KILL ME WITH LOVE - 3
SEORANG wanita muda dalam lingkungan usia dua puluh enam tahun baru sahaja keluar dari balai berlepas. Pesawat yang dinaiki dari benua Amerika itu baru sahaja mendarat.

Dia berjalan perlahan menarik beg pakaian beroda, sambil sepasang mata yang terselindung dari sebalik kaca mata hitam memerhati jinak suasana sekeliling. Pusuan orang ramai yang baru keluar dari pesawat menuju ke pelbagai arah. Terdengar suara-suara yang tidak asing di telinganya. Dia rindu untuk mendengar dan melihat sesuatu yang dia ketahui, kenal dengan pasti. Dia mahu mengingati segalanya, walaupun terlalu pahit.

Langkah terus diatur. Kakinya yang panjang kelihatan sungguh cantik, mengenakan but berwarna hitam yang berkilau. Sementara baju kemeja sendat warna merah membalut tubuh, dipadankan dengan seluar jean ketat. Bahagian dadanya sedikit terdedah, memperlihatkan alur yang seksi. Dia tidak peduli kalau-kalau ada mata nakal yang mencuri pandang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah yang antara lapangan terbang yang tercanggih. Penumpang dibawa meninggalkan balai ketibaan dengan menaiki tren menuju ke terminal. Dia tidak terkecuali menyelitkan diri di celah-celah penumpang lain. Sebaik tiba di terminal, matanya merenung jauh ke arah pintu yang menghala ke luar. Di situ terdapat deretan kereta sewa yang menanti pelanggan.

Aku akan mulai membina kehidupan di sini, bisik hatinya. Aku tahu, di sini aku akan lebih bahagia. Aku mahu berubah. Aku bukan lagi Carra Carson Maxwell. Tetapi aku adalah Kharlissa Yusuf, seorang wanita biasa. Seorang wanita yang ingin belajar perkara baru. Perkara baru pastinya indah dan menarik. Mulai detik ini, aku akan berubah secara total, bisiknya sambil memandang ke arah beg pakaiannya yang besar dan berat. Dia terus menarik beg pakaian menghala ke arah teksi yang menunggu penumpang. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut teksi dia terus meminta dibawa ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Malam ini dia akan menginap sahaja di hotel. Tidak sempat untuknya mencari rumah. Pasti dia memerlukan masa bagi mencari lokasi dan tempat yang sesuai untuk menginap. Kharlissa berdiri di tepi balkoni hotel, sambil memegang gelas minuman. Lantaran dia ingin benarbenar berubah, dia meminggirkan minuman keras. Jus oren menjadi pilihannya bagi menghilangkan dahaga.

Aku seorang wanita biasa. Seorang gadis yang baik, dia mengingatkan dirinya sendiri. Dia tersenyum sendiri, sambil mata ditebar jauh. Dari balkoni hotel tingkat lima belas itu dia dapat melihat pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Angin malam begitu ramah memesrai wajahnya yang kosong tanpa solekan.

Pelbagai rancangan masa depan sedang mengisi minda. Dia cuba menterjemahkannya satu persatu. Mulai esok dia harus mencari rumah untuk didiami. Rumah yang selesa. Mungkin sebuah kondo mewah yang akan dihuni bersama beberapa orang rakan baru. Pun dia merasa lebih selesa jika bersendirian.

Dia kembali ke dalam bilik, membiarkan pintu yang menghala ke balkoni ternganga luas. Dia duduk di kerusi dan mencapai diari yang masih kosong. Dia akan mencorakkan diari itu dengan cerita-cerita baru. Tiada kisah lama. Tiada kenangan. Semuanya baru.

Dia mulai menulis;

Pertama: Sebuah kondo harus didiami seorang diri.

Kedua: Sebuah kereta sederhana mewah Ketiga: Sebuah komputer riba

Keempat: Seorang lelaki...

Dia terhenti menulis. Apakah rancangan seterusnya Seorang lelaki untuk apa Dia tidak tahu. Dia buntu. Dia tidak punya rancangan yang lebih daripada itu. Agh! Apa yang harus dia buat Sebuah rengusan perlahan dilepaskan.

