Ramlan semakin gelisah. Makanan yang terhidang sudah hampir sejuk. Jikalau tadinya, dia dapat melihat asap nipis melenggang naik dan menghilang, tetapi sekarang...
Suhaili lebih senang memarahi Jalil yang menggang gunya ketika dia hendak memulakan perbualan dengan Ramlan. Sedangkan Ramlan tahu jikalau dia mencecah makanan di hadapannya itu, Suhaili akan bertambah berang.
Suhaili pernah berkata kepadanya. apa sahaja maka nan yang terhidang, dia perlu menjamahnya dahulu. apa sahaja yang dilakukan, Suhaili harus melakukan dahulu biarpun dia juga tergolong dalam kelompok profesional.
Lain kali kalau kau nak masuk campur, tengok dulu sama ada aku tengah bercakap atau tidak. Kau patut sedar diri sikit. Kau hanya kuli di rumah ini. Kau bukan tuan. Kau juga bukan majikan di sini. aku yang bayar sem ua nya. Kalau tak kerana duit aku, kau dan keluarga kau kebulur, faham Suhaili meninggikan suara.
Jalil hanya tunduk merenung lantai. Tetapi dia masih kelihatan ingin memperkatakan sesuatu kepada Suhaili.
Ramlan semakin gelisah dengan keadaan itu. Dia mahu Suhaili menghentikan leterannya. Dia mahu Suhaili menjamah makanan di hadapan mereka. Perutnya sudah meminta makanan. Seleranya telah lama terbuka. Semuanya memerlukan Suhaili!
Tetapi Suhaili tetap Suhaili.
Tolong bawa teh untuk saya. Teh mint. Suhaili mengubah nada suara. Ramlan menarik nafas lega. Suhaili tidak akan berleter lagi untuk satu jangkamasa yang tidak terjangka.
Puan! Saya...
Kau dah pekak Tak dengar apa yang aku kata Suhaili menjegilkan matanya seluas mungkin.
baik puan, Jalil menjawab. Dia terus berlalu.
Suhaili terus membetulkan napkin yang berada di ribanya. Ramlan berasakan dia harus mengatakan se suatu. Sekurangkurangnya untuk mengambil hati Suhaili.
aku harap aku dapat buat macam yang kau buat tadi, kata Ramlan sambil tersenyum. Dia merenung wajah Suhaili yang masam.
buat seketika mereka tidak bersuara. Suhaili men
ceduk nasi di dalam pinggan besar dan meletak kannya ke pinggan Ramlan. Ramlan menarik nafas lega. apa yang dicitakan sudah tiba.
Ruparupanya Suhaili masih kekal dengan sifat wanitanya walaupun ego sebagai jutawan terlalu tebal.
Mereka menumpukan perhatian terhadap makanan yang sedang dikunyah. Ramlan harus menjaga tertib ketika makan. Sekurangkurangnya itulah yang dia tahu apabila bekerja dengan Suhaili. Jutawan seperti Suhaili perlu diampu dan diambil hati. Jikalau tidak, dia terpaksa menanggung kesusahan.
Ramlan! aku harap sangat kau dapat ikut aku ke pertunjukan tu. Suhaili kembali tersenyum. Menampakkan keceriaannya yang mulai ditelan masa. Kau dah ketinggalan banyak acara yang bagusbagus.
Sekali lagi perbualan mereka terhenti. Jalil muncul se kali lagi dengan sebuah dulang yang berisi sebiji teko ber asap nipis di muncungnya. Di sisi teko, sebiji cawan bertangkup di atas piring kecil.
Ramlan menghabiskan makanannya. Dia langsung tidak menghiraukan kehadiran Jalil mahupun maksud katakata Suhaili sebentar tadi. Dan sebaik sahaja dia me nyel esaikan makanannya, dia terus meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggan dan menghirup minumannya.
Sekarang perutnya benarbenar berisi. Kelaparan yang dideritai tadi, kini telah terhapus.
Suhaili menegakkan badannya. Jalil menuangkan air ke dalam cawan. Mata Suhaili dipusatkan kepada bebe ra pa orang lelaki yang sedang memerhatikan dia dan Ramlan dari luar jendela ruang makan tersebut.
What the hell theyre doing here Kemarahan Suhaili kembali semula.
Mereka adalah sebahagian daripada pengunjung ban dar ini. Mereka dah minta kebenaran berehat di banglo ini selama dua jam, terang Jalil.
Mereka nampak macam bukan orang tempatan, kata Suhaili tanpa mempedulikan penjelasan Jalil sebentar tadi.
Ramlan memanjangkan tengkuknya. Melihat sebentar kemudian kembali mengesat bibirnya yang berminyak.
Mereka adalah wartawan. Tugas mereka ialah men cari berita sensasi. Dan sekarang, mereka dah dapat apa yang mereka cari. beritanya tentang kau dan aku. Kaukan terkenal di seluruh negara. Jadi, kehadiran kau di sini bersama aku, menarik minat orang ramai. Mereka nak tahu kenapa jutawan macam kau berada di sini bersama seorang peguam muda seperti aku. Ramlan membetulkan kedudukan kolarnya.
Suhaili tertawa kecil. Mungkin geli hati mendengar andaian Ramlan atau boleh jadi juga sengaja menghiburkan hatinya selepas memarahi Jalil.
Yalah. betul cakap kau tu. aku pun hairan macam mana aku boleh buat kejutan dan menarik perhatian orang ramai. aku rasa, bila aku mati pun, wartawan aku kejar aku untuk dijadikan bahan berita.
Suhaili tertawa lagi. Ramlan terpaksa menurut tawa itu sekadar untuk mengambil hati.
