The Observer sebagai majalah berita dunia yang sangat terkenal hari ini memiliki cawangan merata tempat di setiap benua. Wartawan-wartawannya menjelajah muka bumi ini untuk mencari berita dan maklumat terkini, melapor dan mendedahkan skandal sensasi di samping membuat pelbagai penyiasatan dalam berbagai-bagai isu. Mereka dipasangkan dengan seorang jurufoto yang berpengalaman.
Ibu pejabat majalah cawangan Kuala Lumpur terletak di Petaling Jaya. Sebuah bangunan lapan tingkat yang menempat pelbagai lapisan wartawan, jurugambar, artis, pekerja unit promosi, grafik, pentadbiran, kewangan dan pekerja am. Pejabat J.C terletak di tingkat tujuh. Bersama-sama dengan Pauletta. Teman sekerja yang akan menemaninya ke mana jua.
Perkembangan mendadak penerbitan tersebut turut menuntut perubahan dasar. Setiap cawangan diutus wakil ketua pengarang dari Singapura. Mereka berkuasa penuh di setiap cawangan tersebut. Mereka boleh mengambil dan memecat sesiapa yang mereka mahu. Setiap wartawan dan jurufoto pula diwajibkan sihat sentiasa bagi memastikan segala tugasan mencabar di luar negeri mampu ditangani sebaiknya. Pekerja-pekerja juga boleh ditukarkan ke mana-mana cawangan jua.
Cik Zhi Cheng sebagai wakil ketua pengarang yang ditempatkan di Kuala Lumpur tiga tahun lalu tidak menyenangi J.C dan Pauletta. Perempuan bujang berusia 45 tahun itu dengki dengan prestasi mereka. Dia benci mendengar pujian untuk J.C dan Pauletta dari orang atasan. Hal ini mendorongnya mencari jalan supaya kelemahan dan kesilapan J.C dan pasangannya itu dizahirkan. Namun setakat ini dia tidak pernah berjaya. Sentiasa gagal dan menemui jalan buntu setiap usaha jahatnya itu.
J.C dan Pauletta telah masak benar dengan perangai ketua mereka. Sebagai manusia dewasa yang matang, azam Zhi Cheng itu tidak pernah diambil peduli. Jasa bakti kepada masyarakat dunia menjadi nombor wahid dalam benak-benak mereka. Sebagai journalist, tugas mereka menyampaikan apa yang terjadi dari ceruk dunia supaya naluri kemanusiaan itu bangkit, agar kesedaran sesama manusia itu wujud. Lantas kedamaian tanpa sengketa dan dendam menjadi realiti.
Akan tetapi Zhi Cheng tidak. Soal moral dan disiplin tidak ada. Etika kewartawanan dirempuh laju. Cuma dalam kepalanya berfikir bagaimana untuk menaikkan nama sendiri. Dia mengidam benar menjadi salah seorang dari sidang editor The Observer.
Ooooiiii, pagi-pagi lagi dah berangan. Dah minum cute J.C tersentak. Ketenangan diganggu.
Paul tomboy Kuala Lumpur. Wah, Nampak bertenaga lepas cuti seminggu ni.
Ya, aku sentiasa bertenaga. Tapi lihatlah kau.... J.C menarik muka masam.
Bagaimana laporan darah kau Pauletta tidak mengendahkan wajah cuak J.C itu. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan. Sesekali dia menoleh ke kiri dan kanan, bimbang jika ada yang mendengar perbualan mereka.
Sel T aku stabil lagi. Platlet pun O.K.
J.C kau bercakap benar Kau perasan tak ada kesan lecetan di leher kau Sarkoma Karposi dah mulakan Pauletta meneliti wajah J.C. Hatinya berbalut risau yang tebal.
Kanser kulit. Balas J.C endah tidak endah.