BARU pindah Seorang lelaki menegurnya dalam Bahasa Melayu semasa dia berada di hadapan pintu yang terbuka. Kharlissa baru membeli kondo itu dengan harga enam ratus ribu. Dia membayarnya secara tunai. Wang simpanan dalam bentuk US Dolar apabila ditukar ke Ringgit Malaysia, benar-benar menjadikan dia seorang jutawan. Selama bertahun-tahun dia menyimpan wang itu untuk masa depan. Inilah masa depan yang sering difikirkannya.

Memiliki sebuah rumah yang selesa. Kondo itu mempunyai tiga bilik tidur. Ruang tamu yang luas, mengadap ke taman yang menghijau. Memang amat bertepatan dengan nama kondo itu. Setapak Garden.

Kharlissa sibuk mengeluarkan beberapa buah kotak yang sudah dilipat. Kotak-kotak itu mahu dibuang segera. Dia tidak suka suasana yang sesak dan berselerak.

Kharlissa tidak segera menjawab. Entah mengapa lidahnya kelu. Sudah lama tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Namun dia masih faham dan ingat. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja, sambil mata bundar miliknya memandang wajah lelaki itu.

Lelaki itu masih muda, berusia penghujung

dua puluhan. Tinggi dan berkulit cerah. Rambutnya agak panjang, mencecah bahu dibiarkan bebas. Dagu dan bahagian atas bibirnya kelihatan bersih baru lepas bercukur. Malah bau colognenya masih sempat dibawa angin ke deria rasa Kharlissa. Bau yang sangat asing namun menyenangkan.

Need help with those boxes tanya lelaki itu apabila melihat dia hanya membisu.

Care to help soalnya semula sengaja untuk bermain tarik tali.

Sempat dadanya berdebar kala lelaki itu datang mendekat. Jarak pintu rumah mereka lebih kurang dua puluh meter sahaja. Lelaki itu adalah satu-satunya jiran terdekat.

Yeah, why not, balas lelaki itu.

Hmm, layan sajalah lelaki ni, fikirnya sambil menggertapkan bibir. Bukankah aku mahu berubah Terlalu ingin menjadi orang lain. Menjadi seorang gadis bernama Kharlissa yang baik, ramah dan ingin berkawan dengan sesiapa sahaja, terutama sekali dengan seorang lelaki kacak. Tapi adakah dia masih bujang Ataupun sudah berkeluarga Nanti tak pasal-pasal isterinya cemburu, kena kejar dengan penyapu.

Saya sentiasa ada masa untuk gadis cantik macam awak, kata lelaki itu dalam bahasa Melayu sambil menghadiahkan senyuman. Matanya nampak bercahaya. Kharlissa dapat menangkap wajahnya yang kelihatan ceria.

Oh, kalau tak cantik awak tak mahu tolong ke tanya Kharlissa sinis. Menyampah juga dia mendengar ungkapannya tadi.

Lelaki itu mengerut kening. Eh, boleh cakap bahasa Melayu rupanya perempuan ni. Dia tertawa lembut.

Saya puji awak sebenarnya tadi. Awak marah ke Lelaki itu masih ingin bermain kata.

Kharlissa terdiam. Dia hilang tingkah. Terasa susah pula berhadapan dengan lelaki yang baru dikenali. Nak pula lelaki itu sangat kacak. Debaran tiba-tiba menerjah dinding dadanya.

Pantas lelaki itu membongkok mengambil kotakkotak yang baru dilonggokkan dan mengangkatnya dengan ke dua-dua belah tangan. Tangannya nampak sasa dan tegap.

Taklah. Saya tak marah. Cuma, saya tak biasa dipuji, terus terang Kharlissa cuba membuka secebis rahsia kehidupannya.

Dia tidak pernah dipuji. Tidak biasa menerima pujian. Semua itu buat dia rasa amat janggal. Siapa yang pernah memuji seorang pembunuh upahan Dia sentiasa dikeji dan dicaci. Dia pembawa bencana dan kemusnahan.

Dia seorang wanita kejam dan jahat. Dia... Hati Kharlissa rasa pedih secara tiba-tiba.

Tidak! Aku mahu melupakan Carra. Carra sudah hilang jejak walaupun dia belum mati. Aku adalah Kharlissa.

Saya ikhlas. Walaupun di KL ni ramai perempuan cantik, tapi awak memang lain. Kecantikan asli, lelaki itu mengenyitkan matanya.

