BERLARI DARI JOGJA UNTUK CHRISTIANA - 3
Im looking to the sky to save me

Looking for a sign of life

Looking for something to help me burn out bright

Im looking for a complication

Looking cause Im tired of trying

Make my way back home when I learn to fly high. Learn To Fly, Foo Fighters.

HELLO, where are you from

Hello, Im from Malaysia, Malaysia Where it is Do you know Singapore

Hmm..nope

Or Bangkok

Nooooo...

Oh...Malaysia is in the middle of it,

Aku memerhati kiri dan kanan. Hujan turun semakin lebat. Asalnya tadi aku masuk ke bawah atap kedai ini untuk berteduh dari hujan. Aku teringat semasa di hostel, ada yang cerita bandar ni nak lawan Amsterdam, semua orang pakai basikal. Bawa kemain laju masing-masing. Malangnya kereta masih banyak.

What are you doing here in winter Its hot in Malaysia right

Hmm... Aku meniupkan haba dari mulut ke tanganku. 0 darjah Celcius pagi ini di Copenhagen. Aku buat-buat pegang bungkusan marijuana yang tersedia untuk dijual di hadapanku. Sebelum bertanya akan harganya, aku teringatsatu benda pelik. Orang Melayu ni tak minum arak. Jadi tak mabuk piang. Logiknya kita patut paling sikit dalam penjara sebab dadah, atau bangsa paling maju sebab dari siang ke pagi kepala sihat. Tapi itulah, kita lah paling banyak dalam pusat serenti. What language do you speak there

We...speak Malay language, Aku memerhatikan mukanya dalam. Macam ada yang tak kena.

Oh... sambungnya sambil memuncungkan bibirnya. Di belakang kelihatan seorang lelaki berbadan besar, sama keturunan dengannya. Mungkin India, kerana dari dekat aku mendengar muzik perlahan. Mungkin dari radio kecil. Aku cuba menangkap bunyi lagu tersebut.

And you know, theres a lot of Indian people as well, Aku cuba-cuba menjawab setelah meneka lagu India atau Tamil yang terpasang di balik perbualan kami itu.

Indian Or is it Tamil Where do they came from Hmm, British brought them when the occupation in early 1900, perlahan, aku sambung lagi memancingnya. Ohh..apa ni..saya pun tahu cakap Melayu lah..saya orang Penang, lahir Alor Star!

Okay, kena. Demmmmmmm aku menjerit dalam hati.

Haram betul.

Aik, alamak. Malu lah saya makcik kena kan saya ni haha, Haha..selalu saya buat macam tu, sebab tu saya tanya mai daripada mana..saya setahun 2 kali balik Malaysia..ni lagi 2 minggu saya akan balik ke Penang,

Oh ya ke, dah berapa lama di Denmark ni sambil memegang satu bungkus marijuana, aku memerhatikan titis hujan yang masih tak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Saya 30 tahun dah..suami saya orang Danish..tapi itu lah, saya tak boleh balik lama-lama, passport saya sekarang passport Denmark. Malaysia tak bagi dua kerakyatan..apa lah Malaysia ni, tengok orang lain semua ada dua passport,

Oh macam tu,

Malaysia ni, hisap tak boleh, tapi minum boleh. Apalah, terbalik. Patutnya minum tak boleh, alkohol tu bahaya, marijuana ni apa sangat,

Haha... sambil ketawa, aku masih dalam keadaan bingung sebenarnya. Macam mana aku boleh berbual dengan makcik ni dalam bahasa Melayu Dalam kawasan Christiana pula tu.

Lepas tu sekarang Kuala Lumpur dah jadi macam apa. Tu KL Sentral tu apa dia Buat apa depa buat sampai jadi lagu tu

Nak buat macam mana, nak moden...

Moden pun, penuh dengan Bangladesh. Pi hotel, pi pasaraya, pi kedai mamak, pi stesen petrol, semua Bangladesh. Awat jadi lagu tu

Aku ketawa sambil menggelengkan kepala tanda menyetujuinya.

Lepas tu pakaian, amboi. Tahun 80-an dulu, hang Cina ka, hang India ka, masuk ofis kena pakai baju kurung. La ni, Melayu pakai singlet, pakai jeans. Pakai jeans, pakai tudung. Pelik sungguh lah Malaysia sekarang ni,

Haha.. aku ketawa lagi. Dalam hati aku sebenarnya nak ambil gambar dengan makcik ni, tapi malangnya kawasan ni tak dibenarkan ambil gambar. Makcik ni pula kerja jual marijuana.

Sat lagi, orang Malaysia semua jadi pemalas. Semua kerja orang Bangladesh, orang Nepal, orang Sri Lanka buat, orang Malaysia nak buat apa Hmm, depa jadi bos makcik,

Kalau boleh jadi bos..kalau tak, apa pun tak jadi,

Haha..makcik nama apa

Saya Ratha,

Aku teringatkan 2 hari lalu. 6 jam dari Hamburg, tukar kereta api dari RE 7 ke IC 5736 di Flensburg. Satu kerja menulis pun tak dapat buat sebab kepala mabuk teruk. Nasib ada buku, pecah kepala hantuk ke dinding tiap kali baca Edward Said tulis pasal kaum intelektual. Turun kereta api berkejar cari croissant sebab lapar, makan sambil tunggu bas 66 bawa ke Griffenfeldsgade. Orang pula kemain ramai nak naik bas, separuh kena tinggal. Naik bas percuma sebab drebar kelam kabut orang ramai sangat, gua pula dengan backpack besar gedabak. Sampai-sampai di Griffenfeldsgade jam 10 malam, hujan masih turun di bawah suhu 5 darjah. Cukup 3 kali sesat masuk lorong baru jumpa Kapelvej 44 untuk ke hostel Sleep In Heaven.

Haha oklah makcik Ratha, terima kasih berbual dengan saya. Hujan makin perlahan ni, saya kena gerak, Ya ya..hati-hati. Ingat, hisap tak boleh, minum boleh, itulah Malaysia,

Haha, jumpa lagi makcik, aku berlalu pergi sambil melihat papan tanda No Photos dan Green Light District di hadapan. Di sebalik hujan rintik dan lopak-lopak air, di hujung jalan terdapat tong besar berasap yang dinyalakan warga Christiana untuk orang ramai memanaskan badan.

Aku bergerak menujunya sambil mulutku masih tidak berhenti senyum.

Makcik Ratha..., zikir aku dalam hati.