Meh lah lawan ping pong ni, ucap Fahmi, seorang pesakit schizophrenia yang menjalani rawatan di wad itu kepada mereka berdua.
Terdapat sebuah papan ping pong yang disediakan untuk para pesakit di ruang kosong di wad itu. Kebiasaannya, di situlah mereka menghabiskan masa selain bercucuk tanam di laman belakang diawasi oleh para jururawat yang berwibawa.
Tak apalah, awak main jelah dengan abang tu. Raihan memberitahu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Abang Faiz, ketua jururawat di situ.
Selalu sangat dah main dengan dia tu, saya nak main dengan awak pulak, kata Fahmi sambil tersengih menunjukkan giginya yang tak berapa nak putih tu. Rambutnya juga kusut masai dengan baju hospital yang dipakai senget dek tersalah butang.
Hahaha, tak apalah. Lagipun kami nak balik dah ni. Kini giliran Faizah pula yang cuba mengelak pelawaan Fahmi.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang bertugas, mereka berjalan keluar dari wad itu. Pintu wad dibuka oleh pengawal keselamatan yang bertugas bagi mengelakkan kebarangkalian pesakit melarikan diri. Jika di Hospital Kuala Lumpur pula, polis yang akan bertugas mengawal laluan masuk ke wad psikiatri.
Raihan, kau pergilah ambil wuduk dulu, bagi aku jaga beg kau ni ha. Faizah berkata sambil mencapai telekung yang digantung kemas di sudut belakang surau itu. Tidak ramai yang berada di surau pada waktu itu. Hanya mereka berdua ditemani dengan bunyi kipas yang berputar laju.
Okey. Nanti turn kau pula.
Kebiasaannya, purata masa yang diambil oleh seorang perempuan atau wanita dari masuk ke surau hinggalah keluar dari surau boleh mencapai selama lima belas hingga setengah jam. Maklumlah, mereka perlu membuka tudung, memakai bedak alas dan perkara yang sewaktu dengannya. Perkara inilah yang seringkali disalah erti oleh kaum Adam. Perkara ini jugalah yang berlaku kepada Raihan dan Faizah. Faizah, kita kira on call dekat emergency nak
Cun gak tu. Boleh tengok macam mana orang psy kena admit wad kan.
****
Aku nak baliklah!
Faizah dan Raihan yang sedang melihat seorang jururawat memasukkan IV line di tangan seorang budak lelaki yang menghidapi denggi terkejut dengan jeritan itu. Kawasan Kajang sememangnya salah satu kawasan panas dengan kes denggi.
Seorang remaja lelaki yang memakai baju merah dan berseluar jean lusuh menjerit-jerit sambil berpusing-pusing di dalam wad kecemasan itu.
Raihan dan Faizah berasa takut dan mereka terus berjalan ke arah kaunter wad kecemasan yang dirasakan lebih selamat jika berada di situ. Kedengaran seorang lelaki dalam lingkungan 50-an memakai ketayap cuba menjelaskan keadaan anaknya itu kepada doktor yang bertugas.
Dia asyik menjerit je doktor, baling-baling barang semua. Dulu dia pernah masuk sini dah, tapi sekarang dia jadi macam tu balik.
Pak cik itu cuba menjelaskan kepada Dr. Arif, HO bertugas di wad kecemasan.
Kenapa korang tak percaya dekat aku hah Aku ni lagi bagus dari doktor-doktor ni semua! Aku ni boleh sembuhkan penyakit semua orang! Sebab apa Sebab aku ni Tuhan yang pilih! Adam berjalan sambil menuju ke arah salah seorang pesakit yang berbaring di situ.
Takpe, pak cik, kau jangan risau. Bagi aku doa untuk pak cik eh, sebab aku ni wali.
Adam melutut di tepi pak cik itu sambil mengangkat tangan dan membaca jampinya. Suaranya yang kuat dan gelagatnya yang luar biasa menarik perhatian semua yang berada di situ. Pak cik itu kelihatan tenang namun tangannya menggeletar. Cuba melawan perasaan takut barangkali. Ahli keluarga Adam menghampirinya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada terjadi.