Kharlissa meraba-raba pipinya sendiri. Ya, dia tidak bersolek langsung sejak tiga hari lepas. Dia membiarkan wajahnya tanpa dilindungi topeng solekan lagi.

Okey... Terima kasih. Tapi awak jangan menyesal sebab tawarkan pertolongan. Ada banyak lagi sampah dalam rumah saya.

Tak apa. Saya takkan paksa awak belanja makan malam ni!

Kharlissa tidak menjawab. Dia memandang sahaja lelaki itu membantu memunggah kotak-kotak yang banyak itu ke tingkat bawah. Kemudian dia turut turun, menghantar kotak-kotak dan sampah di dalam beg plastik hitam ke tempat pembuangan sampah di belakang kondominium.

Terima kasih, ucap Kharlissa sambil berjalan menghala ke pintu lif.

No problem. By the way, what is your name Yalah saya perlu tahu nama awak, takkan saya nak panggil oi saja kan tanya lelaki itu.

Nama saya err... Kharlissa.

Kharlissa. Sedap nama awak, balasnya sambil tersenyum mengusik.

Kharlissa tertawa kecil.

Panggil saja Liss, katanya masih mengulum senyum.

Lelaki itu menghulur tangannya dengan senyuman mesra di bibir, Kay.

Kharlissa menyambut tangan lelaki itu.. Telapak tangannya lembut menandakan dia bukan melakukan kerja-kerja yang kasar, jauh sekali buruh. Kharlissa cuba menduga pekerjaan lelaki itu. Mungkin seorang arkitek atau jurutera, fikirnya.

Kay Nama yang sangat ringkas, komen Kharlissa.

Sebenarnya nama saya Khairul Rasheed Dato

Salihin.

Kharlissa terpegun. Wow, anak orang elit! Yalah, kalau bukan anak orang kaya, masakan mampu duduk di kondo ni.

Sebaik mereka masuk ke dalam lif, Khairul Rasheed menekan punat nombor enam. Kala itu mereka berdiri begitu dekat. Sekali lagi Kharlissa terhidu bau cologne lelaki itu. Begitu menyenangkan. Apakah minyak wangi yang dia pakai

Sungguh mendebarkan kala berdiri begitu dekat dengan hampir-hampir bersentuhan bahu. Kharlissa rasa lelaki itu mempunyai sentuhan magis yang mampu membuat hati Kharlissa tiba-tiba jadi suka padanya.

Ah, gila kau Kharlissa! Suka pada lelaki ni Bukankah kau tak pernah sukakan sesiapa Apa lagi lelaki. Satu-satunya lelaki yang baik hanya Maxy.

Kharlissa merengus perlahan. Matanya dengan gesit, menjeling Khairul Rasheed dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dia berpakaian ringkas seluar bermuda dan t.shirt putih, berkolar biru. Walaupun rambutnya agak panjang, namun terrsisir rapi. Memang nampak macho di mata Kharlissa.

Satu rasa aneh menyelinap lagi ke dalam hatinya. Dia tidak mengerti mengapa dadanya pula rasa berdebar. Mungkin faktor hanya mereka berdua sahaja dikepung ruang lif yang kecil. Dia pura-pura memandang ke arah butang lif yang berkelip-kelip setiap kali tiba di tingkat yang dilewati. Beberapa saat lagi mereka akan tiba di tingkat enam. Pintu lif akan terbuka luas dan mereka akan keluar. Entah mengapa Kharlissa rasa berat hati.

Nama awak Kharlissa saja ke Tak ada nama bapa Kenapa Kharlissa memulangkan pertanyaan.

Yalah selalunya pada perkenalan pertama orang akan menyebut namanya dan nama keluarga, jawab Khairul Rasheed, memusing badan dan muka, merenung ke wajah Kharlissa yang sedang mendongak.

Mungkin orang tu silap. Tak semestinya, kita perlu bercerita tentang keluarga pada perkenalan pertama, jawab Kharlissa dengan nada tegas.

OK, Up to you. Kalau tak keberatan, sebelum ni awak tinggal kat mana lanjut lelaki itu benar-benar berminat ingin tahu tentang wanita cantik yang menjadi jirannya yang baru. Bola matanya tidak lepas memandang mata Kharlissa yang bersinar lembut. Bibirnya comel, kemerahan dan basah.

Singapura, jawab Kharlissa ringkas, cuba untuk berbohong.