Yaaa, kanser yang mengambil kesempatan. Aku maklum sangat J.C yang KS ni boleh merebak secara mendadak dan boleh juga hilang sedikit demi sedikit. Cuba kau bayangkan kalau ia boleh berada di leher, apa kata ia tiba-tiba wujud di muka kau Mana lagi kau nak sorokkan Dengarlah nasihat aku ni. Letaklah jawatan kau. Tak rugi apa-apa pun. Pauletta berleter panjang. Suaranya dikawal supaya tidak boleh didengar oleh rakan-rakan setugas yang lain.
Kau dah beritahu Norman
J.C menggeleng. Dia resah disoal bertalu-talu begitu. Bila lagi Hari demi hari penyakit kau makin jelas. Kau bernasib baik kerana orang di Malaysia ni tak berapa tahu sangat tentang penyakit ni. Tapi kau perlu ingat orang-orang di sini suka gosip. Aku percaya ramai yang dapat kesan keadaan kesihatan kau yang semakin buruk ni. Tengok betapa kurusnya kau. Haiii, J.C aku risau sungguh.
Aku perlu masa lagi Pauletta. Aku perlukan masa lagi untuk membuat pengakuan. Ini bukan kanser otak, bukan leukimia.
Ini AIDS. Selepas beritahu Norman, apa yang akan berlaku
Tapi kau kan dah dapat kaunseling. Kau patut tahu cara untuk menghadapinya. Kau dah tak ada banyak masa lagi. Virus itu bagaikan bom J.C. Menanti masa untuk meledak. Pauletta membantah kata-kata temannya itu.
Jurufoto yang berkulit hitam manis itu merenung wajah J.C. Lelaki di hadapannya ini kacak. Hidungnya mancung, berbibir nipis seulas. Mata pula menyalin warna mata bapanya, kebirubiruan. Mata J.C sedikit sepet tetapi memiliki susunan gigi yang cantik. Jambang dan badan yang tegap serta sasa pasti menutup rahsia hidupnya. Sayangnya J.C yang suka tersenyum di samping memiliki sifat kelakian yang sempurna dan digilai perempuan ini adalah seorang gay.
Pauletta tidak setuju sama sekali dengan cara hidup homoseksual. Dia tidak percaya bagaimana sepasang lelaki boleh bersekedudukan. Dia sukar membayangkan bagaimana dua orang wanita boleh memuaskan nafsu salah seorang dari mereka. Akan tetapi Pauletta juga percaya dan menerima hakhak hidup seseorang untuk bebas. Untuk memilih apa sahaja. Jadi dia tidak kisah bergaul dengan J.C. Malahan dia telah menjadi salah seorang kawan yang cukup memahami.
J.C kini bukan lagi berada di peringkat asimptomatik. Masa pengeraman atau incubation period telah berakhir. Tanda-tanda AIDS Related Complex telah hadir. J.C sentiasa demam, penat tanpa sebab, berpeluh setiap waktu, kurang selera makan dan kurus melidi. Kini penyakit sampingan sudah mula menjajah.
KS adalah salah satu dari opportunistic infections yang pasti dideritai oleh pesakit AIDS. Tambahan pula J.C seorang homoseks. KS adalah tanda sahih bagi seorang homo yang dijangkiti penyakit maut ini.
Ooi, Miss Zhi Cheng nak jumpa kau di pejabatnya sekarang juga. Azman seorang wartawan yang baru pulang dari Somalia menghampiri mereka.
J.C dan Pauletta saling berpandangan.
Siapa Aku atau dia Tanya J.C inginkan kepastian.
Kau J.C Azman menjawab dengan nada yakin.
Kenapa Pauletta pula tidak sabar.
Entah. Azman mengangkat bahunya.
Mood dia Tanya Pauletta lagi.
Nampak macam baik saja. Entahlah. Kau bukan tak kenal nenek kita tu, angin dia boleh berubah sekelip mata. Azman bersuara tertekan-tekan. Meniru gaya Zhi Cheng bercakap.
Pauletta ketawa besar.
Nenek tu memang gila.
J.C bingkas untuk ke tingkat lapan. Dia sempat mengejipkan matanya yang kiri kepada Pauletta tanda mampu berhadapan dengan maharani The Observer Malaysia. Dia mendaki tingkat lapan dengan menggunakan lif. Terlalu letih untuk menggunakan tangga.