Adam disuruh untuk menyediakan sampel air kencing bagi tujuan pemeriksaan kandungan dadah. Pengambilan dadah juga boleh menyebabkan penyakit mental untuk kembali menyerang pesakitnya.
Doktor, takut pula saya tengok dia tu. Faizah memulakan bicara untuk mendapatkan maklumat daripada Doktor Arif.
Adam tu muda lagi, baru 16 tahun. Ayah dia cakap dia tak makan ubat, tu yang jadi macam tu. Tapi kita still kena check kalaukalau dia ada ambil dadah ke apa. Doktor Arif memberikan penjelasan.
Setibanya Adam di wad itu kembali, dia tiba-tiba bertindak dengan lebih agresif. Dia menjerit dan cuba untuk memegang budak kecil yang menghidapi denggi tadi. Jururawat-jururawat lelaki yang berada di situ pantas berlari ke arahnya.
Adam dipegang erat oleh mereka dan diarahkan untuk bertenang. Apabila usaha memujuknya untuk duduk gagal, dia kemudiannya dibaringkan di atas katil. Ternyata Adam yang meronta-ronta itu tidak dapat menandingi kekuatan jururawatjururawat itu. Doktor Arif bergerak ke arahnya dan mengambil campuran midazolam dan haloperidol yang telah disediakan tadi. Adam kemudiannya dibaringkan ke sebelah kirinya dan Doktor Arif memberikan suntikan di punggungnya.
Faizah dan Raihan hanya mampu melihat tindakan pantas para staf yang berada di situ. Seorang jururawat wanita juga kelihatan sedang menenangkan budak lelaki tadi.
Tidak lama kemudian, suara Adam mula hanyut dalam suasana di situ. Matanya layu dek penangan ubat penenang yang diberikan. Barulah tenang suasana di wad kecemasan ketika itu. Doktor Arif mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada ayah Adam mengenai keadaannya. Doktor Arif kemudiannya menyerahkan kes Adam kepada doktor wad psikiatri yang bertugas pada hari itu.
Harapan Faizah dan Raihan untuk berada di situ bagi melihat pesakit dimasukkan ke dalam wad tidak kesampaian kerana perlu berada awal di Hospital Kuala Lumpur pada keesokan harinya untuk menghadiri seminar kesihatan mental. Jam menunjukkan sudah hampir pukul lapan. Mereka perlu cepat sebelum Maghrib berlalu pergi.
Setelah selesai menunaikan solat, mereka menyarung semula tudung instant yang berharga RM10 dibeli di Jalan TAR. Dua jururawat wanita pula masuk ke dalam surau itu.
Eh, kau dengar tak cerita pasal ada seorang staf tu dia nak balik, tengah malam la. Lepas tu dia terserempak pula dengan seorang perempuan dengan anak dia kat tempat parking, kata salah seorang jururawat itu.
Perempuan tu cakap nak tumpang balik rumah. Dia pun cakap okeylah mula-mula, lepas tu dia suruh diorang tunggu dekat situ sebab dia nak gi ambil kereta, sambungnya lagi.
Lepas tu apa jadi
Bila dia sampai dekat tempat tu balik, tengok-tengok perempuan dengan anak dia tu dah hilang. Mana tak gelabah dia lepas tu. Bersungguh-sungguh jururawat itu bercerita kepada rakannya.
Dah kau kenapa cerita benda seram macam ni pula soal rakannya. Mukanya kelihatan agak takut sedikit.
Tak adalah, sebab baru tadi aku dengar, Doktor Zetty malam tadi dia on call, lepas tu dia lupa nak ambil barang dekat kereta. OTW nak gi dekat kereta dia, dia jumpa seorang perempuan dengan budak laki juga. Sama juga kesnya, minta tumpang nak balik. Doktor Zetty buat selamba je cakap dia kerja malam tadi, so tak boleh hantar diorang.
