Setelah itu aku tahu, Madiah anak pengusaha restoran yang terkenal di daerah kami, Restoran Ganges. Nama itu diambil kerana ayahnya anak jati India. Ia mempunyai beberapa cawangan di sekitar daerah. Anne anak pengurus kilang, syarikat besar milik Jepun di daerah kami. Ayah Anne mempunyai pekerjaan yang sama seperti ayah Fong Lay Mon. Irfan anak pegawai RISDA. Aku pula menerima sorakan apabila ketua kumpulanku menulis perkataan Inspektor di papan hitam. Sorakan itu kemudiannya terhenti setelah aku bangun menuju ke hadapan kelas dan menyambung perkataan Kesihatan di belakangnya.
Ayah saya Inspektor Kesihatan, bukan Inspektor Polis. Bisikku kepada ketua kumpulan.
Sessi seterusnya disambung oleh Cikgu Normah, guru bahasa Melayu. Kami menyambung pelajaran ABC. Tidak seperti di sekolah Tadika Arab tahun lalu, aku mesti mahir jawi dan fasih bahasa Arab. Namun begitu, rata-rata dari kami memahami huruf rumi itu dengan mudah.
Kelas itu direncatkan dengan kemasukan guru displin diiringi kuncu-kuncunya.
Spot check! Spot check! Semua murid diminta bangun, berdiri menjauhi beg masing-masing!. Suara guru displin garau, kumisnya bergerak-gerak sewaku beliau bersuara.
Kami menurut perintah. Serentak dengan itu, pelajar darjah lima yang berpakaian biru muda masuk mendekati kami.
Kakak dan abang pengawas awak akan merampas barang larangan seperti liquid paper, textliner, permainan dan yang seumpama dengannya.
..surat cinta juga, kalau ada. Sambung Cikgu Azizul, guru displin itu sambil tersengih, mematikan riak wajahnya yang garang.
Pengawas menyelongkar beg kami satu per satu. Ada yang bersopan dengan meminta maaf kerana terpaksa menyepahkan peralatan yang pada mulanya dalam keadaan tersusun.
Seorang pengawas perempuan menghampiri beg Anne. Mengeluarkan kotak pensil warna dua tingkat jenama Luna, bekas pensil dan buku-buku. Selesai itu, Anne memuatkan kembali barang-barangnya ke dalam beg. Jantungku mula berdegup kencang. Aku agak panik apabila pengawas mencapai begku. Setiap zip yang ada pada beg dibuka. Aku baru teringat tentang kewujudan benda terlarang di dalam beg. Benda itu tersorok di belakang buku teks. Barang-barangku dikeluarkan satu persatu. Pengawas menyeluk tangan ke belakang buku teks, meraba sesuatu yang aku pasti akan ditemui.
Aku bersiap sedia menghadapi musibah. Menyusun sintaksis di dalam kepala.
Botol susu. Pengawas perempuan tersebut memandang wajahku.
Aku mengerutkan kening, serentak dengan itu meninggikan nada suara,
Ni adik saya la ni! Rupa-rupanya dia sembunyikan botol susu dia dalam beg sekolah saya. Patutlah ibu saya cari pagi tadi tak jumpa.
Pengawas itu menganggukkan kepala dan memasukkan kembali botol susu itu ke dalam beg.
Anne memandang wajahku. Adik kau punya, Nim.
Aku pelik juga tadi.
Aku menjawab acuh tak acuh, Ha, tu la..ngada-ngada betul dia tu.
Dalam hati aku menarik nafas lega. Berjaya menyelesaikan pembohongan pertama zaman persekolahan. Malam tadi ibu bertegas menyuruh aku berhenti menghisap botol susu. Perkara itu ibu sedari setelah mendengar nasihat daripada temannya yang menyatakan risiko pertumbuhan gigi berlaku pada kanak-kanak yang masih tidak berhenti menghisap botol susu. Ibu berkeras meminta aku menyerahkan botol susu. Lokasi paling selamat untuk menyembunyikan barang kesayanganku tentulah di dalam beg sekolah.
Cikgu, Fansuri bawa duit seratus ringgit!. Jerit Fahmi, yang duduk di sisi Fansuri sebaik sahaja pengawas menyelongkar beg duit pelajar lelaki itu. Fansuri kelihatan pucat apabila disergah begitu.
Awak curi duit ayah awak, Fansuri.
Fansuri menggeleng.
Cikgu Normah keluar dari kelas. Kami semua duduk semula di kerusi masing-masing.
Ei, semalam pun dia bawa duit seratus ringgit dalam beg duit dia. Ujar Hakimi Riduan sambil memuncungkan bibir.
Yelah, dia belanja Fahmi. Anne di hadapanku pula mengadu kepada rakan-rakan dalam kumpulan kami. Anne, Fahmi dan Zura tinggal di kampung yang sama di Pekan Nenas. Fahmi, kawan baik Fansuri merupakan murid paling nakal dalam darjah. Fahmi bertubuh sederahana, rambut tercacak dan berwajah kacak. Berbeza dengan Fansuri, lelaki gempal berkulit cerah itu tahun-tahun kemudiannya memakai kaca mata berbingkai besar sehingga menampakkan raut wajahnya seperti profesor kecil.
Fansuri masih diam sehingga Cikgu Normah telah kembali semula dari kelas.
Cikgu dah telefon ayah awak, Fansuri. Oh, rupa-rupanya ayah awak memang beri duit tu pada awak. Ayah awak minta duit ni dibahagi-bahagikan kepada semua rakan sekelas. Sekarang cikgu akan tukarkan duit ni kepada duit seringgit syiling. Boleh.
Fansuri mengangguk.
Hari itu, setiap murid-murid kelas kami menerima duit syiling emas yang bernilai RM1. Duit itu berbaki RM64.
Cikgu Normah memandang Fansuri, Lebih ni awak nak buat apa, Fansuri.
Fansuri mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
Duit lebih ni cikgu ambil ye. Soal cikgu Normah sambil memasukkan not RM50 dan bakinya ke dalam beg tangan.
Anak pengurus bank itu mengangguk lagi.
Cikgu Normah senyum lebar.
Aku memandang Wafa Thahirah, aku tahu gadis di sebelahku belum dapat menangkap reaksi Cikgu Normah. Melihat wajahnya sahaja aku tahu dia anak kecil yang tulus dan lembab. Insensate. Aku kebosanan. Ku ambil syiling emas di atas meja Wafa Thahirah, lalu ku jentik ke Anne. Anak kacukan Cina itu asosiatif, tersengih melihat telatahku. Dia sama-sama nakal sepertiku.
Wafa Thahirah merengek tolol. Dia bangun dan meng-
utip kembali duit berbentuk bulat yang bernilai seringgit itu. Duit hasil bahagian wang Fansuri, yang lebihnya disapu Cikgu Normah!