J.C melangkah masuk ke kaunter setiausaha sulit Zhi Cheng.
Nenek tu tunggu kau. Kenapa lama sangat Bisik setiausaha Zhi Cheng.
Yalah tahulah aku. J.C mempercepatkan langkahnya. Muka pintu diketuk. Dua kali.
Masuk. Kedengaran suara serak melaung dari dalam.
Daun pintu dibuka. Pejabat wakil ketua pengarang itu terbentang di hadapannya. Cukup luas untuk didiami seorang. Terdapat sofa berbaldu merah jambu di tengah-tengahnya. Sebuah mini perpustakaan kelihatan jelas di sudut kiri. Buku-buku ilmiah tersusun rapi. Sebuah akuarium dengan beberapa ekor ikan emas di dalamnya gah berdiri berhampiran tingkap kaca besar yang melihatkan sebahagian Petaling Jaya. Cahaya matahari pagi memancar masuk secara rakus melalui tingkap tersebut. Langsir biru laut yang biasanya menabiri tingkap gergasi itu sudah tiada lagi.
Meja kerja Zhi Cheng tersorok sedikit di sebalik pasu bunga bonsai. Mata J.C sempat menjilat beberapa kuntuman bunga ros yang terdapat di dalam pasu di atas meja. Belakang Zhi Cheng, lukisan-lukisan dari pelukis-pelukis terkenal tanah air cukup segar dan menarik.
J.C selamat pagi. Emm, sudah lebih tiga minggu tak nampak. Hebat hasil tugasan kau di Rwanda. Jujur dan penuh dengan pendedahan baru. Syabas.
J.C tersenyum tawar. Ini lain dari kebiasaan. Bisik hatinya bertalu-talu.
Silakan duduk. Zhi Cheng bermanis muka. J.C seolah-olah tidak percaya. Zhi Cheng tidak pernah sebaik ini. Tidak pernah langsung. Meskipun ketika perayaan Tahun Baru Cina.
Aku dah pesan kopi untuk kau. Kita minum bersama ya J.C angguk seperti orang bodoh.
Kau memang bekerja dengan bersungguh-sungguh J.C. Jualan The Observer isu lepas naik mendadak kerana keberanian kau memaparkan isu perang dingin antara Korea Utara dan Korea Selatan. Bagus sekali memiliki orang-orang seperti kau. Zhi Cheng terus memuji.
J.C kaku macam batu. Api sangsi dalam dirinya marak tetapi dia tidak dapat memadamnya.
Zhi Cheng duduk bersandar. J.C merenung wajah ketuanya. Ikhlaskah dia sekarang Air mukanya sarat kepura-puraan. Mukanya yang berkulit kuning langsat ini diteliti. Hidung mancung. Mata kedua-dua belah sepet. Rambut panjang disanggul kemas. Pakaian tetap ketinggalan zaman. Sah! Dia memang Hung Zhi Cheng. Akan tetapi buang tabiatkah dia Kenapa dia melayan aku sebegini baik
Kenapa Miss Zhi Cheng J.C cuba memecahkan kebuntuan.
Zhi Cheng ketawa kecil kemudian perlahan-lahan jadi besar.
Jangan takut. Relaks. Aku tak nak makan kau pagi ini.
J.C berkerut. Dia tambah hairan. Terlalu hairan.
Zhi Cheng bangun tiba-tiba. Dia berjalan menghampiri J.C. Dan merenung J.C dari dekat. J.C bimbang. Zhi Cheng telah mengendus rahsiaku Tidak mungkin.
Tahniah!
Tangan kecil itu dihulurkan untuk bersalaman. J.C menyambutnya.
Aku ada berita gembira.
Berita gembira Untuk siapa
Untuk kau J.C. Zhi Cheng ketawa lagi. J.C bingung.
Dia nak mempermainkan kau J.C bisik sebahagian dirinya lantang. Seperti talun berulang-ulang kali memberi amaran kepada diri.
Untuk saya Berita gembira
Zhi Cheng tersenyum penuh misteri. Dada J.C berombakombak. Debar memukul dada itu.
