Beberapa orang pelajar sedang melepak di Caf Ode. Ada yang mengambil kesempatan dengan bermain Dota, ada juga menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk memuat turun tv series terkini. Hanya ada segelintir yang membaca buku. Kelihatan Selina bersama seorang remaja perempuan berambut keriting halus sedang duduk di meja belah kanan paling hampir dengan pintu Caf.
Kau tahu adik aku nak bunuh aku pagi tadi
Really
Aah. I almost died this morning, Cheryl.
Relax la, babe. You tahu kan Iman tu kasar sikit orangnya. Tapi, dia sayang you. Hal kecil je tu.
Cakap dengan you macam cakap dengan bad psychologist. Bayar je mahal, hasilnya najis. Selina membuka ikatan rambutnya. Cheryl menggeleng dan ketawa.
Cantik you lepas rambut.
Thanks. Im not talking to you.
But you still love me, right
No.
Are you sure
Shut up la. I takde mood.
Cheryl merapatkan tubuhnya ke arah Selina. Dia menolak rambut panjang Selina ke belakang dan menghembuskan nafasnya ke arah telinga perempuan itu. Selina tersenyum. Pandangan mereka berpaut. Bibir mereka hampir bertemu.
Hai! Seorang gadis menghampiri pasangan tersebut.
Hai, Mas.
Cuma Selina yang menjawab sapaan daripada Mastura, manakala Cheryl membatukan diri dengan melayari internet menggunakan telefon pintarnya. Mastura memberikan sesuatu kepada Selina.
Nah, ni brownies yang saya buat tadi. Jangan lupa makan.
Penat saya masak.
Wow, brownies! Thanks, Mas. Eh, jemputlah makan sekali. Ouch! Selina menggosok bahu kanannya yang dicubit Cheryl. Cheryl cuma menjegilkan biji matanya.
Brownies dekat Caf ni pun tak termakan. Senyuman di wajah Mastura mengendur tatkala mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Cheryl.
Brownies ni mesti sedap. Tak sabar nak makan. Malam nanti saya call awak. Selina bangun dan memeluk tubuh dan mencium manja pipi Mastura.
Thanks.
Mastura kembali ceria. Dia meminta izin untuk kembali ke kolej dan berjalan laju meninggalkan Selina dan Cheryl.
Mastura mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor seseorang. Talian bersambut.
Bibik, Mas benci dia. Air matanya laju menuruni pipi namun diseka pantas.
Mas nak bunuh dia!
*****
Seorang lelaki bersinglet dan berseluar pendek sedang mengemas loker di gym. Dia menanggalkan sport shoes yang dipakai. Sepasang stoking miliknya dikibas-kibas sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik yang diletakkan di dalam loker. Tuala disangkutkan di bahu kiri. Lehernya penuh dengan kesan parut. Saat dia mahu menutup pintu loker, mata kanannya menangkap kelibat seseorang.
Iman Buat apa kat situ Jom duduk sini. Lelaki itu mengajak Iman duduk di kerusi panjang yang diperbuat daripada kayu berhadapan loker. Ponteng kelas ke
Aah.
Something wrong Ayah tahu tak Iman kat sini Iman menggeleng. Dia duduk betul-betul bersebelahan dengan lelaki tersebut.
Gaduh dengan kakak lagi
Aah.
Pasal apa pula kali ni
Dia biadab dengan bonda. Iman tak suka. Iman nak bunuh dia pagi tadi. Lelaki tersebut sedikit pun tidak terkejut dengan ayat yang keluar daripada mulut Iman. Dia cuma tersenyum dan ketawa kecil.
Dia tetap kakak Iman kan Adik-beradik kena bertolak ansur. Ada sebab kenapa manusia ni berkeluarga. Manusia tak boleh hidup sorang-sorang macam tu je. Iman kena banyak lagi belajar untuk bersabar, toleransi. Dulu kan dah janji dengan Haikal Iman mengangguk. Dia merapatkan kepalanya ke bahu kanan Haikal.
Haikal menggosok kepalanya perlahan.
Dah breakfast
Dah. Iman tak nak balik rumah.
Bagi Haikal mandi dulu boleh Busuk sangat badan ni lepas work out tadi. Baru nak mandi Iman datang. Terkejut kejap tapi Haikal control. Iman ketawa kecil. Haikal senyum.
Wangi je. Jangan mandi dulu boleh Tak nak bangun lagi. Haikal mengangkat wajah Iman untuk diselarikan dengan wajahnya. Bibir mereka berdua bertaut. Iman memejamkan matanya. Tangan kanannya memegang kepala Haikal. Ciuman dileraikan dan Iman membuka mata.
Haikal mandi dulu. Nanti kita pergi makan froyo. Iman tunggu sini. Haikal bangun dan menuju ke bilik mandi. Iman ditinggalkan keseorangan di situ. Dia mengeluarkan tamagotchi miliknya dan mula bermain. Tiba-tiba, lampu di bilik loker terpadam serta merta. Iman tersentak. Bunyi seperti kabel elektrik terputus memenuhi segenap ruang bilik locker.
Haikal
Sunyi. Tiada jawapan yang diberikan. Iman mula risau. Dia berjalan perlahan-lahan. Seketika kemudian lampu kembali terang. Iman menarik nafas lega.
Prap!
Suasana kembali malap. Mentol lampu kalimantang bilik loker tiba-tiba pecah. Bunyi deras aliran elektrik memenuhi ruang. Iman terkaku. Dia kembali duduk memeluk lututnya. Mentol kedua pula berbalam-balam. Dalam cahaya yang suram, seseorang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Gelagatnya yang tidak keruan membuatkan dia tersenyum.
Haikal! Iman menjerit memanggil Haikal. Tangannya bergetar menahan ketakutan.
Hey.
Haikal! Iman melompat dan memeluk erat tubuh Haikal. Iman takut. Haikal pergi mana Puas Iman jerit. Sorry, tak dengar tadi. Relax okay. Lampu kalimantang kedua bilik loker kembali terang. Tidak jauh dari tempat mereka, serpihan kaca mentol bersepah di atas lantai.
Jom kita pergi. Tolong ambilkan baju Haikal dalam
loker.
Iman berjalan menuju ke arah loker milik Haikal. Dia membuka pintu loker.
Ouch! Iman meniup kesemua jari kanannya.
Kenapa Okay tak
Ada current kat pintu loker tu.
Mesti ada short mana-mana ni. Sini tengok tangan tu. Haikal membelek jari tangan kanan Iman.
Jom. Bahaya lama-lama dalam bilik ni. Haikal nak pergi buat komplen. Haikal mendukung badan Iman yang kecil keluar dari bilik loker.
Prap!
Lampu syiling kedua bilik loker pecah. Bunyi current kembali kedengaran tetapi kali ini lebih kuat. Bunyi tersebut berselang-seli dengan bunyi ketawa kecil.
Hmm.. Menarik.