8 Februari
Kelmarin kami telah bergerak 75 verst, dan hari ini 90 verst. Kami telah tiba awal di tempat penginapan kami walaupun berasa sangat penat.
Kami sekarang berada di sebuah kampung di Yakutia Timur, sebuah kabin yang kecil dan kotor. Di ruang dapur yang berasap dan suram itu, para tentera yang mengiringi kami telah berhimpit-himpit dengan orang Yakutia yang sedang mabuk. Kasihan sekali tenteratentera itu, mereka hampir mati kesejukan. Di bilik sebelah, seekor kambing sedang mengembek. Satu perkahwinan sedang berlangsung di kampung itu. Ia adalah musim perkahwinan pada tahun ini dalam tradisi orang Yakutia. Kebanyakan mereka kelihatan sedang mabuk. Dari semasa ke semasa, mereka akan datang ke sini, mengintip kami, dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Seorang lelaki tua dari Saratov datang mengunjungi kami. Dia juga telah mabuk. Dia dahulunya memegang jawatan dalam kerajaan sebelum dibuang kerja. Dia dan beberapa orang komradnya telah datang ke sini dari Beresov untuk memberikan bekalan daging. Mereka ialah golongan politik.
Banyak persediaan yang harus dilakukan untuk pemindahan kami yang seterusnya. Sebagaimana yang ditulis oleh saya dalam surat yang sebelum ini, kereta api kami terdiri daripada 22 kereta luncur salji yang ditarik oleh 50 ekor kuda. Hanya sedikit sahaja kampung yang mempunyai banyak kuda. Oleh itu kuda-kuda itu harus dibawa dari kampung lain yang sangat jauh jaraknya. Di sebahagian stesenstesen itu, kami telah mengetahui bahawa kuda-kuda itu dibawa dari kampung-kampung yang jaraknya 100 verst. Akan tetapi, jarak antara stesen-stesen di sini adalah agak pendek biasanya dalam 10 sehingga 15 verst. Justeru, orang-orang Yakutia telah membawa kuda-kuda mereka dari jarak 100 verst untuk membawa dua anggota Soviet of Workers Deputies untuk jarak 10 verst! Sejak waktu perjalanan kami melalui seksyen ini yang kami belum ketahui namanya, ramai lelaki yang membawa kuda-kuda itu terpaksa menunggu dua minggu atau lebih. Mereka hanya dapat mengingati satu lainnya perkara yang sama. Itu adalah ketika gabenor sendiri telah singgah melalui daerah itu.
Saya sudah bercakap mengenai simpati daripada petani-petani tempatan untuk orang-orang politik secara umum, dan untuk kami secara khususnya. Contoh ini ada di Belogoryia, sebuah kampung kecil di daerah Bereseov. (Anda melihat bahawa kami sudah sejauh ini dalam perjalanan kami). Sekumpulan petani telah mengatur di antara mereka untuk menyediakan makanan dan teh untuk kami dan mereka telah mengumpul wang mereka sebanyak 6 rubel untuk kami. Sudah tentu kami menolak untuk menerima wang mereka. Kami cuma mahu minum teh bersama mereka. Tetapi, tidak, pengiring kami tidak akan membenarkannya. Bahkan, walaupun pegawai rendah yang mengetuai pengiring kami telah memberikan kebenarannya, namun koperal itu telah membantahnya dalam nada suara yang sangat kuat sehingga seluruh kampung boleh mendengarnya dan mengugut untuk mendakwa pegawai itu. Seluruh kampung mengekori kami apabila kami meninggalkan pondok itu di mana kami telah dilayan oleh mereka.
Penjara Beresov. 12 Februari
Semasa beberapa hari terakhir, kami telah bergerak menuju ke arah utara, pada kadar 90 atau 100 verst setiap hari. Itu bererti kami telah meliputi satu darjah latitud di setiap tahap. Setiap tahap membawa kami jauh ke dalam musim sejuk. Ia seperti mendaki gunung yang tinggi, melalui pelbagai zon tumbuh-tumbuhan. Pada mulanya, ada golongan petani Rusia yang berharta, kemudian orang-orangY akutia Rusia yang telah kehilangan ciri-ciri Mongolia mereka kerana kesan perkahwinan campur. Kemudian, apabila kami meninggalkan zon pertanian di belakang kami, kami bertemu dengan orang-orang Osiankan para nelayan dan pemburu orang-orang yang kasar, pendek dan tegap, bercakap dalam bahasa Rusia dengan sangat susah. Kuda-kuda menjadi lebih langka dan lebih tidak berkualiti. Tidak ada jalan-jalan di bahagian ini di mana anjing-anjing lebih diperlukan dan berguna berbanding kuda-kuda itu. Perjalanan kami menjadi lebih sukar, sempit, dan buruk. Walau bagaimanapun, menurut inspektor tersebut, penduduk-penduduk asal di rantau ini ialah individu dengan kebudayaan yang tinggi berbanding penduduk-penduduk yang tinggal di anak sungai Obi. Orang-orang di sini agaknya masih belum membuat sebarang keputusan tentang bagaimana sikap untuk melayani kami. Mereka kelihatan cenderung untuk menerima kami kerana pegawai-pegawai tinggi tidak ada. Salah seorang daripada mereka telah bertanya kepada kami hari ini Di mana jeneral anda Tunjukkan saya jeneral anda. Saya tidak pernah melihat seorang jeneral. Seorang lagi sedang mengenakan abah-abah pada seekor kuda, seekor kuda yang sangat lemah, dan seorang lagi berkata Bawa kuda yang lebih baik untuk inspektor tersebut. Walau bagaimanapun, dalam situasi lain, kami terdengar satu ucapan Orang-orang itu tidak penting.
Semalam kami telah sampai di Beresov. Sudah tentu anda tidak mahu gambaran tentang bandar itu; ia seperti Vercholensk, Kirensk, dan pelbagai kampung lain dengan kira-kira satu ribu penduduk - seorang ketua polis dan pegawai hasil. Di daerah ini kami telah diberitahu walaupun kami sendiri tidak pasti sejauh mana kebenarannya kubur Ostermann dan Menschikov. Seorang wanita tua yang telah makan bersama dengan Menschikov telah ditunjukkan kepada kami.
Kami telah dibawa dengan segera ke penjara itu di mana seluruh garison tempat itu dalam 50 telah berbaris untuk menyambut kami. Kami dapat mengetahui tidak lama kemudian bahawa mereka telah melakukan persiapan selama dua minggu untuk kami. Semua tahanan telah dipindahkan dan seluruh tempat dibersihkan. Dalam satu sel, kami telah menemui satu meja besar dengan alas meja, kerusi-kerusi Vienna, meja untuk bermain kad, dua pemegang lilin dan lilin, dan sebuah lampu dapur. Ia sangat mengharukan.
Kami telah berehat di sini selama dua hari dan kemudian meneruskan perjalanan kami. Kami harus pergi namun ke mana
Kami tidak ada idea.