Kau dilantik sebagai Timbalan Ketua Editor The Observer Malaysia menggantikan Zahar yang transfer ke cawangan di Hong Kong. Tahniah.
J.C hilang kata-kata. Dia duduk di situ tertegun metah.
Bukan itu saja.
J.C masih lagi bisu. Terpukau dengan berita yang tidak disangkanya ini.
Kau juga dicalonkan untuk Anugerah Jurnalis Terbaik dalam satu majlis penganugerahan awal tahun hadapan. Kau tahu, selain dari kau ada lima orang lagi dari majalah-majalah tempatan. Emmm, aku rasa peluang kau lebih cerah. Tahniah
sekali lagi.
J.C tambah geramang. Gamam dengan berita-berita yang mengejutkan.
Janganlah duduk saja. Cakaplah sesuatu. Kau mesti beri reaksi. Zhi Cheng duduk semula di kerusi sandarnya. Dia memakai cermin mata seraya tersenyum nipis kepada J.C.
Susah nak percaya. Susah, susahhh...
Zhi Cheng ketawa.
Itulah kehendak Singapura.
Kau beri masa untuk aku fikirkan J.C tiba-tiba kembali sangsi.
Kau mahu fikirkan Tawaran sebegini baik, hai, J.C jangan tangguhkan lagi soal ni. Jawatan Timbalan Ketua Editor ni penting. Zhi Cheng bernada memujuk.
Tolong, tolong beri peluang untuk aku fikirkan dulu.
Zhi Cheng seakan-akan berfikir.
Emm, ai, perkara ni urgent J.C.
Aku tahu tawaran ni bagus tetapi aku lebih suka cara hidup sebagai seorang wartawan. Merayau! Aku tak minat sangat duduk saja di dalam pejabat. J.C seolah-olah memperolehi kewarasannya semula.
Baiklah aku beri masa hingga petang ni. Kau fikirkan dan jangan terpengaruh dengan orang lain O.K. Zhi Cheng mengalah.
J.C memandang wajah Zhi Cheng. Dia tidak tahu untuk mengucapkan terima kasih atau meragui tawaran mendadak ini. Apakah ada sebarang helah di sebaliknya J.C buntu.
***
Tawaran Zhi Cheng sememangnya wajar diragui. Selama ini Zhi Cheng tidak pernah melayan J.C sebaik itu. Kedua J.C tidak yakin dapat bekerjasama dengan Zhi Cheng, yang cukup terkenal dengan keras kepala. J.C sendiri pernah mengalaminya. Ya, dia masih ingat bagaimana perbalahan yang timbul antara dirinya dengan sidang editor di Singapura suatu ketika dahulu. J.C telah menemuramah Menteri Kehakiman Sudan, Abdul Aziz Shiddu yang menyelar Barat kerana mengkategorikan Sudan sebagai sebuah negara pengganas. Menurut Shiddu, tuduhan itu tidak berlapikkan apa-apa bukti.
J.C melaporkan yang benar. Jujur sebagai wartawan. Itulah etika kerjanya. Akan tetapi pindaan dilakukan sebaik sahaja tiba di tangan Zhi Cheng. Tindakan ini disokong ibu pejabat. J.C radang. Sejak itu dia kurang menyenangi cara Zhi Cheng bekerja.
Kenapa J.C Kenapa nenek tu panggil kau Ada masalah Pauletta menyerbu J.C sebaik sahaja dia menjejakkan kaki semula ke tingkat tujuh. Kawan-kawan lain turut mengelilingi.
Ya, J.C kami takut juga. Manalah tahu ada apa-apa perubahan peraturan yang dibuat. Randa, seorang lagi wartawan hampir dengannya.
Tak ada apa-apa.
Mustahil! bantah Tamilvanan. Seorang lagi teman sejawatan. J.C memerhatikan wajah rakan-rakannya satu demi satu.
Aku ditawarkan mengganti tempat Zahar.
Pauletta menjegilkan matanya. Mulutnya separuh terbuka. Dia tidak percaya.