Kau fikir, bagus tak kalau aku jemput mereka ke sini dan beritahu mereka mengapa kita berada di sini
Suhaili terus menajamkan pandangannya ke wajah Ramlan aslani.
Kau dah gila Silapsilap nanti, semua rancangan yang dah aku dah atur, hancur macam tu saja. Kau tengok lah mereka tu... semuanya macam beruk nak makan pisang. Kalaulah mereka tahu yang kita sekarang tengah cari sembilan puluh juta ringgit, mereka tentu akan... akan... akan...
Membuatkan dunia ni meletup Ramlan dengan pantas memotong katakata Suhaili.
Suhaili tidak menjawab pertanyaan Ramlan tersebut. Tetapi daripada air mukanya, Ramlan tahu Suhaili ber setuju dengan pendapatnya.
Puan nak tambah makanan lagi tanya Jalil yang semenjak tadi hanya memerhati dan mendengar katakata Suhaili sahaja.
Suhaili terus berpaling. nyata, dia tidak gemarkan orang seperti Jalil campur tangan di dalam setiap tutur kata mahupun perbuatannya.
Dan Jalil pula langsung tidak serikserik dengan apa yang berlaku sebelum ini.
Suhaili terlalu mementingkan darjat dan status, bisik hati Ramlan aslani.
Dan dia sebenarnya tidak menggemari sikap sebegitu. Tetapi apa yang dia boleh buat. Suhaili berpengaruh dan berkuasa dengan harta yang dimilikinya. Dia boleh membeli apa sahaja walaupun maruah seorang teruna suci.
aku tak perlukan apaapa sekarang ni. baik kau pergi buat kerja daripada kau berdiri di sini. aku tak perlukan kau. aku pun dah jemu tengok muka kau. Lagipun aku tak perlukan pengawal peribadi yang suka mencelah masa aku tengah bercakap, kata Suhaili dengan kasar.
Jalil menghela nafas panjang.
Ramlan aslani tahu Jalil sakit hati dengan tutur kata Suhaili itu. Malah jikalau dia yang berada di tempat Jalil, dia juga akan sakit hati. Tetapi dia.... Lebih baik dia buat kerja yang diberikan oleh Suhaili dengan baik.
Jalil berlalu dari situ.
Ketigatiga orang wartawan tersebut masih berada di luar jendela. Suhaili tidak mengendahkan mereka.
Dia masih ghairah untuk bersembang dengan Ramlan. Dan Ramlan aslani terpaksa mendengar walaupun dengan hati yang mendongkol.
Sekarang adalah waktu untuk tidur dan berehat, jerit hati Ramlan
Kau dah dengar berita terbaru
Ramlan meneguk minumannya. Suhaili masih menan ti balasan jawapan daripada Ramlan.
Tak! aku baru bangun tidur.
Kau tahu, aku sungguh terperanjat.
Mengapa Ramlan cuba menunjukkan minat terha dap katakata Suhaili.
Dato Mansor sedang sakit... sakit biasa, sakit jantung. Lembaga Pengarah telah bermesyuarat dan hasilnya, mereka melantik Zulkifli sebagai pengarah urusan Jaya Setia corporations yang baru. Maknanya, Zulkifli menjadi pengarah urusan termuda dalam sejarah syarikat itu.
Prestasinya sendiri
Dia menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan. baru tadi aku terima faks, dia akan mengambil alih sebuah syarikat yang tidak dapat diuruskan dengan baik kerana masalah kewangan.
Kau sebagai pengerusi eksekutif, setuju ke
Ya... sudah tentu aku setuju.
Sebabnya
Dia melakukan sesuatu yang baik. aku tak fikir ramai pengarah di Jaya Setia corporations nampak apa yang cub a dilakukannya. Dia tahu, Syarikat Percetakan Zalhir memp u nyai potensi besar sebagai pencetak terbesar di negara ini. Tambahan pula syarikat percetakan itu sering mendapat tender kerajaan. Mungkin kerana harga kertas yang semakin meningkat serta kos lain yang semakin tinggi, membuatkan syarikat itu tidak dapat diuruskan dengan baik, terang Suhaili.
apa pula yang dilakukan oleh pengarahpengarah lain Ramlan bagaikan seorang yang bodoh tentang perjalanan sesebuah syarikat.
Semua unit syarikat sedang berbincang tentang aspek peningkatan jualan.
Tu dah tentulah. bila kali terakhir.... Wajah Ramlan tibatiba sahaja berubah. Setia Jaya kan ada pengurus operasi yang bermula daripada orang bawahan, kan atau pengurus operasi yang dilantik itu berasal daripada orang kaya yang tak boleh buat kerja
Suhaili ketawa. Dia nampaknya begitu gembira. Ter nyata Ramlan aslani berjaya membuka topik perbin cangan yang menarik minatnya.
Kau benarbenar memeranjatkan aku. aku tak sangka, seorang peguam macam kau mengambil berat tentang latar belakang seseorang.
Ramlan menyandar. Sudahlah! Lupakan sebentar tentang urusan pejabat. Kita ke sini bukan nak berbincang pasal urusniaga. Kalau nak berurusniaga, baik tak payah datang.
Suhaili tersenyum. baiklah. Macam mana kalau kita bincang tentang sesuatu yang sedang menunggu kita di luar sana
aku tahu kau maksudkan tentang pertunjukan ganjil tu. Macam yang tercatat kat dalam nota yang kita terima masa kita kat K.L dulu.
Suhaili tersenyum. Ya! Dekat pasar. aku dengar ada bermacammacam pertunjukan kat sana. er... bukan setakat dengar, aku diberitahu, Suhaili membetulkan katakatanya. Maksud kau, silap mata Suhaili mengangguk.
Lebih baik dari pertunjukan yang pernah kita tengok di K.L