SANG PENGUASA - 3
Di sini saya tidak akan membicarakan tentang Republik yang telah banyak saya perkatakan di bahagian lain. Saya hanya akan membahas mengenai kerajaan dan bagaimana ia diperintah dan dipertahankan. Pada bahagian pertama, negara warisan yang diperintah oleh sebuah keluarga jauh lebih kecil masalahnya, berbanding dengan negara baru. Ini kerana sukar untuk meninggalkan undangundang lama dan menyesuaikan diri dalam keadaan yang tidak terduga. Dalam hal ini, seorang Penguasa akan sentiasa mampu mempertahankan kedudukannya, melainkan ada kekuatan yang lebih besar merampasnya. Walaupun begitu, Penguasa tersebut juga mampu merampasnya kembali.

Sebagai contoh di Itali, Duke Ferrara yang mampu bertahan daripada serangan bangsa Venetia pada tahun 1484 dan Paus Julius pada tahun 1510, kerana kekukuhan keluarganya di wilayah itu. Apabila Penguasa yang sah tidak mencari banyak masalah, lazimnya dia akan dicintai. Apabila tiada perkara luar biasa yang membuatkannya dibenci, masuk akal bagi rakyatnya untuk taat kepada Penguasa tersebut. Tradisi dan pembaharuan akan mengaburkan memori dan punca Penguasa tersebut berkuasa.