Kau ditawarka.... Tamilvanan tersentak. Randa juga kehairanan.
Pelikkan
Lebih dari itu! Pauletta separuh menjerit.
Kau terimakah Randa mendapat kembali suaranya.
J.C geleng.
Kau tolak begitu saja Pauletta masih kurang yakin dengan berita tersebut meskipun diucap oleh J.C sendiri.
Aku bilang mahu fikirkan dulu. J.C menjawab lemah. Dia duduk di atas kerusi keletihan.
Terima saja J.C, kau jadilah wakil kami di atas. Tamilvanan mendesak.
Tidak. Aku lihat ni sebagai satu perangkap. J.C tidak bersetuju.
Pauletta angguk. Betul. Aku juga rasa begitu, tapi this is your choice dan kau saja yang berhak buat keputusan.
Perangkap apa Ujar Randa kebodoh-bodohan.
Perangkap dalam pengkhianatan terhormat. Ketidakjujuran dan segala macam penyelewengan laporan. Jawab J.C pantas. Tegas nadanya.
Dan mengorbankan segala amanah yang kita pikul di sini. Pauletta menunjuk ke arah bahunya sendiri.
Tamilvanan angguk. Randa juga.
Habis Pauletta merenung wajah J.C penuh tanda tanya.
Err, entah. J.C mengangkat kedua-dua belah bahunya.
Ya, ini keputusan kau sendiri. Randa mengakui.
Emmm, tapi kita perlu raikan ni bukan Ini suatu penghormatan terhadap J.C. Terhadap wira kita. Mata Tamilvanan bercahaya. Dia nampak serius tatkala mengucapkan ayat terakhirnya. J.C tersenyum tawar.
Pauletta yang hitam manis itu mengangguk setuju. Hidungnya yang kembang, kini kempis kerana suka. Bibir tebalnya menelurkan kata-kata sambil merenung J.C. Kita turun bawah, aku belanja. Lagipun sekejap saja lagi waktu minum teh.
Eh akulah yang belanja. Celah J.C tiba-tiba.
Biar aku saja. Kalau kau terima, alamat keseoranganlah aku. Mungkin juga dapat teman baru. Pauletta bernada rendah. J.C mendengar tutur kata itu sayu.
Mari. Randa tidak sabar-sabar lagi.
J.C melangkah seiiringan dengan rakan-rakannya. Buah-buah perbualan mereka heret sama ke pintu lif.
Ketika itu J.C berasa perit. Dia menekan perutnya. Tambah lagi kepalanya berat.
Aaaah, tinggalkan akuuu...
J.C bergegas. Lari-lari anak ke tandas. Randa dan Tamilvanan mengekori pemergian J.C penuh hairan. Pauletta menurut.
Pergi dulu. Perintah Pauletta keras. Dia mengejar langkah J.C dan tanpa menghiraukan tanda lelaki pada pintu tandas dia merempuh masuk.
J.C bagaimana kau
Tiada suara menyahut.
J.C, kau tak apa-apa
Masih tiada jawaban.
J.C kenapa Pauletta cemas sungguh.
Paul, tooloonnngg. Aku rasa KS melekat juga pada usus. Hantar aku ke hospital. Doktor Faridah...
Suara J.C bergetar penuh kesakitan dari dalam tandas.
Baik.
Pauletta cuba bertenang. Walaupun jauh dari dasar hatinya dia tahu ini adalah permulaan segala bencana. J.C pun dipapah keluar.
***
J.C terbaring lesu di atas katil. Doktor Faridah berada di sisinya. Doktor pakar yang berwajah seakan-akan Cina itu tersenyum manis kepada J.C. Bilik rawatan khas untuk pesakit peribadinya kecoh sebentar apabila diserbu oleh Pauletta dan J.C tadi. Tanpa lengah tindakan segera diambil. Suhu badan J.C terlalu tinggi. Namun J.C pula mengadu kesejukan dan badannya dibalut dengan selimut tebal.
Kita masih menanti laporan darah. Aku juga perlu ambil contoh hasil kau tu. Kata Doktor Faridah tetap tersenyum.