Tu yang aku nak kau hati-hati sikit, kalau boleh janganlah jalan sorang-sorang malam-malam buta ni, sambung jururawat itu lagi.
Faizah dan Raihan yang dari tadi memasang telinga tiba-tiba berasa seram. Meremang bulu roma mereka dibuatnya. Raihan mencuit Faizah sebagai isyarat untuk keluar dari surau secepat mungkin. Mereka tidak sanggup mendengar cerita itu lagi. Mereka cepat-cepat melangkah keluar dari situ.
Ya Allah! terkejut Raihan apabila bahunya dicuit. Dia segera menoleh ke belakang.
Dik, hahaha... sorry lah, tak ada niat pun nak buat adik terkejut, kata jururawat itu.
Oh, tak pe kak, ingatkan apa tadi. Raihan menarik nafas lega.
Awak naik kereta sama ke Parking kat mana
Kitorang housemates. Kereta park dekat depan kedai mamak tu kak. Kenapa kak soal Faizah.
Tak ada apa-apa, akak just nak cakap hati-hati je balik malammalam ni. Mana tahu nanti ada pula perempuan dengan anak lelaki dia nak tumpang naik sekali... Hahaha.
Melihatkan muka Raihan dan Faizah yang tidak terkejut mendengar lawak yang tak berapa nak lawak tu, jururawat itu berkata, Rileks dik, akak gurau je. Jangan lupa baca ayat Kursi tu.
Raihan dan Faizah hanya tersenyum kelat.
Psiko gak akak ni getus hati Raihan.
Mujurlah mereka pulang tanpa sebarang insiden pada malam itu. Sehari selepas seminar, mereka ke Hospital Kajang semula untuk menghadiri BST dengan Prof Uzair.
Mereka terdengar perbualan antara Abang Faiz dan salah seorang jururawat di situ.
Eh Faiz, kau dengar tak semalam cerita nurse dekat Surgery jumpa dengan seorang perempuan dengan budak laki dekat lorong nak gi surau tu
Raihan dan Faizah terdiam. Mereka mula memasang telinga.
Macam kes Dr. Zetty ke soal Abang Faiz.
Ya, sama.
Ya Allah, seram pula aku rasa. Kau kenal siapa nurse tu
Tak silap aku nama dia start huruf S.. Sa.. Haah, Sara!
Raihan dan Faizah saling berpandangan. Mereka teringat kembali bahawa nurse yang menegur mereka pada tempoh hari juga memakai name tag yang tertulis Sara. ****
Solat dan Psiko mengisahkan Razak dan Adam yang mempunyai penyakit schizophrenia. Terdapat ramai pesakit schizophrenia yang dirawat dalam wad psikiatri. Kebanyakan pesakit schizophrenia inilah yang biasa dilihat di tepi-tepi jalan dan dilabel sebagai gila atau kurang siuman di kalangan masyarakat.
Jadi, apakah itu schizophrenia
Secara ringkasnya, seseorang pesakit schizophrenia perlu mempunyai dua atau lebih simptom di bawah, dan berlaku sekuang-kurangnya enam bulan:
1. Delusi
2. Halusinasi
3. Percakapan yang tidak teratur atau merapu
4. Kelakuan yang luar biasa
5. Simptom negatif
Terdapat pelbagai teori atau hipotesis bagaimana penyakit ini boleh terjadi. Antara teori yang paling popular adalah dopamine hypothesis iaitu hormon dopamine yang terlebih aktif di dalam otak. Manakala onset atau purata waktu penyakit bermula juga berbeza mengikut jantina. Kaum lelaki lebih awal onset nya iaitu sekitar umur 15 hingga 25 tahun, manakala wanita pula antara umur 25-35 tahun. Kira-kira 60% pesakit schizophrenia juga adalah lelaki.
P/s: penjelasan ini mungkin panjang, tapi harap bersabar ya.