SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 3
Selepas sahaja STPM, aku diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi menyara pengajian aku, aku memohon PTPTN. Aku tidak ada pilihan. Keluarga aku tidak mampu untuk menyara kos pengajian aku. Aku peroleh ijazah dalam jurusan Bio Molekul pada tahun 2004. Disebabkan jurusan aku itu memerlukan latihan amali, aku ditempatkan di Hospital Melaka selama enam bulan. Tidak seperti rakan-rakan yang lain yang menyewa di kawasan berdekatan dengan hospital, aku membuat keputusan untuk berulang sahaja dari Alor Gajah ke Melaka setiap hari. Lagipun untuk beberapa bulan sahaja. Aku juga terlalu rindu dengan keluarga aku ini. Aku mahu tinggal dengan mereka seberapa lama yang boleh, sehinggalah masa memaksa aku nanti.

Bagi memudahkan pegerakan aku, aku bercadang untuk membeli sebiji motosikal. Aku mendapat bangkangan daripada ibu. Aku bukannya seorang yang suka membantah keputusan ibu. Jika putih katanya, maka putihlah ia. Aku masih ingat lagi alasan yang ibu berikan bahaya menaiki motosikal. Aku akur. Aku juga memberi alasan kepada ibu bahawa aku perlukan pengangkutan memandangkan jarak dari rumah sewaku ke perhentian bas agak jauh.lagipun, bas awam di Kajang tidak menepati masa.

Abangku mendengar perbualan aku dan menyampuk dan menawarkan diri untuk membeli sebiji kereta terpakai untukku. Kancil berwarna kelabu dewngan plat kereta BFN 1581. Kerata itu banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Dengan kereta itulah aku berulang-alik ke dewan kuliah dan pada hujung minggu aku dan Lee Lan pulang bersama-sama ke Alor Gajah.

Sewaktu konvokesyen, hanya abang sulung aku sahaja yang tidak dapat hadir kerana dia bekerja di Singapura dan tidak dapat bercuti.

Melalui pembacaan aku tentang budaya kerja Singapura, aku faham bagaimana budaya kerja di Singapura. Dia bukanlah seorang penjawat yang tinggi. Dia hanya bekerja sebagai operator kilang marhaen. Gajinya tidak seberapa tetapi kadar tukaran wang yang membawa kepada nilai yang tinggi di sini.

Lee Lan pada waktu itu sudah bekerja di Kuala Lumpur dan menyewa di Wangsa Maju. Oleh itu, pada hari Jumaat, aku akan merancang dengan Lee Lan untuk pulang ke kampung. Selepas waktu kerja, Lee Lan akan menunggu aku di stesyen komuter Kajang dan kami pulang ke kampung bersama-sama. Pada waktu Ahad pula, selalunya kami akan pulang lewat. Aku akan menghantar Lee Lan pulang ke rumah sewanya di Wangsa Maju sebelum pulang ke Kajang.

Selepas itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan sahaja profesion sebagai pembantu perubatan. Aku bernekad untuk menjadi seorang wartawan.

Wartawan bukanlah satu profesion yang aku idam-idamkan pada waktu itu. Seperti teman-teman yang sama jurusan dengan aku, keraja kami setiap pagi ialah membelek iklan-iklan kerja kosong di akhbar tempatan; tidak kiralah akhbar itu cina atau bahasa lain. Inggeris, melayu aku boleh membaca dengan lancar. Mujur aku tidak bersekolah di sekolah kebangsaan tamil. Mungkin ibuku tidak mahu kau menjadi tamak. Jobstreet juga salah satu kaedah untuk aku ketahui sekiranya terdapat kekosongan dalam bidang-bidang tertentu untuk aku ceburi.