KSkah Angkara kanser tu J.C bersuara lemah.
Harap-harap tidak. Mungkin reaksi terhadap azidotimidin.
AZT yang aku suntik tempoh hari.
Parasit Tanya J.C lagi.
Ya, mungkin juga. Walau macam mana pun kita tunggu dulu laporan makmal. Doktor Faridah tidak mahu menakutnakutkan J.C. Pesakit perlu diseret supaya bertenang terlebih dahulu.
Pauletta mana
Di luar. Kau jangan risau. Dia tak mungkin beritahu Norm. Relaks O.K.
J.C mengangguk lemah. Dia memejamkan mata sementara menanti Doktor Faridah bersedia untuk melakukan pemeriksaan colonoscopy ke atasnya.
Emm, tanggalkan seluar dan pusing belakang. J.C patuh.
***
Dua minggu setelah kejadian itu J.C berasa sihat sedikit. KS bertambah banyak tetapi J.C bijak menyembunyikannya.
Mujur ia membiak sekitar dada. Norman pula sibuk di studio membuat persiapan album terbaharunya. Pulang lewat malam. Kadang-kadang tidak pulang terus buat beberapa hari. J.C kembali mengingatkan perjumpaannya dengan Doktor Faridah semalam.
Ya, kau datang sehari sekali, kadang-kadang dua hari atau tiga hari lepas tu. IV drip ni lebih baik kalau dibuat di apartmen kau tu J.C. Faridah memberi nasihat.
Susah.
Tak susah. Kau yang menyusahkan diri. Dengar sini baik-baik. IV drip ni kau buat saja di rumah.
Masalah. J.C membantah. Sama sekali tidak bersetuju.
Apa Norm Sampai bila kau nak sorok Eh, kau bukan lagi pembawa kuman HIV. Kau tu pesakit AIDS J.C. Kau tak wajar merahsiakan ini. Dan aku hairan bagaimana kau boleh menyimpan benda ni sampai makan bertahun-tahun. Faridah meluahkan isi hatinya.
J.C diam. Dia cuma merenung wajah Faridah dengan air muka kosong.
J.C aku yakin sebelum kau mengambil ELISA dulu tentu kau dah dapat kaunseling. Aku tahu cabarannya J.C, tapi kau mesti hadapi. Meskipun seorang diri. Tapi aku percaya kalau Norm tu betul-betul sayangkan kau tentu dia akan sokong kau dari belakang. Dan lupakan soal kerja. Kau bukan orang sihat. Balik dan maklumkan juga kepada keluarga. Ambillah nasihat ini
J. C.
K.
J.C tetap diam. Dia membiarkan Faridah membebel di hadapannya.
Contoh diarea macam dulu tu. Cirit birit ni tak kira masa J.C. Tak dapat diduga. Dahlah asyik makan bijiran. Ambil intravenous drug. Kau ni pentingkan diri. Kau tak pernah fikirkan Norm dan keluarga kau.
J.C menarik nafas dalam. Faridah bukan setakat doktor peribadinya. Faridah Nawawi dikenalinya di New York dalam satu perjumpaan pelajar Malaysia. Faridah adalah rakannya. Bukan kerana dia menyimpan rahsia besar ini tetapi juga merupakan orang yang bertanggungjawab merangsangnya untuk melihat sendiri Malaysia selepas tamat pengajian. Antara orang yang memahami jiwanya setelah Norm, Pauletta dan Mak
Cik Jill.
J.C terkebil-kebil di atas katil. Dia telah tidur lebih lapan jam.
Rasa letih berkurangan. Dia terbatuk-batuk kecil sebelum bangun dan duduk di pinggir katil. Dia kembali teringat ujian enzyme-linked immunosorben-tassay atau lebih dikenali sebagai Elisa yang diambilnya dahulu. Dia mengambil ujian tersebut kira-kira setahun selepas mengesyaki dirinya turut dijangkiti HIV yang diperolehinya dari Ralph.
J.C melalui satu sesi kaunseling sebelum menjalani ujian darah tersebut. Dia dibantu dan dinasihatkan bagaimana cara untuk menghadapi masyarakat dan keluarga sekiranya sah positif antibodi AIDS.