Sebaik pintu lif terbuka dia terus bergerak menuju ke pintu rumahnya. Lelaki itu membontoti Kharlissa dengan pantas. Dia masih ingin meneruskan perbualan.

Kerja apa, kalau boleh saya tahu

Kharlissa menjelingnya tajam, tidak suka mendengar pertanyaan itu. Kau ni polis ke Semua hal orang nak tahu!

Lantaran dia ingin menjadi Kharlissa dan bukan lagi Carra, dia terpaksa meladeni pertanyaan Khairul Rasheed dengan sebaik mungkin.

Cubalah awak teka. Kalau awak berjaya teka dengan betul, mungkin dapat sikit ganjaran, katanya sambil tersenyum nakal.

Senyuman yang tidak dibuat-buat. Sampai bila-bila pun kau takkan tahu pekerjaanku yang dulu! Kalau kau tahu, mungkin kau kecut perut Bisik hati Kharlissa dan dia tersengih lebar.

Wow, ada ganjaran. Saya suka. Hmm, biar saya cuba. Saya rasa awak ni kalau bukan model, mesti seorang pelakon. Sebab awak sesuai jadi model dan pelakon. Full package. Cantik, tinggi lampai, seksi.

Kali ini Kharlissa tertawa hingga air matanya mengalir tanpa sedar, Model Mengarut betul!

Pelakon teka Khairul Rasheed lagi.

Tak... tak... saya tak ada bakat langsung, jawab Kharlissa.

Model bukan, pelakon pun bukan. Penyanyi juga tak mungkin, kata Khairul Rasheed sambil berfikir-fikir dalam. Entah mengapa enggan melepaskan ganjaran kecil yang dijanjikan Kharlissa. Dia mesti meneka kerjaya wanita di hadapannya itu dengan tepat.

Hmm, businesswoman Dia berkata dengan kening terangkat.

Kharlissa menggeleng, Mengaku kalah

Saya akan kehilangan ganjaran Dia bertanya sedikit kesal.

Awak begitu mengharap pada ganjaran yang tak seberapa tu Kharlissa pula menduga.

Hah, saya tahu! Khairul Rasheed tiba-tiba bersuara sambil menggelengkan kepala, Awak seorang pembunuh upahan!

Darah tiba-tiba naik menyerbu ke muka. Wajah Kharlissa menjadi merah padam. Dia melindungi dengan tawa yang sangat aneh dan hambar. Tekaan yang sangat tepat. Apakah lelaki ni dapat membaca fikiran orang Atau pun dia punya naluri yang sangat kuat Kalau ya, bahaya! Sungguh bahaya berkawan dengan lelaki begini.

Awak memang pandai mengarut! balas Kharlissa cepat, membuka pintu dan menyelinap masuk.

Hei! Hei! Nanti dulu! Macam mana dengan

ganjaran tu

Sorry, tekaan awak jauh tersasar. Jadi, tak ada ganjaran. Bye! Kharlissa terus menutup pintu rumahnya serapat yang mungkin.

Dadanya berdebar-debar. Dia memegang keduadua pipinya sambil bersandar pada pintu. Dia masih terkejut semasa lelaki itu menyebut pekerjaannya dengan tepat tadi. Siapakah dia Siapa lelaki itu sebenarnya Apakah jejaknya sedang dicari dan dia sedang diintai bahaya

Oh My God! Kharlissa mengeluh sendiri. Dia menarik nafas dalam-dalam. Tenang, bisik hatinya. Selama ini kau tak pernah tertangkap. Malah tidak pernah sekali pun disyaki. Jadi, lelaki itu hanya bergurau. Dia tak tahu apa-apa! Kharlissa bergerak ke dapur, tekaknya tiba-tiba terasa begitu haus sekali.

Khairul Rasheed masih berdiri di hadapan pintu yang bertutup rapat. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Hatinya belum puas. Wanita muda itu gemar berahsia. Namun dia tidak ingin memaksa jiran barunya itu bercerita sesuatu yang peribadi. Mungkin kesempatan masih banyak untuk mereka berkenalan lebih rapat. Dia benar-benar sukakan wajah Kharlissa. Begitu ayu dan cantik. Wajah itu bagaikan salinan wajah aktress Korea. Khairul Rasheed bagaikan terpukau.

Ya, hatinya benar-benar terpaut.