SEMBANG TEPI JALAN - 3
24 Jamuiri 2007 Hari ini aku relaks. Hisap rokok di dalam pejabat, goyang kaki sambil membaca tulisan-tulisan kawan baik; Abdullah lones. Aku suka membaca tulisannya mungkin sebab aku peminat tulisan Salleh bin Joned. Hari Jumaat hari yang membahagiakan. Bos tidak masuk ke pejabat hari ini. Aku cuba menjenguk laporan yang aku siapkan yang meliputi 500 kawasan seluruh Perak. Ada juga yang masih belum disiapkan. Sebenarnya, aku cuma mahu berehat. Asap berkepul-kepul macam iblis yang mahu meneroka pemikiran. Itukan permainan jasad. Apa ada pada mati kawan Itu wajib insan yang telah tahu asal dan usulnya. Hari ini aku akan ke Kuala Lumpur sebab ada ramai kawan berminat untuk membeli cakera padat baru aku yang dah diedarkan. Aku rasa cukup berdosa sebab masih belum diposkan untuk sesawang yang menyiarkan penjualan cakera padat aku melalui sesawangnya. Aku akan kirimkan minggu hadapan. Tetapi, sebenarmya aku tidak ada duit untuk buat urusan pos. Setibanya di tol Kuala Lumpur nanti, adalah kiranya sedikit duit. Di Ipoh, bidang muzik masih separuh nyawa sahaja - hampir mati. Aku tidak suka Kuala Lumpur pula sebab banyak sangat lumpur singgah di otak bila berada di sana. Bagaimana nak bernafas Aku tidak mempunyai pilihan kerana di sanalah lubuk rezeki. Kos kehidupan juga semakin tinggi. Mungkin aku calon terbaik untuk golongan marhaen yang biasa-biasa sahaja. Itu sebab semua orang kena menyokong muzik aku kerana aku pasti mampu membuat orang berfikir sesuatu dalam memperringkatkan kefahaman mengenai hidup dan manusia. Bukankah itu satu cabang ibadat yang diamanahkan Tuhan Sekejap lagi aku akan ke waning mamak. Aku masih belum minum teh tarik untuk hari ini. Hari ini anak perempuan aku, Kamelia lewat ke sekolah. Sehingga terlupa membawa air minumannya. Dalam pukul sembilan pagi tadi aku hantarkan minuman dan makanannya. Suatu yang pasti, dia semakin dewasa. Apa yang paling aku takuti ialah dia banyak ikut genetik aku. "Living is easy with eyes close, misunderstanding all you see. " Kamelia cerdik. Tahun ini dia di Tahun Lima. Tahun ini juga beliau membuat keputusan untuk bertudung ke sekolah. Aku pernah tanya, "Tak panas /