Dan dua setengah jam selepas ujian darah dibuat ia positif. Ujian Western Blot mengesahkannya lagi. Jenis HIV yang menjalar dalam tubuhnya adalah HIV-1. J.C benar-benar kecewa. Nasi sudah menjadi bubur. Pauletta datang memberikan ketenangan. Dalam tempoh pengeraman ketika dia masih lagi kelihatan seperti orang sihat, Pauletta cukup banyak membantunya, menyokongnya, sentiasa memberikan semangat supaya tidak terus kalah kepada si jahanam yang menyeksa diri.
J.C terbatuk-batuk lagi. Lamunannya mati tanpa nisan. Dia menghela nafas berat. Dia semakin khuatir. Dia telah pun menolak tawaran Zhi Cheng. Keputusan yang tidak dijangka oleh perempuan yang digelar nenek itu membangkitkan kemarahannya. Dia tambah marah lagi apabila J.C mengambil cuti kecemasan secara tiba-tiba. Teman-teman di pejabat pula semakin meragui hakikat sebenar kesihatannya. J.C juga hairan dengan sikap Pauletta. Ya, pada awalnya dia beria-ria mendesak supaya J.C meletakkan jawatan. Dia juga nampak bersedih. Sehari dua lalu dia kembali mendesak J.C meninggalkan The Observer.
Sehari ni aku gelisah memikirkan kau. Setiap hari kau semakin sakit. Apa Norm tak tahu Tak endah
Dia sibuk benar Paul. Rakaman lagu dan suaranya belum selesai. Sibuk juga menjalani sesi fotografi dan merangka-rangka konsert bergeraknya. J.C bersuara lemah.
Kau keseorangan di rumahlah
Fair enough. Kadang-kadang aku keluar ke sana ke sini dia pula keseorangan. Dan tiba masanya, giliran untuk aku ditinggalkan.
Tapi dia ada masa nak jengah-jengah Melissa tu. Pauletta bimbang J.C dibiarkan keseorangan di rumah tanpa penjaga, tanpa ada yang meninjau-ninjau keadaan.
Itu penting untuk tutup cerita sebenar.
Pauletta faham benar. Pertunangan Norman dan Lis hanya untuk mengaburi cara hidup mereka. Dan memang ia banyak membantu. Ramai orang tidak sedar. Lis sendiri tertipu.
Kau letak jawatan. Desak Pauletta.
J.C mengangkat mukanya merenung jauh ke dalam mata
Pauletta.
Buat masa ni aku masih mampu lagi. Ya, aku kurus, tidak berselera, demam, batuk, selsema dan macam-macam lagi tapi aku boleh jalan lagi Paul. Aku akan letak jawatan. Pasti. Aku janji. Biar aku bersedia. Lebih bersedia. Penyakit ni bukan kanser, bukan leukemia. Ini AIDS. Acquired Immune Deficiency Syndrome yang ditakuti orang. Tunggulah dulu.
Jangan terlalu lama membuat persediaan J.C. Masa berjalan pantas. Cukup cepat. Esok-esok apa pula penyakit sampingan yang akan kau deritai. Pauletta kini bernada memujuk.
Letak jawatan, beritahu Norman dan pulang ke Amerika. Aku akan buat semua itu. Cuma aku tak pasti tindak balas Norm. Dan aku belum tergamak mem-beritahu keluarga aku di New
York...
Daun pintu dihempas kuat. J.C bangun. Norman telah pulang.
Honey, kau
Tiada suara menyahut.
Norm sayang, kau
J.C berjalan perlahan ke ruang tamu. Norman terbaring di atas sofa. J.C menghampiri.
Norman menitiskan air matanya.
Norman duduk. Kenapa Norm
Tiba-tiba Norman teresak. Tangisannya menjadi-jadi. Bahu berhenjut-henjut.
J.C memegang bahu Norman, memujuk, cuba melegakan. Norman tidak pernah menangis sebegini.
Lama dia menanti tangis itu reda.