Dia seorang lelaki berumur sekitar 50-an. Dia ada dua anak perempuan dan bekerja menyapu sampah di majlis perbandaran. Sebulan sebelum tu dia ada terpijak paku. Lama-kelamaan lukanya melarat dan kakinya bengkak. Dia ada ke klinik dekat rumah dia. Masa tu baru dia tahu dia kena kencing manis. Doktor ada beri ubat kencing manis kat dia tapi aku tak yakin dia makan dengan betul. Masa tu dia ada berubat dengan agen direct selling kat tempat dia. Ubat makan ada, ubat sapu ada dan agen tersebut siap cucikan luka dia. Masa aku tanya makan ubat klinik ke tidak, wife dia sibuk cerita pasal direct selling. Memang sah, tak makan ubat.
Masa aku check paras gula dia, memang tinggi iaitu 23.4 mmol/L (normal < 7.0). Luka di kakinya memang dah teruk sangat. Satu jari kaki dah takda. Tanggal sendiri katanya. Dia takut nak ke hospital kerana dia dengar cakap jiran-jirannya nanti kaki kena potong. Kalau masuk wad pun, doktor tak buat apa-apa. Kena tunggu lama sebelum dibedah. Itu sebab dia malas nak ke hospital. Dia lebih percayakan cakap-cakap jiran dan agen direct selling berbanding cakap-cakap doktor di klinik.
Masa aku buat dressing kaki dia, aku memang dah agak keadaannya agak kritikal. Lebih setengah jam aku pujuk dia supaya pergi hospital. Aku beritahu dia, doktor bukan sukasuka nak potong kaki orang. Biasanya mereka cuba kaedahkaedah lain dulu. Lagi satu, doktor biasanya kena stabilkan gula dulu baru boleh masuk bilik bedah. Doktor bukannya suka-suka simpan pesakit lama-lama di wad. Bila aku tanya dia sayangkan kaki ke sayangkan nyawa, dia diam. Bila aku tanya, anak-anak pakcik nak berwalikan siapa kalau pakcik takda nanti. Dia lagi diam tapi terus mengangguk setuju nak mendapatkan rawatan di hospital.
Pada petang yang sama dia masuk ke Hospital Kluang. Malam tu, doktor tolak dia masuk bilik bedah untuk buat pembedahan. Segala-galanya berjalan lancar sehingga petang Sabtu yang lepas bila aku dapat SMS, dia dirujuk ke Hospital Johor Bahru. Keadaan kakinya semakin teruk dan perlu juga dipotong. Pagi tadi aku dapat berita kaki kiri beliau selamat dipotong malam tadi.
Masalah orang kita adalah mereka tak faham tentang penyakit mereka. Mereka anggap kencing manis ni macam sakit batuk selesema. Bila dah tak sakit, dah tak payah makan ubat.
Saya jarang makan benda-benda manis macam mana saya boleh kena kencing manis
Semalam saya banyak minum air manis sebab tu gula saya naik. Ramai tak dapat terima hakikat bahawa mereka ada kencing manis. Bila disuruh makan ubat untuk selama-lamanya ramai yang terkejut.
Nak kena makan ubat ni sampai mati ke
Sekiranya anda suka sangat makan benda-benda manis, beringatingatlah. Kawal selera makan anda. Kawal berat badan anda. Jumpalah doktor anda jika anda mempunyai sejarah keluarga penyakit kencing manis kerana penyakit ini adalah penyakit keturunan. Ubat kencing manis tak mahal. Pemeriksaan gula dalam darah pun tak mahal. Janganlah mudah percaya kepada agen direct selling yang menjanjikan bulan dan bintang kepada anda.