Aku bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Semasa proses permohonan dibuat, aku perlu mula mencari wang untuk menampung hidup. Aku perlu mencari pekerjaan, sebarang pekerjaan untuk simpanan aku belajar nanti, dan juga membantu keluarga aku. Aku sedar, jurusan bio-molekul seperti aku sukar untuk mendapat pekerjaan walaupun di hospital kerajaan kalau kita tidak mempunyai orang dalam. Aku juga sedar graduan-graduan daripada jurusan aku ini juga berlambak. Oleh itu, aku tidak boleh memilih pekerjaan. Apa sahaja pekerjaan yang halal dan cukup untuk menampung hidup ini, aku rasa sudah bersyukur.

Tatkala, tawaran kemasukan diterima, jurusan yang aku terima tidak aku minati. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk terus bekerja di Sin Chew. Itulah salah satu masalah yang kita hadapi dalam sistem pendidikan. Cita-cita kita juga ditentukan oleh pihak Kerajaan. Minat atau tidak, itu bukan masalah Kerajaan. Walaupun jurusan yang perlu diambil ditentukan Kerajaan, yuran pengajian kita tetap perlu membayarnya. Tidak dinafikan terdapat subsidi dibiayai oleh Kerajaan dalam menampung kos pengurusan IPTA. Tetapi koskos harian, pelajar sendiri harus keluarkan wang.

Bekerja di Sin Chew

Pada tahun 2004, bermulalah aku bekerja sebagai wartawan. Akibat penulisan aku yang tidak begitu teruk dan memuaskan hati si penemuduga, aku diterima masuk bekerja. Aku ditempatkan di pejabat cawangannya di Kajang. Mungkin disebabkan borang itu aku isikan alamat rumah sewaku. Aku mula berfikir, mungkin aku dapat pulang ke Alor Gajah dan bekerja di sana, jika di borang itu aku letakkan alamat kampungku, kataku sendirian.

Tetapi, aku tidak ada masalah bekerja di Kajang. AKu sudah empat tahun tinggal di Kajang. Lagipun, jarak Kajang-Alor Gajah hanyalah dua jam dengan menaiki kereta Kanncil burukku yang aku banyak berbakti kepadaku.

Selama beberapa bulan bekerja, akhirnya aku dinaikkan pangkat. Aku menjadi sub-editor di pejabatku. Sub-editor yang lama dipindahkan ke tempat lain. Mungkin juga prestasi aku yang cukup membanggakan Ketua Jabatan aku.

Sebagai sub-editor, aku perlu mengetahui kesemua isu yang berlaku di kawasan ini. Kawasan yang aku liputi di bawah penelitian aku termasuklah Kajang, Bangi dan Serdang. Semua isu perlu berada di hujung jariku; tidak kira sukan, kemalangan, hiburan, ekonomi mahupun politik. Segala macam majlis pelancaran sudah aku hadiri daripada upacara di kuil-kuil hindu hinggalah ke acara potong riben pembukaan kedai makan oleh sesiapa sahaja orang ternama yang dijemput.

Pernah dalam sepanjang kerjaya aku sebagai wartawan meliput sebuah kes homisid. Ada satu kes bunuh diri yang dipercayai terjun dari bangunan.

Aku baru sedar tidak mudah kerja sebagai wartawan ini. Perkara ini juga sudah diberi amaran oleh ibuku setiap kali aku pulang ke Alor Gajah. Kerja sebagai wartawan perlu komitmen yang tinggi. Kadang-kadang di waktu cuti dipanggil untuk bekerja. Ibuku cukup pantang apabila masa berkumpul seluruh keluarga bagi menyambut Tahun Barau Cina, aku terpaksa bergegas ke tempat kerja. Dateline wajib dipatuh.

Pada sekitar tahun 2006, Sin Chew sebagai sebuah akhbar berbahasa cina ingin meliput berita mengenai rusuhan anti-cina yang berlaku di Indonesia. Tamparan ke masyarkat cina pada masa itu ialah bilamana terdapat kumpulan-kumpulan yang mendesak agar bahasa cina diharamkan dan mahu rakyat cina Indonesia dihantar pulang ke China. Berita-berita sensasi sedemikian meletakkan nyawa kami, wartawan di hujung tanduk.